Panglimanya, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin (gambar) berkata, TD yakin melalui insentif dan program pembangunan itu berupaya meningkatkan kualiti hidup seterusnya meningkatkan moral warganya.
“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberi sokongan untuk TD melaksanakan program sebegini.
“Sekarang, dua kem telah dirobohkan dan sedang dibina melalui program itu iaitu 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Bentong dan 12 RAMD di Kuantan, Pahang. TD akan mengambil masa antara tiga ke lima tahun untuk menyiapkan keseluruhan program ini secara berperingkat,” katanya (berita lanjut - Utusan Malaysia)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pendapat penulis, MINDEF sepatutnya bukan sahaja perlu meroboh dan menaiktaraf mana mana kem sedia ada tapi juga perlu memikirkan bagaimana mengatasi masalah kewujudan kem yang berdekatan dengan penempatan awam yang pesat mengambil contoh kem (TUDM) Sungai Besi yang berhampiran dengan Lebuhraya Sungai Besi. Malahan pengguna lebuhraya boleh melihat dengan jelas jumlah dan jenis helikopter yang diletakkan disitu.
Seingat penulis, isu ini pernah dilaporkan dalam sebuah akhbar utama berbahasa Melayu tidak lama dahulu namun penulis tidak melihat sejauhmana langkah yang telah diambil oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah yang diwar warkan itu.
Sewajarnya penaiktarafan kem bukan sahaja dibuat dari sudut untuk keselesaan pengguna atau anggota yang menghuni kem tersebut tetapi juga mengambilkira keselamatan kem sedia ada. Pihak berwajib sewajarnya memikirkan apakah alternatif yang ada untuk meningkatkan tahap keselamatan kem yang terlalu hampir dengan penempatan awam.

Begitu juga dengan Kem Batu Kemtomen, Kem Wardieburn, Kem Sungai Besi, Pangkalan TUDM Kuantan dan lain lainnya. Benar jika ada yang mengatakan kewujudan kem akan menjana pulangan ekonomi dan sekaligus akan membawa kepada kewujudan pekan pekan baru tetapi penulis berpendapat pihak kerajaan atau MINDEF perlu mewujudkan "buffer zone" antara kem, pangkalan dengan penempatan awam demi keselamatan strategik negara.
Apakah perkara sebegini dipandang remeh kerana wujudnya teknologi canggih yang mampu mengintai kewujudan kem dari langit?. Benar kini orang awam boleh melihat struktur mana mana kem milik negara jika menggunakan perisian seperti "Google Earth" dan hanya membayar sejumlah wang langganan pengguna boleh mendapatkan peta secara "real time" namun penulis beranggapan dengan adanya "buffer zone" yang memisahkan kem dengan kawasan penempatan sekurang kurangnya ia bertindak sebagai satu bentuk sokongan untuk menghalang sebarang bentuk tindakan atau ancaman.
No comments:
Post a Comment