Tuesday, December 4, 2007

LIMA 2007 menjadi saksi kepada kemantapan pertahanan udara

Pembelian pesawat pejuang pelbagai fungsi SU-30MKM (MRCA - Multi Role Combat Aircraft)
daripada Russia menjadi titiktolak kepada pembaharuan dan penguasaan ruang udara oleh TUDM ketika ini. Pembelian pesawat ini sudah dijangka pasti akan dijadikan alsan oleh pihak luar terutamanya negara jiran terdekat untuk menghalalkan perlumbaan senjata di rantau ASEAN.

Trend pembelian sistem persenjataan negara senantiasa diperhatikan oleh jiran selatan dan utara semenanjung. Walau bagaimanapun, jiran selatan (Singapura) yang selalu mencurigai tindak tanduk Malaysia selain sentiasa berprasangka buruk kali ini dijangka tidak mampu menyaingi kelebihan yang ada pada TUDM sekurang kurangnya untuk tempoh beberapa tahun lagi meskipun Singapura telah pun membuat pembelian pesawat pejuang terbaru F-15 Sg (Strike Eagle).

Singapura yang membuat tempahan awal sebanyak 12 buah dan diikuti dengan beberapa buah pesawat tambahan terpaksa menunggu lebih lama ekoran pengumuman penggantungan tugas yang tidak kritikal oleh pihak Amerika akibat penemuan keretakan struktur F-15C milik Missiouri National Guard yang membawa kepada kejadian pesawat terhempas baru baru ini.

Singapura ketika dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew pada satu ketika dahulu bertindak memanaskan suasana di ASEAN terutamanya dalam hubungan 2 hala Malaysia-Singapura dengan mengeluarkan kenyataan "menjemput" mana mana negara yang berhajat untuk menyerang negara pulau itu setelah berjaya mendapatkan sejumlah 200 peluru berpandu AMRAAM 120 C bagi kegunaan pesawat F-16 mereka. AMRAAM 120 C merupakan peluru berpandu termaju keluaran Amerika yang mampu menyerang mana mana pesawat musuh yang berada "Beyond Visual Range".

Kini Singapura yang masih menantikan ketibaan pesawat F-15 Sg terpaksa bergantung kepada pesawat F-16, F-5E II dan A4 Super SkyHawk.

Penggunaan SU-30MKM meresahkan banyak pihak sehinggakan terbaru pihak tentera udara Thailand sedang cuba untuk mendapatkan pesawat pejuang berenjin tunggal JAS-39 Gripen keluaran Sweden. Manakala Indonesia juga masih menggunakan F-16 selain mempunyai beberapa buah pesawat buatan Russia SU-27 namun tidak mempunyai sistem persenjataan ekoran kekurangan dana.

Turut terasa tempias pembelian SU-30MKM adalah pasukan udara Timbalan Sheriff, Australia. Walaupun Australia mempunyai pesawat yang moden tapi ternyata mereka sedikit sebanyak tergugat dengan kemampuan SU-30MKM yang mampu menjelajah sejauh 8000km tanpa bantuan pesawat tangki (bagi in-flight refuelling) bagi penerbangan sehala di mana ia mampu terbang sehingga ke utara Australia.

Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan selepas pengunaan pesawat Su-30MKM ini, kita mampu mencegah pencerobohan ruang udara oleh aset luar samada pesawat Vietnam dan Singapura.

Pembelian pesawat SU-30MKM merupakan inisiatif Tun Seri Dr. Mahathir yang mahukan negara mempunyai pesawat pejuang yang lebih superior berbanding negara jiran dan pada masa yang sama tidak terlalu bergantung kepada penggunaan aset dari Amerika. Pesawat ini agak sedikit terlewat diterima kerana pihak pengeluar terpaksa memenuhi spesifikasi TUDM yang ketat bagi mengintegrasi sistem pesawat yang dihasilkan oleh Rusia dan Perancis selain penglibatan beberapa syarikat dari negara lain. Ini kerana pesawat SU-30MKI (I - nama pengenalan negara India) bergantung kepada penggunaan sistem dari Israel.

Selain kelebihan pengintegrasian sistem avionik barat dengan teknologi Rusia, pesawat terbaru TUDM ini juga mempunyai kelebihan dalam muatan dimana ianya mempunyai sebanyak 12 pilon yang mampu membawa berbagai jenis sistem persenjataan selain peluru berpandu udara ke udara (termasuk anti AWACS) udara ke darat, bom, roket, peluru berpandu anti kapal, anti radiasi (anti radar) dan sebagainya.


Persenjataan :
- Dilengkapi 30mm GSh-301 dengan 150 butir peluru.
- Mampu membawa 1 atau 2 pod penanda laser atau sistem pluru berpandu anti radiasi.

Udara ke udara

- Boleh menyerang lebih dari 2 sasaran udara serentak.
- Dilengkapi sehingga 6 peluru berpandu ke udara jarak sederhana seperti R27RE, R27TE atau RVV-AE
- Mampu membawa peluru perbandu lain sebagai alternatif seperti AA-10D dan Vympel R-73E

Udara ke permukaan

- Roket seperti AB-500, KAB-500KR and KAB-1500KR bombs, 80mm and roket 130mm, and roket S-25 250mm.
- Selain persenjataan lain seperti Kh-29, Kh-31 atau Kh-59M dan terbaru tawaran dari India untuk menjual peluru berpandu supersonik Brahmos kepada TUDM.

No comments: