Thursday, December 6, 2007

Sorotan Khusus Sempena LIMA 2007

TUDM terima pesawat latihan tambahan

Kerajaan semalam secara rasmi menerima 10 buah pesawat latihan lanjutan PC7 MK II. Pesawat ini merupakan tambahan kepada inventori sediada milik TUDM iaitu 30 pesawat Pilatus PC7 MK I dan lapan PC7 MK II. Pesawat latihan Pilatus PC7 MK II ini mempunyai kelebihan kerana dilengkapi kerusi anjal berbanding model terdahulu. Ianya memberi peluang kepada pelatih dan juruterbang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Pesawat dua kerusi itu mempunyai had maksimum penerbangan setinggi 7,500 meter dan kelajuan sehingga 300 knot.


Sementara itu, Perancis melalui Pengarah Projek Maritim DCNS (Bahagian Projek Malaysia), Philippe Novelli menyatakan mereka amat berpuashati dengan prestasi crew kapal selam Scorpene dan menyifatkan hasil latihan mereka sangat cemerlang. Keadaan ombak yang menghasilkan arus kuat dibawah permukaan laut ekoran ribut pada November 2005 itu yang berlaku di Perairan Iroise, Lautan Atlantik berjaya ditangani dengan baik oleh crew tersebut dan ianya amat membanggakan.

Malaysia telah membeli 2 buah kapal selam baru jenis Scorpene (disebut Skor-peni) bernilai RM3.4 billion pada 2002. Kapal selam Scorpen yang panjangnya 67.5 meter dilengkapi dengan torpedoes, peluru berpandu ke permukaan dan berupaya menyebarkan periuk api dikawal oleh 31 anak kapal.

Kapal selam Scorpene pertama diberi nama "KD Tunku Abdul Rahman" manakala kapal selam kedua bakal dikenali sebagai "KD Tun Razak". Kapal selam ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2009 dan akan dibawa pulang 6 bulan kemudiannya sementara kapal selam kedua kelas "Perdana Menteri" pula akan tiba ke negara pada 2010.

Scorpene yang menggunakan kuasa eletrik dan diesel mampu berada pada paras 350 meter di bawah permukaan bagi tempoh 40. Ianya sesuai ditugaskan di Laut Cina Selatan dan Selat Melaka. Pada ketika ini hanya Singapura yang mempunyai 4 buah kapal selam terpakai buatan Sweden sementara Indonesia akan menambah asetnya sebanyak 4 buah yang dibina di Korea dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kapal selam Scorpene akan berpangkalan di pangkalan Teluk Sepanggar yang bernilai RM690 juta di Sabah. Buat masa ini seramai 142 krew dan kakitangan termasuk pegawai sedang menjalani latihan selama 4 tahun di pelabuhan DCn di Brest.



Lanjutan kepada pemilikan kapal selam oleh TLDM, kini Malaysia sedang mengintai peluang untuk melengkapi TLDM dengan aset terbaru LPH 6111 (Dokdo) buatan Korea. Kapal pengangkut pelbagai funsi ini mampu bertindak sebagai kapal bagi bantuan kemanusiaan atau bagi tugas pengaman, hospital terapung, kapal pemerintah, pembekal logistik serta mengangkut anggota tentera bagi misi tertentu ketika peperangan. Ketika ramai pemerhati dikalangan orang awam melihat kapal ini terdedah kepada serangan dan bencana ketika perang, kapal pengangkut ini walau bagaimanapun mampu mempertahankan diri dengan kelengkapan persenjataan terhad selain mendapat bantuan sokongan dari armada kapal selam Scorpene.

(Landing Platform Helicopter) LPH-6111dari firma Hanjin Heavy Industries & Construction, Korea ini merupakan kapal pendarat terbesar di Asia. LPH Dokdo ini mampu membawa 300 orang anggota tentera manakala bagi tujuan pendaratan di kawasan pantai musuh dengan ianya boleh menggunakan helikopter serta hovercraft atau lancang pendarat. Dengan memiliki panjang 199 meter, 31 meter lebar Dokdo LPH dilengkapkan dengan 2 Goalkeeper (bagi tujuan pertahanan jarak dekat) serta Rolling Airframe Missile (RAM) yang mampu memusnahkan sasaran pada jarak 12 km radius. Dokdo LPH boleh membawa 10 helikopter, 10 kereta kebal atau 7 kereta perisai amfibia, 10 trak, 3 meriam medan dan 2 hovercrafts.

Mempunyai berat sehingga 18.800 tan dan kelajuan 23 knot pada tahap maksima atau 18 knot ketika pelayaran biasa. Dengan pemilikan LPH ini nanti, ianya sekaligus akan melonjakkan TLDM sebagai satu kuasa armada baru di rantau ini yang mampu digerakkan ke mana mana sahaja di seluruh dunia bagi tugas kemanusiaan dibawah payung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Dokdo LPH yang lebih lebar dan panjang dari kapal pengangkut milik Sepanyol dan milik Thailand, HTMS Chakri Nareubet juga boleh digunakan sebagai kapal pengangkut kapal terbang STOVL (Short Take Off Vertical Landing) seperti Yak, AV-8 Harrier II, V-22 Osprey.

No comments: