Saturday, January 23, 2010

Pewaris Takhta Kesultanan Kerajaan Negeri Johor

Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini. Putera sulung Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.
Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.(berita lanjut)
--------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya Rejimen Gerup Gerak Khas kini kekosongan pemimpin yang berkaliber dan disegani dengan kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Namun begitu penulis amat percaya dengan kebolehan Tunku Ibrahim uuntuk menggantikan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Kolonel (Kehormat) baru bagi Rejimen Gerup Gerak Khas. Tunku Ibrahim sememangnya mempunyai ciri ciri pegawai yang amat membanggakan untuk menerajui kecemerlangan Rejimen Gerup Gerak Khas sebagaimana tradisi yang telah dilakukan sejak sekian lama. Semoga Tunku Ibrahim akan dilantik sebagai pemimpin baru pasukan Komando dan sekaligus menaikkan moral anggota rejimen untuk terus berkhidmat pada sebilang masa, di mana mana tempat sekalipun.

No comments: