Friday, February 18, 2011

KJ Terima Sayap Penerjunan

KUALA NERANG: Komitmen dan pengorbanan tinggi selama lima minggu menjalani Latihan Asas Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 di Zon Gugur, Padang Terap, Padang Sanai, di sini membolehkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjunan Tentera Darat.

Khairy dianugerahkan sayap berkenaan selepas berjaya mendarat dengan selamat bersama 79 lagi pelatih penerjunan Tentera Darat pada akhir latihan semalam yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi
Abdullah kemudian diberi penghormatan untuk memakaikan sayap berkenaan kepada menantunya itu.

Gimik acara tamat latihan semalam dimulakan dengan 10 penerjun bagi kursus Ahli Paracut Tahap 1 dan diikuti kursus Ketua Penerjunan Tahap 2. Secara keseluruhannya seramai 80 penerjun menerima sayap bagi Tahap 1, manakala seramai 21 penerjun menerima sayap bagi Tahap 2.

Pada majlis itu, semua pelatih melakukan penerjunan pada ketinggian 304.8 meter menggunakan pesawat CN-235 sebelum mendarat di depan Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi - (Berita Harian - baca disini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KJ merupakan salah seorang karakter yang kurang disenangi sebelum ini pada pandangan ramai pemerhati politik dan blogger dan kini dilihat beliau dilihat "pandai membawa diri". Namun pendekatan KJ yang menonjolkan sikap patriotik dengan menyertai pasukan Wataniah seharusnya dipuji... tidak seperti anggota politik banjingan Tony Pua yang bersikap celaka, hanya tahu menyalahkan kerajaan kononnya atas dasar patriotisme.. SYABAS KJ.

Wednesday, September 15, 2010

SKMM : Aduhai Mana Satu Yang Betul Ni Datuk Seri?

SKMM ambil tindakan salah guna internet


2010/09/15

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

SKMM berkata, pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan penyampaian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.
Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,” kata SKMM dalam satu kenyataan, semalam. (Berita Harian - baca di sini).

Aduhai Rais Yatim, semalam cakap lain....hari ini lain pulak. Semalam Datuk Seri Dr. Rais Yatim canang satu Malaya yang SKMM tidak ada pakar forensik... selalunya bila kita kata tidak ada maksudnya memang langsung tidak wujud.

Jika SKMM ingin wujudkan satu pasukan pakar forensik komputer secara tak langsung bermaksud penubuhan pasukan itu akan memakan masa yang panjang sebelum pasukan tersebut benar benar mempunyai status beroperasi. Dan jika perkara ni benar bermakna penubuhan pasukan forensik komputer tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan sekaligus memberi idea kepada penyangak komputer / internet untuk terus memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama.

Tapi hari ini Datuk Seri Dr. Rais Yatim bercakap dengan nada lain pula.."mengambil tindakan tegas". Sejauh mana ketegasan yang boleh diambil jika SKMM tidak mempunyai pakar forensik komputer dan mendapatkan balik artikel atau apa apa bahan yang telah dipadam dari pemacu cakera padat (hard disk)?.

Apakah pihak SKMM akan membuat "print screen"? terhadap mana mana laman blog atau laman sosial yang menyiarkan bahan yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti masyarakat negara ini?.... jika lah pihak SKMM ada berfikir begini sudah pasti SKMM akan menjadi bahan ketawa orang ramai... kerana siapa saja boleh membuat salinan dan dengan kecanggihan perisian serta sedikit bakat pihak yang berminat boleh mengubah mana mana laman untuk mengenakan pihak yang lain... tapi harap harap SKMM tidak lah sebegitu naif. Tambahan pula dahulu Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah mengatakan SKMM akan dilengkapi dengan teknologi canggih bagi membanteras salah laku internet oleh orang awam... cuma semalam Datuk Seri Dr. Rais Yatim baru mendedahkan rupa rupanya teknologi canggih tersebut hanya menjadi bahan perhiasan kerana ketiadaan pakar forensik komputer.

Nak tergelak ada...kasihan pun ada. Tapi tak apa lah Datuk Seri setidak tidaknya ada juga usaha ke arah meningkatupaya SKMM dan mengawal salahlaku di kalangan pengguna internet negara ini. Cuma janganlah blog jalanan ditekan dan ditindas tapi laman sesawang atau blog individu pembangkang yang bertali arus memfitnah tidak diambil tindakan kerana tekanan dari sebelah pihak... seperti isu Namewee yang sudah senyap tidak kedengaran sejak anak haram itu mendapat sokongan dari DAP dan MCA. Alang alang mengambil tindakan biar adil... dan jangan jadi seperti KDN yang terus menerus menikus...sesekali saja bersuara, itu pun Timbalan Menteri yang keluarkan kenyataan... harapkan Menteri gaya saja yang gah mencium keris.

Tuesday, September 14, 2010

Rais Yatim : Melawak atau Merepek?
























Sebelum ini kita ada terbaca kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa SKMM (kerajaan) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah dan hasutan melalui mediacetak dan media eletronik termasuk laman sosial seperti Facebook.

Namun setelah beberapa kecaman dan desakan dibuat oleh orang ramai termasuk blogger yang bencikan perkauman, SKMM masih gagal menjalankan tugas mereka.

Mengambil contoh penyebaran video klip yang menghina lagu Negaraku oleh anak haram Namewee beberapa tahun lalu. Kerajaan akhirnya berlembut memaafkan anak haram kurang hajar ini yang pada masa itu masih belajar di Taiwan.

Tapi malangnya sikap lembut kerajaan masih tidak dihargai oleh anak haram ini yang kemudiannya "menyerang" TNB gara-gara berlaku blackout di kawasan perumahannya sekaligus menunjukkan anak haram ini masih tidak serik dan tidak teragak agak melakukan sikap kurang hajar pada masa akan datang.

Dan buat kali ke tiga, anak haram kemudiannya "menyerang" peribadi Pengetua sebuah sekolah hanya berfaktakan kata kata sebelah pihak (pelajar bermasalah). Lebih biadap bila bukan sahaja pengetua sekolah yang dimaki tetapi juga umat Islam bila video klipnya juga menyentuh soal ibadah berpuasa umat Islam.

SKMM sekali lagi gagal menjalankan tugas.

Anak haram kemudiannya dipanggil untuk memberi keterangan dan hari ini kes kurang hajar dan biadap oleh anak haram tertutup senyap sunyi. Tanpa sebarang tindakan dikenakan. Tidak seperti tindakan terhadap pelajar kesenian yang membuat posting di dalam facebook. Jauh sekali untuk mengenakan tindakan seperti remaja yang membakar gereja.

Kenapa SKMM, KDN dan kerajaan bertindak berat sebelah?.

Adakah kerana SKMM dan pihak berwajib menerima tekanan dari parti komponen sehinggakan tidak berani mengambil keputusan serta mengenakan tindakan terhadap pesalah / penghasut?.

Atau SKMM mudah menjadi pemaaf bila anak haram itu mengatakan dia seorang yang cintakan keamanan, anti perkauman dan menyokong konsep 1Malaysia?

Dan inilah jawapan Datuk Seri Dr. Rais Yatim kenapa sebenarnya SKMM sukar mengambil tindakan

Kurang bukti punca SKMM gagal dakwa kes hasutan - Rais

14/09/2010 5:38pm

JELEBU 14 Sept — Kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi.

Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Oleh yang demikian, katanya langkah SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.

"Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web yang biasa,” katanya.(Utusan Malaysia - berita selanjutnya di sini)


Apa yang sebenarnya Datuk Seri Dr. Rais Yatim fikirkan selama ini?. Isu penghinaan dan perkauman dalam internet bukan perkara baru. Bukan sejak isu lagu "Negarakuku".

Tapi kata Datuk Seri Dr. Rais Yatim lagi

Semalam, Rais berkata SKMM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aduan mengenai hasutan berbau perkauman yang banyak terdapat dalam internet serta laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Nampaknya SKMM dan KDN sama lemah... gagal menangani masalah ini dari peringkat awal.

Adakah kerajaan hanya bergantung kepada SKMM.

Jika tidak silap rasanya sebelum ini kerajaan mempunyai satu badan yang dahulunya dikenali sebagai "NICER" yang mampu bertindak terhadap penyalahgunaan Internet.

Setidak tidaknya SKMM boleh mendapatkan pertolongan dari MyCERT.

MyCERT acts as an independent focal point for Malaysian hosts, which allows both local and international experts, incident response teams, vendors, clients and law enforcement agencies, to cooperate and conduct vital technical and remedial action at sites affected by computer security incidents. MyCERT's rapid response in analyzing problems and providing solutions can help the nation, organizations or companies to minimize damage from attacks and to prevent further unauthorized activity. New trends of security incidents may call for MyCERT to publish new advisories to further assist other organizations in mitigating and reducing damages. MyCERT has the capacity to advise and provide assistance to law enforcement agencies but the team do not undertake any policing role or regulatory position.
MyCERT services has been used by various agencies as a trusted intermediary in coordinating response with various parties, including Internet Service Provider, law enforcement agencies and international incident response teams.

Malahan MyCERT juga mempunyai perkhidmatan Cyber999 seperti yang paparkan dalam laman sesawang

Apakah SKMM langsung tidak bersedia atau terfikir langkah menangani masalah ini dari terus merebak menjadi barah di dalam masyarakat.

Adakah kerajaan langsung tidak mempunyai pakar komputer yang mampu menolong membanteras isu fitnah termasuk perkauman yang begitu bermahrajalela yang sering di mainkan oleh pihak politik pembangkang?.

Atau SKMM menganggap isu ini hanya bersifat sementara kemudiannya akan lenyap dan dilupakan seperti isu Namewee yang terus tenggelam dengan kes pembunuhan tragis Jutawan Kosmetik.

Jika beginilah caranya lebih baik Datuk Seri Dr. Rais Yatim meletak jawatan..bersama sama dengan Menteri KDN dan pastinya rakan-rakan blogger akan cuba untuk hadir di majlis perpisahan Datuk Seri untuk memeriahkan acara.

Mangsa Bukan Ahli Politik : Kenapa Wakil PAS Kurang Hajar Sangat?.

Kebodohan melampau Prof. PAS yang digelar Mr. Bean sini dan sini dan kenyataan Dr. Lalok Air Ketum di sini jelas menunjukkan pihak PAS sanggup menggunakan apa saja taktik kotor bagi kepentingan politik.

Apakah dua ekor wakil PAS ini tidak ada hati perut dan perasaan dengan sewenang wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa tanpa memikirkan kesedihan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa?.

Sah dua ekor binatang peliharaan PAS ini sama darjat, tidak berperikemanusiaan tak ubah seperti pembunuh itu sendiri. Tidak memikirkan kesedihan orang lain ketika menyambut kedatangan Syawal hanya kerana ingin memuaskan nafsu politik dengan menuduh pihak lain dan memutarbelit kes terbaru ini dengan kes lain yang tidak ada kaitna langsung.

Terlalu busuk hati, dengki dan pendendam - itulah sikap sebenar dua ekor binatang peliharaan PAS ini. Jika dua ekor binatang ini fikir mangsa bunuh adalah orang Islam sepertimana mereka sudah tentu mereka akan bersimpati dan tidak mungkin tergamak untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu jahat.

Tapi inilah sikap dan nilai sebenar jatidiri binatang peliharaaan PAS. Jika perlakuan ganas mereka kita sering lihat dalam rangkaian demonstrasi dan protes, kali ini kita boleh saksi dan nilai bagaimana kerohanian yang mereka semai dalam diri mereka selama ini.

Seorang yang waras dan berhemah tinggi sudah tentu tidak akan sesekali mencerca pihak lain serta menjatuhkan maruah ahli keluarga mangsa dengan mengaitkan atau menyamakan kejadian yang dihadapi oleh mangsa dengan kejadian terdahulu (pembunuhan Altantuya).

Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh dua ekor binatang ini?

Apakah mereka ada masalah peribadi dengan mangsa?, tidak puashati atau berdendam secara diam-diam atau pun juga cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh mangsa?.

Mangsa seorang usahawan berjaya yang meniti ranjau kehidupan yang bukan mudah, akhbar ada menceritakan mangsa pernah menjadi seorang penoreh getah, membuat jualan langsung sebelum mencapai kesenangan seperti sekarang.

Apa yang paling penting mangsa bukanlah seorang ahli politik !! dan tidak terlibat dalam mana mana parti politik. Bukannya seperti suspek kes bunuh, terang terangan menjadi ahli politik seumur hidup dalam sebuah parti politik dan peguam bagi pertubuhan haram HINDRAF. seperti di laporkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Jadi kepada ahli bahalol parti politik PAS, berpada padalah bila berpolitik. Jangan jadi bebal dan bodoh bila berkata kata dan tolong hormati pihak lain.

Apakah mereka ini sudah lebih handal dari mahkamah, lebih tahu dari tuhan apa yang terjadi sehingga mudah menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada orang lain.

Mungkin juga mereka ini jenis bersikap "peduli apa" dengan apa apa yang berlaku disekeliling.. yang membunuh bukan sanak saudara mereka dan yang dibunuh bukan ahli keluarga sendiri sebab itu mereka tidak langsung sensitif dengan perasaan orang lain.

Sungguh bahalol.

Monday, September 13, 2010

Ghairah Buat Liputan 3 di tahan

BANTING 13 Sept. – Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan oleh anggota polis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yang dipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar.

Mereka ialah jurukamera agensi berita Xin Hua, Lim Ling Fong; stringer NTV7, Mohd. Shahif Ibrahim; dan wartawan portal berita Malaysian Insider, Yow Hong Chieh.

Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang tadi ketika cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.


Ke mana nilai kewartawanan ketiga tiga makhluk ini?

Kerana ghairah membuat liputan, mereka sanggup menyusup masuk ke kawasan larangan - istilah "menyusup" yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia menggambarkan mereka masuk ke kawasan kejadian tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa. (Utusan Malaysia - baca selanjutnya di sini).

Apakah mereka tidak fikir bahawa "kemungkinan" kehadiran mereka akan mencacatkan bahan bukti di tempat kejadian?. Selain mengganggu tugas polis dan apa yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum sehinggalah siasatan pihak polis selesai terlebih dahulu akan dihebahkan melalui akhbar dan siaran berita mereka?.

Ketika berita berkaitan hal ini disiarkan di Buletin Utama TV3, mereka yang ditahan kelihatan tersenyum sekaligus menunjukkan mereka sebenarnya tahu kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan mereka tahu yang mereka telah melanggar arahan pihak polis tapi hanya kerana ingin mendapatkan bahan berita yang sensasi mereka sanggup mengenepikan segala-galanya.

Bawak bawaklah bersabar ketika buat liputan, sejak bila pula pihak polis tidak pernah berikan kerjasama kepada media?