(Gambar diambil dari http://parpukari.blogspot.com/ . Sila ke laman web tersebut untuk berita lanjut).
Oppss penulis terlupa KDN dan SKMM mungkin tidak berupaya menangani isu yang dimainkan dari luar dan mungkin juga KDN tidak mempunyai kuasa untuk bertindak menlangkaui sempadan tidak seperti FBI serta CIA manakala SKMM tidak berupaya seperti NSA, agensi rahsia milik Amerika Syarikat yang berupaya meneliti dan menilai setiap pergerakan laman web pada waktu sekarang.
Kerana kesuntukan masa, penulis tidak sempat meminta izin untuk menggunakan gambar dari pemilik http://parpukari.blogspot.com/ . Namun apa yang penulis ingin katakan disini adalah berkaitan dengan trend sesetengah blogger sekarang yang mudah menggunakan internet sebagai medium untuk menyebarkan rasa benci, fitnah, mengadu domba antara rakyat terhadap institusi beraja tanpa memikirkan soal keselamatan, kestabilan dalam negara serta hormat kepada institusi beraja yang selama ini menjadi payung kepada kaum Melayu. Dan hal ini ada dibangkitkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dipetik oleh akhbar pada hari ini.
"Lebih ramai penulis blog yang didapati menghina institusi beraja dan menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini, akan ditahan jika pihak berkuasa mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web terbabit. Selain itu, katanya, pihak KDN akan terus bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar undang-undang hasutan serta menghina Raja".(berita lanjut)
Tapi penulis terfikir sejauhmana ketegasan pihak kerajaan dan penguatkuasaan terhadap laman web yang berjumlah beratus ribu melebihi jumlah anggota SKMM sendiri?. Bagaimana pula dengan penghinaan yang dilakukan oleh pihak luar mengambil contoh penghinaan yang dilakukan oleh rakyat negara jiran melalui laman Facebook. Apakah tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan?
Oppss penulis terlupa KDN dan SKMM mungkin tidak berupaya menangani isu yang dimainkan dari luar dan mungkin juga KDN tidak mempunyai kuasa untuk bertindak menlangkaui sempadan tidak seperti FBI serta CIA manakala SKMM tidak berupaya seperti NSA, agensi rahsia milik Amerika Syarikat yang berupaya meneliti dan menilai setiap pergerakan laman web pada waktu sekarang.
Tapi itu tidak menjadi kegusaran penulis. Apa yang lebih menjelekkan bila KDN lambat bertindak. Bukan sahaja lambat bertindak terhadap pemilik http://www.adukataruna.blogspot.com/ dan pemilik laman web lain yang menghina institusi beraja tetapi juga lebih mengaibkan KDN juga lambat mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini. KDN seolah pening mana satu yang patut diselesaikan terlebih dahulu.. isu menghina raja Melayu, isu kepala babi atau isu bakar tempat ibadat?.
Namun dalam pada itu, ketika KDN masih kepeningan untuk menilai dan mengeluarkan kenyataan berupa amaran terhadap sesetengah rakyat negara ini yang biadap, kurang ajar dan tidak cukup didikan, ada menteri lain yang lebih kedepan dari tugas harian. Datuk Seri Dr Rais Yatim lebih pantas menerima permohonan maaf pemilik blog tersebut. Mungkin kementerian di bawah Datuk Seri Dr Rais Yatim sudah mencapai kesemua objektif KRA & KPI mereka, jadi mereka tidak mempunyai isu dan tugas tertunggak selain dari menyibuk dan mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal yang seolah olah membela rakyat yang biadap terhadap institusi beraja.
Mungkin juga selepas ini satu jawatan atau jabatan baru patut diwujudkan di kementerian Datuk Seri Dr Rais Yatim selaras dengan kebudayaan.... memaafkan permohonan rakyat yang biadap. Dan jika Datuk Seri Dr Rais Yatim dihina, cerca atau dimaki oleh sebilangan rakyat lain pun mungkin Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak kisah kerana beliau seorang yang pemaaf... jika tidak masakan Datuk Seri Dr Rais Yatim sanggup bercakap bagi pihak kerajaan yang bersedia untuk memaaf dan tidak mengambil tindakan selain seolah olah menjadi jurucakap bagi pihak istana Johor.
Mungkin juga selepas ini satu jawatan atau jabatan baru patut diwujudkan di kementerian Datuk Seri Dr Rais Yatim selaras dengan kebudayaan.... memaafkan permohonan rakyat yang biadap. Dan jika Datuk Seri Dr Rais Yatim dihina, cerca atau dimaki oleh sebilangan rakyat lain pun mungkin Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak kisah kerana beliau seorang yang pemaaf... jika tidak masakan Datuk Seri Dr Rais Yatim sanggup bercakap bagi pihak kerajaan yang bersedia untuk memaaf dan tidak mengambil tindakan selain seolah olah menjadi jurucakap bagi pihak istana Johor.
Mungkin juga Datuk Seri Najib selepas ini boleh menukar kementerian antara Datuk Seri Hishamuddin dengan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Datuk Seri Dr Rais Yatim cepat mengeluarkan kenyataan manakala Hishamuddin lambat serta seolah gagal meneliti ledakan kemarahan rakyat dalam sesuatu isu. Penulis bukannya seorang yang anti Datuk Seri Hishamuddin kerana penulis menganggap Datuk Seri Hishamuddin seorang yang mempunyai kredibiliti untuk menjadi Perdana Menteri satu masa nanti cuma untuk ke arah itu dan sejajar dengan jawatan dan kementerian yang di pegang oleh beliau, Datuk Seri Hishamuddin perlu lebih keras, tegas dan tidak menunjukkan sikap lemah serta perikemanusiaan terhadap dalang yang buat menganggu gugat, membuat onar terhadap keselamatan dalam negara. Kenyataan yang beliau keluarkan itu perlu disertakan dengan karekteristik dan bukannya memberi amaran dengan nada bersahaja dan lemah lembut.
Kepada Datuk Seri Hishamuddin, amanah telah diberi oleh Perdana Menteri. Ketika ini terlalu banyak halangan, cabaran yang menguji kestabilan, keharmonian, kestabilan dan keselamatan negara. Perhatikanlah keadaan sekeliling. Jangan sehingga bertindak setelah terlewat.
Kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri tidak perlulah bersusah payah bercakap bagi pihak lain. Kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri bukan meredakan keresahan rakyat tetapi lebih meledakkan kemarahan mereka semua. Mungkin Datuk Seri lebih berpengalaman dalam bidang undang undang tapi kenyataan Datuk Seri bagaimanapun mencerminkan seolah olah Datuk Seri sengaja mengenepikan undang undang sediada terhadap pesalah. Datuk Seri tidak perlulah menjadi jurucakap kepada sesiapa tapi tumpukan sahaja kepada tapak tapak warisan seluruh negara yang perlu diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti UNESCO.
No comments:
Post a Comment