SKMM ambil tindakan salah guna internet
2010/09/15KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.SKMM berkata, pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan penyampaian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.“Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,” kata SKMM dalam satu kenyataan, semalam. (Berita Harian - baca di sini).
Aduhai Rais Yatim, semalam cakap lain....hari ini lain pulak. Semalam Datuk Seri Dr. Rais Yatim canang satu Malaya yang SKMM tidak ada pakar forensik... selalunya bila kita kata tidak ada maksudnya memang langsung tidak wujud.
Jika SKMM ingin wujudkan satu pasukan pakar forensik komputer secara tak langsung bermaksud penubuhan pasukan itu akan memakan masa yang panjang sebelum pasukan tersebut benar benar mempunyai status beroperasi. Dan jika perkara ni benar bermakna penubuhan pasukan forensik komputer tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan sekaligus memberi idea kepada penyangak komputer / internet untuk terus memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama.
Tapi hari ini Datuk Seri Dr. Rais Yatim bercakap dengan nada lain pula.."mengambil tindakan tegas". Sejauh mana ketegasan yang boleh diambil jika SKMM tidak mempunyai pakar forensik komputer dan mendapatkan balik artikel atau apa apa bahan yang telah dipadam dari pemacu cakera padat (hard disk)?.
Apakah pihak SKMM akan membuat "print screen"? terhadap mana mana laman blog atau laman sosial yang menyiarkan bahan yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti masyarakat negara ini?.... jika lah pihak SKMM ada berfikir begini sudah pasti SKMM akan menjadi bahan ketawa orang ramai... kerana siapa saja boleh membuat salinan dan dengan kecanggihan perisian serta sedikit bakat pihak yang berminat boleh mengubah mana mana laman untuk mengenakan pihak yang lain... tapi harap harap SKMM tidak lah sebegitu naif. Tambahan pula dahulu Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah mengatakan SKMM akan dilengkapi dengan teknologi canggih bagi membanteras salah laku internet oleh orang awam... cuma semalam Datuk Seri Dr. Rais Yatim baru mendedahkan rupa rupanya teknologi canggih tersebut hanya menjadi bahan perhiasan kerana ketiadaan pakar forensik komputer.
Nak tergelak ada...kasihan pun ada. Tapi tak apa lah Datuk Seri setidak tidaknya ada juga usaha ke arah meningkatupaya SKMM dan mengawal salahlaku di kalangan pengguna internet negara ini. Cuma janganlah blog jalanan ditekan dan ditindas tapi laman sesawang atau blog individu pembangkang yang bertali arus memfitnah tidak diambil tindakan kerana tekanan dari sebelah pihak... seperti isu Namewee yang sudah senyap tidak kedengaran sejak anak haram itu mendapat sokongan dari DAP dan MCA. Alang alang mengambil tindakan biar adil... dan jangan jadi seperti KDN yang terus menerus menikus...sesekali saja bersuara, itu pun Timbalan Menteri yang keluarkan kenyataan... harapkan Menteri gaya saja yang gah mencium keris.
No comments:
Post a Comment