Friday, November 13, 2009

PDRM amalkan "Tembak untuk Bunuh"?

Subramaniam gesa polis kaji semula prosedur ketika berdepan penjenayah

KUALA LUMPUR: Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, (gambar) menggesa polis mengkaji semua prosedur operasi mereka ketika berdepan dengan suspek penjenayah bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu.

Sambil mengakui polis mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan melindungi nyawa orang awam ketika operasi seumpama itu, beliau yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata adalah baik untuk jangka panjang jika sesetengah peruntukan dan taktik yang kini diguna dalam prosedur polis untuk menangani penjenayah dikaji semula.

(Berita lanjut)


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam dilihat senada dengan pihak NGO yang tidak memahami tugas dan risiko pihak polis ketika berdepan dengan penjenayah yang kebelakangan ini sering menggunakan senjata api selain menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja dan tidak teragak agak menggunakannya bila dikepung pihak polis.

Bagaimanapun naib presiden MIC ini mengambil pendekatan menyelamatkan diri bila di masa yang sama mengakui dan memahami pihak polis berdepan dengan tugas berat sepanjang melakukan operasi membanteras jenayah.

Luahan orang kuat MIC ini amat difahami kerana kebanyakkan kes jenayah berat dan bersenjata api melibatkan kaum India terutamanya di Selangor. Datuk Dr S Subramaniam sebenarnya ingin menyuarakan kebimbangan dengan tindakan pihak polis menembak mati kaum India yang dilihat oleh Datuk Dr S Subramaniam sebagai satu tindakan yang boleh dielakkan sedangkan berdasarkan kejadian pada tahun tahun lalu apabila berlaku kematian atau kecederaan di pihak polis, tiada siapa yang akan mengutuk penjenayah dan bersimpati dengan nasib anggota polis. Hampir semua NGO yang dahulunya melaungkan soal "Human Right" akan bertindak menjauhkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sikap individu dan NGO yang sentiasa menyalahkan pihak polis tidak ubah seperti melepaskan "anjing tersepit" kerana mereka akan mencari salah pihak polis bila gagal bertindak dengan pantas dalam sesuatu kejadian rompakan atau pembunuhan dan masa yang sama mereka juga akan menyalahkan pihak polis bila terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan menyebabkan penjenayah terbunuh.

Muslihat DAP menggadai kedaulatan negara

DAP kecewa kerajaan tak jual pasir ke Singapura

Selang beberapa waktu selepas timbulnya isu Ronnie Liu yang dikatakan pernah menjadi penyokong kepada pergerakan PKM (Parti Komunis Malaya), kali ini timbulnya isu yang tidak kurang hangat. Isu ini ditimbulkan oleh wakil DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (gambar paling atas).

Sungguh mengejutkan tapi bukannya sesuatu yang patut dihairan dengan sikap wakil DAP ini. Mengejutkan kerana kita tidak dapat bayangkan bagaimana tahap pemikiran wakil DAP ini yang menyatakan kekecewaan ekoran keputusan kerajaan enggan menjual pasir kepada kerajaan Singapura dan sekaligus menolak situasi menang-menang (kononnya dengan menjual pasir, kejadian banjir tidak akan berlaku di Perak).

Atas alasan apa untuk mengatakan kita (Malaysia) akan menang dalam isu penjualan tanah ini?, yang mana jika kita menuruti permintaan Singapura dan agennya mereka (DAP) secara langsung kita akan menjerut diri sendiri. Singapura sememangnya terdesak dengan keperluan ini. Mereka memerlukan sebanyak mungkin pasir untuk menambak perairan mereka bagi mengatasi kekurangan flat ekoran ledakan populasi (warga asing yang diterima sebagai warganegara Singapura) selain ianya akan digunakan untuk menambak Selat Tebrau, sekaligus akan membuatkan laluan di Selat tidak lagi lebar dan dalam tetapi sempit serta cetek.

Bagaimanapun isu yang ditimbulkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham ini bukanlah sesuatu yang patut dihairankan kerana satu masa dulu seorang lagi wakil DAP, Lim Kit Siang juga pernah menjual kepentingan negara dengan mendedahkan spesifikasi peluru berpandu milik TUDM kepada umum yang mana menyaksikan beliau telah dikenakan tindakan ISA. Modus operadi DAP sekarang tidak saling tumpah dengan desakan dan ugutan yang telah dilakukan oleh parti PAP sewaktu Singapura berada dalam Malaysia. Kali ini mereka (Singapura) mempunyai pelobi dan simpati dikalangan ahli politik pembangkang, DAP.

Jika negara tidak berhati hati pastinya kita akan terus kehilangan kedaulatan satu persatu. Belum pun negara menyaksikan pemerintahan barisan PR di peringkat Kerajaan Persekutuan, mereka dari parti DAP sudah berani mengetengahkan isu sensitif.

Singapura sejak sekian lama mengidam pasir sungai samada dari Malaysia ataupun Indonesia kerana kekurangan bahan tersebut bagi tujuan penambakan di laluan Selat Tebrau. Negara jiran ini tidak menggunakannya bagi penambakan dikawasan selatan pulau sebaliknya digunakan disebelah utara pulau yang sekaligus mendekatkan lagi jarak dan menyempitkan laluan kapal. Ternyata Singapura kini mempunyai agent bagi merealisasikan muslihatnya yang tersirat selama ini.

Wednesday, November 11, 2009

Scorpene : Bahagian II

Scorpene (disebut Skor-pe-ni) dalam bahasa Perancis membawa maksud sejenis ikan yang bermain di batu karang di dasar lautan. Sifat semulajadi ikan ini yang sabar menunggu mangsa masuk ke perangkap dan membaham mangsa tanpa belas kasihan menjadi simbol kepada kapal selam (KD) Tuanku Abdul Rahman (Class Perdana Menteri).

Ramai pemerhati dan penganalisa tempatan mahupun antarabangsa menunjukkan minat sebaik sahaja Malaysia menyatakan hasrat untuk memiliki kapal selam bagi memperkuatkan armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Ramai yang mula membuat andaian tentang jenis kapal selam yang bakal diperolehi dan tidak kurang membuat spekulasi bahawa negara akan cenderung untuk memperolehi kapal selam dari Class Collin setelah kerajaan tidak menunjukkan minat untuk memperolehi kapal selam terpakai buatan Belanda yang di letakkan di salah sebuah pangkalan TLDM sejak sekian lama. Dan keputusan kerajaan untuk membeli kapla selam jenis Scorpene jelas mengejutkan banyak pihak dan ternyata keputusan ini menjadi buah mulut ramai orang terutamanya di negara jiran yang merasai tempias dan menuduh Malaysia cuba untuk memulakan perlumbaan senjata di rantau ASEAN.

Satu tuduhan yang dangkal dan melucukan kerana sedia maklum, negara jiran lain seperti Indonesia dan Singapura telah lama memiliki kapal selam sendiri. Indonesia mempunyai sejarah panjang pemilikan kapal selam dimana armada ni turut digerakkan dan membantu penyusupan anggota tentera TNI-AL sewaktu konfrantasi (KRI Pasopati). Manakala Singapura juga memiliki kapal selam untuk mengawasi laluan perkapalan yang menjadi nadi ekonomi negara tersebut. Ternyata keputusan TLDM untuk memiliki kapal selam telah menimbulkan kekalutan dalam perancangan keselamatan negara jiran terdekat. Ini kerana dengan pemillikan kapal selam ianya bakal memberikan impak yang besar dalam scenario perang bawah permukaan dan menjadi ancaman yang cukup kritikal kepada kapal permukaan seperti Fear Class milik Tentera Laut Singapura.

Kapal selam ini telah dibangunkan bersama oleh syarikat Perancis DCNS, sebelum itu dikenali sebagai DCN, dan syarikat Sepanyol, Navantia (Dulu dikenali sebagai Bazan, kemudian Izar). Kapal selam ini diaplikasi berdasarkan SSN dan SSBN Nuklear Perancis.




Thursday, October 15, 2009

Scorpene : Bahagian 1

Kapal selam jenis Scorpene yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman itu memulakan pelayaran 9 Julai lepas dan singgah di Jeddah dan beberapa pelabuhan lain sebelum singgah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Anggota krew kapal selam telah diberi sambutan meriah oleh anggota keluarga yang menunggu. Turut hadir pada ketika itu, Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan bersama Panglima Angkatan Tentera dan kehormat lain.

Pada 2002 kerajaan Malaysia membeli dua kapal selam yang dibina bersama oleh syarikat Perancis DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dari Sepanyol, di Cherbourg, Perancis. Pada Januari lepas, kapal selam itu diserah secara rasmi kepada TLDM di pangkalan tentera di Toulon, Perancis. Ia dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain dari TLDM bersama 35 krew.

Kapal ini yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman, merupakan kapal selam jenis tempur konvensional, mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.



























Tuesday, May 6, 2008

PENGGANTI NURI JADI TEKA TEKI

Hingga hari ini, pengganti helikopter Nuri masih menjadi tanda tanya kepada sebilangan besar pemerhati ketenteraan bukan sahaja dari negara ini tetapi juga dari negara jiran.

Pembukaan tender antarabangsa oleh MINDEF bagi penggantian helikopter Nuri (Sikorsky 61) telah menarik minat ramai pengeluar terkemuka termasuk Sikorsky dan Agusta. Walaupun syarikat pengeluar helikopter dari Amerika Syarikat dikatakan mempunyai kuasa melobi baik di Malaysia dan juga di White House tapi ramai melihat TUDM mahupun MINDEF tidak akan meneruskan penguasaan Sikorsky kali ini memandangkan sikap Amerika Syarikat yang lebih cenderung bertindak cmpurtangan dalam urusan politik, keselamatan dan pertahanan disebalik urusan pembelian peralatan pertahanan.


Rusia yang ketika ini mendominasi pasaran pertahanan hampir di seluruh negara dunia ketiga juga dilihat kurang diberikan perhatian oleh pihak MINDEF dan TUDM. Rusia bukan sahaja terkenal dengan kemunculan helikopter penyerang KA-50 Kamov "Hoku"m, KA-52 "Alligator" dan Mil Mi-28 "Havoc" tetapi juga bagi versi pengangkut kategori seperti Mi-17 1v (versi Mi-18 digunakan oleh Bomba dalam misi menyelamat helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah). Namun atas faktor tertentu, (menurut sumber tertentu) ianya dikatakan telah diketepikan lebih awal - satu kerugian memandangkan helikopter Rusia mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah dan boleh beroperasi dalam keadaan melampau berbanding helikopter buatan barat.


Manakala AW-101 (versi lain bagi Merlin EH-101) dikatakan antara calon yang mampu dan layak mengantikan Nuri bagaimanapun kos bagi pembelian sejumlah AW-101 adalah begitu besar. Tidak dapat dinafikan dengan teknologi terkini, AW-101 mampu terbang lebih pantas, jauh dan mampu untuk terbang dengan lebih selamat dengan kelebihan tiga (3) enjin.



Tapi apa yang pasti kebelakangan ini sebahagian besar majalah pertahanan dan pemerhati memperkatakan tentang kehadiran EC-725 Caracal. Selain kewujudan pusat penyelenggaraan helikopter ini di Subang, wakil jualan EC-725 juga seolah olah telah memberikan "hint" dengan komen positif terhadap helikoper ini selaras dengan minat yang ditunjukkan oleh wakil Kerajaan Malaysia.