Sunday, January 3, 2010

Nama Allah : PM Akan Mengadap Agong

PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Serentak itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.(berita lanjut)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis amat bersetuju dengan langkah yang bakal diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan bagi menjelaskan penggunaan nama Allah oleh Herald Weekly keluaran pihak Gereja Roman Khatolik.

Sehubungan itu juga penulis amat berharap Seri Paduka Baginda akan menggunakan kata putus baginda sebagai Ketua Agama untuk mengeluarkan arahan pengharaman kekal penggunaan kalimah atau nama Allah atau apa apa sahaja yang berkaitan dengan anutan, kepercayaan dan amalan penganut agama Islam.

Sesungguhnya umat Islam negara ini terlalu banyak bersabar dan bertoleransi tetapi sikap baik umat Islam tidak pernah dibalas dengan rasa bertimbang rasa tapi sentiasa ditekan, dicabar dan diperlekehkan dari masa ke semasa.

Penulis melihat sekiranya pihak Istana gagal mengeluarkan arahan pengharaman secara kekal atau mutlak, musibah yang cukup besar bakal menunggu kepada keselamatan dan keharmonian antara masyarakat dari berbagai anutan agama.

Kesabaran umat Islam ada batasnya dan pihak yang menempah masalah jangan menyalahkan orang lain jika keselamatan penganut agama tersebut tidak dapat dilindungi oleh perasan toleransi umat Islam di masa depan.

RPK : Sampai Bila Mahu Jadi Pelarian?

Masih ingat pelarian ini?

Beberapa minggu sebelum ini RPK dikatakan berada di London dan menginap disebuah apartment mewah di sini. Tapi setelah berita tentang kehadirannya di sana, mungkin merasakan tidak selamat untuk berada lama di kota glamor London, beliau dikatakan telah melarikan diri ke Poland. Ini berikutan dari beritayang disiarkan oleh Ming
guan Malaysia, 3 Januari 2010. (berita selanjutnya).

Menurut laporan Mingguan Malaysia lagi, beliau sebagai pengendali laman blog Malaysia Today menyindir usaha-usaha polis untuk membawa beliau pulang dengan berkata

“Ketika Ketua Polis Negara dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya. Saya pula menyambut tahun baru bersama wanita-wanita Poland.

“Oops.. lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya. Ah, tak apa Eropah luas.”

Manakala Ketua Polis Negara berkata ketika diminta mengulas mengenai Raja Petra Kamaruddin, Raja Petra boleh berada di mana-mana negara termasuk Poland kerana lelaki itu berstatus pelarian. “Dia membawa status sebagai pelarian, kita akan tetap memburu Raja Petra (walau di mana dia berada),”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

RPK sepatutnya berada di dalam negara untuk menunjukkan segala tomahannya itu benar dan betul, sekaligus akan meyakinkan orang ramai dan bukannya bertindak melarikan diri melalui sempadan secara tidak sah.

Tindakannya itu sudah pasti senang dipatahkan kerana Kerajaan melalui imigresen boleh membatalkan kerakyatan atas alasan mempunyai dua kerakyatan selain menggunakan pasport palsu untuk urusan ke luarnegara. Penangkapannya pasti hanya menunggu masa. Negara luar yang mengawasi perkembangan ini menerusi kedutaan mereka di sini akan memaklumkan kepada pihak polis di negara terbabit untuk tindakan susulan.

Sesetengah negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi tentunya akan mengambil langkah menahan RPK sebaik ditemui manakala negara-negara yang tidak mempunyai perjanjian seumpama itu akan turut menahan pesalah sebaik dimaklumkan oleh pihak polis Interpol. Tidak dapat tidak pesalah imigresen akan pasti dapat ditahan dan dihantar pulang.

Samada ada Raja Petra Kamaruddin (RPK) sedar atau tidak tindakannya itu, penulis tidak pasti tetapi penulis berpendapat RPK cuba menunjukkan keegoan dan kebodohan melampaui batas.

Pertama kerana menyiarkan gambar beliau yang terbaru dengan 2 orang wanita Poland (dikatakan RPK menyambut kedatangan Tahun Baru bersama sama).

Kedua, RPK mendedahkan lokasinya. Samada benar atau tidak penulis tidak dapat sahkan tetapi jika benar RPK berada di Poland, ternyata beliau mempunyai tahap IQ yang lebih sedikit dari Chimpanzee.. sepatah iklan di Astro "Matanya lebih besar daripada otak".

