Friday, November 13, 2009

PDRM amalkan "Tembak untuk Bunuh"?

Subramaniam gesa polis kaji semula prosedur ketika berdepan penjenayah

KUALA LUMPUR: Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, (gambar) menggesa polis mengkaji semua prosedur operasi mereka ketika berdepan dengan suspek penjenayah bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu.

Sambil mengakui polis mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan melindungi nyawa orang awam ketika operasi seumpama itu, beliau yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata adalah baik untuk jangka panjang jika sesetengah peruntukan dan taktik yang kini diguna dalam prosedur polis untuk menangani penjenayah dikaji semula.

(Berita lanjut)


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam dilihat senada dengan pihak NGO yang tidak memahami tugas dan risiko pihak polis ketika berdepan dengan penjenayah yang kebelakangan ini sering menggunakan senjata api selain menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja dan tidak teragak agak menggunakannya bila dikepung pihak polis.

Bagaimanapun naib presiden MIC ini mengambil pendekatan menyelamatkan diri bila di masa yang sama mengakui dan memahami pihak polis berdepan dengan tugas berat sepanjang melakukan operasi membanteras jenayah.

Luahan orang kuat MIC ini amat difahami kerana kebanyakkan kes jenayah berat dan bersenjata api melibatkan kaum India terutamanya di Selangor. Datuk Dr S Subramaniam sebenarnya ingin menyuarakan kebimbangan dengan tindakan pihak polis menembak mati kaum India yang dilihat oleh Datuk Dr S Subramaniam sebagai satu tindakan yang boleh dielakkan sedangkan berdasarkan kejadian pada tahun tahun lalu apabila berlaku kematian atau kecederaan di pihak polis, tiada siapa yang akan mengutuk penjenayah dan bersimpati dengan nasib anggota polis. Hampir semua NGO yang dahulunya melaungkan soal "Human Right" akan bertindak menjauhkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sikap individu dan NGO yang sentiasa menyalahkan pihak polis tidak ubah seperti melepaskan "anjing tersepit" kerana mereka akan mencari salah pihak polis bila gagal bertindak dengan pantas dalam sesuatu kejadian rompakan atau pembunuhan dan masa yang sama mereka juga akan menyalahkan pihak polis bila terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan menyebabkan penjenayah terbunuh.

No comments: