Tuesday, December 1, 2009

LIMA 2009 : Harapan














LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace) edisi 2009 kini telah bermula.

Perasmian pembukaan LIMA 2009 turut disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengasas LIMA pada 1991 (tahun yang sama dengan penubuhan Pasukan Atur Cepat (PAC/PARA). Walaupun seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi dan keadaan pasaran dunia yang tidak menentu termasuk di rantau sebelah sini tapi ianya tidak menyekat kedatangan pempamer ekoran jumlah yang menyertai LIMA kali ini boleh dianggap amat menggalakkan iaitu dengan 325 pempamer daripada 25 buah negara dengan pecahan sebanyak 37% pempamer dari syarikat tempatan manakala bakinya sebanyak 63% adalah dari syarikat antarabangsa.

Walaupun keadaan ekonomi yang sentiasa mengalami pasang surut, ianya kelihatan kurang dipedulikan oleh para pempamer khususnya pempamer dari syarikat antarabangsa di mana situasi ini boleh dirumuskan akibat dari dua (2) perkara iaitu keadaan keselamatan dan kestabilan diseluruh dunia yang kurang memuaskan dan trend pembelian dan kualiti semasa peralatan ketenteraan ATM.

Apa yang dimaksudkan dengan keselamatan dan kestabilan yang kurang memuaskan adalah dengan ancaman dari pihak pengganas (pengganas dari kacamata pihak Barat) dan pelampau agama, isu keselamatan tidak boleh dianggap remeh sebaliknya perlu diperkuat dan dibangunkan setiap masa. Ancaman yang diterima samada langsung ataupun tidak perlu dianalisa dan dianggap sebagai ugutan serius dan dengan itu membawa makna mana mana negara memerlukan peralatan ketenteraan yang lebih canggih dan efisyen untuk menangani sebarang bentuk tindakan keganasan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar, sesebuah negara pasti tidak akan sama sekali menggadaikan kestabilan yang dikecapi selama ini termasuklah Malaysia.

Selain itu trend pembelian oleh ATM dan kualiti semasa peralatan pertahanan negara juga menjadi paras penanda kepada jumlah kedatangan pempamer pada kali ini. Selain mencari ruang dalam pasaran negara, pembelian peralatan pertahanan oleh ATM juga bakal menjadi trend pembelian kepada negara jiran serantau. Pemilikan 2 buah kapal selam pertama negara (sebuah telah diterima baru baru ini) menyaksikan bagaimana negara serantau akan cuba melonjakkan kuasa ketenteraan bagi mengatasi perolehan aset negara. Tidak dapat tidak negara jiran pasti akan mencari dan menilai aset lain yang dilihat mampu digunakan untuk mencegah rintang melalui pameran kali ini. Begitu juga bila adanya kenyataan dari Menteri Pertahanan beberapa bulan lalu yang memperkatakan tentang nasib MiG-29. Kualiti peralatan pertahanan negara sebegini lah yang akan menjadi penanda aras kedatangan pempamer dan pelobi bagi mencari, menjual dan membekal sesuatu peralatan. Tambah merancakkan pameran bila Menteri Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci bila menyebut "ATM berminat mendapatkan pesawat pejuang MRCA baru dari beberapa negara tertentu".

Di samping itu, keadaan dan kualiti semasa juga menjadi sandaran kepada pempamer mengambil contoh insiden kebakaran Inderaputra yang mana sekaligus mencacatkan tahap mobilisasi TLDM secara khusus dan TDM secara amnya. Laporan akhbar yang menyebut keinginan ATM untuk mendapatkan sebanyak 3 buah MSS (Multipurpose Support Ship) juga turut telah menyaksikan kedatangan kapal pengangkut pelbagai guna milik Korea Selatan, DOKDO selain menarik minat beberapa negara pengeluar yang lain seperti Perancis dan lain lain.

Namun apa yang penting, walau sebesar mana sekalipun penyertaaan kali ini, perolehan tetap dilakukan demi kelangsungan dan kestabilan serta keselamatan negara dengan mendapatkan aset terbaik disamping corak pembelian yang telus sekaligus melenyapkan tomahan beberapa pihak yang senantiasa mencari kesalahan pihak lain bagi dijadikan modal politik jahat.

Chin Peng Mahu Bertemu PM ?

Chin Peng dikatakan ingin bertemu sendiri dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Selatan Thai dua minggu lagi. (berita lanjut). Chin Peng dilihat ingin menyuarakan keinginannya untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa hidup dan dikebumikan disebelah kubur bapanya apabila meninggal nanti.

Namun apa yang menghairankan kenapa baru sekarang Chin Peng, bekas Setiausaha Agung PKM menyuarakan untuk kembali bukannya sebaik menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia pada 1989. Ini kerana secara terang terangan Kerajaan Malaysia pada ketika itu (dengan syarat warganegara) akan diterima kembali ke Malaysia sebagai habuan meletakkan penentangan bersenjata terhadap Kerajaan Malaysia. Tapi Chin Peng tidak berbuat demikian sebaliknya memilih untuk terus menjalankan kehidupan di sebuah perkanpungan di sempadan Malaysia-Thailand.

Dan lebih mengejutkan bila hasratnya untuk pulang ke Malaysia disambut baik oleh ahli politik dari parti DAP dan sebahagian ahli politik dari parti Gerakan sekaligus menafikan jasa dan bakti yang ditaburkan oleh anggota pihak keselamatan selama ini. Seolah olah seperti DAP ada agenda yang tersirat di sebalik isu Chin Peng ini. Mungkinkah dengan kepulangan Chin Peng, DAP akan dapat satu lagi political milage setelah beberapa lama memerintah negeri Pulau Pinang?. Nampaknya terdapat pihak dari ahli politik dan badan-badan NGO yang cuba mengenepikan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh pihak keselamatan dan cuba bermain isu sensitif yang mana sekaligus melukakan hati bekas anggota polis dan tentera serta ahli keluarga mereka yang pernah mendapat kecederaan termasuk yang kematian anggota keluarga ekoran keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis.

Wednesday, November 25, 2009

Malaysia Tidak Maafkan Chin Peng

Pengumuman TPM berkenaan penolakan permohonan maaf oleh Chin Peng sesuatu yang amat dihargai. Perkara tersebut dinyatakan oleh TPM ketika diminta mengulas tentang permohonan itu setelah ianya dimuatkan di dalam laporan eksklusif akhbar The Star. Sebenarnya permohonan maaf Chin Peng tidak membawa apa apa erti kerana sepanjang kegiatan ganas komunis di negara ini, bukan sedikit menjadi mangsa mereka.

Isu permintaan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia atas alasan sudah terlalu tua dan ingin disemadikan disebelah kubur bapanya sebenarnya telah diketengahkan oleh orang kuat parti Gerakan (perlu diingatkan parti Gerakan juga antara pencetus kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 setelah diserapi idelogi komunis). Bagaimanapun setelah idea ini menerima kecaman hebat, akhirnya orang kuat Gerakan bertindak mendiamkan diri dan sebaliknya isu ini telah dimanipulasikan oleh anggota dari parti DAP untuk mendapat sokongan padu kaum Cina serta Melayu yang bersimpati. Asasnya Melayu yang rata rata menyokong idea ini tidak pernah merasai keperitan hidup dibawah kekejaman komunis. Kebanyakkan orang ramai yang bersimpati telah mempertikaikan kenapa kerajaan menghalang Chin Peng untuk pulang dan telah bertindak membandingkan keputusan kerajaan

Tuesday, November 24, 2009

Analisis : Pergerakan Komunis Dalam Negara

Pergerakan atau penyusupan masuk bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) ke dalam pertubuhan kesatuan pekerja, NGO dan parti politik bukanlah perkara baru. Ini berdasarkan pengalaman penulis sewaktu berkhidmat sebagai anggota tentera sekitar tahun 1990 di mana penulis dan rakan seperjuangan pernah diingatkan tentang pergerakan ini (komunis - PKM) akan terus bergiat cergas dalam negara tapi bukan lagi melalui penentangan bersenjata selepas Perjanjian Hadyai 1989. Ketika itu penulis diberitahu tentang hasrat Chin Peng yang akan meneruskan idealogi komunis dengan menggunakan semangat kecinaan bagi membangkitkan rasa tidak puashati bangsa Cina terhadap kerajaan selain dilihat akan mengembangkan pergolakan sesama kaum di kalangan orang Melayu melalui perbezaan idealogi politik.

Hasrat Chin Peng "Pengkhianat Negara" (gambar) yang menurunkan tandatangan melalui Perjanjian Hadyai diterjemah oleh agen unit perisikan negara yang mana mereka percaya Chin Peng yang kuat idealogi komunis tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus mencuba nasib meneruskan penentangan terhadap kerajaan Malaysia secara halus. Penulis sendiri pada peringkat awal merasa agak sangsi dengan berita yang diterima memandangkan penulis berpendapat rakyat akan terus melupakan perjuangan sia sia komunis seiring dengan kepesatan ekonomi menjelang alaf baru tetapi kini penulis menyedari tanggapan tersebut sememangnya meleset. Ternyata hasil risikan dan terjemahan niat Chin Peng berdasarkan perjanjian itu benar.

Penulis kini menyedari terjemahan ini dapat dilihat dengan adanya ahli politik yang membangkang kerajaan mulai menanam jarum halus terhadap rakyat supaya melupa dan memaafkan segala dosa kekejaman komunis dan menerima kepulangan Chin Peng sebagai orang tua yang sudah insaf TETAPI sebenarnya jika rakyat bertindak sedemikian ianya seolah olah rakyat akan menganggap Chin Peng dan PKM sebagai salah satu organisasi yang turut serta memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British. Dakyah yang dimainkan oleh ahli politik begitu licik selain mendapat sokongan kaum Cina yang chauvanis/chauvanism. Sedangkan sewaktu insurgensi, komunis telah bertindak ganas terhadap rakyat tanpa mengira kaum apabila mereka mendapati mereka tidak mendapat sokongan pihak setempat. Mereka bukan sahaja membunuh orang Melayu tetapi juga kaum Cina yang tidak menyokong pergerakan bersenjata PKM. Ini berdasarkan fakta dan sejarah yang menjadi bukti betapa pihak komunis dibawah pimpinan Chin Peng tidak teragak agak untuk membunuh sesiapa sahaja termasuk Ketua Polis Negara - Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 jun 1974 dan Ketua Polis Perak - Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 jun 1975.

Namun kemuncak keganasan PKM adalah ketika menyerang sebuah balai polis di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang menyaksikan 14 anggota polis, 8 anggota polis bantuan dan 4 ahli keluarga anggota polis telah dibunuh secara kejam dalam serangan tersebut.

Penulis sebenarnya sedaya upaya cuba untuk tidak menyentuh tentang ahli politik dalam blog yang memperkatakan soal pertahanan negara selain cuba untuk bersikap neutral dengan tidak menyokong mana mana parti. Namun dengan kemunculan beberapa berita melalui blog yang menyentuh terdapat ahli politik yang cuba bertindak bagi pihak Chin Peng, penulis ianya sudah keterlaluan.

Ahli politik sepatutnya berhujah dan berdebat untuk membangunkan negara mengikut acuan mereka sendiri bukannya untuk menjadi "hero" memperjuangkan nasib penjenayah perang serta cuba menghalalkan kekejaman yang telah lama menjadi parut kepada rakyat khususnya bekas pasukan keselamatan dan anggota keluarga mereka. Sebaik penulis menyedari ada blog yang memperkatakan tentang chauvanis Cina yang cuba menjadi pro PKM, penulis sebenarnya masih berharap ianya tidak benar dan cuma mainan blog untuk menjatuhkan pihak lawan. Tapi sekiranya asas dakwaan blog yang terlibat adalah benar maka penulis berharap ahli politik bersebut ditahan dibawah ISA. Ahli politik yang diperkatakan oleh blog The Unspinners (baca disini) adalah Ronnie Liu.

Antara petikan dari laman blog tersebut, dibawah tajuk -

UNSPIN: Cucu Tok Selampit mengenai Ronnie dan Kegiatan Komunisnya

"Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ronnie Liu, beliau bukanlah merupakan anak jati Selangor, walaupun beliau adalah ADUN Pandamaran. Beliau telah berasal dari Cheroh, Pahang. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat komunis sehingga keluarga mereka ditempatkan di sebuah Kampung Baru Cina yang dikelilingi dengan pagar tinggi oleh kerajaan British pada masa itu untuk mengawal pergerakan komunis".

"Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Ronnie secara terbuka memperakui komunis sebagai pejuang dan beliau mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka".

Rakyat yang kini selesa dengan keadaan ekonomi sepatutnya tidak mudah terpedaya dengan pujukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menerima kepulangan Chin Peng walau atas apa alasan sekalipun.

Menurut berita dari laman blog lain, selain dari Ronnie Liu, pemimpin besar PKM itu juga telah cuba menjemput pemimpin sebuah parti untuk turut serta dalam ulang tahun Perjanjian Hadyai yang ke 30. Ini berdasarkan gambar surat yang dihantar kepada pejabat sebuah parti politik tersebut.

Untuk catatan, sewaktu sebelum kemerdekaan pihak British enggan menghantar pulang pendatang Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu sewaktu pemerintahan British bagi menjalankan kerja buruh di estate dan lombong lombong perak. Dan sebagai salah satu tawaran kepada kemerdekaan negara, Raja-Raja dan kaum Melayu telah diminta untuk menerima kaum Cina dan India yang berada dan bekerja di Tanah Melayu sebagai warganegara dan kaum Melayu tidak mempunyai pilihan lain kerana merasakan betapa penting perlunya kemerdekaan setelah sekian lama dijajah British. Walaupun kaum pendatang Cina dan India tersebut diterima sebagai warganegara Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia), hak dan keistimewaan peribumi diwartakan sebagai hak kekal. Ini kemudiannya telah menimbulkan rasa kurang puashati dikalangan sebahagian penduduk Cina. Pada waktu yang sama juga pihak komunis enggan menerima keputusan kemerdekaan Tanah Melayu dan sebaliknya mahu perjuangan mereka menentang penjajahan pihak Jepun diiktiraf dan kuasa pemerintahan British diserahkan kepada mereka sebagai balasan. Bagaimanapun permintaan komunis telah ditolak dan sekaligus menyebabkan mereka menentang pemerintahan baru. Lantaran itu, pihak komunis mulai giat menjalankan kegiatan menyebarkan idealogi komunis melalui kesatuan sekerja dan dikalangan kaum Cina.

Melalui penyusupan masuk anggota dan idealogi PKM ke dalam kesatuan sekerja dan parti politik, kaum Cina mulai bangkit menentang secara terang terangan dan keadaan dalam negara mulai terasa tegang tetapi kaum Melayu masih boleh bersabar walaupun hampir setiap masa ada sahaja isu sensitif cuba dimainkan. Ini termasuklah perarakan kaum Cina dengan membawa penyapu dan sepanduk berbau cercaan seperti "Halau Melayu ke Hutan". Setelah beberapa lama ketegangan berlaku, kemuncak yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969 apabila rasa tidak puashati kaum Cina ini diterjemahkan kepada insiden seorang anak muda Cina telah bertindak mencangkul kepala seorang tua Melayu di pasar Chow Kit. Ianya kemudiannya telah bertukar kepada rusuhan kaum terburuk dalam sejarah negara yang menyaksikan ramai kaum Melayu telah dibunuh dan disembelih setelah keluar dari sebuah panggung wayang di Kuala Lumpur dan ini telah membawa kepada tindakan balas oleh orang Melayu sebagai membalas dendam. Hasil dari peristiwa 13 Mei 1969, negara telah menyaksikan ramai kaum Cina dan Melayu telah terbunuh akibat dari rusuhan kaum yang dimainkan oleh pihak komunis bagi melumpuhkan Kerajaan Persekutuan selain menimbulkan rasa curiga dikalangan penduduk tempatan serta mencari sokongan dari kaum Cina.

