Monday, April 5, 2010

Kenyataan Celaka oleh Barua Politik

Penulis seboleh bolehnya tidak ingin untuk mengkritik atau terlibat dalam isu politik bila menulis dalam blog ini tetapi apabila penulis melihat kebelakangan ini seolah olah wujud satu trend untuk mengaitkan pihak keselamatan untuk terjerumus dalam kancah percaturan politik, penulis menjadi hilang sabar. Hilang sabar melihat sikap kurang ajar sesetengah ahli politik yang cuba membawa pihak berkuasa dalam perbalahan dan perebutan kuasa politik dalam negara. Mereka ini seolah kehabisan idea untuk dijadikan modal politik mereka.

Bermula dengan pendedahan Zahrain tentang nafsu serakah Anwar yang cuba mengaitkan pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam penubuhan kerajaan baru menjelang 16 September tahun lalu di mana kononnya pihak ATM akan menyokong Anwar mencapai cita-cita politiknya kini muncul satu lagi kenyataan biadap, kurang ajar dan bodoh oleh pengerusi DAP Perak. Sikap celaka pengerusi DAP Perak ini boleh dilihat melalui kenyataannya yang dipetik oleh akhbar Utusan baru baru ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah polis akan menembak sesiapa yang tidak disukai mereka secara sesuka hati.

Kenyataan ini begitu jelas barua DAP ini cuba menghasut dan memfitnah pihak polis tanpa bukti yang kukuh. Kenyataan barua ini dikeluarkan ekoran dengan kehadiran ramai anggota polis pada sidang DUN Perak tempohari.

Pihak polis sebagai anggota keselamatan yang menjalankan penguatkuasaan sememangnya perlu berada di mana sahaja tempat yang difikirkan perlu untuk memastikan tidak berlaku kekecohan selain menjamin keselamatan orang ramai.

Kehadiran pihak polis menjalankan tugas keselamatan bukan hanya di balai tapi hampir di mana sahaja, di stadium, perairan malahan di kawasan tumpuan pelancong.

Kenyataan barua DAP ini tidak lain dari menyuarakan rasa tidak puashati kerana dengan kehadiran polis mereka dihalang dari melakukan kekecohan seperti sidang DUN terdahulu. Inilah niat binatang barua DAP. Jika mereka benar benar berniat ingin berpolitik secara baik dan masa yang sama berdebat dengan pihak lain bagi menyuarakan rasa tidak puashati... mereka masih mampu tanpa mempertikaikan kehadiran polis. Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara mereka yang berdebat secara baik utnuk menyuarakan rasa tidak puas hati di tarik keluar oleh polis melainkan mereka terlebih dahulu melakukan kekecohan dan provokasi berlebihan.

Penulis ingin menyarankan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, hentikanlah sikap berlembut yang tidak membawa faedah. Jika sikap berlembut ini diteruskan penulis tidak nampak Menteri KDN mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan tegas tetapi akan jadi lembik seperti Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Najib.

Pihak yang mencabar anggota keselamatan dan pihak berkuasa tidak perlu diberikan muka. Penulis cukup pelik kerana hanya negara kita yang terlalu berlembut yang akhirnya orang ramai menyampah dengan sikap menteri dan pihak berkuasa kerana amaran demi amaran dikeluarkan tapi tiada tindakan keras diambil terhadap pihak yang sememangnya berniat jahat mengeruhkan keadaan dan merosakkan suasana aman harmoni masyarakat berbilang kaum selama ini.

Jika pihak polis berpakaian preman tidak mampu menahan sikap kurang ajar segelintir ahli politik begini serahkan sahaja pada anggota FRU, jika FRU pun tidak boleh menghalang berikan tugas kepada PORU... jika tidak biarkan sahaja anggota tentera melanyak mereka.

No comments: