Friday, September 3, 2010

Musa Hassan Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru

Musa Hassan sebagai menteri bagi Kementerian Dalam Negeri yang baru?

Itu saranan salah seorang blogger Paneh Miang supaya khidmat cemerlang Tan Sri Musa Hassan di teruskan tapi bukan lagi sebagai ketua atau bos dalam pasukan polis tapi melalui perlantikan dalam KDN sendiri.

Pada penulis, saranan oleh Paneh Miang amat bernas sekali.

Sewajarnya khidmat cemerlang Musa Hassan diteruskan jika sekali pun tidak lagi bersama dengan pasukan PDRM. Dan penulis juga bersetuju jika kerajaan melantik Musa Hassan sebagai orang baru yang bertanggungjawab terus dengan keselamatan dalam negeri.

Sepanjang rekod Musa Hassan menerajui PDRM bukan sedikit kejayaan yang dicatatkan, bukan hanya kes jenayah yang melibatkan jenayah berat tetapi juga meliputi semua aspek jenayah dan penurunan kadar jenayah menunjukkan Musa Hassan dan anggota PDRM dari pelbagai peringkat memainkan peranan yang amat penting dan bersungguh sungguh bagi memastikan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Dan sewajarnya jugalah kerajaan menukar status Datuk Seri Hishamuddin dari Menteri KDN ke jawatan lain yang lebih sesuai dengan perwatakannya yang agak lembut dan bersopan..mungkin juga beliau lebih sesuai menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan suasana politik, perkauman yang lebih tegang sekarang ini, kita memerlukan seorang rakyat yang lebih patriotik, lebih tegas dan garang, lebih berhemah dan low profile, lebih tindakan dari amaran.


BENDERA : 200 pengamal ilmu kebal di hantar ke Malaysia





















Bila terbaca berita tentang kumpulan BENDERA di sini tidak diketahui ianya benar atau tidak, tak dapat dipastikan tapi berita ini agak kelakar... melucukan sekali bila segelintir rakyat Indonesia yang ada masalah mental, emosi tak stabil cuba bertindak membelakangkan usaha diplomasi antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan BENDERA tidak habis habis melakukan provokasi terhadap kedutaan, pelajar Malaysia dan kesabaran rakyat negara kita. Mereka yang dibayar oleh pihak tertentu sanggup menggunakan apa juga cara termasuk roadblock untuk "sweeping" rakyat Malaysia, protes di hadapan kedutaan termasuk membalik najis dan membakar Jalur Gemilang.

Sejauh mana kebenaran tentang penghantaran provakator ke Malaysia dibuat tidak pula diketahui tapi jika bersandarkan pada kenyataan lalu ketua kumpulan ianya lebih kepada "gimik" untuk menarik perhatian pihak media Indon dan meminta publisiti murahan agar kerajaan Malaysia melayan kehendak orang bodoh seperti mereka.

Walau apa pun, kerajaan tetap perlu memandang serius kenyataan oleh ketua kumpulan pesakit mental Indonesia ini. Setidak tidaknya sebagai cegah rintang dari berlakunya sebarang insiden yang tidak di ingini oleh warga Indonesia samada yang sudah lama bekerja di sini mahupun yang baru berjaya menyelinap masuk melalui lorong tikus.

Thursday, September 2, 2010

Lucutkan Kerakyatan

Memang celaka anak haram Namewee. Sebelum ini Malaysia tidak mudah terjebak dengan isu perkauman walaupun isu itu dimainkan oleh pihak politik DAP secara berkala menjelang pilihanraya. Tapi bila kerajaan amat bermurah hati memaafkan anak haram ni selepas menghina Lagu Kebangsaan masa belajar di seberang laut, hal hal perkauman semakin menjadi jadi.

Kes penghinaan turut dipandang sepi oleh ahli politik yang lain yang hanya lebih suka mengampu dan membuat kenyataan yang lebih menjaga hati ahli politik dari pihak perikatan. Menteri yang bertanggungjawab terhadap SKMM pernah keluarkan kenyataan yang kerajaan setuju memaafkan selepas anak haram ini meminta maaf. Lebih memburukkan kerajaan bila Menteri yang bertanggungjawab terhadap KDN seolah olah jatuh sakit dan menjadi bisu mengalahkan pesakit strok, sunyi sepi tanpa tindakan pantas membanteras unsur perkauman sebaliknya hanya senarai amaran yang panjang berjela jela.

Penyumbang isu perkauman juga datang dari pemimpin yang sudah lama gila kuasa ingin menjadi Perdana Menteri walau dinasihatkan supaya meninggalkan tabiat meliwat terlebih dahulu oleh ahli politik yang lain. Pemimpin ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari bini dan anak yang turut sama menipu rakyat memainkan iu perkauman.

Dalam isu perkauman yang semakin menjadi jadi kesalahan patut diletakkan pada bahu KDN dan parti politik dari kaum sejenis dengan Namewee.

KDN dilihat lebih banyak bertolak ansur...satu sikap dan amalan biasa di Malaysia yang hanya menjerit melolong bila keadaan sudah tidak dikawal sementara ketika masih boleh dicegah pihak berkuasa hanya membiarkan pihak yang kurang ajar ini bebas menaikan apa apa isu yang boleh membangkitkan api kemarahan pihak lain.

Bukan sekali anak anjing Namewee ini bertindak kurang ajar, biadap, celaka dan tak sedar diri selepas isu lagu Negarakuku, banjingan ni keluarkan pula videoclip yang menghina dan menyerang TNB satu cara ala gangster kononnya untuk menyuarakan rasa tidak puashati dan sekarang p***mak ni keluarkan pula video yang kononnya menentang sikap perkauman / racist yang tidak menepati hasrat kerajaan ke arah 1Malaysia.

Kepala bapak dia anti racist. Kalau celaka ini anti racist kenapa libatkan sama isu berpuasa dalam videoclip terbaru. Apa kena mengena umat Islam berpuasa dengan sikap anti racist celaka ni?. Alasannya yang anti racist dan menyokong hasrat 1Malaysia hanya alasan semata mata untuk melembutkan hati pihak berkuasa dari mengenakan tindakan terhadap diri sendiri kononnya dia adalah penyokong kerajaan dan kerajaan akan meringankan hukuman terhadap penyokong sendiri.

P*nt*t lu Namewee. Jangan pikir orang lain bodoh. Hasrat 1Malaysia kerajaan tidak ada kena mengena dengan videoclip engkau yang bukan kononnya anti racis tapi juga anti Islam sekaligus mencerminkan anti Melayu sebagai penganut agama Islam terbesar di negara ini.

Kepada KDN hentikan sikap buta mata dan hati yang hanya mengeruhkan lagi keadaan keharmonian dalam negara. Tunjukkan tiada lagi kuasa untuk bertolak ansur tak kira pada mana mana kaum dan pegangan politik. Tindakan tegas dan cepat amat perlu dari membiarkan keadaan menjadi lebih teruk. Atau KDN masih tidak mengambil iktibar dari sikap perkauman yang dimainkan oleh parti politik dan blogger RPK yang kemudiannya melarikan diri sekaligus seolah olah memperbodohkan KDN.

Apalah guna NKRA KDN jika isu perkauman gagal diatasi dengan berkesan.

Lihat saja sambutan hari kemerdekaan kali ini, cukup suram. Walaupun keadaan suram ini sebenarnya telah berlaku sejak pemerintahan PM Kaki Tido.

KDN juga perlu mengeluarkan garis panduan dan menegur mana mana parti politik yang cuba bertindak campurtangan setiapkali KDN ingin mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar undang undang terutamanya dalam isu perkauman.

Parti politik Cina seperti MCA sebagai komponen BN pula perlu akur dengan undang undang yang ada dan bukannya mengenakan tekanan kepada sekutu mereka serta memainkan isu pilihanraya sebagai bahan gertakan konon tindakan undang undang akan menjauhkan para pengundi..jika inilah caranya sampai bila bila sentiasa akan ada pihak yang mencabar keharmonian dan memainkan isu perkauman untuk kepentingan sebelah pihak.

Atau ada pihak ingin mengulangi peristiwa 13 Mei 1969?.

Apakah mereka ini rasa mereka terlalu bagus untuk menghina pihak lain dan mencabar undang undang dan perlembagaan sedia ada?.

Apakah mereka masih tidak sedar dan belajar bahawa peristiwa 13 Mei 1969 hanya menjadikan pemenang sebagai arang dan yang kalah sebagai abu namun pihak yang suka memainkan isu perkauman perlu sedar orang Melayu di negara ini tidak ada tempat lain selain negara ini, tanah tumpah yang didiami sejak nenek moyang dan sesungguhnya orang Melayu akan tetap mempertahankan hak mereka dalam apa cara sekalipun.

Jadi pada pihak yang suka pada perkauman usahlah berfikir dan bersikap tamak haloba serta kurang ajar. Jangan fikir mereka tidak akan dicabar bila kesabaran kaum Melayu tidak dapat dibendung.

Lihat sekarang sudah terjadi perkelahian kecil akibat timbulnya rasa tidak puas hati sebelah pihak kerana sentiasa dihina dan dipijak seperti yang lapor oleh blog Rajahmas. Jika KDN dan parti politik masih gagal mengambil tindakan menghentikan isu perkauman tidak mustahil kudis akan bertukar menjadi barah dan meledak seperti di beberapa buah negara dan hanya akan merugikan semua pihak.

Monday, April 5, 2010

Kenyataan Celaka oleh Barua Politik

Penulis seboleh bolehnya tidak ingin untuk mengkritik atau terlibat dalam isu politik bila menulis dalam blog ini tetapi apabila penulis melihat kebelakangan ini seolah olah wujud satu trend untuk mengaitkan pihak keselamatan untuk terjerumus dalam kancah percaturan politik, penulis menjadi hilang sabar. Hilang sabar melihat sikap kurang ajar sesetengah ahli politik yang cuba membawa pihak berkuasa dalam perbalahan dan perebutan kuasa politik dalam negara. Mereka ini seolah kehabisan idea untuk dijadikan modal politik mereka.

Bermula dengan pendedahan Zahrain tentang nafsu serakah Anwar yang cuba mengaitkan pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam penubuhan kerajaan baru menjelang 16 September tahun lalu di mana kononnya pihak ATM akan menyokong Anwar mencapai cita-cita politiknya kini muncul satu lagi kenyataan biadap, kurang ajar dan bodoh oleh pengerusi DAP Perak. Sikap celaka pengerusi DAP Perak ini boleh dilihat melalui kenyataannya yang dipetik oleh akhbar Utusan baru baru ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah polis akan menembak sesiapa yang tidak disukai mereka secara sesuka hati.

Kenyataan ini begitu jelas barua DAP ini cuba menghasut dan memfitnah pihak polis tanpa bukti yang kukuh. Kenyataan barua ini dikeluarkan ekoran dengan kehadiran ramai anggota polis pada sidang DUN Perak tempohari.

Pihak polis sebagai anggota keselamatan yang menjalankan penguatkuasaan sememangnya perlu berada di mana sahaja tempat yang difikirkan perlu untuk memastikan tidak berlaku kekecohan selain menjamin keselamatan orang ramai.

Kehadiran pihak polis menjalankan tugas keselamatan bukan hanya di balai tapi hampir di mana sahaja, di stadium, perairan malahan di kawasan tumpuan pelancong.

Kenyataan barua DAP ini tidak lain dari menyuarakan rasa tidak puashati kerana dengan kehadiran polis mereka dihalang dari melakukan kekecohan seperti sidang DUN terdahulu. Inilah niat binatang barua DAP. Jika mereka benar benar berniat ingin berpolitik secara baik dan masa yang sama berdebat dengan pihak lain bagi menyuarakan rasa tidak puashati... mereka masih mampu tanpa mempertikaikan kehadiran polis. Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara mereka yang berdebat secara baik utnuk menyuarakan rasa tidak puas hati di tarik keluar oleh polis melainkan mereka terlebih dahulu melakukan kekecohan dan provokasi berlebihan.

Penulis ingin menyarankan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, hentikanlah sikap berlembut yang tidak membawa faedah. Jika sikap berlembut ini diteruskan penulis tidak nampak Menteri KDN mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan tegas tetapi akan jadi lembik seperti Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Najib.

Pihak yang mencabar anggota keselamatan dan pihak berkuasa tidak perlu diberikan muka. Penulis cukup pelik kerana hanya negara kita yang terlalu berlembut yang akhirnya orang ramai menyampah dengan sikap menteri dan pihak berkuasa kerana amaran demi amaran dikeluarkan tapi tiada tindakan keras diambil terhadap pihak yang sememangnya berniat jahat mengeruhkan keadaan dan merosakkan suasana aman harmoni masyarakat berbilang kaum selama ini.

Jika pihak polis berpakaian preman tidak mampu menahan sikap kurang ajar segelintir ahli politik begini serahkan sahaja pada anggota FRU, jika FRU pun tidak boleh menghalang berikan tugas kepada PORU... jika tidak biarkan sahaja anggota tentera melanyak mereka.

Sunday, March 7, 2010

Penglibatan ATM di Aceh?

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal laporan mendakwa tentera Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas di Aceh baru-baru ini akan meminta polis Indonesia menyiasat perkara itu secara menyeluruh.
Beliau berkata, Malaysia akan meminta Ketua Polis Indonesia melaporkan siasatan mereka melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Saya fikir secara langsung mahupun tidak langsung memang tidak pernah ada penglibatan oleh tentera Malaysia dan jauh sekali ada penglibatan oleh kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam sebarang pergolakan di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghantaran Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V (TPA-M V) di Pangkalan Udara Subang dekat sini, hari ini.

Dr. Ahmad Zahid diminta mengulas laporan agensi berita AFP mengenai penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan ke atas sebuah pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) pada Selasa lepas.(berita lanjut - Utusan Malaysia) dan (Utusan Malaysia)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduhan laporan oleh AFP mengenai penemuan seragam tentera milik ATM adalah satu fitnah yang berniat jahat. Laporan berita oleh sumber luar negara sentiasa mencari jalan untuk memburukkan nama negara diperingkat global sejak dahulu lagi seolah olah Malaysia sebuah negara yang membiayai keganasan sementara keganasan yang dilakukan oleh negara Barat termasuk Israel dihalalkan atas alasan demokrasi.
Seringkali pasukan ATM atau negara diburukkan jika terdapat konflik dinegara jiran atau ditempat pasukan ATM bertugas sebagai pasukan pengaman. Sebelum ini juga terdapat laporan kononnya pasukan pemantau di Mindanao, Filipina terlibat dalam keganasan menentang kerajaan Filipina di mana pihak berkuasa negara tersebut menjumpai pakaian seragam milik anggota tentera Malaysia.

Inilah keburukan bila kita sebagai sebuah negara yang mempunyai penglibatan diperingakt global sebagai pasukan pengaman masih mengharapkan kepada import pakaian seragam tentera kepada negara luar. Penulis difahamkan sebelum ini negara mengimport pakaian seragam (raw) dari negara China dan kini pakaian diambil dari negara Indonesia. Penamatan kontrak pakaian seragam dari China dilakukan setelah terdapat rasa tidak puashati dari pengguna tentang kualiti pakaian yang cepat lusuh dan tidak menepati kehendak operasi.

Penulis sememangnya hairan kerana kita masih menggunakan pakaian seragam yang dibawa dan dibuat oleh syarikat asing dari luarnegara sedangkan kita mempunyai ramai pengeluar pakaian dan NADI (dahulu dikenali sebagai STRIDE) dikatakan sebagai sebuah badan yang mampu menyelidik teknologi ketenteraan bagi kegunaan ATM. Kita tidak perlu hairan jika kita masih bergantung kepada pengimportan atau pembelian teknologi tinggi dan canggih dari luarnegara tetapi kebergantungan negara terhadap negara luar dalam pembuatan pakaian dan teknologi makanan adalah sesuatu yang sukar difahami. Dua perkara ini adalah asas yang diperlukan bagi menghasilkan anggota tentera yang bermutu tinggi disamping memberi latihan berterusan dan pendedahan kepada peralatan terkini.
Sedang kita melaungkan dasar kebolehan negara mengeluarkan teknologi nano dan lain lainnya, kita sebenarnya masih merangkak untuk menyediakan perkara asas tersebut. Dimananya silap kita?.
Penulis faham bilamana SME masih terkial kial untuk mengeluarkan senjata (raifle) 100% keluaran dan teknologi tempatan kerana kita perlu mengambilkira pendedahan dan pengalaman dalam bidang tersebut selain industri pembuatan senjata memerlukan kepakaran khusus tetapi apakah kita yang berbangga dengan slogan "Malaysia Boleh" masih terkebil kebil memikirkan halatuju industri asas tersebut?. Begitu juga dengan industri dan teknologi penyediaan makanan untuk anggota tentera. Penulis tidak kisah jika kita masih mengekalkan teknologi dan standard pemakanan yang ala kadar tapi adakah makanan yang disediakan tersebut benar benar berkhasiat?
Standard, teknologi dan khasiat pemakanan ketika di zaman insurgensi mungkin tidak membenarkan kita untuk memikirkan secara berlebih lebih tambahan dengan peperangan bercorak jungle warfare, anggota tentera yang terlibat dalam operasi masih boleh bergantung kepada sumber alam jika kehabisan makanan... walaupun pada dasarnya penulis masih kurang setuju kerana dalam kebanyakkan catatan operasi yang penulis baca, penulis tidak pernah melihat catatan yang mengisahkan anggota tentera membuat jerat demi kelangsungan hidup tetapi masih mengharapkan bantuan yang digugurkan oleh helikopter Nuri. Itu di zaman insurgensi tetapi kini kita melangkah ke zaman peperangan konvensional. Peperangan terbuka, peperangan dalam bandar dimana tidak ada haiwan liar kecuali di zoo. Negara lain sudah melangkah jauh, mereka menghasilkan sendiri teknologi pemakanan dengan penetapan/standard yang tinggi kearah penyediaan makanan yang berkhasiat selain mengeluarkan sendiri pakaian yang mampu menjadikan anggota yang terlibat dalam operasi halimunan kepada thermal imaging atau infra red. Dalam situasi sekarang di mana arah dan tahap kita dalam industri ketenteraan?.
Pada penulis baik untuk teknologi tinggi ketenteraan sehinggalah kepada teknologi keperluan asas ini, kita masih berada ditakuk yang lama... masih sama, ke depan tidak kebelakang pun tidak.
Penulis beranggapan sudah sampai masanya (walaupun agak terlewat) untuk kita memikirkan dan bergerak secara bersendirian dalam teknologi ini dengan berpandukan teknologi luar sebagai tahap piawaian supaya setanding dengan negara maju yang lain.
Jangan sampai kita berkali kali dituduh mencampuri urusan negara lain semata mata kerana pihak berkuasa luar menjumpai pakaian seragam lengkap dengan badge yang kononnya milik ATM.
Penulis percaya jika kita benar benar ingin mencampuri urusan dan terlibat dalam konflik negara luar, anggota ATM mampu bertindak lebih dari itu dan bukannya bertindak bodoh meninggalkan pakaina seragam yang seolah olah sengaja menjerat diri sendiri. Malah penulis juga percaya kerajaan dan ATM lebih gemar menggunakan diplomasi jika terlibat dalam konflik secara tidak langsung dan bukannya menggunakan kekerasan walaupun kita mampu untuk bertindak ke arah itu.
Dan anggota ATM kita bukanlah seperti anggota TNI yang sewenang wenangnya menceroboh kedaulatan dan menembak mati anggota pemisah di negara lain seperti yang mereka lakukan satu masa dulu. Mereka sanggup menghantar skuad pembunuh ke negara kita semata mata untuk memburu saki baki anggota pemisah GAM yang melarikan diri ke negara ini... pun begitu kita masih memberi amaran kepada mereka yang terlibat dan bukannya dengan mencanangkan keganasan mereka kepada sumber berita luarnegara seperti AFP.