Showing posts with label Majlis Raja Raja. Show all posts
Showing posts with label Majlis Raja Raja. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Perkataan Allah: Mahathir bimbang kemarahan umat Islam











KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, walau apa jua alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.(berita lanjut)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri itu ada benarnya. Penulis pula berpendapat ianya bukan hanya melibatkan soal kemarahan tetapi lebih dari itu.

Seolah olah ada motif tertentu. Ada agenda halus yang dulunya cuba mempertikai dan menghakis hak orang Melayu dan kini mempersoalkan hak penganut Islam.

Kita sepatutnya tidak perlu membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kerana kes ini tidak perlu dilayan dan tidak patut dibicarakan di mahkamah sivil tetapi sepatutnya di mahkamah Syariah. Sekiranya kita membuat rayuan seolah olah kita membenarkan hak berkaitan agama Islam dipertikaikan dan dipermainkan di mahkamah sivil sedangkan agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama.

Tidak perlu dibuat rayuan tapi rakyat yang cintakan perdamaian sepatutnya meminta campurtangan dari Majlis Raja Raja dan meminta kuasa Yang DiPertuan Agong untuk membatalkan keputusan itu secara mutlak dan kekal sejajar dengan Perlembagaan.

Sesuatu perlu dilakukan dari berlakunya kekacauan yang jauh lebih besar ekoran rasa tidak puashati, tertindas dan dihina oleh penganut agama lain.


Kuasa Raja Raja Perlu Untuk Keselamatan Negara

Isu mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Roman Katholik menimbulkan banyak rasa tidak puashati kepada penulis.

  • Kenapa pihak KDN perlu melayan tuntutan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan nama Allah dalam edaran artikel Herald Weekly yang membawa kes tersebut ke mahkamah sivil.
  • Selain KDN, penulis juga hairan dengan Kerajaan tidak mengambil inisiatif yang sewajarnya dengan menyekat hak pihak Gereja untuk membicarakan kes ini di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.
  • Penulis juga lebih hairan bila ramai peguam dari pelbagai badan dan persatuan yang mahu bertindak sebagai pihak pencelah tidak membantah kes ini dibicarakan di mahkamah sivil.
  • Apa yang penulis faham, perkataan dan nama Allah telah digunakan sejak sekian lama oleh penganut agama Islam tetapi kenapa baru sekarang pihak Gereja Roman Khatolik mahu menggunakan nama Allah dalam artikel edaran mereka.
  • Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan oleh itu permintaan untuk menggunakan nama perlu dibuat di mahkamah Syariah bukannya sivil.
  • Jika pihak Gereja mahu menggunakan nama Allah ini bermakna mereka bersetuju dengan ajaran agama Islam bahawa Allah itu Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Jaid pihak Gereja perlu mengugurkan takrifan Allah mengikut pemahaman mereka sebaliknya menggunakan takrifan Allah mengikut ajaran Islam.
  • Sekiranya pihak Gereja enggan maka Kerajaan perlu menggunakan sekatan kekal penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja menerusi persetujuan Raja Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama negara.
  • Maljis Raja Raja juga selaku pihak yang mempunyai kuasa khusus perlu mengenakan sekatan kekal oleh mana mana pihak dari menggunakan apa apa yang digunakan oleh ajaran Islam khususnya yang melibatkan ketuhanan, tauhid umat Islam negara ini.
Penulis melihat keputusan mahkamah adalah berat sebelah, tidak adil serta berniat jahat. Apa apa yang melibatkan umat Islam perlu diputuskan melalui mahkamah Syariah selaku badan yang diiktiraf berpengetahuan berkenaan agama Islam itu sendiri bukan dijaja dimahkamah sivil.

Keputusan ini ternyata memberikan ancaman kepada keselamatan negara, perpaduan kaum dari berbagai etnik dan kepercayaan.

Penulis percaya jika hal ini dibiarkan berlaku sedikit masa lagi pihak Gereja dan pertubuhan agama lain akan turut mempertikaikan hak orang Islam seperti kebebasan beragama, laungan azan, hak untuk mendengar kuliyah atau ceramah agama di surau atau masjid, hak anak anak orang Islam, penyataan agama pada kad pengenalan dan bernagaia lain yang sebenarnya hanya menunggu masa. Malahan penulis percaya bahawa sudah apa perancangan untuk membawa kes kes melibatkan umat Islam ke mahkamah sivil sekiranya isu penggunaan nama Allah ini terus dibicarakan di mahkamah sivil. Mereka akan menggunakan kes ini sebagai case study untuk membawa kes lain yang melibatkan penganut agama Islam ke mahkamah yang serupa.

Pastinya perasaan umat Islam terutamanya orang Melayu akan terhakis. Kesabaran manusia mempunyai batasan. Jika mereka masih mampu menahan perasaan marah kerana kekacauan politik dan ekonomi dalam negara, penulis bimbang mereka akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan ledakan agama. Paling ditakuti bila agama dipermainkan, syahid digunakan untuk menyekat kebiadapan yang dilakukan kepada mereka. Pastinya letusan ini bukan sedikit tapi akan menyaksikan pergolakan yang amat besar impaknya sepertimana yang terjadi di Pakistan, Indonesia dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

Hanya kerana sikap biadap pihak Gereja Roman Khatolik yang mengapi apikan perasaan umat Islam tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian, kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi dan negara.