Wednesday, December 5, 2007

Pengkhianat Negara

Sebar fitnah di India
http://www.ndtv.com/convergence/ndtv/story.aspx?id=NEWEN20070034578


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengenai pembersihan etnik minoriti oleh kerajaan Malaysia kini digembar-gemburkan di India melalui rangkaian antarabangsa yang didorong parti pembangkang...(berita lanjut).

______________________________________

Tindakan HINDRAF pada ketika ini sudah dianggap keterlaluan, melampaui batas, kurang ajar serta menghina negara. Pemimpin HINDRAF pernah menyatakan kumpulan itu akan menghantar wakilnya ke India (P.Wathya Moorthy - adik kepada P. Uthayakumar) bagi melobi pihak kerajaan nnegeri Tamil Nadu dan aktivis Hindu selain meminta campurtangan Presiden India Manmohan Singh.

Tidak cukup dengan salinan memorandum HiNDRAF kepada wakil negara luar kini mereka cuba menghuru harakan keadaan dengan meminta kerajaan asing menekan negara. Tindakan ini merupakan satu tindakan paling menghina kerana negara mempunyai Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebagai payung negara tapi sebaliknya kumpulan ini bertindak membelakangkan pemerintahan baginda secara berani dan terang terangan.

Ini bukan tingkah laku seorang warganegara. Di Malaysia, suka atau tidak rakyat mempunyai pilihan untuk menyalurkan bantahan secara rasmi kepada kerajaan dengan berbagai saluran dan bukannya dengan membuat demonstrasi serta menjemput campurtangan kuasa asing dalam pemerintahan negara. Seorang rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip perlembagaan dan rukun negara secara waras tidak akan tergamak untuk membelakangkan tanahair sendiri. Tapi kini ternyata para pemimpin HINDRAF terutamanya P. Uthayakumar serta barisan pemimpin tertinggi kumpulan ini lagi menganggap mereka sebagai seorang rakyat Malaysia ekoran tindak tanduk terbaru kumpulan tersebut.

Ketika keadaan menjadi semakin rumit dan nama Malaysia semakin tercalar, perdana menteri Malaysia kelihatan semakin lembik dan tidak bermaya seolah olah sengaja ingin menunggu saat saat akhir untuk bertindak seterusnya meraih populariti diri. Sepatutnya perdana menteri selaku menteri bagi Kementerian Dalam Negeri sudah dapat menghidu pergerakan kumpulan HINDRAF melalui risikan pihak polis seterusnya membuat tangkapan selain mengenakan tindakan ISA berdasarkan memorandum yang berbau perkauman yang mana boleh membawa kepada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969. Kenyataan ISA sudah tidak relevan adalah satu ungkapan dari seorang penakut yang sedang menunggu masa untuk membuat kekacauan. ISA tetap akan terus relevan walaupun zaman insurgensi - komunis sudah berakhir. Kini ISA tetap boleh diimplementasikan kepada penghasut yang mahu melihat kekacauan terjadi demi memenuhi agenda sendiri.

Sikap membelakangkan undang-undang, perlembagaan serta rukun negara oleh seorang yang bergelar rakyat adalah satu tindakan yang memualkan. Bagaimana mereka terus menerus mengaku seorang rakyat sedangkan pada masa yang sama mereka melakukan berbagai kemudaratan kepada rakyat dan negara. Kita tidak perlu menyimpan pengkhianat negara demi memenuhi nafsu sesetengah individu. Mereka tidak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Kerajaan sepatutnya belajar dari kesilapan melepaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan kini beliau menjadikan bebanan kepada negara. Tindakan Anwar melawat India untuk menghina institusi kehakiman, perlembagaan, keharmonian dan perpaduan kaum serta menghina nama negara merupakan satu tindakan kurang ajar dan malu untuk bersyukur. Kini nama Malaysia terus tercalar kerana kerakusan nafsu individu yang bernama P. UthayaKumar, P.Wathya Moorthy dan Anwar Ibrahim demi memenuhi agenda peribadi. Negara tidak mampu untuk terus membela pengkhianat negara ini kerana jika ianya berterusan, kita akan terus ditekan dari berbagai arah. Malaysia tidak mempunyai cara lain selain melucutkan taraf kerakyatan mereka dan semoga mereka berbahagia dengan negara baru mereka - India.

No comments: