Friday, February 18, 2011

KJ Terima Sayap Penerjunan

KUALA NERANG: Komitmen dan pengorbanan tinggi selama lima minggu menjalani Latihan Asas Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 di Zon Gugur, Padang Terap, Padang Sanai, di sini membolehkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjunan Tentera Darat.

Khairy dianugerahkan sayap berkenaan selepas berjaya mendarat dengan selamat bersama 79 lagi pelatih penerjunan Tentera Darat pada akhir latihan semalam yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi
Abdullah kemudian diberi penghormatan untuk memakaikan sayap berkenaan kepada menantunya itu.

Gimik acara tamat latihan semalam dimulakan dengan 10 penerjun bagi kursus Ahli Paracut Tahap 1 dan diikuti kursus Ketua Penerjunan Tahap 2. Secara keseluruhannya seramai 80 penerjun menerima sayap bagi Tahap 1, manakala seramai 21 penerjun menerima sayap bagi Tahap 2.

Pada majlis itu, semua pelatih melakukan penerjunan pada ketinggian 304.8 meter menggunakan pesawat CN-235 sebelum mendarat di depan Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi - (Berita Harian - baca disini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KJ merupakan salah seorang karakter yang kurang disenangi sebelum ini pada pandangan ramai pemerhati politik dan blogger dan kini dilihat beliau dilihat "pandai membawa diri". Namun pendekatan KJ yang menonjolkan sikap patriotik dengan menyertai pasukan Wataniah seharusnya dipuji... tidak seperti anggota politik banjingan Tony Pua yang bersikap celaka, hanya tahu menyalahkan kerajaan kononnya atas dasar patriotisme.. SYABAS KJ.

2 comments:

Anonymous said...

Salam buat Tuan empunya blog,
Mohon tuan/puan/cik untuk membenarkan link www.dtubes.tv ke blog tuan/puan semua.

Terima kasih.
Che Chu Bidin

Unknown said...

Latihan Militer perlu persiapan yang kuat