http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
LANGKAWI 2 Dis. - Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita, yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas, manakala 11 yang lain cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.
- Bernama
Tiga tentera payung terjun dalam latihan LIMA terbunuh
LANGKAWI 2 Dis. - Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita, yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas, manakala 11 yang lain cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohamed Ali Jamalludin berkata, anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka yang terbunuh itu ialah Siti Hajar Yaakob, 24; dan Nurul Wahida Yusof, 20; serta seorang anggota lelaki, Raymond Duncan, 25. Salah seorang daripada 11 anggota yang cedera, Suraya Ali, 23, dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi.
“Anggota-anggota lain yang cedera dilaporkan berkeadaan baik. Mereka terdiri daripada enam anggota wanita dan empat anggota lelaki,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital selepas melawat mangsa. Mereka adalah sebahagian daripada 138 anggota pasukan itu yang dilaporkan sedang membuat penerjunan apabila angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba menyebabkan mereka tersasar dari lokasi pendaratan yang ditetapkan.
Berikutan itu, ada yang terjatuh ke laut berhampiran Pantai Kuala Muda dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan ada yang tersasar di luar lapangan terbang itu hingga tersangkut di atas pokok. Mohamed Ali berkata, sebelum kejadian, kesemua anggota itu menaiki dua buah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari lapangan terbang itu, masing-masing pada pukul 10.15 pagi dan 10.20 pagi bagi membuat penerjunan.
“Bagaimanapun antara 18 dan 20 anggota tentera itu terjatuh ke laut. Mereka termasuk tiga anggota yang maut itu,” katanya.
“Bagaimanapun antara 18 dan 20 anggota tentera itu terjatuh ke laut. Mereka termasuk tiga anggota yang maut itu,” katanya.
Berikutan kejadian itu, katanya, operasi menyelamat menggunakan beberapa buah helikopter dan pesawat digerakkan segera melibatkan empat pasukan terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Katanya, pasukan penyelamat yang tiba beberapa minit kemudian mendapati Siti Hajar meninggal dunia di tempat kejadian ketika diangkat keluar dari laut, manakala yang lain dikejarkan ke hospital. Mayat ketiga-tiga anggota itu kini ditempatkan di bilik mayat Hospital Langkawi dan akan diserahkan kepada tentera selepas bedah siasat.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulkiflee Abdul Latiff berkata, kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara 138 anggota Pasukan 10 Briged Para yang menjalani latihan sempena majlis perasmian LIMA 2007 esok. Beliau berkata, semasa operasi penerjunan, keadaan angin yang tidak menentu menyebabkan ada di antara anggota penerjun tersasar dari lokasi pendaratan. Maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, katanya.
- Bernama
_______________________________________
PENGHORMATAN TERAKHIR
ABDULLAH Ahmad Badawi membacakan doa ketika menziarah jenazah salah seorang anggota 10 Briged Para yang terkorban ketika membuat penerjunan LIMA, sebaik tiba di Pangkalan TUDM Subang, malam tadi. Turut mengiringi beliau Jeanne Abdullah. – Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH.
Beliau sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat ketiga-tiga mangsa terkorban yang tiba dari Langkawi sebelum dihantar ke kampung halaman masing-masing. Ketiga-tiga mereka yang terkorban ialah Nurul Wahida Yusuf, 20, berasal dari Tanjung Malim, Perak, Siti Hajar Yakub, 24, dari Masjid Tanah, Melaka dan Raymond anak Duncan, 25, dari Simunjan, Sarawak.
Mayat ketiga-tiga mereka diterbangkan dengan pesawat TUDM M30-12 yang mendarat di lapangan terbang TUDM, Subang pada pukul 11.30 malam. Jenazah Nurul Wahida dan Siti Hajar, masing-masingnya dihantar menaiki kenderaan jenazah ke Perak dan Melaka. Mayat mendiang Raymond pula diterbang ke Sarawak dengan pesawat TUDM.
- Utusan
No comments:
Post a Comment