Sunday, January 31, 2010

Lebih Sudu Dari Kuah

Kenyataan Datuk Rais Yatim bahawa kerajaan bersedia memaafkan Aduka Taruna yang menghina almarhum Sultan Iskandar membawa mesej pelik.
Khairul Nizam yang dikenali sebagai Aduka Taruna http://www.adukataruna.blogspot.com/ telah menghina almarhum dengan kata-kata yang menyakitkan hati bukan sahaja rakyat Johor tetapi juga orang melayu yang cintakan institusi raja raja melayu yang menjadi benteng terakhir kuasa melayu dan kestabilan kepada keharmonian negara.
Anehnya Rais Yatin terlebih sudu dari kuah bila menyatakan kerajaan bersedia memaafkan kesalahan AdukaTaruna atas alasan beliau telah meminta maaf. Ternyata Rais Yatin telah mendahulu keputusan mahkamah dan keputusan kerabat kesultanan Johor. Sungguh pelik seolah olah Rais Yatim turut menjadi jurucakap kepada istana Johor.
Ketika keselamatan negara digadai oleh beberapa ekor pengkhianat yang sentiasa mengambil kesempatan menghuru harakan kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, seorang menteri pula bertindak menjadi super hero. Mungkin akhbar tidak lagi memainkan isu yang sering dibawa oleh beliau jadi beliau ketandusan publisiti atau beliau berfikir isu maaf memaafi bermasuk dalam bidang kuasa kementerian beliau.
Mungkin selepas ini kita boleh berjumpa dan memaki, menyumpah seranah kepada Rais Yatim kerana beliau seorang yang pemaaf. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang undang undang, Rais Yatim bertindak pelik seolah olah gagal memahami intipati kandungan maaf oleh AdukaTaruna.




Bukankah dalam posting memohon maaf sini, beliau berkata berikut:

Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.Dah mampos buat cara mampos la.Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan (baca selanjutnya - unspinners)


Ternyata sebodoh bodoh budak tingkatan lima, mereka mampu menilai niat AdukaTaruna yang tidak berhasrat meminta maaf dengan ikhlas tapi Rais Yatim yang terlebih sentimental seolah olah bapanya pula yang meninggal dunia.
Ternyata Rais Yatim melakukan kesilapan besar dalam menangani isu ini dan jangan terkejut jika selepas ini terdapat ramai rakyat akan mengikut jejak pemuda biadap dari Negeri Sembilan ini dengan menghina sultan dan raja melayu kerana mereka percaya pasti akan ada menteri yang akan lembik leher seolah olah seperti orang mati pucuk dengan pantas menerima maaf dan melupakan sikap kurang ajar kepada kepada institusi berraja di negara ini.
Jika selepas ini ada segolongan rakyat bertindak biadap, jangan salahkan orang lain tapi salahkan Rais Yatim kerana beliaulah yang mengeluarkan kenyataan tiga suku, tidak sensitif dan tidak konsisten.

Saturday, January 23, 2010

Pewaris Takhta Kesultanan Kerajaan Negeri Johor

Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini. Putera sulung Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu.
Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.(berita lanjut)
--------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya Rejimen Gerup Gerak Khas kini kekosongan pemimpin yang berkaliber dan disegani dengan kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Namun begitu penulis amat percaya dengan kebolehan Tunku Ibrahim uuntuk menggantikan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Kolonel (Kehormat) baru bagi Rejimen Gerup Gerak Khas. Tunku Ibrahim sememangnya mempunyai ciri ciri pegawai yang amat membanggakan untuk menerajui kecemerlangan Rejimen Gerup Gerak Khas sebagaimana tradisi yang telah dilakukan sejak sekian lama. Semoga Tunku Ibrahim akan dilantik sebagai pemimpin baru pasukan Komando dan sekaligus menaikkan moral anggota rejimen untuk terus berkhidmat pada sebilang masa, di mana mana tempat sekalipun.

Kemangkatan Tunku Sultan Johor Diratapi


Berita kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,mengejutkan. Ini kerana setelah beberapa lama rakyat tidak mendengar keadaan baginda, hari ini rakyat di seluruh negara menerima berita sedih khususnya rakyat negeri Johor dan khasnya bagi warga Rejimen Gerup Gerak Khas (Komando).

Baginda terkenal dengan sikap patriotik dan sentiasa menunjukkan tahap disiplin yang tinggi selain sentiasa berbangga dengan pemakaian uniform angkatan tentera lengkap dengan beret Gerup Gerak Khas (Komando) yang mana baginda juga merupakan seorang Kolonel (Kehormat) bagi Rejimen Gerup Gerak Khas.
Baginda merupakan seorang Sultan dan tokoh yang amat meminati bidang ketenteraan. Minat yang mendalam itulah kemudiannya membawa kepada penawaran oleh Kerajaan Negeri Johor untuk menyediakan tapak bagi markas baru dan bersepadu Rejimen Gerup Gerak Khas (Komando) yang sekaligus menyaksikan Kem Sri Iskandar menjadi rumah baru bagi menggantikan Kem Sungai Udang, Melaka selain turut menempatkan pusat latihan bagi anggota komando dari pasukan PASKAU dan PASKAL disamping menjadi tempat latihan dan pusat sasaran bagi Combined Armed Forces.








Sunday, January 17, 2010

Kebanjiran Pendatang Asing Membimbangkan

Ternyata kebimbangan penulis mempunyai asas bila PM juga menyuarakan perkara yang sama di mana ramai pelancong yang menyalahgunakan VOA sehingga sebahagian besar daripada mereka di dapati hilang dalam negara.

Penulis juga amat tidak bersetuju dengan sesetegah sikap pegawai kerajaan yang masih memandang remeh isu ini dengan beranggapan negara mempunyai jumlah penguatkuasa yang mencukupi selain mempunyai mekanisme yang mampu menghalang kebanjiran dari berterusan selain mempertahankan penggeluaran VOA.

Apa yang pasti sikap sesetengah pegawai kerajaan tersebut sekaligus seperti tidak mempunyai semangat patriotik.

Penulis juga tidak senang dengan sikap Persatuan Restoran India yang menafikan restoran di negara ini tidak mempunyai pekerja India yang menyalahi VOA. Pengalaman penulis sewaktu bekerja disekitar kawasan Subang Jaya mendapati sesetengah restoran terkenal mempunyai jumlah pekerja yang ramai (keturunan India) yang warganegara mereka boleh dipertikaikan. Ini kerana jika benar mereka adalah warganegara dan penduduk tetap adalah mustahil mereka langsung tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu selain hanya mampu menyebut perkataan roti telur, roti kosong, kari dan dal.

Monday, January 4, 2010

Isu Pelancong dan Pelarian : Apa Penyelesaiannya

Akhbar Utusan Malaysia, 4 Jan 2010 lalu mendedahkan sejumlah 90,000 pelarian mencari perlindungan di negara ini. Berdasarkan laporan UNHCR seramai 90 peratus terdiri daripada pelarian Myammar selain sejumlah pelarian dari negara Afghanistan, Iraq, Somalia dan Sri Lanka. Malaysia juga menjadi tempat tinggal kira kira 60,000 penduduk Islam Filipina di Sabah.

Daripada 3 juta pelarian, seramai 1 juta merupakan pendatang tanpa izin. Lebih merumitkan bila negara ini tidak membezakan pelarian yang ketiadaan dokumen dengan pendatang tanpa izin. UNHCR dipetik sebagai berkata badan tersebut bersama dengan NGO di Malaysia bekerjasama untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan antara sasaran utama mereka adalah 3,800 remaja dan 3,000 kanak-kanak selain membantu menempatkan 15,000 pelarian ini ke negara ketiga.

Sebenarnya masalah pelarian ini seakan meresap bertukar menjadi duri dalam daging, barah kepada negara. Kedatangan pelarian ini bukan hanya kerana peperangan tetapi juga ada yang mengambil kesempatan ekoran peluang ekonomi yang menawarkan pulangan lumayan kepada mereka. Kita mungkin tidak perlu risau dengan kedatangan pelarian yang berstatuskan pelarian perang seperti pelarian dari Afghanistan, Iraq, Myammar termasuk sebahagian penduduk selatan Kepulauan Mindanao.

Jika sebelum ini, kerajaan menawarkan VOA kepada pelancong asing kerana ingin merancakkan keuntungan dari sektor pelancongan sehingga meresahkan rakyat negaa ini kerana jumlah "kehilangan" pelancong tersebut jauh lebih besar dari jumlah yang pulang semula setelah tamat tempoh. Dan kini kita boleh menarik sedikit nafas lega bila kerajaan membatalkan VOA walaupun sejumlah besar pelancong China yang masuk menggunakan VOA masih gagal dikesan.

Semacam ada satu sikap dalam Kementerian dan kakitangan kerajaan. Ketika kerajaan tidak mahu membatalkan VOA selang beberapa ketika muncullah seorang KSU mengatakan isu kebanjiran PATI dan pelarian ini boleh ditangani kerana negara mempunyai anggota penguatkuasaan dan prosedur yang mencukupi untuk mencari pelancong "hilang". Tapi bila kerajaan membatalkan VOA, KSU ini lah juga yang menyokong langkah kerajaan dan mengatakan langkah ini perlu untuk membendung masalah kebanjiran tetamu yang tidak diundang kerana tidak menjana ekonomi tapi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

KSU ini pelu sedar, negara kini berada dalam ancaman baik dari luar dan dalam. Dan di zaman milenium, sikap membodekuntuk menyelamatkan periuk nasi sendiri patut dikikis dari peribadi kerana sikap buruk itu lambat laun akan diketahui oleh orang ramai juga.

Semoga luahan seorang pembaca akhbar Utusan di bawah memberi kesedaran kepada kita bagaimana teruknya situasi keselamatan negara pada ketika ini.



Pelancong, perompak, penipu dan pelacur


Oleh NOOR AZAM
mn00r_azam@hotmail.com


DARI Mexico, Guatemala dan Sepanyol, merompak di Terengganu. Sebanyak 39,046 pelancong India lesap, tidak tahu di mana mereka berada. Sebanyak 75,645 yang lain dari pelbagai negara menyalahgunakan visa pelancong. Ini cerita fantastik yang tak masuk akal, tetapi benar terjadi di negara kita.

Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Ng Yen Yen dalam sidang akhbar pada 12 Januari 2010 mengumumkan: "Malaysia menduduki tempat kedua selepas Korea Selatan, dalam senarai negara yang melebihi sasaran kemasukan pelancong, tahun lalu."

Senarai ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO). Begitulah hebatnya negara kita menarik pelancong! Dapat nombor dua dalam dunia!

Yen Yen menjelaskan, sasaran 19 juta pelancong dicapai pada bulan Oktober dan dijangka mencecah 23.65 juta pada akhir tahun 2009, walaupun industri pelancongan dunia agak muram dan dijangka menurun. Maka beliau bangga kerana peningkatan itu menunjukkan kementerian melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Apakah tarikan yang begitu hebat sekali membawa pelancong ke negara kita? Jawabnya kerana kita makmur dan 'semua boleh'. Namun bagi saya, angka ini tidak boleh dianggap suatu kejayaan. Ini kerana sebenarnya ramai yang masuk dengan visa pelancong tetapi mereka bukanlah benar-benar mahu melancong, sebaliknya penipu dan penjenayah? Kita tidak seharusnya tertipu oleh angka yang hebat-hebat, meskipun pelancongan dikatakan the country's second largest foreign exchange earner.

Menurut laporan akhbar pada 13 Januari 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dengan berkata: "Sebanyak 39,046 orang pelancong dari India yang telah tamat tempoh visa, telah 'lesap' dari rekod Jabatan Imigresen. Mereka mungkin pulang ke India atau masih berada di sini, mungkin sedang bekerja di restoran India. Kita tidak tahu di mana mereka berada."

Najib juga menjelaskan, "Antara September 2008 dan September 2009, seramai 75,645 daripada 248,939 warga asing yang diberi visa waktu ketibaan ( VOA ) telah menyalahgunakan visa mereka." Pelancong penipu ini adalah dari India, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan dan Taiwan. Sebenarnya dari awal lagi mereka bukan datang untuk melancong. Pelancong biasanya menyediakan visa sebelum berangkat. Kalau hendak melancong, kita tidak mahu berbaris lama dan membuang masa menghadapi masalah di lapangan terbang.

Keputusan kita memberikan VOA sangatlah tidak bijaksana. Ia dibuat tanpa kajian teliti. Kita terlalu hendakkan ramai pelancong dan tukaran wang asing, sehingga tidak sedar masalah yang akan timbul. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman sendiri mengaku, visa yang diberikan kepada kebanyakan pelancong, menyumbang kepada pelbagai masalah seperti pelacuran dan pendatang tanpa izin (PATI)". Lagi pun orang yang meminta VOA biasanya pendatang miskin yang mencari jalan mudah untuk masuk ke negara ini.

Angka-angka yang didedahkan oleh Perdana Menteri ini yang keseluruhannya berjumlah 114,691 orang amat mengejutkan. Dan sudah pasti jumlah 'pelancong' yang datang untuk bekerja secara haram, menjadi penipu, perompak, pencuri dan pelacur jauh lebih ramai bertaburan di merata negeri sampai ke pekan-pekan kecil.

Pendedahan Perdana Menteri ini cepat sekali mendapat respons daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya Imigresen. Abdul Rahman menghebahkan amaran yang sangat tegas dan keras kepada majikan yang 'menggaji dan melindungi PATI'. Katanya hukuman penjara yang lebih lama dan denda yang lebih tinggi akan dikenakan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Kepada para majikan termasuk syarikat multinasional, mereka diberikan tempoh sehingga 15 Februari ini untuk mematuhi arahan tersebut. Kata Abdul Rahman lagi: "Kita akan buru PATI dan warganegara India yang hilang itu di mana-mana sahaja termasuk dalam sektor perkhidmatan." Betulkah Datuk? Mereka sebenarnya boleh menyelinap ke dalam masyarakat kaum masing-masing.

Rakyat dan akhbar telah lama meluahkan perasaan marah, risau dan benci kepada pendatang yang semakin terlalu ramai dan bermaharajalela di tempat-tempat rehat di sekitar ibu kota. Mereka berniaga dan bekerja secara haram di mana-mana saja. Mereka datang dari seluruh dunia, termasuk dari negara-negara yang sama sekali tidak kita jangka, malah ramai yang tidak tahu di manakah duduknya negara itu. Benarkah ada 'pelancong' dari Guatemala dan Bhutan?

Akhir tahun lalu, setelah beberapa minggu Utusan Malaysia menyiarkan berita dan kemarahan orang ramai mengenai pendatang 'Awang Hitam', barulah ada kenyataan pihak Imigresen akan mengambil tindakan pada awal tahun 2010. Akan tetapi selepas berita itu, kita tidak langsung mendengar berita hasil tindakan tersebut. Maka kita berasa ragu, apakah amaran keras Ketua Pengarah Imigresen kali ini, betul-betul akan ada tindakan atau hanya untuk respons kepada kenyataan Perdana Menteri dan melegakan kemarahan rakyat sahaja. Tindakan terhadap PATI telah banyak kali diumumkan. Tetapi PATI dan pelancong penipu terus bertambah ratusan ribu.

Pelancong biasanya datang dari negara yang rakyatnya hidup senang, bukan dari negara yang rakyatnya hidup menderita, tiada pekerjaan dan tiada cukup makanan. Wajah dan tingkah laku mereka menunjukkan mereka datang untuk mencari wang, bukan membelanjakan wang. Apakah sesudah bertahun-tahun 'pelancong' ini menimbulkan pelbagai masalah dan jenayah, kita masih tidak sedar atau sengaja menutup mata atau kerana ada orang kita yang dapat faedah untuk diri sendiri? Tindakan kita hanya 'hangat-hangat tahi ayam' dan jadi bahan sindiran serta ketawa 'Malaysia Boleh!'

Sementara itu, pada 9 Januari 2010, polis menangkap tiga perompak barang kemas RM900,000 di Kuala Terengganu. Mereka datang dari Sepanyol, Mexico dan Guatemala. Tiga bulan sebelum kejadian itu, tiga lelaki dan seorang wanita iaitu warga asing mencuri tiga beg barang kemas di Kuala Terengganu juga. Hati kecil saya bertanya, "Orang dari Mexico dan Guatemala? Datang merompak di Terengganu?" Sama sekali tak masuk akal, tetapi ia betul berlaku.

Setiap hari di Pejabat Imigresen Putrajaya dan Damansara, tidak pernah kurang daripada 500 orang asing berbaris dan sesak berdiri untuk menguruskan pasport dan visa. Saya berasa aneh dan tertanya-tanya apakah begini juga keadaan di negara-negara lain, termasuk di Korea Selatan yang paling ramai didatangi pelancong?

Banyak berita yang menunjukkan semakin ramai pendatang asing yang masuk-keluar dan bekerja di negara kita ini secara haram. Pihak polis dan agensi rahsia kita tentulah sudah tahu akan adanya sindiket-sindiket yang mengeluarkan bermacam jenis surat, paspot dan visa kepada siapa-siapa saja, dari negara mana saja, untuk keluar-masuk, bekerja dan bergerak bebas di negara kita. Sindiket-sindiket ini nampaknya boleh beroperasi dengan senang hati tanpa gangguan di bandar-bandar besar termasuk di Kuala Lumpur.


Walaupun kerajaan sudah membatalkan penggunaan VOA tapi akibat dari tindakan membenarkan kemasukan pelancong melalui VOA sebelum ini memberikan kesan secara langsung terhadap keselamatan negara. Bukan kecil jumlah pelancong VOA yang menghilangkan diri, bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh anggota penguatkuasa dan pihak keselamatan dalam mencari pelancong ini.

Sebahagian dari warga India dan China dengan mudah menyelinap masuk ke dalam masyarakat negara kita dan bayangkan sekiranya ada antara mereka ingin melakukan onar kepada negara.

Jangan hanya ingin melonjakkan jumlah kemasukkan pelancong asing dan menghebahkan kepada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang selamat, kita mengambil mudah aspek keselamatan dan pertahanan negara.

Jika kita terus bersikap sambil lewa selepas ini tidak pelik satu masa akan ada penduduk negara ini yang berketurunan India atau Cina mengaku lahir di sini tapi gagal berbahasa Melayu hanya kerana ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan kerakyatan. Kita patut mengambil iktibar bagaimana isu pendatang di Sabah masih gagal ditangani sehingga hari ini. Bukan sedikit jumlah warga asing yang menetap di Sabah sejak sekian lama dan ada diceritakan bahawa ada yang sanggup membakar penempatan hanya kerana ingin memusnahkan tanda pengenalan negara asal dan sekaligus memudahkan mereka untuk mendapatkan kad pengenalan serta taraf kerakyatan.




Sunday, January 3, 2010

Tujuan Tersirat Pihak Gereja Roman Khatolik

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.(berita lanjut)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis percaya pihak gereja Roman Khatolik dibawah pimpinan Tan Sri Murphy Pakiam, selaku penerbit majalah Herald-The Catholic Weekly ada motif tersirat. Apa yang penulis bayangkan pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan keputusan mahkamah untuk meneruskan penggunaan nama Allah dalam majalah edaran mereka kerana beberapa sebab

  • Dengan menggunakan keputusan mahkamah Sivil, ini bermakna seolah olah umat Islam negara ini bersetuju bahawa hal berkaitan umat Islam baik samada akidah, kekeluargaan, harta pusaka serta beberapa hal lain yang melibatkan pertelagahan atau pertikaian antara keluarga Islam dengan bukan Islam akan dibicarakan di mahkamah Sivil dengan menjadikan kes penggunaan nama Allah sebagai kes rujukan.
  • Mahkamah Syariah akan diasingkan atau dipulaukan dari umat Islam secara halus di mana apa sahaja hal yang melibatkan umat Islam akan dibicara dan diputuskan di mahkamah Sivil.
  • Pihak gereja Roman Khatolik secara halus akan mengedar majalah kepada penganut agama Kristian secara khusus kepada rakyat Sabah dan Sarawak tetapi dengan edaran majalah ini penulis percaya pihak gereja Roman Khatolik juga akan menggunakannya untuk edaran remaja Melayu Islam dalam dakyah secara halus. Ini kerana penganut agama Kristian yang menggunakan bahasa Melayu hanyalah beberapa ribu berbanding puluhan ribu penganut agama Kristian yang menggunakan bahasa Inggeris.

Motif pihak gereja Roman Khatolik dalam hal ini ternyata mempunyai muslihat tertentu.

  • Ini kerana kenapa baru sekarang pihak gereja Roman Khatolik baru memfailkan tuntutan mereka di mahkamah untuk menggunakan nama Allah. Kenapa tidak seawal penubuhan dan kemerdekaan Malaysia?.
  • Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.

Nama Allah : PM Akan Mengadap Agong

PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Serentak itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.(berita lanjut)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis amat bersetuju dengan langkah yang bakal diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan bagi menjelaskan penggunaan nama Allah oleh Herald Weekly keluaran pihak Gereja Roman Khatolik.

Sehubungan itu juga penulis amat berharap Seri Paduka Baginda akan menggunakan kata putus baginda sebagai Ketua Agama untuk mengeluarkan arahan pengharaman kekal penggunaan kalimah atau nama Allah atau apa apa sahaja yang berkaitan dengan anutan, kepercayaan dan amalan penganut agama Islam.

Sesungguhnya umat Islam negara ini terlalu banyak bersabar dan bertoleransi tetapi sikap baik umat Islam tidak pernah dibalas dengan rasa bertimbang rasa tapi sentiasa ditekan, dicabar dan diperlekehkan dari masa ke semasa.

Penulis melihat sekiranya pihak Istana gagal mengeluarkan arahan pengharaman secara kekal atau mutlak, musibah yang cukup besar bakal menunggu kepada keselamatan dan keharmonian antara masyarakat dari berbagai anutan agama.

Kesabaran umat Islam ada batasnya dan pihak yang menempah masalah jangan menyalahkan orang lain jika keselamatan penganut agama tersebut tidak dapat dilindungi oleh perasan toleransi umat Islam di masa depan.

RPK : Sampai Bila Mahu Jadi Pelarian?

Masih ingat pelarian ini?

Beberapa minggu sebelum ini RPK dikatakan berada di London dan menginap disebuah apartment mewah di sini. Tapi setelah berita tentang kehadirannya di sana, mungkin merasakan tidak selamat untuk berada lama di kota glamor London, beliau dikatakan telah melarikan diri ke Poland. Ini berikutan dari beritayang disiarkan oleh Ming
guan Malaysia, 3 Januari 2010. (berita selanjutnya).

Menurut laporan Mingguan Malaysia lagi, beliau sebagai pengendali laman blog Malaysia Today menyindir usaha-usaha polis untuk membawa beliau pulang dengan berkata

“Ketika Ketua Polis Negara dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya. Saya pula menyambut tahun baru bersama wanita-wanita Poland.

“Oops.. lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya. Ah, tak apa Eropah luas.”

Manakala Ketua Polis Negara berkata ketika diminta mengulas mengenai Raja Petra Kamaruddin, Raja Petra boleh berada di mana-mana negara termasuk Poland kerana lelaki itu berstatus pelarian. “Dia membawa status sebagai pelarian, kita akan tetap memburu Raja Petra (walau di mana dia berada),”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

RPK sepatutnya berada di dalam negara untuk menunjukkan segala tomahannya itu benar dan betul, sekaligus akan meyakinkan orang ramai dan bukannya bertindak melarikan diri melalui sempadan secara tidak sah.

Tindakannya itu sudah pasti senang dipatahkan kerana Kerajaan melalui imigresen boleh membatalkan kerakyatan atas alasan mempunyai dua kerakyatan selain menggunakan pasport palsu untuk urusan ke luarnegara. Penangkapannya pasti hanya menunggu masa. Negara luar yang mengawasi perkembangan ini menerusi kedutaan mereka di sini akan memaklumkan kepada pihak polis di negara terbabit untuk tindakan susulan.

Sesetengah negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi tentunya akan mengambil langkah menahan RPK sebaik ditemui manakala negara-negara yang tidak mempunyai perjanjian seumpama itu akan turut menahan pesalah sebaik dimaklumkan oleh pihak polis Interpol. Tidak dapat tidak pesalah imigresen akan pasti dapat ditahan dan dihantar pulang.

Samada ada Raja Petra Kamaruddin (RPK) sedar atau tidak tindakannya itu, penulis tidak pasti tetapi penulis berpendapat RPK cuba menunjukkan keegoan dan kebodohan melampaui batas.

Pertama kerana menyiarkan gambar beliau yang terbaru dengan 2 orang wanita Poland (dikatakan RPK menyambut kedatangan Tahun Baru bersama sama).

Kedua, RPK mendedahkan lokasinya. Samada benar atau tidak penulis tidak dapat sahkan tetapi jika benar RPK berada di Poland, ternyata beliau mempunyai tahap IQ yang lebih sedikit dari Chimpanzee.. sepatah iklan di Astro "Matanya lebih besar daripada otak".

Ini kerana penulis berpendapat, sekiranya lokasi yang RPK umumkan itu benar, ternyata RPK berada ditempat dan masa yang salah. Sekali lagi penulis gagal memastikan apakah Malaysia mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Kerajaan Poland TETAPI negara mempunyai hubungan baik dengan negara Poland berasaskan perdagangan atau pembelian peralatan pertahanan, Kereta Kebal PT-91M.

Pastinya dengan hubungan dua hala begini, kerajaan Poland tidak mahu melepaskan peluang untuk membalas budi atas inisiatif kerajaan Malaysia membantu meningkatkan lagi hubungan antara negara selama ini.

Apa yang pasti RPK sudah hampir pasti masuk ke dalam perangkap kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk apatah lagi dengan perangai pelanduk yang suka memburukkan negara melalui negara lain. Kasihan pelanduk kerana ego tidak bertempat dan pelanduk tidak patut berfikir ianya secerdik si kancil.

Saturday, January 2, 2010

Perkataan Allah: Mahathir bimbang kemarahan umat Islam











KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, walau apa jua alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.(berita lanjut)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri itu ada benarnya. Penulis pula berpendapat ianya bukan hanya melibatkan soal kemarahan tetapi lebih dari itu.

Seolah olah ada motif tertentu. Ada agenda halus yang dulunya cuba mempertikai dan menghakis hak orang Melayu dan kini mempersoalkan hak penganut Islam.

Kita sepatutnya tidak perlu membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan kerana kes ini tidak perlu dilayan dan tidak patut dibicarakan di mahkamah sivil tetapi sepatutnya di mahkamah Syariah. Sekiranya kita membuat rayuan seolah olah kita membenarkan hak berkaitan agama Islam dipertikaikan dan dipermainkan di mahkamah sivil sedangkan agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama.

Tidak perlu dibuat rayuan tapi rakyat yang cintakan perdamaian sepatutnya meminta campurtangan dari Majlis Raja Raja dan meminta kuasa Yang DiPertuan Agong untuk membatalkan keputusan itu secara mutlak dan kekal sejajar dengan Perlembagaan.

Sesuatu perlu dilakukan dari berlakunya kekacauan yang jauh lebih besar ekoran rasa tidak puashati, tertindas dan dihina oleh penganut agama lain.


Kuasa Raja Raja Perlu Untuk Keselamatan Negara

Isu mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Roman Katholik menimbulkan banyak rasa tidak puashati kepada penulis.

  • Kenapa pihak KDN perlu melayan tuntutan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan nama Allah dalam edaran artikel Herald Weekly yang membawa kes tersebut ke mahkamah sivil.
  • Selain KDN, penulis juga hairan dengan Kerajaan tidak mengambil inisiatif yang sewajarnya dengan menyekat hak pihak Gereja untuk membicarakan kes ini di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.
  • Penulis juga lebih hairan bila ramai peguam dari pelbagai badan dan persatuan yang mahu bertindak sebagai pihak pencelah tidak membantah kes ini dibicarakan di mahkamah sivil.
  • Apa yang penulis faham, perkataan dan nama Allah telah digunakan sejak sekian lama oleh penganut agama Islam tetapi kenapa baru sekarang pihak Gereja Roman Khatolik mahu menggunakan nama Allah dalam artikel edaran mereka.
  • Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan oleh itu permintaan untuk menggunakan nama perlu dibuat di mahkamah Syariah bukannya sivil.
  • Jika pihak Gereja mahu menggunakan nama Allah ini bermakna mereka bersetuju dengan ajaran agama Islam bahawa Allah itu Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Jaid pihak Gereja perlu mengugurkan takrifan Allah mengikut pemahaman mereka sebaliknya menggunakan takrifan Allah mengikut ajaran Islam.
  • Sekiranya pihak Gereja enggan maka Kerajaan perlu menggunakan sekatan kekal penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja menerusi persetujuan Raja Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama negara.
  • Maljis Raja Raja juga selaku pihak yang mempunyai kuasa khusus perlu mengenakan sekatan kekal oleh mana mana pihak dari menggunakan apa apa yang digunakan oleh ajaran Islam khususnya yang melibatkan ketuhanan, tauhid umat Islam negara ini.
Penulis melihat keputusan mahkamah adalah berat sebelah, tidak adil serta berniat jahat. Apa apa yang melibatkan umat Islam perlu diputuskan melalui mahkamah Syariah selaku badan yang diiktiraf berpengetahuan berkenaan agama Islam itu sendiri bukan dijaja dimahkamah sivil.

Keputusan ini ternyata memberikan ancaman kepada keselamatan negara, perpaduan kaum dari berbagai etnik dan kepercayaan.

Penulis percaya jika hal ini dibiarkan berlaku sedikit masa lagi pihak Gereja dan pertubuhan agama lain akan turut mempertikaikan hak orang Islam seperti kebebasan beragama, laungan azan, hak untuk mendengar kuliyah atau ceramah agama di surau atau masjid, hak anak anak orang Islam, penyataan agama pada kad pengenalan dan bernagaia lain yang sebenarnya hanya menunggu masa. Malahan penulis percaya bahawa sudah apa perancangan untuk membawa kes kes melibatkan umat Islam ke mahkamah sivil sekiranya isu penggunaan nama Allah ini terus dibicarakan di mahkamah sivil. Mereka akan menggunakan kes ini sebagai case study untuk membawa kes lain yang melibatkan penganut agama Islam ke mahkamah yang serupa.

Pastinya perasaan umat Islam terutamanya orang Melayu akan terhakis. Kesabaran manusia mempunyai batasan. Jika mereka masih mampu menahan perasaan marah kerana kekacauan politik dan ekonomi dalam negara, penulis bimbang mereka akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan ledakan agama. Paling ditakuti bila agama dipermainkan, syahid digunakan untuk menyekat kebiadapan yang dilakukan kepada mereka. Pastinya letusan ini bukan sedikit tapi akan menyaksikan pergolakan yang amat besar impaknya sepertimana yang terjadi di Pakistan, Indonesia dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

Hanya kerana sikap biadap pihak Gereja Roman Khatolik yang mengapi apikan perasaan umat Islam tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian, kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi dan negara.

Friday, January 1, 2010

Keputusan benar Herald guna kalimah suci dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said ketika memaklumkan perkara itu kepada mahkamah selepas Hakim Datuk Lau Bee Lan menyampaikan penghakiman lisannya, berkata pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum mengambil langkah selanjutnya.(berita selanjutnya)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Peguam Kanan Persekutuan sedikit sebanyak melegakan penulis pada pagi hari pertama tahun baru. Pihak Gereja nampaknya cuba bermain api dalam isu penggunaan nama Allah dalam edaran akhbar Herald milik mereka. Apa yang penulis nampak ada satu bentuk cara untuk mengikis hak orang Melayu yang beragama Islam. Secara perlahan lahan mereka cuba menafikan hak orang Melayu dan penganut Islam lain untuk menganut ajaran agama dengan aman.

Pihak Gereja juga seolah olah ada konspirasi dengan membawa masuk isu nama Allah dalam mahkamah sivil sedangkan

  • Islam adalah agama rasmi negara.
  • Apa apa yang berkaitan Islam dibawa ke mahkamah Syariah.
  • Perkataan atau nama Allah hanya digunakan oleh umat Islam dinegara ini sejak berkurun lama manakala pihak Gereja hanya menggunakannya kebelakangan ini.
  • Bila nama Allah tidak lagi menjadi hak umat Islam dan orang Melayu serta boleh dibicara dalam mahkamah civil. Sekaligus ini memberi isyarat pihak Gereja serta penganut agama lain akan turut mempertikaikan hak umat Islam dan kaum Melayu selain minta dibicarakan dimahkamah sivil dengan mengambil kes penggunaan nama Allah sebagai kes rujukan.
Penulis berharap kerajaan dan Majlis Raja Raja mengambil pendirian tegas. Hak umat Islam dan kaum Melayu bukan bahan untuk diperjudikan.

Penulis bimbang jika perkara ini dibiarkan secara berterusan, ianya akan menjadi barah dalam keharmoian masyarakat majmuk kerana umat Islam dan kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan hak kaum atau penganut agama lain.

Penulis melihat bakal akan terjadi satu lain rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 jika tiada tindakan susulan yang lebih tegas terhadap pihak Gereja. Jika dulu ianya rusuhan bermotifkan ekonomi, kali ini ia mampu tercetus ke arah rusuhan agama yang pasti jauh lebih buruk implikasi terhadap rakyat dan negara untuk tempoh yang cukup panjang.