Monday, September 13, 2010

Ghairah Buat Liputan 3 di tahan

BANTING 13 Sept. – Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan oleh anggota polis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yang dipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar.

Mereka ialah jurukamera agensi berita Xin Hua, Lim Ling Fong; stringer NTV7, Mohd. Shahif Ibrahim; dan wartawan portal berita Malaysian Insider, Yow Hong Chieh.

Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang tadi ketika cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.


Ke mana nilai kewartawanan ketiga tiga makhluk ini?

Kerana ghairah membuat liputan, mereka sanggup menyusup masuk ke kawasan larangan - istilah "menyusup" yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia menggambarkan mereka masuk ke kawasan kejadian tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa. (Utusan Malaysia - baca selanjutnya di sini).

Apakah mereka tidak fikir bahawa "kemungkinan" kehadiran mereka akan mencacatkan bahan bukti di tempat kejadian?. Selain mengganggu tugas polis dan apa yang sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum sehinggalah siasatan pihak polis selesai terlebih dahulu akan dihebahkan melalui akhbar dan siaran berita mereka?.

Ketika berita berkaitan hal ini disiarkan di Buletin Utama TV3, mereka yang ditahan kelihatan tersenyum sekaligus menunjukkan mereka sebenarnya tahu kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan mereka tahu yang mereka telah melanggar arahan pihak polis tapi hanya kerana ingin mendapatkan bahan berita yang sensasi mereka sanggup mengenepikan segala-galanya.

Bawak bawaklah bersabar ketika buat liputan, sejak bila pula pihak polis tidak pernah berikan kerjasama kepada media?

No comments: