Ancaman pengganas: Tiga negara kawal Selat Melaka
SINGAPURA 4 Mac - Malaysia, Singapura dan Indonesia meningkatkan rondaan maritim dan udara di Selat Melaka, selepas menerima amaran mengenai sebuah kumpulan pengganas merancang untuk menyerang kapal tangki minyak di perairan Selat Melaka yang juga laluan perkapalan paling sibuk di dunia.
Panglima Tentera Laut Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, angkatan tentera laut tiga negara akan bekerjasama dalam meningkatkan pengawasan dan bersedia menghadapi ancaman berkenaan.(berita lanjut - utusan malaysia)
------------------------------------------------------------------------------------------
Scenario keganasan kini menular ke peringkat global dan jika sebelum ini kita banyak mendengar cerita pembunuhan, pengeboman dan keganasan di negara jiran tapi kali ini menghampiri ke sempadan negara.
Sudah sampai masanya pihak kerajaan menggerakkan segala unit dan anggota perisikan baik dari pihak PDRM mahupun ATM sendiri bagi mengekang kekacauan dari peringkat awal. Negara mempunyai anggota perisikan tentera antara yang terbaik didunia dan hanya bergerak dibawah bayang bayang, dibelakang tabir memantau keselamatan negara tanpa diketahui oleh masyarakat umum malahan tanpa publisiti langsung.
Kor Risik milik ATM sememangnya mempunyai reputasi yang membanggakan tapi tanpa publisiti rakyat negara ini tidak menyedari kewujudan unit ini dalam menjaga kedaulatan dan kepentingan strategik negara baik diperingkat domestik mahupun global.
Kini tugasan baru menanti anggota unit perisikan dan seperti yang diketahui mereka ini cukup bangga untuk memikul tugas yang diberikan tanpa soal. Begitu juga dengan unit komando negara, sejak sekian lama anggota dari pasukan komando (Gerup Gerak Khas) dilatih dan dikeluarkan dari perbarisan Hari Kebangsaan demi menjaga kerahsiaan anggota anggota mereka, kini mereka boleh bermegah dengan tugasan baru. Penulis percaya setiap ancaman yang wujud diketahui oleh anggota perisikan dan komando negara dan hanya menunggu arahan untuk melaksanakan tugas.

Penulis percaya semua unit perlu digerakkan secara bersepadu baik PASKAL, unit Perahu Khas (Gerup Gerak Khas) , Unit Katak Pembunuh. Semua ancaman perlu dihapuskan secara total kerana kita tidak boleh berkompromi dengan mana mana pasukan pengganas baik JI, Taliban, Al-Qaeda ataupun Abu Sayaf walau apapun justifikasi kewujudan kumpulan ini diperairan Selat Melaka. Ini kerana sekiranya kita gagal, negara luar yang turut menggunakan laluan ini pasti tidak akan teragak agak untuk menghantar pasukan bersenjata mereka bagi mengawasi dan melindungi kapal kapal dagang yang membawa barang barang keperluan. Malahan Amerika sejak sekian lama telah menyatakan hajat untuk mengadakan rondaan di laluan tersibuk didunia tapi dibantah oleh Indonesia dan Malaysia kerana langkah tersebut bakal membawa kepada pencabulan kedaulatan... tidak seperti Singapura yang beria ria mahu negara lain seperti Amerika untuk turut serta kerana Singapura difahami mempunyai muslihat untuk memenuhi keperluan strategik mereka.
No comments:
Post a Comment