Sunday, March 7, 2010

Penglibatan ATM di Aceh?

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal laporan mendakwa tentera Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas di Aceh baru-baru ini akan meminta polis Indonesia menyiasat perkara itu secara menyeluruh.
Beliau berkata, Malaysia akan meminta Ketua Polis Indonesia melaporkan siasatan mereka melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Saya fikir secara langsung mahupun tidak langsung memang tidak pernah ada penglibatan oleh tentera Malaysia dan jauh sekali ada penglibatan oleh kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam sebarang pergolakan di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghantaran Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V (TPA-M V) di Pangkalan Udara Subang dekat sini, hari ini.

Dr. Ahmad Zahid diminta mengulas laporan agensi berita AFP mengenai penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan ke atas sebuah pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) pada Selasa lepas.(berita lanjut - Utusan Malaysia) dan (Utusan Malaysia)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduhan laporan oleh AFP mengenai penemuan seragam tentera milik ATM adalah satu fitnah yang berniat jahat. Laporan berita oleh sumber luar negara sentiasa mencari jalan untuk memburukkan nama negara diperingkat global sejak dahulu lagi seolah olah Malaysia sebuah negara yang membiayai keganasan sementara keganasan yang dilakukan oleh negara Barat termasuk Israel dihalalkan atas alasan demokrasi.
Seringkali pasukan ATM atau negara diburukkan jika terdapat konflik dinegara jiran atau ditempat pasukan ATM bertugas sebagai pasukan pengaman. Sebelum ini juga terdapat laporan kononnya pasukan pemantau di Mindanao, Filipina terlibat dalam keganasan menentang kerajaan Filipina di mana pihak berkuasa negara tersebut menjumpai pakaian seragam milik anggota tentera Malaysia.

Inilah keburukan bila kita sebagai sebuah negara yang mempunyai penglibatan diperingakt global sebagai pasukan pengaman masih mengharapkan kepada import pakaian seragam tentera kepada negara luar. Penulis difahamkan sebelum ini negara mengimport pakaian seragam (raw) dari negara China dan kini pakaian diambil dari negara Indonesia. Penamatan kontrak pakaian seragam dari China dilakukan setelah terdapat rasa tidak puashati dari pengguna tentang kualiti pakaian yang cepat lusuh dan tidak menepati kehendak operasi.

Penulis sememangnya hairan kerana kita masih menggunakan pakaian seragam yang dibawa dan dibuat oleh syarikat asing dari luarnegara sedangkan kita mempunyai ramai pengeluar pakaian dan NADI (dahulu dikenali sebagai STRIDE) dikatakan sebagai sebuah badan yang mampu menyelidik teknologi ketenteraan bagi kegunaan ATM. Kita tidak perlu hairan jika kita masih bergantung kepada pengimportan atau pembelian teknologi tinggi dan canggih dari luarnegara tetapi kebergantungan negara terhadap negara luar dalam pembuatan pakaian dan teknologi makanan adalah sesuatu yang sukar difahami. Dua perkara ini adalah asas yang diperlukan bagi menghasilkan anggota tentera yang bermutu tinggi disamping memberi latihan berterusan dan pendedahan kepada peralatan terkini.
Sedang kita melaungkan dasar kebolehan negara mengeluarkan teknologi nano dan lain lainnya, kita sebenarnya masih merangkak untuk menyediakan perkara asas tersebut. Dimananya silap kita?.
Penulis faham bilamana SME masih terkial kial untuk mengeluarkan senjata (raifle) 100% keluaran dan teknologi tempatan kerana kita perlu mengambilkira pendedahan dan pengalaman dalam bidang tersebut selain industri pembuatan senjata memerlukan kepakaran khusus tetapi apakah kita yang berbangga dengan slogan "Malaysia Boleh" masih terkebil kebil memikirkan halatuju industri asas tersebut?. Begitu juga dengan industri dan teknologi penyediaan makanan untuk anggota tentera. Penulis tidak kisah jika kita masih mengekalkan teknologi dan standard pemakanan yang ala kadar tapi adakah makanan yang disediakan tersebut benar benar berkhasiat?
Standard, teknologi dan khasiat pemakanan ketika di zaman insurgensi mungkin tidak membenarkan kita untuk memikirkan secara berlebih lebih tambahan dengan peperangan bercorak jungle warfare, anggota tentera yang terlibat dalam operasi masih boleh bergantung kepada sumber alam jika kehabisan makanan... walaupun pada dasarnya penulis masih kurang setuju kerana dalam kebanyakkan catatan operasi yang penulis baca, penulis tidak pernah melihat catatan yang mengisahkan anggota tentera membuat jerat demi kelangsungan hidup tetapi masih mengharapkan bantuan yang digugurkan oleh helikopter Nuri. Itu di zaman insurgensi tetapi kini kita melangkah ke zaman peperangan konvensional. Peperangan terbuka, peperangan dalam bandar dimana tidak ada haiwan liar kecuali di zoo. Negara lain sudah melangkah jauh, mereka menghasilkan sendiri teknologi pemakanan dengan penetapan/standard yang tinggi kearah penyediaan makanan yang berkhasiat selain mengeluarkan sendiri pakaian yang mampu menjadikan anggota yang terlibat dalam operasi halimunan kepada thermal imaging atau infra red. Dalam situasi sekarang di mana arah dan tahap kita dalam industri ketenteraan?.
Pada penulis baik untuk teknologi tinggi ketenteraan sehinggalah kepada teknologi keperluan asas ini, kita masih berada ditakuk yang lama... masih sama, ke depan tidak kebelakang pun tidak.
Penulis beranggapan sudah sampai masanya (walaupun agak terlewat) untuk kita memikirkan dan bergerak secara bersendirian dalam teknologi ini dengan berpandukan teknologi luar sebagai tahap piawaian supaya setanding dengan negara maju yang lain.
Jangan sampai kita berkali kali dituduh mencampuri urusan negara lain semata mata kerana pihak berkuasa luar menjumpai pakaian seragam lengkap dengan badge yang kononnya milik ATM.
Penulis percaya jika kita benar benar ingin mencampuri urusan dan terlibat dalam konflik negara luar, anggota ATM mampu bertindak lebih dari itu dan bukannya bertindak bodoh meninggalkan pakaina seragam yang seolah olah sengaja menjerat diri sendiri. Malah penulis juga percaya kerajaan dan ATM lebih gemar menggunakan diplomasi jika terlibat dalam konflik secara tidak langsung dan bukannya menggunakan kekerasan walaupun kita mampu untuk bertindak ke arah itu.
Dan anggota ATM kita bukanlah seperti anggota TNI yang sewenang wenangnya menceroboh kedaulatan dan menembak mati anggota pemisah di negara lain seperti yang mereka lakukan satu masa dulu. Mereka sanggup menghantar skuad pembunuh ke negara kita semata mata untuk memburu saki baki anggota pemisah GAM yang melarikan diri ke negara ini... pun begitu kita masih memberi amaran kepada mereka yang terlibat dan bukannya dengan mencanangkan keganasan mereka kepada sumber berita luarnegara seperti AFP.

3 comments:

GaGaK said...

gambar pemberontak GAM berpakaian tentera malaysia pernah keluar internet 2 tahun dulu,... ntah kenapa sekarang baru kecoh hal ni

gwkolonel said...

soal pakaian ni kita tak boleh kawal sebab bukan kita sahaja yang boleh keluarkan uniform celoreng tapi negara lain jugak cuma mungkin patern tu berlainan sikit ambil contoh patern ATM dengan pakaian celoreng kat kedai bundle buatan thai pun hampir nak sama.. jadi sesiapa pun boleh tuduh ATM terlibat tanpa asas kukuh

kudabesi said...

setuju sekali..

ape kes kalau nak bantu pun bagi uniform

mujahiddin dulu pun tak de pun uniform tentera u.s

kui2..cakap tak pakai otak

yg dorang antar killer squad kat msia x pe lak..

buat operasi lak kat restoran time tu..cit, kalau pro sangat buat la kat tempat tak de orang