Thursday, November 29, 2007

HINDRAF

HINDRAF atau Hindu Rights Action Force merupakan salah satu persatuan yang memperjuangkan hak hak kaum India yang diketuai oleh P.Uthayakumar, M. Manoharan, K.Ganghadaran, P.Wathya Moorthy, S.Ganapathi Rao.

Pada 30 Oktober, 4 ketua kumpulan HINDRAF telah ditahan ekoran membuat demonstrasi berikutan aktiviti perobohan kuil Hindu di Kuala Lumpur.


30 Ogos 2007, kumpulan HINDRAF telah membuat tuntutan kepada Mahkamah Keadilan London bagi menyaman kerajaan British sebanyak US$4 trillion (sejumlah US$1 juta kepada setiap rakyat India Malaysia) kerana membawa masuk kaum India ke Malaya untuk bekerja sebagai buruh. Petisyen yang ditandatangani oleh 100,000 orang kaum India bakal diserahkan kepada Queen Elizabeth.
Ekoran kepada tuntutan petisyen tersebut, HINDRAF telah mengadakan demonstrasi berdekatan Menara Petronas Kuala Lumpur (KLCC). HINDRAF mendakwa seramai 20,000 orang India dari 8% keseluruhan jumlah keseluruhan kaum tersebut telah menyertai perarakan dengan membawa potret Ratu Elizabeth dan Mathma Ghandi.

Rentetan kepada perarakan yang dilakukan oleh HINDRAF, polis telah mengerahkan seramai 5,000 angota polis untuk mengawasi demonstrasi tersebut dan menyekat jalan jalan raya utama yang menghala ke arah Kedutaan British.

Perarakan yang pada mulanya dikatakan akan dilakukan secara aman telah tertukar menjadi ganas setelah penyokong HINDRAF engan bersurai yang menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata selain menyembur air dengan menggunakan cannon water tank dari pasukan FRU.
HINDRAF yang gagal menyerahkan petisyen tersebut kemudiannya telah mendakwa menghantar petisyen tersebut kepada Kedutaan British melalui faksimili. Demonstrasi tersebut akhirnya bersurai setelah seramai 136 orang pengikut HINDRAF ditahan polis.

No comments: