Friday, September 3, 2010

Musa Hassan Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru

Musa Hassan sebagai menteri bagi Kementerian Dalam Negeri yang baru?

Itu saranan salah seorang blogger Paneh Miang supaya khidmat cemerlang Tan Sri Musa Hassan di teruskan tapi bukan lagi sebagai ketua atau bos dalam pasukan polis tapi melalui perlantikan dalam KDN sendiri.

Pada penulis, saranan oleh Paneh Miang amat bernas sekali.

Sewajarnya khidmat cemerlang Musa Hassan diteruskan jika sekali pun tidak lagi bersama dengan pasukan PDRM. Dan penulis juga bersetuju jika kerajaan melantik Musa Hassan sebagai orang baru yang bertanggungjawab terus dengan keselamatan dalam negeri.

Sepanjang rekod Musa Hassan menerajui PDRM bukan sedikit kejayaan yang dicatatkan, bukan hanya kes jenayah yang melibatkan jenayah berat tetapi juga meliputi semua aspek jenayah dan penurunan kadar jenayah menunjukkan Musa Hassan dan anggota PDRM dari pelbagai peringkat memainkan peranan yang amat penting dan bersungguh sungguh bagi memastikan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dan sewajarnya jugalah kerajaan menukar status Datuk Seri Hishamuddin dari Menteri KDN ke jawatan lain yang lebih sesuai dengan perwatakannya yang agak lembut dan bersopan..mungkin juga beliau lebih sesuai menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan suasana politik, perkauman yang lebih tegang sekarang ini, kita memerlukan seorang rakyat yang lebih patriotik, lebih tegas dan garang, lebih berhemah dan low profile, lebih tindakan dari amaran.


No comments: