Wednesday, December 5, 2007

275 juta rakyat lndia hidup dalam kedaifan

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


NEW DELHI 4 Dis. – Satu perempat daripada 1.1 bilion penduduk India (kira-kira 275 juta orang) dilaporkan berada di bawah paras kemiskinan dengan kebanyakannya menyara hidup mengerjakan ladang-ladang kecil meskipun ekonomi negara ini berkembang pesat. Menteri Kerajaan Tempatan India, Mani Shankar Aiyar melahirkan kebimbangan sengketa sosial bakal berlaku kelak jika kekayaan hasil pembangunan itu berterusan gagal diagih kepada berjuta-juta golongan miskin di negara ini.

“Walaupun negara ini mencapai pertumbuhan ekonomi hampir 10 peratus tahun lalu, taraf hidup rakyat tidak meningkat malahan semakin menurun. “India sebagai sebuah negara sememangnya semakin maju, tetapi rakyatnya tidak,” katanya pada hari terakhir Sidang Kemuncak Ekonomi India di sini hari ini. Menurut Aiyar, perkembangan pesat ekonomi juga hanya mempengaruhi sebahagian kecil penduduk di negara ini sehinggakan kedudukan India dalam Indeks Pembangunan Manusia pada tahun ini jatuh ke tangga 128 berbanding kedudukan 126 tahun lalu.
_______________________________________

India sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi hari ini masih gagal untuk membasmi kemiskinan rakyatnya ekoran berlakunya masalah rasuah yang tinggi selain sistem kasta yang menidakkan kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah. Walaupun India sering memomokkan diri mereka sebagai sebuah negara "maju" dari dunia ketiga tapi ia belum berupaya menyaingi taraf sosioekonomi rakyat Amerika, Rusia mahupun China. Ia boleh diibaratkan sebagai negara termundur dikalangan negara "maju" yang baru muncul.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan masalah dalaman antara etnik, persempadanan, hubungan dua hala India dengan negara jiran, bencana alam dan sebagainya. Lantaran itu, sebilangan penduduk India yang berhijrah ke negara lain sewaktu zaman kolonial British mahupun yang mendapat taraf kerakyatan sekarang sepatutnya lebih bersyukur dan berterima kasih dengan kemudahan yang telah mereka nikmati selama ini. Selain keazaman diri sendiri untuk memajukan diri dan keluarga, mereka juga perlu merenung sejenak kebajikan yang telah diberikan oleh pihak lain kepada mereka.

Begitu juga dengan pemimpin dan penyokong HINDRAF. Samada mereka setuju atau tidak, perjanjian untuk berhijrah ke negara ini telah dipersetujui antara nenek moyang mereka dengan pihak British. Mereka juga perlu lebih berterima kasih kerana penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dibuat atas dasar pengimportan tenaga buruh bagi kerja kerja ladang dan bukannya dilaksanakan secara "hamba abdi" sepertimana yang dilakukan oleh British kepada sebahagian besar penduduk Afrika.

Di samping itu, mereka juga perlu berfikir secara waras dimana kerajaan pada hari ini masih sanggup memberikan faedah kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya kerana mereka adalah pemegang taraf kerakyatan negara ini seperti juga rakyat dari kaum kaum lain. Kerajaan hari ini yang sentiasa dikritik kerana adanya cacat cela masih mampu memberikan yang terbaik kepada semua tanpa menggadai nilai harmoni perpaduan antara kaum.

Pun begitu, sebahagian masyarakat India yang menyertai HINDRAF masih tidak mahu berterima kasih kerana secara terang terangan menuntut campurtangan pihak luar dalam urusan negara tanpa merujuk kepada pihak yang dipertanggungjawabkan. Secara mudah mereka mempercayai restu Queen Elizabeth dari berlindung di bawah lindungan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Secara tidak langsung ini menunjukkan mereka seolah olah membelakangkan prinsip prinsip rukun negara. Apakah seseorang yang bertindak sedemikian masih boleh dianggap sebagai seorang rakyat Malaysia?.

Kenyataan pemimpin HINDRAF kononnya beliau tidak berkuasa untuk menghalang berlaku kekacauan adalah satu alasan bodoh lagi kebudak budakan. Rasionalnya, bila berlakunya satu demonstrasi yang menyentuh sensitiviti kaum lain pasti tidak akan berakhir secara aman. Apakah beliau yang mempunyai kapasiti sebagai seorang peguam gagal berfikir secara waras implikasi jika demonstrasi ini dibiarkan secara berleluasa?. Dan apakah motif demonstrasi HINDRAF yang menyaman kerajaan British sebanyak US$3 trillion itu dikaitkan dengan "keganasan" kaum lain seperti dakwa jahat berlakunya "penghapusan etnik"India oleh kerajaan Malaysia (diertikan sebagai orang Melayu) serta didokongi oleh kumpulan ekstremis Islam.

Kita tidak pernah melihat mana mana golongan ekstremis Islam membunuh kaum India selama ini. Jika ada kes pembunuhan yang berlaku adalah pergaduhan individu yang melibatkan dendam, perasaan tidak puashati yang diertikan sebagai kes terpencil dan bukannya penghapusan etnik. Malahan kaum India juga pernah membunuh kaum lain termasuk Melayu. Bolehkah kita anggap ianya juga satu method "ethic cleansing" oleh kaum India terhadap kaum Melayu yang selama ini banyak bersabar?. Mungkin juga kita boleh katakan penghimpunan HINDRAF pada Ahad 2 minggu lalu sebagai satu penghimpunan kumpulan ekstremis Hindu yang pro kumpulan Tamil Ellam dan kerajaan Tamil Nadu?.
Tindakan membawa poster Mathama Ghandi adalah satu tindakan yang hanya "berperasaan" demonstrasi akan dibuat secara aman tanpa keganasan dan menentang dasar apartied. Apakah negara mengamalkan dasar apartheid selama ini. Adakah masyarakat India dihalang dari menggunakan pengangkutan awam berlainan dengan kaum Cina dan Melayu? atau segala bentuk kemudahan yang diterima oleh kaum India disediakan dalam bentuk kelas kedua?. Sebaliknya kaum India yang menyertai HINDRAF gagal menyatakan perkara sebenar dimana tujuan utama mereka berdemonstrasi adalah disebabkan mereka kecewa dengan perobohan kuil Hindu di Selangor namun begitu adakah kaum Melayu juga tidak pernah berasa sedemikian setelah surau mereka dirobohkan dan dihalang dibina kerana gagal mematuhi undang undang pihak berkuasa tempatan?. Ternyata penyokong HINDRAF merupakan segelintir rakyat yang tidak tahu erti bersyukur atas apa yang telah mereka nikmati selama ini. Sebahagian besar rakyat Malaysia melihat kegagalan kumpulan HINDRAF untuk bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis merupakan tidak lebih dari satu tindakan provokasi untuk menjustifikasikan tindakan mereka tempohari.

No comments: