Friday, December 28, 2007

Sensitiviti Agama Dipermainkan Lagi

http://www.malaysiatoday.com/


Catholic paper files writ of summons, 27 Dec 2007 PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and a statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of the word "Allah". The publisher said in a statement released Thursday that the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the word "Allah" in the weekly. The publisher also said that if they failed to do so, the publication’s permit would either be suspended or revoked. “We have decided to have our legal position to use the word determined by the courts,” the statement said. The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said that the writ was filed on Dec 5. The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 for its members.


-------------------------------------------------------


Kenyataan pihak Gereja Malaysia dan Menteri - Bernard Dompok yang mengatakan mereka (pihak Kristian - Gereja) mempunyai hak untuk menggunakan perkataan "Allah" sebagai translation kepada perkataan "God" untuk makalah edaran pihak gereja bagi versi Melayu amat tidak bertanggungjawab dan boleh memesongkan fahaman orang Melayu selain sengaja memainkan isu sensitif bagi kepentingan tertentu. Sudah tentunya ada dalang disebalik permainan ini.

Ternyata pihak gereja dan menteri Bernard Dompok mempunyai fahaman yang cetek bila mengatakan perkataan "Allah" adalah dari bahasa Melayu bagi menjustifikasikan edaran makalah pihak gereja kepada golongan Melayu dan bumiputera terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Bernard Dompok sebelum itu mengatakan kaum bumiputera Sabah, Sarawak dan Indonesia telah pun menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka sebelum ini sedangkan perkataan "Allah" adalah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud "Tuhan" dalam bahasa lain termasuk bahasa Melayu.

Orang Melayu yang beragama Islam bagaimanapun lebih berminat menggunakan perkataan "Allah" berbanding "Tuhan" kerana ianya lebih tertib, manis, sopan dan merasakan diri mereka akan lebih dekat kepada PenciptaNya.

"Allah" bukan "Tuhan" kepada penganut agama Kristian yang mengaku nabi Isa itu anak Tuhan. Ini kerana dari bahasa Arab, "Allah" adalah sebenar benar tuhan - tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan Allah tidak mempunyai anak atau diperanakkan seperti yang difahami oleh penganut agama Kristian.

Oleh itu pihak Gereja tidak boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam makalah versi Bahasa Melayu mereka dan tidak boleh menyamakan "Allah" dengan "Tuhan" seperti yang dipercayai oleh mereka. Penganut Kristian lain diseluruh dunia juga tidak menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada "Tuhan" mereka sebaliknya tindakan pihak gereja di Malaysia hanya sebagai satu tindakan provokasi yang sengaja ingin bermain api dengan cuba menyemarakkan perasaan benci antara agama. Menteri Bernard Dompok patut meletakkan jawatan dan jika perlu memohon maaf secara terbuka kepada penganut agama Islam dinegara ini kerana kenyataannya yang tidak lebih dari satu kenyataan yang dibuat tanpa menggunakan akal untuk berfikir terlebih dahulu tentang implikasi dari hal ini.

Ternyata pihak gereja sengaja ingin mengambil kesempatan dari suasana kekacauan yang sering berlaku akhir akhir ini untuk kepentingan mereka. Perbuatan "menangguk di air keruh" bakal tidak menguntungkan mereka sebaliknya akan memperlihatkan tindakan yang lebih keras jika masih berdegil.

Tuesday, December 18, 2007

Kemantapan Aset Cegah Campurtangan Asing

Kerajaan merancang menambah aset- aset canggih dalam sistem pertahanan negara setanding dengan status negara maju. Timbalan Perdana Menteri berkata, seiring dengan kemajuan negara dari segi ekonomi, maka sistem pertahanan juga perlu mencapai status pembangunan yang sama.
Tiada maknanya Malaysia menjadi negara maju tetapi kemampuan pertahanan masih berada pada tahap negara dunia ketiga. Namun pembelian ini tidak akan sampai ke peringkat ia boleh mencetuskan satu perlumbaan senjata di rantau ini. Pemodenan dan pembelian aset- aset canggih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. (Berita lanjut).

_______________________________________

Kerajaan melalui ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sepatutnya sudah lama bergerak mengikut landasan dalam pemodenan pasukan bersenjata tetapi ekoran kegawatan krisis ekonomi yang bermula pada tahun 1996 telah menyebabkan ATM terpaksa membatalkan niat sebaliknya menggunakan sumber dan peruntukan terhad dalam memoden dan keningkatkan tahap kesiapsiagaan anggotanya. Mengambil contoh pemodenan Tentera Udara (TUDM), sepatutnya sudah lama dilakukan tetapi dengan krisis tersebut, TUDM (pada ketika itu) masih menggunakan pesawat F-5E selain SkyHawk. Ketidakupayaan pesawat ini menyaksikan sebarang bentuk pencerobohan ruang udara tidak mampu disekat oleh aset sediaada TUDM ketika itu (TUDM pernah menghadapi pencerobohan ruang udara oleh pesawat pejuang Vietnam selain oleh pesawat pejuang Singapura).

Pesawat F-5E sememangnya merupakan pesawat yang berteknologi tinggi ketika negara membelinya dari Amerika Syarikat dan menjadi negara pertama di rantau sebelah sini menggunakan teknologi tinggi dalam angkatan tentera udara. F-5E lebih berperanan sebagai pesawat pejuang/pemintas dan manakala pesawat SkyHawk lebih berkeupayaan menjalankan misi "bantuan rapat" (ground support) kepada anggota infantri dan mekanis. TUDM mengambil masa yang begitu lama untuk menggantikan pesawat milik mereka kepada pesawat yang lebih berupaya. Dan apa yang lebih menarik ketika pertengahan krisis ekonomi, negara telah dikejutkan oleh debuman sonik yang mengeggarkan kawasan Lembah Klang dan sekitar negeri Perak.

Terima kasih di atas tindakan gopoh juruterbang RAAF (Royal Australia AirForce) yang menerbangkan pesawat pejuang F/A-18 Hornet dari Butterworth ke Singapura dengan kelajuan sonik yang telah membuka mata para menteri. Isu ini telah dibawa dan didebat di Parlimen dan menyaksikan sebahagian besar para menteri telah menyuarakan kebimbangan dan kagum kerana kelebihan pesawat ini selain ketidakupayaan TUDM mengesan pergerakannya dan terpaksa mengambil masa beberapa hari menyiasat kes ini sebelum menteri pertahanan membuat sidang akhbar. Pesawat pejuang F/A-18 Hornet Australia yang berpangkalan di Butterworth telah terbang dan mengambil masa selama 14 minit untuk sampai ke Singapura. Ini menyaksikan kerisauan dan rentetan isu ini telah membawa kepada pembukaan tender bagi TUDM untuk mendapatkan pesawat yang lebih superior.

Walaupun setelah krisis ekonomi berakhir, ATM masih lagi diberi peruntukan "sebenar" dalam memodenkan insan dan aset. Pemilikan 8 buah pesawat untuk satu skuadron bagi TUDM dilihat oleh kebanyakan pemerhati sebagai satu skuadron standard untuk negara ketiga kerana sebahagian besar negara maju menggunakan lebih dari 20 pesawat untuk "1 full squadron" atau 1 skuadron lengkap. Namun begitu TUDM dikira masih bernasib baik kerana ia diberi peluang untuk melengkapkan skuadronnya dengan kombinasi pesawat Amerika dan Rusia. Persaingan tawaran harga "runtuh" telah menyaksikan TUDM mengambil kesempatan membeli 8 F/A-18 Hornet dan 18 MiG-29N (termasuk 1 versi MiG-29UB untuk latihan).

Pembelian aset ini sebenarnya digunakan secara berhemah untuk memodenkan TUDM tapi jiran terdekat Singapura melihat ianya satu ancaman dan permulaan kepada perlumbaan senjata dirantau ini. Malaysia walaupun sentiasa menerima kritikan dan ancaman Singapura baik dari ekonomi, kedaulatan dan ketenteraan - negara lebih melihat ancaman Vietnam dan China jauh lebih besar untuk ditangani memandangkan negara turut terlibat dalam tuntutan bertindih Kepulauan Spratly yang turut dituntut oleh Brunei, Filipina, Taiwan.

Lebih memburukkan keadaan ekoran kurangnya pemodenan untuk ATM, Lee Kuan Yew secara terbuka telah "menjemput" kepada mana mana negara untuk menyerang negara mereka setelah Singapura berjaya mendapatkan 200 peluru berpandu jarak jauh udara ke udara AMRAAM 120C pakej bagi pembelian pesawat F-16 C/D dari Amerika. Ini sebenarnya merupakan isyarat Singapura kepada Malaysia yang menyaksikan banyak isu yang membawa kepada ketegangan kedua dua negara sebelumnya termasuk peristiwa LaGabma (Latihan Gabungan Bersama) antara pasukan tentera darat Indonesia-Malaysia yang menurunkan pasukan payung terjun di selatan Johor ketika hari kemerdekaan Singapura. Peristiwa ini menyebabkan acara sambutan kemerdekaan Singapura terganggu kerana mereka terpaksa menggerakkan keseluruhan pasukan simpanan dan tetap dalam keadaan berjaga jaga lantaran bimbang dengan pendaratan pasukan tentera darat Malaysia-Indonesia (jika menyerang Singapura).

Isu ini merupakan salah satu daripada peristiwa yang mencacatkan imej negara akibat kemelut kurangnya inisiatif memodenkan ATM selain peristiwa kematian anggota NS (National Services) Singapura di air terjun hutan lipur, pemasangan radar di sebuah bukit di Johor oleh anggota tentera Singapura, penglibatan risikan oleh Singapura dalam kerajaan Johor selain menempatkan anggota risikannya di sebuah kedai mainan bagi tujuan pengumpulan data, isu bekalan air, tanah KTMB dan CIQ, pangkalan TLDM di Woodland, tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dan pengendalian radar maritim di Pulau Pisang selain tindakan jahat anggota tentera Singapura melepaskan tembakan meriam latihan ke sebuah kampung di Johor.

Diakhir pemerintahan perdana menteri Tun Dr. Mahathir, beliau yang sentiasa kagum dengan teknologi ketenteraan telah memberi lampu hijau kepada ATM untuk memoden dan mendapatkan aset canggih sekaligus meletakkan asas pemodenan ATM ke landasan yang sepatutnya. Ini disokong oleh pemulihan ekonomi negara yang telah dilakukan oleh beliau dengan secara aggresif. Ketika negara jiran serantau masih terkial kial mencari formula memulihkan ekonomi dan meredakan pergolakkan dalaman, ATM mengorak langkah membuat pembelian yang membuka mata dan mengejutkan negara sekeliling termasuk Singapura. Pembelian ini menunjukkan ATM telah cenderung untuk melaksanakan gerakan offensive (kelebihan menyerang) dalam perang konvesional (perang terbuka) setelah beberapa dekad mengadaptasi perang gerila bermula zaman insurgensi komunis. TM telah menyenarai beberapa aset penting bagi tujuan memberi lebih kuasa tembakan dan kemusnahan tetapi pada masa yang sama mengurang jumlah keanggotaan namun meningkatkan tahap profesionalisme mereka melalui K-Army (Knowledge Army) melalui perolehan aset berteknologi tinggi di samping memberikan peningkatan taraf pendidikan.

Habuan ini telah menyaksikan Tentera Darat (TDM) memperolehi 48 buah PT-91M MBT (Main Battle Tank) kereta kebal utama buatan Poland yang setanding dengan kereta kebal buatan Amerika atau Rusia (anggaran asal TDM memerlukan sehingga 300 buah), 11 buah helikopter buatan Itali A 109 Augusta LOH (Light Observation Heli) untuk misi sokongan darat kepada gerakan kolum kereta kebal atau pasukan mekanis Adnan, 1 rejimen batteri MLRS (Multi Launcher Rocket System - Sistem Pelancar Roket Berganda) Astros II buatan Brazil yang mampu melancarkan bomblet/bom serakan sejauh 60-70km dengan keupayaan 1 bomblet memiliki radius membunuh sehingga 100 meter (1 roket mempunyai 664 bomblet) dan sebagainya.

Turut menerima habuan ini adalah TLDM dengan memperolehi 2 buah kapal selam kelas Scorpene, sebuah kapal selam terpakai Agosta termasuk pangkalannya di Teluk Sepanggar, Sabah. Bagi unit dan sokongan udara, TLDM turut menerima helikopter SuperLynx 300 untuk ditempatkan di kapal frigat selain pembelian lain.

Manakala TUDM yang telah menyaksikan pembelian pesawat F-18 Hornet dan MiG-29N turut menikmati perolehan pesawat berteknologi tinggi Su-30MKM. Pesawat ini merupakan ancaman terbesar kepada mana mana pesawat pejuang milik jiran terutamanya Singapura. Lebih menggerunkan jiran terdekat - Singapura, keupayaan Su-30MKM ini ialah dengan memiliki peluru berpandu AMRAAMski, peluru berpandu jarak jauh anti AWACS (kapal terbang amaran awal yang bertindak sebagai radar - mata dan telinga kepada pertahanan udara negara tersebut). MiG-29N merupakan pesawat pejuang pemintas yang setanding pesawat F-16 C/D Singapura. Malahan MiG telah menyaksikan kelebihannya dalam memintas pesawat Singapura yang terbang menceroboh masuk ruang udara negara menuju ke Melaka. Dengan teknologi IRST, MiG telah terbang dari Kuantan dan mengekori pesawat Singapura tanpa disedari sehingga pesawat AWACS mereka memaklumkan terdapat pesawat MiG mengikuti pergerakan F-16 dari belakang (Jika dalam senario perang, MiG boleh membunuh lebih awal dengan melancarkan peluru berpandu kepada kedua dua pesawat F-16 Singapura). Pesawat Singapura ini diiring dan diperintahkan keluar dari ruang udara. Malahan MiG juga mampu menceroboh masuk ke ruang udara Singapura tanpa disedari dari awal sehinggalah ianya menonjolkan diri untuk menguji tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara republik itu. MiG yang merupakan pesawat yang boleh dikatakan kurang keupayaannya jika dibandingkan dengan Su-30MKM. Versi MKM yang dimiliki oleh TUDM lebih berdaya dari versi MKI milik India. Kelebihan pesawat ini turut diakui oleh Australia yang menyatakan rasa terancam. Su-30MKM ini bukan sahaja mampu menewaskan pesawat "super agility" Singapura tetapi juga mampu terbang sehala sehingga ke utara negara Australia dengan tanpa bantuan pesawat tangki TUDM.

Ternyata pemodenan yang dibuat oleh ATM bukan sahaja akan memantapkan keselamatan negara tetapi juga sebagai jaminan untuk menghindarkan sebarang bentuk ancaman yang boleh menganggu gugat pertahanan, ekonomi serta kemakmuran. Walaupun pemodenan sedikit tersasar dari tarikhnya tetapi ianya masih belum terlewat. Dengan usaha berganda, NADI (industri pertahanan nasional) mampu menonjolkan diri sebagai saingan terdekat kepada ST Kinetic Singapura sebagai pengeluar alat persenjataan yang disegani. Jika negara tidak memulakan usaha pemodenan pasti kita akan terus ketinggalan. Negara jiran akan sentiasa menuduh negara memulakan perlumbaan senjata untuk menghalalkan tindakan pembelian sistem persenjataan negara mereka walau kita membeli pisau dalam kuantiti yang banyak sekalipun.

Friday, December 14, 2007

ISA Jalan Terbaik

Keputusan kerajaan menangkap barisan pemimpin HINDRAF dibawah akta ISA adalah sesuatu yang dialu alukan. Jalan penyelesaian terbaik yang sedikit terlewat tapi masih belum terlambat.(Berita lanjut)

Dengan tertangkapnya 5 orang pemimpin tertinggi kumpulan itu, diharapkan sedikit sebanyak ianya akan memberi tekanan kepada saki baki pemimpin dan penyokong kumpulan tersebut untuk terus tidak membuat tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada isu keselamatan negara yang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

Mereka yang ditahan terdiri daripada P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadran, V. Ganabatirau dan T. Vasantha Kumar, yang mengetuai satu kumpulan tidak didaftar, Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Penahanan itu dilakukan mengikut Seksyen 8 (1) akta tersebut yang membolehkan mereka ditahan sehingga dua tahun.
Menurutnya, Kengadharan ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di Jalan SS2/55 Petaling Jaya, diikuti Manoharan (1.55 petang di Jalan Pantai Baru di sini), Vasanthakumar (2 petang di sebuah restoran di Brickfields), Ganabatirau (2.10 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Seremban) manakala Uthayakumar (2.30 petang di firma guamannya di Menara Mutiara, Bangsar).(Berita lanjut)
Tindakan mengemis sokongan dari negara luar terutamanya dari negara India ternyata tidak membuahkan hasil kepada kumpulan ekstremis ini kerana kerajaan India dan negara lain tidak pernah bertindak menyokong mana mana kumpulan yang bersekongkol dengan kumpulan gerila Tamil Ealam, LTTE (Berita lanjut)

Kita mengharapkan kerajaan akan lebih bertindak tegas dan pantas di masa akan datang untuk menghalang mana mana individu atau kumpulan dari terus mengambil kesempatan dari keharmonian dan perpaduan yang dikecapi selama ini dipergunakan untuk kepentingan dan agenda peribadi.

Monday, December 10, 2007

Demonstrasi Tanpa Kesudahan

Majlis Peguam telah pun menyatakan sebelum ini mereka akan membatalkan perhimpunan yang bakal berlangusng di Kuala Lumpur sempena Hari Hak Asasi Sedunia. Namun begitu masih ada sebilangan yang "besar kepala" dan meneruskan perhimpuan tersebut. Kira kira 50 orang peguam dan aktivis yang menyertai perhimpunan itu dan 8 daripada mereka telah ditahan polis.

Apakah mereka tidak mempunyai cara lain dari berdemonstrasi walau secara aman sekalipun dengan tidak menyusahkan orang ramai dari menikmati masa cuti bersama keluarga dari mengunakan jalan raya untuk memasuki bandaraya?. Apa lagi yang mereka mahukan apatah lagi selepas negara baru menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelampau Hindu (HINDRAF)?. Tidak salah untuk menyambut Hari Hak Asasi Sedunia tetapi banyak cara lain yang boleh digunakan samada menggunakan masa yang terluang dengan mengadakan Hari Keluarga?.

Umum telah mengetahui pihak polis tidak memberi kebenaran untuk Majlis Peguam berhimpun tetapi kenapa segelintir masih sanggup melanggar perintah ini?. Menjerit dan memarahi pihak berkuasa tempatan, DBKL menurunkan poster bukan cara yang baik walaupun mereka telah membayar sewa untuk merentang sepanduk di kawasan yang dikatakan itu dan walaupun berhimpun secara aman ianya tetap menyalahai undang undang kerana pihak polis telah melarang persatuan atau individu dari terus berdmonstrasi. Mungkin sebilangan peguam ini cukup besar kepala kerana memikirkan mereka adalah "peguam", mengetahui selok belok perundangan sehingga berani melangar undang undang apatah lagi dengan kehadiran wartawan yang sentiasa mencari berita sensasi.

Demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan peguam dan aktivis ini atas nama "Demokrasi" dan "Hak Asasi" menjadi tandatanya. Apakah mereka cukup istimewa sehingga sanggup mengenepikan amaran terdahulu oleh pihak polis? Dan apakah rakyat lain tidak mempunyai HAK mereka untuk menikmati suasana dan bergerak secara bebas tanpa perasaan bimbang pada hari minggu semata mata kerana segelintir peguam dan aktivis lebih gila memperjuangkan hak mereka demi agenda peribadi... di mana hak golongan majoriti rakyat untuk hidup aman tanpa gangguan kumpulan minoriti yang tidak pernah berpuashati serta bersyukur dengan keamanan yang dinikmati selama ini.

Polis menahan empat peguam dan empat aktivis mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun secara haram dengan berarak bermula di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja di sini pagi ini.

Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan mengesahkan peguam yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan anggota majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya serta N. Surendran dan Amir Hamzah Arshad.

Aktivis yang ditahan pula ialah Eric Paulsen, Arif Johny Andu, Norazana Othman dan Ashraf Ali. Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 8.20 pagi. Edmund Bon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam ditahan pukul 12.20 tengah hari.


"I happened to saw that activist from Singapore, Ashfar Ali Raja as one of those who make the squealing and ranting out in the Bar Council exterior. He was later taken away from the police when I heard him saying out loud from his lungs"

Menjadi persoalan sekarang apakah motif Ashfar Ali Raja turut berdemonstrasi di sini (gambar beliau sujud dikaki lima Masjid Jamek)?. Adakah kerajaan Singapura sudah cukup sempurna dengan menarik balik kebebasan akhbar mereka, rakyat mereka boleh menyuarakan apa sahaja di sana?. Tidak hairan jika ada bukti menunjukkan Singapura juga turut mengotorkan tangan dalam setiap demonstrasi akhir akhir ini kerana sebarang kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku dalam negara akan memberi kelebihan dan limpahan ekonomi kepada mereka. Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen perlu memainkan peranan yang lebih tegas, jika perlu menyenarai hitam individu luar yang turut memainkan peranan kepada ketidakstabilan selain menganggu gugat keharmonian rakyat negara ini. Malahan penglibatan Timbalan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah cukup menggambarkan golongan peguam ini walaupun berpelajaran tinggi tetapi mudah diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan. Setelah Anwar Ibrahim memainkan peranan yang kotor di India kini timbalannya memulakan tugas melalui kumpulan peguam.

Sebilangan besar rakyat sudah muak dengan demonstrasi tak kira ganas atau aman. Adakah kita mahu negara sekali lagi kacau bilau seperti 13 Mei 1969 -?. Atau ketika zaman komunis?.
Kata mat saleh - enough is enough !! Jangan melampau lampau dan terus besar kepala.

Friday, December 7, 2007

EC 725 Cougar bakal pengganti Nuri?

LIMA kini menjadi medan "pertempuran" antara pengeluar helikopter militari bagi memenangi kontrak membekalkan sejumlah besar helikopter pengangkut kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi kegunaan Tentera Udara Malaysia (TUDM). Nuri yang merupakan helikopter yang paling banyak berjasa dalam sejarah ATM kerana ianya mula digunakan semenjak zaman insurgensi sehingga kini.

Negara telah menyaksikan banyak kemalangan yang membabitkan helikopter Nuri dan mengorbankan bukan sedikit anggota tentera termasuk pegawai tinggi ketika kejadian Nuri terhempas dihutan Lundu, Sarawak.

Kini Nuri telah digantungkan tugas kecuali bagi tugas tugas operasi kritikal sementara menunggu keputusan ATM mengenai calon yang sesuai untuk menggantikannya. Terdapat sumber sumber mengatakan ATM kini menyenarai pendek calon yang sesuai dan EC 725 Cougar adalah yang termasuk dalam senarai tersebut.

Cougar helikopter 2 enjin kategori sederhana merupakan versi terbaru keluaran Eurocopter. Bagi kegunaan ketenteraan ianya dikenali sebagai EC 725 manakala EC 225 bagi kegunaan awam. Penerbangan pertama telah dilakukan pada November 2000 dan kini tentera udara Perancis telah memesan dan menggunakan 6 helikopter versi tentera sementara itu Markas Operasi Khas Perancis telah memesan 8 helikopter EC 725 Cougar.

EC 725 telah menggunakan tangki minyak dan struktur rekabentuk yang dipertingkatkan berserta 5 bilah kipas termasuk gearbox utama yang ditingkatupaya. Helikopter ini juga mampu membawa lebih banyak muatan pada kelajuan tinggi selain jarak yang lebih jauh.

Helikopter Cougar tidak dapat dinafikan mampu menjalankan pelbagai tugas seperti misi taktikal mengangkut anggota tentera, operasi khas, carilamat, carilamat kombat, pengawasan maritim, tugas sokongan bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Dengan kelebihan dari sudut mengangkut, Cougar mampu membawa 19 orang anggota tentera sehingga jarak misi sejauh 250 batu nautika radius. Namun untuk tugas carilamat juruterbang ianya mampu terbang radius 280 batu nautika.

EC 725 yang dilengkapi dengan cokckpit kaca serta sistem avionuk terbaru selain sistem paparan yang diintegrasi dengan peta digital. Banyak kelebihan lain yang terdapat pada helikopter EC 725 yang mampu memberikan kelebihan berbanding helikopter jenis lain yang sekelas dengannya. Walaupun begitu EC 725 ini tidak kurang kemampuannya dari sudut persenjataan yang mana ianya menggunakan 7.62mm mesingun pelbagai guna pada sisi badan helikopter dan meriam 20mm disamping itu ia boleh dimuatkan dengan 68mm pelancar roket atau 2 meriam 20mm.

Walaupun begitu ramai pemerhati yang lebih menyukai helikopter AW-101 (versi EH-101) kerana kemampuan taktikalnya yang jauh lebih hebat dari pesaing terdekat. AW-101 yang juga merupakan helikopter taktikal kategori sederhana (medium weight) yang dilengkapi dengan 3 enjin selain turut mempunyai "ramp" atau pintu dibahagian belakang yang memudahkan pergerakan keluar masuk anggota tentera atau bahan logistik. EH-101 kini turut diguna oelh Amerika Syarikat bagi menggantikan helikopter untuk kegunaan presiden mereka yang bakal dikenali sebagai "Airforce One".

Bagaimanapun kos untuk seunit AW-101 adalah jauh lebih tinggi berbanding helikopter lain yang kini berada dalam senarai pendek ATM. ATM tidak mungkin mampu membeli sejumlah besar helikopter AW-101 sekiranya mereka ingin menggantikan keseluruhan jumlah asal 30 buah helikopter Nuri. Sebagai alternatif, ATM mempunyai pilihan lain seperti EC 725 Cougar dan Mi-17-1V buatan Kazan, Rusia.

Mi-17-1V merupakan sebuah helikopter yang lebih murah dan praktikal jika dibuat perbandingan dengan helikopter buatan barat. Tapi apa yang pasti TUDM tidak mungkin akan menggunakan helikopter buatan Rusia ini kerana ianya dikatakan tidak menepati standard TUDM ekoran pembelian helikopter Mi terdahulu (yang kini diserahkan kepada pihak Bomba).

Ancaman HINDRAF kepada negara

Bantuan Dari Antarabangsa

Oleh: UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan tindakan puak pelampau Hindu Rights Action Force (Hindraf) sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara kerana terdapat bukti pertubuhan itu berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa.

Musa dalam satu kenyataan di sini tidak menyatakan nama kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Hindraf yang digerakkan oleh lima peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta.

Bagaimanapun, semalam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ada mengaitkan kumpulan pelampau itu dengan Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka. (Berita lanjut).


Pemimpin PKR ibarat pengemis politik

PULAU PINANG 6 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai pengemis politik kerana sanggup menagih sokongan pihak asing selepas rakyat negara ini menolak mereka.

Perdana Menteri berkata, tindakan pemimpin PKR juga dikesali kerana sanggup berbohong setiap kali meminta sokongan daripada pemimpin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media luar negara.(Berita lanjut).


Haramkan Hindraf – Pembela
Oleh: NOOR AZMAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengesa kerajaan mengharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) serta mengambil tindakan tegas terhadap para pemimpin pergerakan itu sebelum sentimen agama dan perkauman menjadi tidak terkawal di negara ini.

Jurucakap Pembela, Zainur Zakaria berkata, para pemimpin pertubuhan itu adalah pengkhianat negara dan kerajaan tidak wajar melayan sebarang tuntutan Hindraf melalui perbincangan atau perjumpaan.(Berita lanjut).


Pertemuan dengan Hindraf tidak perlu

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan janganlah memuliakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan anggotanya.

Berucap pada forum Kestablian Politik dan Tadbir Urus Kerajaan: Prasyarat Terhadap Pembinaan Negara, beliau menyifatkan apa yang dipanggil memorandum mereka sebagai satu pembohongan dan mengarut seperti yang didakwa bahawa kerajaan mengamalkan pembersihan etnik lima tahun lepas di Kampung Medan dekat sini.(Berita lanjut)

_______________________________________


Motif kumpulan ekstremis HINDRAF kini sudah mula terbongkar. Seperti yang dijangkakan, terdapat dalang yang mengapi apikan pergerakan ini untuk mula menunjukkan belang dengan menggunakan keganasan. Dalang yang dimaksudkan tidak lain dari pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) Anwar Ibrahim selain pengerusi DAP Lim Kit Siang.

Dalang ini mungkin tidak bermaksud menghasut penggunaan kekerasan sehingga tahap meminta bantuan dari pergerakan pengganas Tamil Eelam atau LTTE dari Sri Langka tetapi dengan memberi sokongan secara moral kepada HINDRAF untuk menentang kerajaan selain membuat tomahan berbau perkauman yang tidak berasas lagi berniat jahat. Ini dapat dilihat dengan lawatan pengerusi PKR ke India dan seterusnya ucapan kepada wakil media India yang memberi isyarat pihak antarabangsa terutamanya negara India supaya mengenakan tekanan kepda negara bagi menghalalkan tindakan HINDRAF.

Selain itu, sokongan jelas pemimpin DAP dapat disaksikan dengan kehadiran mereka sewaktu sessi perbicaraan anhli kumpulan HINRAF sebuah mahkamah baru baru ini. Negara sebelum ini telah menyaksikan betapa negara berada dalam keadaan huru hara akibat demonstrasi yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim ketika mengadakan reformasi ekoran pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri rentetan dari krisis IMF.

Kini HINDRAF yang menyedari adanya sokongan dari pihak dalaman yang pernah mengadakan demonstrasi yang hampir sama bertindak dengan lebih jauh dengan cuba mendapatkan sokongan negara luar terutamanya Amerika Syarikat, British, India serta negara negara EU untuk meningkatkan tekanan kepada kerajaan masa ini. Lebih menjelekkan bila HINDRAF yang kononnya berjuang untuk kepentingan sebilangan penganut hindu atau kaum India cuba untuk mencapatkan sokongan dari pihak gerila Tamil Eelam.

Tamil Eelam telah memulakan pergerakan bersenjata semenjak tahun 1983 dan bertindak ganas dengan menyerang instalasi tentera, pemimpin negara termasuk kepentingan awam Sri Langka ekoran perasaan tidak puashati terhadap layanan oleh kerajaan dan majoriti kaum Singhala. HINDRAF yang melihat kebangkitannya patut mencontohi pergerakan Tamil Eelam ada satu tindakan berbahaya dan sia sia. Mereka patut menyedari Tamil Eelam yang melakukan keganasan untuk menubuhkan negara Tamil di Sri Langka juga tidak mendapat sokongan dari negara India walaupun India sebuah negara besar dan merupakan jiran terdekat selain mempunyai etnik Tamil terbesar didunia.

Jika HINDRAF berpendapat permintaan mereka perlu diteruskan dengan pergerakan bersenjata nescaya pemimpin HINDRAF tersilap percaturan dan sengaja mencari nahas dengan bermain api. HINDRAF tidak akan menang sama sekali bila berlaku konflik bersenjata dan mengambil contoh pergerakan komunis (PKM) tidak pernah mendapat sebarang peluang dan kemenangan mutlak ke atas mana mana kawasan dalam negara ini sehingga akhirnya mereka terpaksa menandatangani perjanjian perletakan senjata di Hattyai, Thailand. HINDRAF mungkin berfikir secara singkat menganggap mereka mampu mencontohi Tamil Eelam dengan membawa masuk senjata secara seludup dari Thailand seperti yang pernah dilakukan LTTE tahun lalu tetapi mereka perlu berfikir secara waras, tindakan mewajarkan konflik bersenjata juga bermakna mereka mengistyharkan perang ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sekaligus membawa maksud pihak Angkatan Tentera Bersenjata juga boleh menyerang mereka pada bila bila masa dan di mana sahaja.

HINDRAF tidak boleh mengenepikan rangkaian perisikan ATM dan anggotanya yang profesional. Pergerakan bersenjata tidak akan memberi kelebihan kepada HINDRAF sekiranya mereka mempunyai niat untuk menukar halatuju pergerakan mereka. Pihak berkuasa sudah tentunya tidak akan membiarkan keadaan akan menjadi lebih buruk yang seterusnya akan membahayawakan nyawa rakyat berbilang bangsa yang sama sama menentang ideologi jahat demi memenuhi hasrat sebilangan individu yang berkepentingan.

Untuk menghalang konflik bertambah rumit, kerajaan patut mula memikirkan untuk mengenakan ISA kepada barisan pemimpin tertinggi HINDRAF selain para penyokong mereka yang sentiasa memikirkan tindakan ganas bagi menghalalkan cara bantahan.

Ketika ini juga, ATM juga perlu mengerakkan pasukan mereka dan jika perlu bertindak melenyapkan anggota LTTE yang cuba berhubung dengan anasir dalaman. Ketika suasana dalam negara belum menjadi bertambah rumit dengan konflik perkauman, pihak Markas Rejimen Gerup Gerak Khas patut menghantar anggota Sel Operasi Khusus bagi menghapuskan tentangan luar LTTE selain meningkatkan kawalan di pintu masuk Selat Melaka/Teluk Benggala di samping menggerakkan anggota risikan PASKAL. Majlis Keselamatan Negara juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa Sri Langka untuk mendapatkan hasil risikan yang berkaitan keselamatan negara.

Thursday, December 6, 2007

Sorotan Khusus Sempena LIMA 2007

TUDM terima pesawat latihan tambahan

Kerajaan semalam secara rasmi menerima 10 buah pesawat latihan lanjutan PC7 MK II. Pesawat ini merupakan tambahan kepada inventori sediada milik TUDM iaitu 30 pesawat Pilatus PC7 MK I dan lapan PC7 MK II. Pesawat latihan Pilatus PC7 MK II ini mempunyai kelebihan kerana dilengkapi kerusi anjal berbanding model terdahulu. Ianya memberi peluang kepada pelatih dan juruterbang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Pesawat dua kerusi itu mempunyai had maksimum penerbangan setinggi 7,500 meter dan kelajuan sehingga 300 knot.


Sementara itu, Perancis melalui Pengarah Projek Maritim DCNS (Bahagian Projek Malaysia), Philippe Novelli menyatakan mereka amat berpuashati dengan prestasi crew kapal selam Scorpene dan menyifatkan hasil latihan mereka sangat cemerlang. Keadaan ombak yang menghasilkan arus kuat dibawah permukaan laut ekoran ribut pada November 2005 itu yang berlaku di Perairan Iroise, Lautan Atlantik berjaya ditangani dengan baik oleh crew tersebut dan ianya amat membanggakan.

Malaysia telah membeli 2 buah kapal selam baru jenis Scorpene (disebut Skor-peni) bernilai RM3.4 billion pada 2002. Kapal selam Scorpen yang panjangnya 67.5 meter dilengkapi dengan torpedoes, peluru berpandu ke permukaan dan berupaya menyebarkan periuk api dikawal oleh 31 anak kapal.

Kapal selam Scorpene pertama diberi nama "KD Tunku Abdul Rahman" manakala kapal selam kedua bakal dikenali sebagai "KD Tun Razak". Kapal selam ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2009 dan akan dibawa pulang 6 bulan kemudiannya sementara kapal selam kedua kelas "Perdana Menteri" pula akan tiba ke negara pada 2010.

Scorpene yang menggunakan kuasa eletrik dan diesel mampu berada pada paras 350 meter di bawah permukaan bagi tempoh 40. Ianya sesuai ditugaskan di Laut Cina Selatan dan Selat Melaka. Pada ketika ini hanya Singapura yang mempunyai 4 buah kapal selam terpakai buatan Sweden sementara Indonesia akan menambah asetnya sebanyak 4 buah yang dibina di Korea dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kapal selam Scorpene akan berpangkalan di pangkalan Teluk Sepanggar yang bernilai RM690 juta di Sabah. Buat masa ini seramai 142 krew dan kakitangan termasuk pegawai sedang menjalani latihan selama 4 tahun di pelabuhan DCn di Brest.



Lanjutan kepada pemilikan kapal selam oleh TLDM, kini Malaysia sedang mengintai peluang untuk melengkapi TLDM dengan aset terbaru LPH 6111 (Dokdo) buatan Korea. Kapal pengangkut pelbagai funsi ini mampu bertindak sebagai kapal bagi bantuan kemanusiaan atau bagi tugas pengaman, hospital terapung, kapal pemerintah, pembekal logistik serta mengangkut anggota tentera bagi misi tertentu ketika peperangan. Ketika ramai pemerhati dikalangan orang awam melihat kapal ini terdedah kepada serangan dan bencana ketika perang, kapal pengangkut ini walau bagaimanapun mampu mempertahankan diri dengan kelengkapan persenjataan terhad selain mendapat bantuan sokongan dari armada kapal selam Scorpene.

(Landing Platform Helicopter) LPH-6111dari firma Hanjin Heavy Industries & Construction, Korea ini merupakan kapal pendarat terbesar di Asia. LPH Dokdo ini mampu membawa 300 orang anggota tentera manakala bagi tujuan pendaratan di kawasan pantai musuh dengan ianya boleh menggunakan helikopter serta hovercraft atau lancang pendarat. Dengan memiliki panjang 199 meter, 31 meter lebar Dokdo LPH dilengkapkan dengan 2 Goalkeeper (bagi tujuan pertahanan jarak dekat) serta Rolling Airframe Missile (RAM) yang mampu memusnahkan sasaran pada jarak 12 km radius. Dokdo LPH boleh membawa 10 helikopter, 10 kereta kebal atau 7 kereta perisai amfibia, 10 trak, 3 meriam medan dan 2 hovercrafts.

Mempunyai berat sehingga 18.800 tan dan kelajuan 23 knot pada tahap maksima atau 18 knot ketika pelayaran biasa. Dengan pemilikan LPH ini nanti, ianya sekaligus akan melonjakkan TLDM sebagai satu kuasa armada baru di rantau ini yang mampu digerakkan ke mana mana sahaja di seluruh dunia bagi tugas kemanusiaan dibawah payung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Dokdo LPH yang lebih lebar dan panjang dari kapal pengangkut milik Sepanyol dan milik Thailand, HTMS Chakri Nareubet juga boleh digunakan sebagai kapal pengangkut kapal terbang STOVL (Short Take Off Vertical Landing) seperti Yak, AV-8 Harrier II, V-22 Osprey.

Bukti Tiada Pembersihan Etnik

Pembersihan etnik kaum India sebagai karut

Utusan

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian India di Universiti Malaya hari ini menganggap tuduhan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Uthayakumar bahawa kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik kaum India sebagai karut.

G. Sivapalan berkata, adalah tidak benar bahawa kuil Hindu dimusnahkan pada setiap tiga minggu di negara ini sambil menambah kata bahawa jika perkara itu berlaku kuil-kuil Hindu tidak lagi wujud dalam tempoh lima tahun.

Merujuk kepada pencerobohan Kuil Mariamman di Padang Jawa, Shah Alam, bulan lepas, beliau berkata, perkara itu seharusnya diusul kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia (MCCBCHST) serta Hindu Sangam Malaysia.

Sambil menyambut baik usaha-usaha yang dilakukan Biro Pendidikan MIC yang diketuai Prof. Datuk Dr. T. Marimuthu, Sivapalan berkata, masih banyak ruang boleh dilakukan untuk membantu kaum India yang layak...(berita lanjut)
_______________________________________

Kenyataan G. Sivapalan ada kebenarannya kerana jika pihak berkuasa tempatan melakukan pemusnahan kuil secara bersistematik sudah tentunya masyarakat India sudah tidak mempunyai tempat beribadat pada waktu sekarang. Dakwaan pemimpin HINDRAF merupakan satu tomahan karut lagi merepek. Hanya orang yang mempunyai kepentingan diri dan gila hanya sanggup menuduh pihak lain tanpa mengemukakan tuduhan yang berasas.

Wednesday, December 5, 2007

Pengkhianat Negara

Sebar fitnah di India
http://www.ndtv.com/convergence/ndtv/story.aspx?id=NEWEN20070034578


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengenai pembersihan etnik minoriti oleh kerajaan Malaysia kini digembar-gemburkan di India melalui rangkaian antarabangsa yang didorong parti pembangkang...(berita lanjut).

______________________________________

Tindakan HINDRAF pada ketika ini sudah dianggap keterlaluan, melampaui batas, kurang ajar serta menghina negara. Pemimpin HINDRAF pernah menyatakan kumpulan itu akan menghantar wakilnya ke India (P.Wathya Moorthy - adik kepada P. Uthayakumar) bagi melobi pihak kerajaan nnegeri Tamil Nadu dan aktivis Hindu selain meminta campurtangan Presiden India Manmohan Singh.

Tidak cukup dengan salinan memorandum HiNDRAF kepada wakil negara luar kini mereka cuba menghuru harakan keadaan dengan meminta kerajaan asing menekan negara. Tindakan ini merupakan satu tindakan paling menghina kerana negara mempunyai Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebagai payung negara tapi sebaliknya kumpulan ini bertindak membelakangkan pemerintahan baginda secara berani dan terang terangan.

Ini bukan tingkah laku seorang warganegara. Di Malaysia, suka atau tidak rakyat mempunyai pilihan untuk menyalurkan bantahan secara rasmi kepada kerajaan dengan berbagai saluran dan bukannya dengan membuat demonstrasi serta menjemput campurtangan kuasa asing dalam pemerintahan negara. Seorang rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip perlembagaan dan rukun negara secara waras tidak akan tergamak untuk membelakangkan tanahair sendiri. Tapi kini ternyata para pemimpin HINDRAF terutamanya P. Uthayakumar serta barisan pemimpin tertinggi kumpulan ini lagi menganggap mereka sebagai seorang rakyat Malaysia ekoran tindak tanduk terbaru kumpulan tersebut.

Ketika keadaan menjadi semakin rumit dan nama Malaysia semakin tercalar, perdana menteri Malaysia kelihatan semakin lembik dan tidak bermaya seolah olah sengaja ingin menunggu saat saat akhir untuk bertindak seterusnya meraih populariti diri. Sepatutnya perdana menteri selaku menteri bagi Kementerian Dalam Negeri sudah dapat menghidu pergerakan kumpulan HINDRAF melalui risikan pihak polis seterusnya membuat tangkapan selain mengenakan tindakan ISA berdasarkan memorandum yang berbau perkauman yang mana boleh membawa kepada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969. Kenyataan ISA sudah tidak relevan adalah satu ungkapan dari seorang penakut yang sedang menunggu masa untuk membuat kekacauan. ISA tetap akan terus relevan walaupun zaman insurgensi - komunis sudah berakhir. Kini ISA tetap boleh diimplementasikan kepada penghasut yang mahu melihat kekacauan terjadi demi memenuhi agenda sendiri.

Sikap membelakangkan undang-undang, perlembagaan serta rukun negara oleh seorang yang bergelar rakyat adalah satu tindakan yang memualkan. Bagaimana mereka terus menerus mengaku seorang rakyat sedangkan pada masa yang sama mereka melakukan berbagai kemudaratan kepada rakyat dan negara. Kita tidak perlu menyimpan pengkhianat negara demi memenuhi nafsu sesetengah individu. Mereka tidak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Kerajaan sepatutnya belajar dari kesilapan melepaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan kini beliau menjadikan bebanan kepada negara. Tindakan Anwar melawat India untuk menghina institusi kehakiman, perlembagaan, keharmonian dan perpaduan kaum serta menghina nama negara merupakan satu tindakan kurang ajar dan malu untuk bersyukur. Kini nama Malaysia terus tercalar kerana kerakusan nafsu individu yang bernama P. UthayaKumar, P.Wathya Moorthy dan Anwar Ibrahim demi memenuhi agenda peribadi. Negara tidak mampu untuk terus membela pengkhianat negara ini kerana jika ianya berterusan, kita akan terus ditekan dari berbagai arah. Malaysia tidak mempunyai cara lain selain melucutkan taraf kerakyatan mereka dan semoga mereka berbahagia dengan negara baru mereka - India.

275 juta rakyat lndia hidup dalam kedaifan

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


NEW DELHI 4 Dis. – Satu perempat daripada 1.1 bilion penduduk India (kira-kira 275 juta orang) dilaporkan berada di bawah paras kemiskinan dengan kebanyakannya menyara hidup mengerjakan ladang-ladang kecil meskipun ekonomi negara ini berkembang pesat. Menteri Kerajaan Tempatan India, Mani Shankar Aiyar melahirkan kebimbangan sengketa sosial bakal berlaku kelak jika kekayaan hasil pembangunan itu berterusan gagal diagih kepada berjuta-juta golongan miskin di negara ini.

“Walaupun negara ini mencapai pertumbuhan ekonomi hampir 10 peratus tahun lalu, taraf hidup rakyat tidak meningkat malahan semakin menurun. “India sebagai sebuah negara sememangnya semakin maju, tetapi rakyatnya tidak,” katanya pada hari terakhir Sidang Kemuncak Ekonomi India di sini hari ini. Menurut Aiyar, perkembangan pesat ekonomi juga hanya mempengaruhi sebahagian kecil penduduk di negara ini sehinggakan kedudukan India dalam Indeks Pembangunan Manusia pada tahun ini jatuh ke tangga 128 berbanding kedudukan 126 tahun lalu.
_______________________________________

India sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi hari ini masih gagal untuk membasmi kemiskinan rakyatnya ekoran berlakunya masalah rasuah yang tinggi selain sistem kasta yang menidakkan kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah. Walaupun India sering memomokkan diri mereka sebagai sebuah negara "maju" dari dunia ketiga tapi ia belum berupaya menyaingi taraf sosioekonomi rakyat Amerika, Rusia mahupun China. Ia boleh diibaratkan sebagai negara termundur dikalangan negara "maju" yang baru muncul.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan masalah dalaman antara etnik, persempadanan, hubungan dua hala India dengan negara jiran, bencana alam dan sebagainya. Lantaran itu, sebilangan penduduk India yang berhijrah ke negara lain sewaktu zaman kolonial British mahupun yang mendapat taraf kerakyatan sekarang sepatutnya lebih bersyukur dan berterima kasih dengan kemudahan yang telah mereka nikmati selama ini. Selain keazaman diri sendiri untuk memajukan diri dan keluarga, mereka juga perlu merenung sejenak kebajikan yang telah diberikan oleh pihak lain kepada mereka.

Begitu juga dengan pemimpin dan penyokong HINDRAF. Samada mereka setuju atau tidak, perjanjian untuk berhijrah ke negara ini telah dipersetujui antara nenek moyang mereka dengan pihak British. Mereka juga perlu lebih berterima kasih kerana penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dibuat atas dasar pengimportan tenaga buruh bagi kerja kerja ladang dan bukannya dilaksanakan secara "hamba abdi" sepertimana yang dilakukan oleh British kepada sebahagian besar penduduk Afrika.

Di samping itu, mereka juga perlu berfikir secara waras dimana kerajaan pada hari ini masih sanggup memberikan faedah kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya kerana mereka adalah pemegang taraf kerakyatan negara ini seperti juga rakyat dari kaum kaum lain. Kerajaan hari ini yang sentiasa dikritik kerana adanya cacat cela masih mampu memberikan yang terbaik kepada semua tanpa menggadai nilai harmoni perpaduan antara kaum.

Pun begitu, sebahagian masyarakat India yang menyertai HINDRAF masih tidak mahu berterima kasih kerana secara terang terangan menuntut campurtangan pihak luar dalam urusan negara tanpa merujuk kepada pihak yang dipertanggungjawabkan. Secara mudah mereka mempercayai restu Queen Elizabeth dari berlindung di bawah lindungan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Secara tidak langsung ini menunjukkan mereka seolah olah membelakangkan prinsip prinsip rukun negara. Apakah seseorang yang bertindak sedemikian masih boleh dianggap sebagai seorang rakyat Malaysia?.

Kenyataan pemimpin HINDRAF kononnya beliau tidak berkuasa untuk menghalang berlaku kekacauan adalah satu alasan bodoh lagi kebudak budakan. Rasionalnya, bila berlakunya satu demonstrasi yang menyentuh sensitiviti kaum lain pasti tidak akan berakhir secara aman. Apakah beliau yang mempunyai kapasiti sebagai seorang peguam gagal berfikir secara waras implikasi jika demonstrasi ini dibiarkan secara berleluasa?. Dan apakah motif demonstrasi HINDRAF yang menyaman kerajaan British sebanyak US$3 trillion itu dikaitkan dengan "keganasan" kaum lain seperti dakwa jahat berlakunya "penghapusan etnik"India oleh kerajaan Malaysia (diertikan sebagai orang Melayu) serta didokongi oleh kumpulan ekstremis Islam.

Kita tidak pernah melihat mana mana golongan ekstremis Islam membunuh kaum India selama ini. Jika ada kes pembunuhan yang berlaku adalah pergaduhan individu yang melibatkan dendam, perasaan tidak puashati yang diertikan sebagai kes terpencil dan bukannya penghapusan etnik. Malahan kaum India juga pernah membunuh kaum lain termasuk Melayu. Bolehkah kita anggap ianya juga satu method "ethic cleansing" oleh kaum India terhadap kaum Melayu yang selama ini banyak bersabar?. Mungkin juga kita boleh katakan penghimpunan HINDRAF pada Ahad 2 minggu lalu sebagai satu penghimpunan kumpulan ekstremis Hindu yang pro kumpulan Tamil Ellam dan kerajaan Tamil Nadu?.
Tindakan membawa poster Mathama Ghandi adalah satu tindakan yang hanya "berperasaan" demonstrasi akan dibuat secara aman tanpa keganasan dan menentang dasar apartied. Apakah negara mengamalkan dasar apartheid selama ini. Adakah masyarakat India dihalang dari menggunakan pengangkutan awam berlainan dengan kaum Cina dan Melayu? atau segala bentuk kemudahan yang diterima oleh kaum India disediakan dalam bentuk kelas kedua?. Sebaliknya kaum India yang menyertai HINDRAF gagal menyatakan perkara sebenar dimana tujuan utama mereka berdemonstrasi adalah disebabkan mereka kecewa dengan perobohan kuil Hindu di Selangor namun begitu adakah kaum Melayu juga tidak pernah berasa sedemikian setelah surau mereka dirobohkan dan dihalang dibina kerana gagal mematuhi undang undang pihak berkuasa tempatan?. Ternyata penyokong HINDRAF merupakan segelintir rakyat yang tidak tahu erti bersyukur atas apa yang telah mereka nikmati selama ini. Sebahagian besar rakyat Malaysia melihat kegagalan kumpulan HINDRAF untuk bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis merupakan tidak lebih dari satu tindakan provokasi untuk menjustifikasikan tindakan mereka tempohari.

Tuesday, December 4, 2007

LIMA 2007 menjadi saksi kepada kemantapan pertahanan udara

Pembelian pesawat pejuang pelbagai fungsi SU-30MKM (MRCA - Multi Role Combat Aircraft)
daripada Russia menjadi titiktolak kepada pembaharuan dan penguasaan ruang udara oleh TUDM ketika ini. Pembelian pesawat ini sudah dijangka pasti akan dijadikan alsan oleh pihak luar terutamanya negara jiran terdekat untuk menghalalkan perlumbaan senjata di rantau ASEAN.

Trend pembelian sistem persenjataan negara senantiasa diperhatikan oleh jiran selatan dan utara semenanjung. Walau bagaimanapun, jiran selatan (Singapura) yang selalu mencurigai tindak tanduk Malaysia selain sentiasa berprasangka buruk kali ini dijangka tidak mampu menyaingi kelebihan yang ada pada TUDM sekurang kurangnya untuk tempoh beberapa tahun lagi meskipun Singapura telah pun membuat pembelian pesawat pejuang terbaru F-15 Sg (Strike Eagle).

Singapura yang membuat tempahan awal sebanyak 12 buah dan diikuti dengan beberapa buah pesawat tambahan terpaksa menunggu lebih lama ekoran pengumuman penggantungan tugas yang tidak kritikal oleh pihak Amerika akibat penemuan keretakan struktur F-15C milik Missiouri National Guard yang membawa kepada kejadian pesawat terhempas baru baru ini.

Singapura ketika dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew pada satu ketika dahulu bertindak memanaskan suasana di ASEAN terutamanya dalam hubungan 2 hala Malaysia-Singapura dengan mengeluarkan kenyataan "menjemput" mana mana negara yang berhajat untuk menyerang negara pulau itu setelah berjaya mendapatkan sejumlah 200 peluru berpandu AMRAAM 120 C bagi kegunaan pesawat F-16 mereka. AMRAAM 120 C merupakan peluru berpandu termaju keluaran Amerika yang mampu menyerang mana mana pesawat musuh yang berada "Beyond Visual Range".

Kini Singapura yang masih menantikan ketibaan pesawat F-15 Sg terpaksa bergantung kepada pesawat F-16, F-5E II dan A4 Super SkyHawk.

Penggunaan SU-30MKM meresahkan banyak pihak sehinggakan terbaru pihak tentera udara Thailand sedang cuba untuk mendapatkan pesawat pejuang berenjin tunggal JAS-39 Gripen keluaran Sweden. Manakala Indonesia juga masih menggunakan F-16 selain mempunyai beberapa buah pesawat buatan Russia SU-27 namun tidak mempunyai sistem persenjataan ekoran kekurangan dana.

Turut terasa tempias pembelian SU-30MKM adalah pasukan udara Timbalan Sheriff, Australia. Walaupun Australia mempunyai pesawat yang moden tapi ternyata mereka sedikit sebanyak tergugat dengan kemampuan SU-30MKM yang mampu menjelajah sejauh 8000km tanpa bantuan pesawat tangki (bagi in-flight refuelling) bagi penerbangan sehala di mana ia mampu terbang sehingga ke utara Australia.

Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan selepas pengunaan pesawat Su-30MKM ini, kita mampu mencegah pencerobohan ruang udara oleh aset luar samada pesawat Vietnam dan Singapura.

Pembelian pesawat SU-30MKM merupakan inisiatif Tun Seri Dr. Mahathir yang mahukan negara mempunyai pesawat pejuang yang lebih superior berbanding negara jiran dan pada masa yang sama tidak terlalu bergantung kepada penggunaan aset dari Amerika. Pesawat ini agak sedikit terlewat diterima kerana pihak pengeluar terpaksa memenuhi spesifikasi TUDM yang ketat bagi mengintegrasi sistem pesawat yang dihasilkan oleh Rusia dan Perancis selain penglibatan beberapa syarikat dari negara lain. Ini kerana pesawat SU-30MKI (I - nama pengenalan negara India) bergantung kepada penggunaan sistem dari Israel.

Selain kelebihan pengintegrasian sistem avionik barat dengan teknologi Rusia, pesawat terbaru TUDM ini juga mempunyai kelebihan dalam muatan dimana ianya mempunyai sebanyak 12 pilon yang mampu membawa berbagai jenis sistem persenjataan selain peluru berpandu udara ke udara (termasuk anti AWACS) udara ke darat, bom, roket, peluru berpandu anti kapal, anti radiasi (anti radar) dan sebagainya.


Persenjataan :
- Dilengkapi 30mm GSh-301 dengan 150 butir peluru.
- Mampu membawa 1 atau 2 pod penanda laser atau sistem pluru berpandu anti radiasi.

Udara ke udara

- Boleh menyerang lebih dari 2 sasaran udara serentak.
- Dilengkapi sehingga 6 peluru berpandu ke udara jarak sederhana seperti R27RE, R27TE atau RVV-AE
- Mampu membawa peluru perbandu lain sebagai alternatif seperti AA-10D dan Vympel R-73E

Udara ke permukaan

- Roket seperti AB-500, KAB-500KR and KAB-1500KR bombs, 80mm and roket 130mm, and roket S-25 250mm.
- Selain persenjataan lain seperti Kh-29, Kh-31 atau Kh-59M dan terbaru tawaran dari India untuk menjual peluru berpandu supersonik Brahmos kepada TUDM.
Serangan Udara Ganti Pertunjukkan Terjunan Para




LANGKAWI 3 Dis. – Upacara pembukaan sempena pelancaran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 esok tidak akan melibatkan penerjunan anggota 10 Briged Para ekoran cuaca tidak menentu dan angin kencang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

_______________________________________


Perubahan pertunjukan pembukaan bagi acara LIMA 2007 yang sepatutnya dilakukan 10 Briged Para diganti dengan demonstrasi serangan udara oleh asset TUDM amat dialu alukan. Walaupun kebanyakkan peminat ternanti nantikan pertunjukkan oleh pasukan PAC (Pasukan Atur Cepat, 10 Briged Para), kita tidak mampu untuk terus menerima berita kemalangan yang berterusan ekoran keadaan cuaca dan tiupan angin yang tidak menentu di Langkawi sekarang.

Kematian 3 anggota Para (2 anggota wanita - 1 dari unit renjer dan seorang anggota lelaki yang dipercayai dari unit GGK) merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Walaupun begitu, sebelum demonstrasi serangan udara bermula, acara penerjunan akan tetap dilakukan oleh 9 anggota yang menggunakan konsep freefall bagi mengelakkan kemalangan sekalipun tiupan angin pada kelajuan 8 knot. Adalah dipercayai kesembilan anggota tersebut merupakan dari unit PANDURA (Pandu Arah) yang akan menggunakan alat designator bagi mengunci sasaran kepada pesawat pejuang TUDM.

Walaupun perubahan dilakukan pada saat saat akhir, tarikan pembukaan acara LIMA 2007 pasti tidak akan terjejas kerana pada ketika ini juga sebahagian besar rakyat Malaysia sedang menantikan penampilan sulung pesawat pejuang antara yang tercanggih di dunia iaitu SU 30MKM.

Pesawat pejuang SU-30MKM merupakan pesawat pejuang-pemintas-pengebom atau lebih dikenali sebagai MRCA (Multi Role Combat Aircraft) yang mempunyai jarak penjelajahan sehingga 8000km yang mampu sampai ke bahagian utara Australia tanpa menggunakan tangki tambahan (external tank) selain dilengkapi dengan peluru berpandu tercanggih keluaran Russian RVV-AE juga dikenali sebagai "Amraamski" atau AA-12 Adder oleh pihak NATO yang menyamai kemampuan peluru berpandu AMRAAM 120C buatan Amerika Syarikat.

Penampilan SU-30MKM kali ini bukan sahaja ditunggu tunggu oleh rakyat negara ini tapi juga turut diikuti secara oleh rakyat negara jiran terutamanya rakyat Singapura. Singapura yang terkejut dengan pembelian pesawat Su-30MKM oleh Malaysia kemudiannya cuba menyaingi penguasaan pesawat pejuang dengan membeli 12 pesawat terbaru keluaran Amerika F-15Sg Strike Eagle (Sg singkatan kepada Singapura). Fenomena kiasu ini kemudiannya menyaksikan kepada pembelian tambahan pesawat dari jenis yang sama bagi melengkapi skuadron dan menggantikan penggunaan pesawat pemintas F-5E II.

Namun begitu kerancakan pembelian dan penantian ketibaan pesawat terbaru mereka dicacatkan dengan berita penggantungan bagi operasi tidak kritikal F-15 Strike Eagle milik Amerika Syarikat ekoran penemuan terbaru keretakan struktur yang membawa menyebabkan terhempasnya pesawat F-15C Missouri Air National Guard.

Monday, December 3, 2007

Selat Melaka tolak aset asing


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


LANGKAWI 2 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, komuniti maritim antarabangsa turut bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan perairan Selat Melaka agar ia bebas daripada serangan penjenayah dan pencemaran alam sekitar.
Perdana Menteri berkata, usaha mengekalkan keselamatan di perairan berkenaan melibatkan kos yang besar malah tiga negara yang terlibat iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura telah melakukan segalanya bagi memastikan Selat Melaka sepanjang 900 kilometer itu sebagai laluan yang selamat.

Bagaimanapun tegasnya, negara terlibat dalam menjaga keselamatan Selat Melaka menolak sebarang kehadiran aset asing untuk terlibat dalam soal keselamatan di perairan berkenaan.
“Kita menyambut baik sebarang bantuan kewangan dan teknikal untuk mengekal dan meningkatkan lagi keselamatan perkapalan serta alam sekitar tetapi menolak penglibatan aset asing dalam menjaga keselamatan Selat Melaka,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 di Awana Porto Malai di sini, hari ini. Teks ucap utama Perdana Menteri itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah.

Seminar bertemakan Mengekal dan Meningkatkan Keselamatan Selat Melaka itu turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ramlan Mohamed Ali. Perdana Menteri memberitahu, Selat Melaka merupakan perairan yang paling sibuk di dunia dan laluan penting bagi kapal-kapal antarabangsa selain bot-bot menangkap ikan yang turut mencari rezeki di sepanjang perairan itu.

Malah katanya, masyarakat antarabangsa turut bergantung pada perairan berkenaan kerana ia melibatkan kira-kira 30 peratus dagangan dunia dan 80 peratus daripada bekalan minyak negara Jepun dihantar menerusi Selat Melaka. Sehubungan itu katanya, sebarang gangguan di perairan berkenaan memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dunia. Malaysia dan Indonesia juga katanya, telah mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan perairan tersebut selamat bagi kapal ekoran laluannya yang sempit.

“Ia memberi beban yang besar kepada kedua-dua negara dari segi kewangan. Oleh itu Malaysia menyambut baik bantuan kewangan dan teknikal daripada mereka yang menggunakan perairan Selat Melaka dan sanggup berkongsi beban itu,” katanya

-Utusan
_______________________________________

Selat Melaka merupakan laluan paling sibuk didunia dengan anggaran hampir 200 kapal melalui selat sepanjang 900 km ini setiap hari. Ianya merupakan laluan penting yang menghubungkan Asia Timur dengan dunia Barat. Sebagai salah sebuah negara yang berdaulat dan pemilik laluan selat Melaka, Malaysia patut menghindari dari terlibat dalam kancah permainan dan percaturan kuasa besar seperti Amerika yang kini bergerak sebagai kuasa unipolar.

Hampir kesemua kuasa besar amat bergantung kepada sistem perkapalan dalam memastikan kelangsungan hidup negara mereka dan sebarang kekacauan yang berlaku di laluan ini bakal dan mampu meruntuhkan kestabilan ekonomi negara besar. Maka tidak hairan ketika ini, hampir kesemua kuasa besar amat berminat untuk melibatkan diri dalam menjalankan rondaan dan pengawasan di sepanjang laluan ini. Amerika umpamanya yang kehilangan pelabuhan terbesar di rantau sebelah ini akibat penutupan pelabuhannya di Teluk Subic, Filipina telah berjaya mendapatkan pelabuhan pengganti yang lebih dekat ekoran tawaran Singapura yang bersetuju menyediakan pelabuhan serta segala kemudahan lain. Tawaran Singapura itu amat difahami kerana ianya akan memberi situasi menang-menang dengan pihak Amerika. Justeru tawaran Singapura secara tidak langsung memenuhi muslihat Amerika untuk terus mengekalkan penguasaan di rantau sebelah sini walaupun pihak Rusia telah lama menarik kehadiran mereka dari Teluk Cam Ranh, Vietnam.
Singapura melihat kehadiran Amerika di negara mereka merupakan peluang atau bertindak sebagai ruang pemisah kepada mana mana negara yang ingin mencetuskan konflik bersenjata terhadap negara pulau ini. Sememangnya tawaran yang memenuhi pemikiran strategik Lee Kuan Yew.

Kini dengan kehadiran kuasa besar ini, Amerika dilihat ingin membabitkan diri secara langsung dalam isu rondaan bersenjata di Selat Melaka. Keinginan Amerika ini telah pun disuarakan berulangkali oleh para pemikir Rumah Putih dan Laksamana Armada Pacific Tentera Laut Amerika. Sedikit sebanyak negara pemilik laluan ini ditekan secara halus bagi memberi kebenaran kepada Amerika untuk terlibat. Dan sehingga hari ini, Malaysia dan Indonesia yang sepakat untuk menghalang dominasi Amerika masih berjaya mengekalkan ketuanan terhadap Selat Melaka walaupun peristiwa pengeboman kapal USS Cole di Yaman dan isu militia Jemaah Islamiah sering dimomokkan bagi menakutkan negara dan seterusnya menerima kehadiran pasukan tentera laut Amerika secara kekal di sini. Dan kita tidak harus mudah terjerumus ke kancah pergolakkan selain termakan dengan pujukan manis kuasa besar terutamanya Washington.
Sammy Vellu juga perlu bertanggungjawab


Bila memperkatakan tentang isu demonstrasi HINDRAF, pemimpin parti India seperti MIC dan PPP juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Namun begitu, faktor pembabitan pemimpin MIC Datuk Seri Sammy Vellu adalah lebih menyerlah umpama "menyimbah petrol ke dalam api".

Tindakannya yang memberi komen untuk tidak mengadakan rumah terbuka kerana membantah tindakan perobohan kuil di Selangor adalah satu tindakan kurang cerdik bagi seorang pemimpin yang setua beliau serta beremosi ekoran menjangkau tempoh menopaus.

Apakah seorang menteri sepertinya tidak boleh menjangkakan tindakan yang bakal diambil oleh pengikut HINDRAF?. Beliau juga sebagai "Jantan" tidak perlu menidakkan komennya yang terdahulu dan sebaliknya memberikan alasan terbaru sebagai menghormati ahli keluarga yang meninggal untuk tidak membuat jamuan rumah terbuka.

Alasan yang diberikannya sudah terlewat kerana hampir seluruh negara mengetahui alasan asalnya. Dan beliau tidak perlulah menjadi "talam dua muka" memberikan komen mengkritik tindakan penyokong HINDRAF sedangkan tindakan beliau sebelum ini sudahpun memberi lampu hijau dan menghalalkan tindakan berdemonstrasi. Sammy tidak perlulah melatah dan memberikan alasan yang berbelit belit semata mata untuk menyelamatkan diri sendiri sedangkan implikasi yang dilakukan oleh puak HINDRAF amat besar. Nama negara diburukkan begitu teruk sekali. Natijahnya, walaupun negara luar mengetahui tidak mungkin sama sekali Malaysia melakukan "ethic cleansing", isi kandungan memorandum HINDRAF tetap boleh digunapakai untuk memburukkan negara bagi agenda tertentu.

Blog air-mata-darah-keringat tidak berminat sama sekali memperkatakan isu politik tanahair tetapi pembabitan ahli politik dan pemimpin MIC amat dikesali kerana mereka hanya menyatakan perasaan tidak senang tentang isu perobohan kuil tapi dalam masa yang sama mereka tidak menyatakan samada kuil tersebut mendapat kelulusan untuk dibina ditempat lain yang disediakan oleh kerajaan negeri. Malahan mereka seolah olah membutakan mata terhadap isu kuil hindu yang sebenarnya banyak lagi dibina secara "haram" di atas tanah milik orang persendirian mahupun kerajaan tanpa sebarang permit atau kebenaran..

Tindakan Terdesak HINDRAF

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Hindraf ingin jumpa PM

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Hindu Rights Action Force (Hindraf) memohon pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan masalah dan isu yang dihadapi masyarakat India.

“Kami yakin pada Pak Lah (Abdullah),” kata pemimpin Hindraf P. Uthayakumar kepada Bernama selepas menghadiri sembahyang khas di Kuil Batu Caves di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata Jumaat lepas beliau sedia meneliti segala aduan yang ditimbulkan oleh rakyat sebagaimana beliau sentiasa mendengar mereka selama ini.

Abdullah menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mengatasi masalah rakyat.
Rakyat bagaimanapun, katanya, perlu bersabar oleh kerana sesetengah langkah penyelesaian mengambil masa untuk dilaksanakan.
– Bernama
_______________________________________

Kenyataan pemimpin HINDRAF untuk bertemu dengan PM bagi membincangkan hal berkaitan kaum India dan yakin dengan kemampuan Pak Lah tidak lebih dari satu usaha terdesak setelah tidak mendapat sambutan dari pihak parlimen negeri Tamil Nadu serta setelah dikecam secara luas oleh penduduk dari segenap peringkat, kaum mahupun agama.

Pemimpin HINDRAF ternyata tidak bertanggungjawab sama sekali kerana hanya menyatakan keinginan untuk bertemu PM setelah mereka bertindak merosakkan reputasi dan nama negara secara teruk sekali diperingkat dunia. Liputan yang diberikan oleh negara luar amat tidak disenangi oleh majoriti penduduk negara ini ekoran tuduhan keterlaluan pemimpin HINDRAF yang secara terang terangan dan menipu pihak luar kononnya Malaysia melakukan "pembersihan etnik" sepertimana yang dilakukan oleh pihak Serbia terhadap kaum Bosnia semata mata meraih kepentingan peribadi.

Negara sudahpun mempunyai berbagai saluran untuk menyuarakan keprihatinan sesebuah masyarakat. Masyarakat India boleh menyuarakan kebimbangan dan luahan mereka kepada parti MIC, PPP dan yang terbaru parti pimpinan Nallakarupan. Adakah dengan menyertai HINDRAF, segelintir kaum India fikir suara mereka akan didengar oleh pihak kerajaan apatah lagi meminta tuntutan tidak munasabah (US$ 3 trillion) dari kerajaan British atas alasan penghijrahan nenek moyang mereka dibuat tanpa persetujuan oleh dua dua pihak (British sebagai kuasa kolonial di India). Agak pelik bila tuntutan itu seolah olah generasi sekarang yang dipimpin oleh golongan HINDRAF mempunyai aksess kepada dokumen penghijrahan kaum India terdahulu.

Lebih memanaskan bila tuntutan HINDRAF terhadap pihak British dikaitkan dengan ketidakadilan kaum Melayu dan kerajaan terhadap mereka selama ini. Satu perkara yang tidak mempunyai hubungkait antara tuntutan 3 trillion mereka.

Golongan HINDRAF sepatutnya membuka mata kerana jika kerajaan mahupun kaum Melayu melakukan pembunuhan terhadap etnik India yang merupakan HANYA 8% dari jumlah keseluruhan penduduk negara ini, etnik India di negara ini sepatutnya sudah lama lenyap. Tapi keadaan adalah sebaliknya di mana masyarakat India hari ini masih bebas bergerak, bekerja dan melakukan apa sahaja yang diingini mengikut undang undang negara.

Jadi hasrat pemimpin HINDRAF untuk bertemu PM adalah satu tindakan yang hanya untuk menunjukkan kepada negara yang golongan mereka ini satu persatuan yang diiktiraf dan mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk rusuhan dan kekerasan dan akhirnya hasrat mereka akan dituruti oleh PM.

Disebalik kemelut ini, sebagai pengajaran kerajaan sepatutnya bertindak lebih awal dan keras ke atas mana mana persatuan yang cuba merosakkan perpaduan dan kekacauan di negara ini. Beberapa orang pemimpin HINDRAF yang terlibat menjatuhkan maruah dan nama negara serta mengenepikan fungsi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sepatutnya ditarik taraf kerakyatan serta dihalau keluar dari negara ini dalam masa 48 jam. Kita percaya jika mereka merasakan ada negara lain yang boleh memberi peluang yang baik kepada mereka untuk meneruskan kehidupan, mereka patut diberi peluang untuk berbuat demikian secara paksa. Negara tidak boleh terus menerus menerima pergolakkan dalam negara yang seterusnya akan membawa kepada kekacauan antara kaum yang lebih serius. Pemimpin negara terdahulu begitu teliti membawa pembangunan dan kebaikan kepada rakyat demi keutuhan perpaduan semenjak 13 Mei 1969. Negara tidak lagi mampu menerima sebarang pergolakkan lagi jika ingin terus kehadapan sebagai negara maju.

Kerajaan juga perlu bertindak lebih keras dan bukannya hanya menunggu saat akhir untuk menghalang sebarang kekacauan. Pencegahan adalah lebih baik dalam faktor sebegini.

ISA juga patut diimplementasi secara cepat dan berkesan. Walaupun ISA mula digunapakai ketika zaman insurgensi (Komunis), ianya masih tetap relevan pada hari ini. Malahan negara maju seperti Amerika juga mempunyai akta yang hampir serupa selepas peristiwa 19/11.

Datuk Seri Abdullah sebagai PM juga perlu menunjukkan ketegasan yang keseriusan bagi menangani masalah sebegini apatah lagi beliau merupakan menteri kepada Kementerian Dalam Negeri. Inilah akibatnya jika terlebih berdiplomasi dan bersikap "tak-apa", yang akhirnya bumi binasa seperti iklan Jabatan Alam Sekitar.

3 anggota PAC (Pasukan Atur Cepat) terbunuh ketika raptai LIMA

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm


Tiga tentera payung terjun dalam latihan LIMA terbunuh


LANGKAWI 2 Dis. - Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita, yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas, manakala 11 yang lain cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohamed Ali Jamalludin berkata, anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka yang terbunuh itu ialah Siti Hajar Yaakob, 24; dan Nurul Wahida Yusof, 20; serta seorang anggota lelaki, Raymond Duncan, 25. Salah seorang daripada 11 anggota yang cedera, Suraya Ali, 23, dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi.

“Anggota-anggota lain yang cedera dilaporkan berkeadaan baik. Mereka terdiri daripada enam anggota wanita dan empat anggota lelaki,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital selepas melawat mangsa. Mereka adalah sebahagian daripada 138 anggota pasukan itu yang dilaporkan sedang membuat penerjunan apabila angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba menyebabkan mereka tersasar dari lokasi pendaratan yang ditetapkan.

Berikutan itu, ada yang terjatuh ke laut berhampiran Pantai Kuala Muda dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan ada yang tersasar di luar lapangan terbang itu hingga tersangkut di atas pokok. Mohamed Ali berkata, sebelum kejadian, kesemua anggota itu menaiki dua buah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari lapangan terbang itu, masing-masing pada pukul 10.15 pagi dan 10.20 pagi bagi membuat penerjunan.
“Bagaimanapun antara 18 dan 20 anggota tentera itu terjatuh ke laut. Mereka termasuk tiga anggota yang maut itu,” katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, operasi menyelamat menggunakan beberapa buah helikopter dan pesawat digerakkan segera melibatkan empat pasukan terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Katanya, pasukan penyelamat yang tiba beberapa minit kemudian mendapati Siti Hajar meninggal dunia di tempat kejadian ketika diangkat keluar dari laut, manakala yang lain dikejarkan ke hospital. Mayat ketiga-tiga anggota itu kini ditempatkan di bilik mayat Hospital Langkawi dan akan diserahkan kepada tentera selepas bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulkiflee Abdul Latiff berkata, kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara 138 anggota Pasukan 10 Briged Para yang menjalani latihan sempena majlis perasmian LIMA 2007 esok. Beliau berkata, semasa operasi penerjunan, keadaan angin yang tidak menentu menyebabkan ada di antara anggota penerjun tersasar dari lokasi pendaratan. Maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, katanya.

- Bernama

_______________________________________

PENGHORMATAN TERAKHIR


ABDULLAH Ahmad Badawi membacakan doa ketika menziarah jenazah salah seorang anggota 10 Briged Para yang terkorban ketika membuat penerjunan LIMA, sebaik tiba di Pangkalan TUDM Subang, malam tadi. Turut mengiringi beliau Jeanne Abdullah. – Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi penghormatan terakhir kepada tiga penerjun 10 Briged Para yang terkorban semasa raptai penuh Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara (LIMA) pagi semalam. Abdullah yang diiringi isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di Pangkalan TUDM Subang dari Terengganu kira-kira 11.25 malam tadi.

Beliau sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat ketiga-tiga mangsa terkorban yang tiba dari Langkawi sebelum dihantar ke kampung halaman masing-masing. Ketiga-tiga mereka yang terkorban ialah Nurul Wahida Yusuf, 20, berasal dari Tanjung Malim, Perak, Siti Hajar Yakub, 24, dari Masjid Tanah, Melaka dan Raymond anak Duncan, 25, dari Simunjan, Sarawak.

Mayat ketiga-tiga mereka diterbangkan dengan pesawat TUDM M30-12 yang mendarat di lapangan terbang TUDM, Subang pada pukul 11.30 malam. Jenazah Nurul Wahida dan Siti Hajar, masing-masingnya dihantar menaiki kenderaan jenazah ke Perak dan Melaka. Mayat mendiang Raymond pula diterbang ke Sarawak dengan pesawat TUDM.

- Utusan

Gugurnya Wira Negara




LANGKAWI 2 Dis. – Tiga penerjun dari 10 Briged Para terbunuh, manakala 11 lagi cedera apabila payung terjun mereka tersasar semasa raptai penuh upacara pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Mohamed Ali Jamaluddin berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan antara 20 anggota yang tersasar dari zon pendaratan di lapangan terbang itu dan jatuh di kawasan laut berhampiran akibat tiupan angin kencang.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi sejurus kesemua anggota dari Kem Terendak, Melaka itu melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130.
“Salah seorang anggota yang maut itu meninggal dunia akibat lemas di laut, manakala dua lagi mati di hospital dipercayai akibat kesejukan melampau atau hypertemia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Langkawi di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka yang terbunuh ialah Siti Hajar Yakub, 24, yang lemas di laut dan dua lagi ialah Nurul Wahida Yusuf, 20, dan Raymond Anak Duncan, 25.
Katanya, 11 lagi anggota yang tersasar berjaya diselamatkan termasuk beberapa orang yang jatuh di tepi pantai.

Di Kuala Terengganu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedih dengan kemalangan yang menimpa anggota pasukan payung terjun itu. Beliau bagaimanapun berharap, kemalangan yang menimpa anggota terlibat tidak akan mengganggu persediaan yang telah dibuat untuk LIMA 2007 yang akan berlangsung mulai esok. “Saya berasa amat sedih di atas kemalangan yang menimpa pasukan penerjun ini yang menyebabkan tiga maut.

“Saya sungguh-sungguh berharap semuanya akan berjalan seperti dirancang walaupun tentu sekali pihak penganjur dan pengurusan LIMA 2007 berasa amat sedih dengan kemalangan yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pertandingan akhir Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.
Sementara itu Mohamed Ali memberitahu, terjunan oleh anggota terbabit yang dilakukan pada paras lebih 400 meter tersasar ke laut antara Pulau Rebak dan lapangan terbang.
Salah seorang daripada mangsa yang cedera, Suraya Ali, 23, bagaimanapun terpaksa diletakkan di unit rawatan rapi (ICU) kerana hypertemia manakala seorang lagi Zaliza Zakaria, 23, cedera di paru-paru dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star.

Mohamed Ali memberitahu, ketika kejadian itu angin bertiup begitu kencang berbanding hari biasa sehingga menyebabkan sekumpulan penerjun tersasar dari zon pendaratan. “Latihan itu melibatkan 160 anggota yang melakukan penerjunan dari dua buah pesawat C130 bagaimanapun hanya 138 sempat terjun sebelum kejadian itu berlaku,” katanya. Beliau memberitahu, pasukan penyelamat terdiri daripada Polis Cawangan Marin, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) bergegas melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik maklumat laporan kecemasan diterima.

Operasi itu katanya, dihentikan pada pukul 12.53 tengah hari selepas kesemua anggota yang melakukan penerjunan dikenal pasti termasuk yang tersasar dari zon pendaratan. Selain tersasar ke laut, terdapat juga anggota yang tersasar di sekitar kawasan lapangan terbang dan tersangkut pada pesawat-pesawat yang dipamerkan pada pameran dwitahunan itu.
-------------------------------------------------------
Ketika sebahagian rakyat Malaysia menyuarakan perasaan tidak puashati tentang kemudahan yang mereka terima selama ini, sebahagian rakyat pula sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan dan kemakmuran negara. Mereka ini sanggup memperjudikan nyawa demi kebahagiaan rakyat negara ini.
Jauh sekali mendengar rungutan dari mereka tentang kepayahan hidup sebagai anggota tentera tapi sebaliknya mereka berbangga kerana berpeluang berbakti kepada negara. Itulah sebahagian cebisan hidup yang terpaksa dilalui oleh seorang yang bergelar angota tentera dan sanggup membayar harga yang mahal untuk menabur bakti.
AL-FATIHAH kepada wira dan wiranita negara.

Friday, November 30, 2007

Implikasi Gagal Mematuhi Undang Undang


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Sebanyak enam lelaki yang menyertai perhimpunan Hindu Right Action Force (Hindraf) di Batu Caves pada Ahad lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan menunjukkan kekerasan jenayah terhadap polis.

M.Murugan, 36, V. Loganathan, 23, S. Ravi, 33, G. Vinoth Kumar, 31, R. Vajeendran, 27, dan K. Reghu, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Mereka didakwa dijumpai dalam satu perhimpunan awam yang menyalahi undang-undang di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Gombak dekat sini pada kira-kira pukul 3 pagi, 25 November lalu.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara maksimum setahun jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang telah menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang sedang menjalankan kuasa sah pada waktu di tempat yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya. Bantahan awal oleh barisan peguam dengan dakwaan bahawa pertuduhan yang dikemukakan terhadap semua tertuduh serta 40 yang didakwa semalam cacat dan tidak lengkap ditolak oleh Hayatul Akmal.

Beliau membebaskan semua tertuduh itu dengan ikat jamin RM500 serta mengarahkan semua melapor diri di balai polis pada Sabtu setiap akhir bulan. Perbicaraan ditetapkan selama tiga hari bermula 28 April tahun depan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan gagal hadir di mahkamah Pulau Pinang berhubung kes menghalang penjawat awam pada tahun 2002. Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang.
_______________________________________

Sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan sepatutnya sedar implikasi yang telah dilakukan samada mengetuai perhimpunan haram di Batu Caves mahupun ketika menghalang penjawat awam dari melakukan tugas mereka.
Penahanan N. Gobalakrishnan bukanlah satu yang mengejutkan kerana namanya dikatakan telah tersenarai dalam golongan yang dikehendaki polis pada peringkat awal perhimpunan HINDRAF dijangka akan dilakukan di Kuala Lumpur. Samada tertuduh masih sanggup mengenepikan implikasi tersebut atau beliau sudah terlupa beliau berada dalam senarai polis ekoran keghairahan menyertai perhimpunan HINDRAF pada hari Ahad lalu.
Umum mengatakan beliau sengaja memunculkan diri disebabkan faktor ingin menarik perhatian ramai pengikut kaum India terutamanya dari pihak pembangkang untuk menyertai perhimpunan tersebut walaupun ianya tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Thursday, November 29, 2007

Amaran kepada KM Tamil Nadu

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm


Amaran kepada KM Tamil Nadu


KUALA LUMPUR 28 Nov. – ‘‘Jangan campur tangan dalam urusan Malaysia.”
Demikian ingatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi dan pihak luar yang cuba mencampuri urusan negara ini.

Beliau menasihatkan Ketua Menteri Tamil Nadu itu supaya menjaga negaranya dengan baik-baik kerana apa yang berlaku di negara ini sama sekali tidak membabitkan Tamil Nadu.
‘‘Jaga negeri itu baik-baik. Negeri dia pun tak terkawal. Jangan nak campur tangan dalam hal urusan Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan Tamil Nadu, ini Malaysia,” tegas beliau kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Mohamed Nazri diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Tamil Nadu itu yang menggesa Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya mengambil tindakan segera bagi membantu masyarakat India di Malaysia.

Ketua Menteri Tamil Nadu itu dikatakan telah menulis surat kepada Manmohan pada Selasa lalu, meminta beliau mengambil segala langkah perlu berhubung dakwaan wujudnya ‘layanan buruk dan penderitaan’ kaum India di negara ini.

Kenyataan Karunanidhi itu disiarkan oleh sebuah laman web dan turut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang pada sidang Parlimen hari ini.
Kit Siang turut mempersoalkan tindakan Mohamed Nazri melabel mereka yang menghadiri perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai penyangak.
Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, adalah jelas 20,000 individu yang menyertai perhimpunan haram itu penyangak kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada polis dan perintah mahkamah juga sudah diperoleh untuk menghalangnya.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut dan tidak akan memohon maaf kepada Hindraf yang jelas membelakangkan undang-undang negara.
Malah Mohamed Nazri mengingatkan Hindraf dan mereka yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram pada masa hadapan, supaya jangan sesekali mencabar undang-undang negara kerana mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

‘‘Saya tidak mengatakan masyarakat India. Saya katakan 20,000 yang keluar itu adalah penyangak dan saya tidak akan minta maaf pada Hindraf. Jangan jadi samseng,” tegasnya.
Berhubung kenyataan penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar pula, Mohamed Nazri berkata, kerajaan akan mengkaji kesahihan dokumen yang dikeluarkan beliau dan yang dipaparkan dalam blog.

Beliau berkata, tindakan Uthayakumar itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan jika didapati benar, pihak Peguam Negara diminta mempertimbangkan untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

‘‘Ini kerana, ungkapan-ungkapan di dalam dokumen itu sememangnya menghasut. Dia menghasut untuk mendatangkan kemarahan orang India terhadap kerajaan, pada masa yang sama, siapa membaca khususnya orang Melayu beragama Islam akan marah terhadap Hindraf,” katanya.

_______________________________________


Ini merupakan jawapan oleh kerajaan kepada tuntutan oleh pihak Hindu Munnani supaya Presiden India, Manmohan Singh mencari jalan untuk bertindak dan mencampuri urusan dalam negara. Tindakan ini sudah pun diduga oleh pihak kerajaan dan tidak mengejutkan bila pihak aktivis Hindu mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Konsulat Malaysia di Chennai. Desakan oleh pihak aktivis Hindu Munnani adalah satu provokasi yang sengaja ingin mencampur urusan dalam negara sedangkan negara India sendiri tidak pernah sunyi dari pergolakkan dan pertempuran dikalangan penganut Hindu dan Islam. Ibarat terpandang "kuman seberang laut", golongan Hindu Munnani terlupa "bangkai gajah didepan mata".

Peristiwa perobohan Masjid Babri di Ayodhya seolah olah menghalalkan tindakan penganut ekstremis Hindu India manakala isu perobohan kuil Hindu di Malaysia satu tindakan salah lagi tidak wajar walaupun ianya didirikan tanpa permit atau kebenaran. Walaupun Masjid Babri dibina pada kurun 16 (juga dikenali sebagai Masjid-i Janmasthan atau "mosque of the birthplace) dan tindakan pemusnahannya dihalang oleh komitmen Mahkamah Agung India, ianya tetap menjadi mangsa keganasan dan dirobohkan oleh 150,000 pengikut ekstremis Hindu.

Golongan pengikut Hindu Munnani secara membabi buta menerima dakwaan golongan HINDRAF tanpa mengetahui asas kebenaran.

Dakwaan bagaimana pengikut Hindu India lebih ekstrem dari kerajaan Malaysia dan kaum Melayu dapat dilihat di sini

http://www.blurtit.com/q718034.html


On the other hand on December 10, 1992 Indian government banned two Hindu fundamentalist groups blamed for the demolition of Babri Mosque as the death toll from the ensuing communal violence reached 950.

http://english.aljazeera.net/English/archive/archive?ArchiveId=41982


Protesters killed in Babri mosque riots

Between three and six people have died in clashes between Hindus and Muslims in the southern Indian city of Hyderabad on the 11th anniversary of the razing of the 16th century Babri mosque.

Black flag marks mosque razing as day of mourning for Muslims. Twenty-four people were hurt in the incident late on Saturday, 12 suffering bullet injuries, as police opened fire to control rampaging mobs in Muslim-majority areas.
The violence broke out, AFP reported, after Muslims accused Hindus of burning a black flag put up to protest the destruction of the mosque by Hindu zealots in the northern town of Ayodhya 11 years ago.
Hyderabad city police commissioner RP Singh said two people were stabbed to death while another died in police firing.
We had to open fire to control the situation as the mobs were armed with petrol bombs, swords and iron rods,” he said, adding three of those injured in the rioting were in a critical condition.
Some rioters burned down an electric transformer and tried to take advantage of the darkness to damage nearly half a dozen houses, Singh said.
Another police official, AK Khan told Reuters that an "indefinite curfew has been imposed in several areas of the city after the rioting but there has been no violence since 1am". "The situation is tense but under control."
Peaceful strike The rioting followed a relatively peaceful dawn to dusk strike in the Muslim-dominated old city area of Hyderabad, to protest against the mosque’s demolition.
Hindu extremists want a temple on the destroyed mosque site In Ayodhya, Muslim and Hindu groups staged rival demonstrations as well.
Security was tightened in the city and although the hardline Hindu organisation Vishwa Hindu Parishad (VHP) called for the anniversary to be observed as a "day of valour", no incidents of violence were reported.
"We have urged the youths to take a firm resolve for construction of a Ram temple in Ayodhya", state VHP joint general secretary De Jaideep Patel said in Ahmedabad, an Indian newspaper reported.
The mosque was razed in 1993 by Hindu zealots who claimed it was the birthplace of their god, Ram.
More than 2000 people died in clashes across India as a result of the mosque's destruction. Muslims observed the day as Kheraz-e-Akidat (day of mourning), responding to a call from the Babri Masjid Action Committee to shut all businesses as a mark of protest against the razing of the mosque.

Source: Agencies