Ini kerana penulis berpendapat, sekiranya lokasi yang RPK umumkan itu benar, ternyata RPK berada ditempat dan masa yang salah. Sekali lagi penulis gagal memastikan apakah Malaysia mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Kerajaan Poland TETAPI negara mempunyai hubungan baik dengan negara Poland berasaskan perdagangan atau pembelian peralatan pertahanan, Kereta Kebal PT-91M.

Pastinya dengan hubungan dua hala begini, kerajaan Poland tidak mahu melepaskan peluang untuk membalas budi atas inisiatif kerajaan Malaysia membantu meningkatkan lagi hubungan antara negara selama ini.

Apa yang pasti RPK sudah hampir pasti masuk ke dalam perangkap kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk apatah lagi dengan perangai pelanduk yang suka memburukkan negara melalui negara lain. Kasihan pelanduk kerana ego tidak bertempat dan pelanduk tidak patut berfikir ianya secerdik si kancil.

Saturday, January 2, 2010

Perkataan Allah: Mahathir bimbang kemarahan umat Islam











KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, walau apa jua alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.(berita lanjut)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri itu ada benarnya. Penulis pula berpendapat ianya bukan hanya melibatkan soal kemarahan tetapi lebih dari itu.

Seolah olah ada motif tertentu. Ada agenda halus yang dulunya cuba mempertikai dan menghakis hak orang Melayu dan kini mempersoalkan hak penganut Islam.

Kita sepatutnya tidak perlu membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kerana kes ini tidak perlu dilayan dan tidak patut dibicarakan di mahkamah sivil tetapi sepatutnya di mahkamah Syariah. Sekiranya kita membuat rayuan seolah olah kita membenarkan hak berkaitan agama Islam dipertikaikan dan dipermainkan di mahkamah sivil sedangkan agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama.

Tidak perlu dibuat rayuan tapi rakyat yang cintakan perdamaian sepatutnya meminta campurtangan dari Majlis Raja Raja dan meminta kuasa Yang DiPertuan Agong untuk membatalkan keputusan itu secara mutlak dan kekal sejajar dengan Perlembagaan.

Sesuatu perlu dilakukan dari berlakunya kekacauan yang jauh lebih besar ekoran rasa tidak puashati, tertindas dan dihina oleh penganut agama lain.


Kuasa Raja Raja Perlu Untuk Keselamatan Negara

Isu mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Roman Katholik menimbulkan banyak rasa tidak puashati kepada penulis.

  • Kenapa pihak KDN perlu melayan tuntutan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan nama Allah dalam edaran artikel Herald Weekly yang membawa kes tersebut ke mahkamah sivil.
  • Selain KDN, penulis juga hairan dengan Kerajaan tidak mengambil inisiatif yang sewajarnya dengan menyekat hak pihak Gereja untuk membicarakan kes ini di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.
  • Penulis juga lebih hairan bila ramai peguam dari pelbagai badan dan persatuan yang mahu bertindak sebagai pihak pencelah tidak membantah kes ini dibicarakan di mahkamah sivil.
  • Apa yang penulis faham, perkataan dan nama Allah telah digunakan sejak sekian lama oleh penganut agama Islam tetapi kenapa baru sekarang pihak Gereja Roman Khatolik mahu menggunakan nama Allah dalam artikel edaran mereka.
  • Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan oleh itu permintaan untuk menggunakan nama perlu dibuat di mahkamah Syariah bukannya sivil.
  • Jika pihak Gereja mahu menggunakan nama Allah ini bermakna mereka bersetuju dengan ajaran agama Islam bahawa Allah itu Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Jaid pihak Gereja perlu mengugurkan takrifan Allah mengikut pemahaman mereka sebaliknya menggunakan takrifan Allah mengikut ajaran Islam.
  • Sekiranya pihak Gereja enggan maka Kerajaan perlu menggunakan sekatan kekal penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja menerusi persetujuan Raja Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama negara.
  • Maljis Raja Raja juga selaku pihak yang mempunyai kuasa khusus perlu mengenakan sekatan kekal oleh mana mana pihak dari menggunakan apa apa yang digunakan oleh ajaran Islam khususnya yang melibatkan ketuhanan, tauhid umat Islam negara ini.
Penulis melihat keputusan mahkamah adalah berat sebelah, tidak adil serta berniat jahat. Apa apa yang melibatkan umat Islam perlu diputuskan melalui mahkamah Syariah selaku badan yang diiktiraf berpengetahuan berkenaan agama Islam itu sendiri bukan dijaja dimahkamah sivil.

Keputusan ini ternyata memberikan ancaman kepada keselamatan negara, perpaduan kaum dari berbagai etnik dan kepercayaan.

Penulis percaya jika hal ini dibiarkan berlaku sedikit masa lagi pihak Gereja dan pertubuhan agama lain akan turut mempertikaikan hak orang Islam seperti kebebasan beragama, laungan azan, hak untuk mendengar kuliyah atau ceramah agama di surau atau masjid, hak anak anak orang Islam, penyataan agama pada kad pengenalan dan bernagaia lain yang sebenarnya hanya menunggu masa. Malahan penulis percaya bahawa sudah apa perancangan untuk membawa kes kes melibatkan umat Islam ke mahkamah sivil sekiranya isu penggunaan nama Allah ini terus dibicarakan di mahkamah sivil. Mereka akan menggunakan kes ini sebagai case study untuk membawa kes lain yang melibatkan penganut agama Islam ke mahkamah yang serupa.

Pastinya perasaan umat Islam terutamanya orang Melayu akan terhakis. Kesabaran manusia mempunyai batasan. Jika mereka masih mampu menahan perasaan marah kerana kekacauan politik dan ekonomi dalam negara, penulis bimbang mereka akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan ledakan agama. Paling ditakuti bila agama dipermainkan, syahid digunakan untuk menyekat kebiadapan yang dilakukan kepada mereka. Pastinya letusan ini bukan sedikit tapi akan menyaksikan pergolakan yang amat besar impaknya sepertimana yang terjadi di Pakistan, Indonesia dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

Hanya kerana sikap biadap pihak Gereja Roman Khatolik yang mengapi apikan perasaan umat Islam tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian, kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi dan negara.

Friday, January 1, 2010

Keputusan benar Herald guna kalimah suci dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said ketika memaklumkan perkara itu kepada mahkamah selepas Hakim Datuk Lau Bee Lan menyampaikan penghakiman lisannya, berkata pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum mengambil langkah selanjutnya.(berita selanjutnya)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Peguam Kanan Persekutuan sedikit sebanyak melegakan penulis pada pagi hari pertama tahun baru. Pihak Gereja nampaknya cuba bermain api dalam isu penggunaan nama Allah dalam edaran akhbar Herald milik mereka. Apa yang penulis nampak ada satu bentuk cara untuk mengikis hak orang Melayu yang beragama Islam. Secara perlahan lahan mereka cuba menafikan hak orang Melayu dan penganut Islam lain untuk menganut ajaran agama dengan aman.

Pihak Gereja juga seolah olah ada konspirasi dengan membawa masuk isu nama Allah dalam mahkamah sivil sedangkan

  • Islam adalah agama rasmi negara.
  • Apa apa yang berkaitan Islam dibawa ke mahkamah Syariah.
  • Perkataan atau nama Allah hanya digunakan oleh umat Islam dinegara ini sejak berkurun lama manakala pihak Gereja hanya menggunakannya kebelakangan ini.
  • Bila nama Allah tidak lagi menjadi hak umat Islam dan orang Melayu serta boleh dibicara dalam mahkamah civil. Sekaligus ini memberi isyarat pihak Gereja serta penganut agama lain akan turut mempertikaikan hak umat Islam dan kaum Melayu selain minta dibicarakan dimahkamah sivil dengan mengambil kes penggunaan nama Allah sebagai kes rujukan.
Penulis berharap kerajaan dan Majlis Raja Raja mengambil pendirian tegas. Hak umat Islam dan kaum Melayu bukan bahan untuk diperjudikan.

Penulis bimbang jika perkara ini dibiarkan secara berterusan, ianya akan menjadi barah dalam keharmoian masyarakat majmuk kerana umat Islam dan kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan hak kaum atau penganut agama lain.

Penulis melihat bakal akan terjadi satu lain rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 jika tiada tindakan susulan yang lebih tegas terhadap pihak Gereja. Jika dulu ianya rusuhan bermotifkan ekonomi, kali ini ia mampu tercetus ke arah rusuhan agama yang pasti jauh lebih buruk implikasi terhadap rakyat dan negara untuk tempoh yang cukup panjang.