Hakikatnya kini, komunis sekali lagi ingin menimbulkan huru hara dalam negara. Benar seperti ramalan pihak perisikan negara, komunis dibawah pimpinan Chin Peng tidak akan berhenti dari terus menimbulkan kekacauan meskipun tidak melalui penentangan bersenjata kerana mereka akan melakukannya melalui parti politik, kesatuan sekerja dan badan NGO. Dan kali ini, jika benar berita yang tersebar melalui laman blog bermakna mereka (komunis) telah berjaya meletakkan anggota mereka dalam parti politik dan cuba menimbulkan kekacauan dan pastinya agen mereka akan sedaya upaya menafikan tuduhna yang dilemparkan dengan pelbagai alasan bagi menyelamatkan diri dan menghalalkan justifikasi kedudukan mereka dalam parti politik.

Info :

Kanang Anak Langkau (gambar) antara anggota tentera yang pernah berjuang menentang kezaliman komunis. Dalam perkhidmatan bersama rejimen Renjer (RRD - Rejimen Renjer DiRaja), beliau pernah cedera parah sewaktu peperangan di mana 5 butir peluru telah terbenam di dalam badannya sewaktu beliau bergerak mara ke garisan pertahanan musuh bagi menyelamatkan pasukannya. Akibatnya beliau terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan selama setahun. Kanang Anak Langkau, satu satunya perwira negara yang menerima 2 Pingat tertinggi Angkatan Tentera yang masih hidup- (SP) Seri Pahlawan dan (PGB) Pingat Gagah Berani

Friday, November 13, 2009

PDRM amalkan "Tembak untuk Bunuh"?

Subramaniam gesa polis kaji semula prosedur ketika berdepan penjenayah

KUALA LUMPUR: Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, (gambar) menggesa polis mengkaji semua prosedur operasi mereka ketika berdepan dengan suspek penjenayah bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu.

Sambil mengakui polis mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan melindungi nyawa orang awam ketika operasi seumpama itu, beliau yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata adalah baik untuk jangka panjang jika sesetengah peruntukan dan taktik yang kini diguna dalam prosedur polis untuk menangani penjenayah dikaji semula.

(Berita lanjut)


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam dilihat senada dengan pihak NGO yang tidak memahami tugas dan risiko pihak polis ketika berdepan dengan penjenayah yang kebelakangan ini sering menggunakan senjata api selain menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja dan tidak teragak agak menggunakannya bila dikepung pihak polis.

Bagaimanapun naib presiden MIC ini mengambil pendekatan menyelamatkan diri bila di masa yang sama mengakui dan memahami pihak polis berdepan dengan tugas berat sepanjang melakukan operasi membanteras jenayah.

Luahan orang kuat MIC ini amat difahami kerana kebanyakkan kes jenayah berat dan bersenjata api melibatkan kaum India terutamanya di Selangor. Datuk Dr S Subramaniam sebenarnya ingin menyuarakan kebimbangan dengan tindakan pihak polis menembak mati kaum India yang dilihat oleh Datuk Dr S Subramaniam sebagai satu tindakan yang boleh dielakkan sedangkan berdasarkan kejadian pada tahun tahun lalu apabila berlaku kematian atau kecederaan di pihak polis, tiada siapa yang akan mengutuk penjenayah dan bersimpati dengan nasib anggota polis. Hampir semua NGO yang dahulunya melaungkan soal "Human Right" akan bertindak menjauhkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sikap individu dan NGO yang sentiasa menyalahkan pihak polis tidak ubah seperti melepaskan "anjing tersepit" kerana mereka akan mencari salah pihak polis bila gagal bertindak dengan pantas dalam sesuatu kejadian rompakan atau pembunuhan dan masa yang sama mereka juga akan menyalahkan pihak polis bila terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan menyebabkan penjenayah terbunuh.