Pergerakan atau penyusupan masuk bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) ke dalam pertubuhan kesatuan pekerja, NGO dan parti politik bukanlah perkara baru. Ini berdasarkan pengalaman penulis sewaktu berkhidmat sebagai anggota tentera sekitar tahun 1990 di mana penulis dan rakan seperjuangan pernah diingatkan tentang pergerakan ini (komunis - PKM) akan terus bergiat cergas dalam negara tapi bukan lagi melalui penentangan bersenjata selepas Perjanjian Hadyai 1989. Ketika itu penulis diberitahu tentang hasrat Chin Peng yang akan meneruskan idealogi komunis dengan menggunakan semangat kecinaan bagi membangkitkan rasa tidak puashati bangsa Cina terhadap kerajaan selain dilihat akan mengembangkan pergolakan sesama kaum di kalangan orang Melayu melalui perbezaan idealogi politik.
Hasrat Chin Peng "Pengkhianat Negara" (gambar) yang menurunkan tandatangan melalui Perjanjian Hadyai diterjemah oleh agen unit perisikan negara yang mana mereka percaya Chin Peng yang kuat idealogi komunis tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus mencuba nasib meneruskan penentangan terhadap kerajaan Malaysia secara halus. Penulis sendiri pada peringkat awal merasa agak sangsi dengan berita yang diterima memandangkan penulis berpendapat rakyat akan terus melupakan perjuangan sia sia komunis seiring dengan kepesatan ekonomi menjelang alaf baru tetapi kini penulis menyedari tanggapan tersebut sememangnya meleset. Ternyata hasil risikan dan terjemahan niat Chin Peng berdasarkan perjanjian itu benar.
Penulis kini menyedari terjemahan ini dapat dilihat dengan adanya ahli politik yang membangkang kerajaan mulai menanam jarum halus terhadap rakyat supaya melupa dan memaafkan segala dosa kekejaman komunis dan menerima kepulangan Chin Peng sebagai orang tua yang sudah insaf TETAPI sebenarnya jika rakyat bertindak sedemikian ianya seolah olah rakyat akan menganggap Chin Peng dan PKM sebagai salah satu organisasi yang turut serta memperjuangkan kemerdekaan negara daripada British. Dakyah yang dimainkan oleh ahli politik begitu licik selain mendapat sokongan kaum Cina yang chauvanis/chauvanism. Sedangkan sewaktu insurgensi, komunis telah bertindak ganas terhadap rakyat tanpa mengira kaum apabila mereka mendapati mereka tidak mendapat sokongan pihak setempat. Mereka bukan sahaja membunuh orang Melayu tetapi juga kaum Cina yang tidak menyokong pergerakan bersenjata PKM. Ini berdasarkan fakta dan sejarah yang menjadi bukti betapa pihak komunis dibawah pimpinan Chin Peng tidak teragak agak untuk membunuh sesiapa sahaja termasuk Ketua Polis Negara - Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 jun 1974 dan Ketua Polis Perak - Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 jun 1975.
Namun kemuncak keganasan PKM adalah ketika menyerang sebuah balai polis di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang menyaksikan 14 anggota polis, 8 anggota polis bantuan dan 4 ahli keluarga anggota polis telah dibunuh secara kejam dalam serangan tersebut.
Penulis sebenarnya sedaya upaya cuba untuk tidak menyentuh tentang ahli politik dalam blog yang memperkatakan soal pertahanan negara selain cuba untuk bersikap neutral dengan tidak menyokong mana mana parti. Namun dengan kemunculan beberapa berita melalui blog yang menyentuh terdapat ahli politik yang cuba bertindak bagi pihak Chin Peng, penulis ianya sudah keterlaluan.
Ahli politik sepatutnya berhujah dan berdebat untuk membangunkan negara mengikut acuan mereka sendiri bukannya untuk menjadi "hero" memperjuangkan nasib penjenayah perang serta cuba menghalalkan kekejaman yang telah lama menjadi parut kepada rakyat khususnya bekas pasukan keselamatan dan anggota keluarga mereka. Sebaik penulis menyedari ada blog yang memperkatakan tentang chauvanis Cina yang cuba menjadi pro PKM, penulis sebenarnya masih berharap ianya tidak benar dan cuma mainan blog untuk menjatuhkan pihak lawan. Tapi sekiranya asas dakwaan blog yang terlibat adalah benar maka penulis berharap ahli politik bersebut ditahan dibawah ISA. Ahli politik yang diperkatakan oleh blog The Unspinners (baca disini) adalah Ronnie Liu.
Antara petikan dari laman blog tersebut, dibawah tajuk -
UNSPIN: Cucu Tok Selampit mengenai Ronnie dan Kegiatan Komunisnya
"Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ronnie Liu, beliau bukanlah merupakan anak jati Selangor, walaupun beliau adalah ADUN Pandamaran. Beliau telah berasal dari Cheroh, Pahang. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat komunis sehingga keluarga mereka ditempatkan di sebuah Kampung Baru Cina yang dikelilingi dengan pagar tinggi oleh kerajaan British pada masa itu untuk mengawal pergerakan komunis"."Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Ronnie secara terbuka memperakui komunis sebagai pejuang dan beliau mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka".
Rakyat yang kini selesa dengan keadaan ekonomi sepatutnya tidak mudah terpedaya dengan pujukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menerima kepulangan Chin Peng walau atas apa alasan sekalipun.
Menurut berita dari laman blog lain, selain dari Ronnie Liu, pemimpin besar PKM itu juga telah cuba menjemput pemimpin sebuah parti untuk turut serta dalam ulang tahun Perjanjian Hadyai yang ke 30. Ini berdasarkan gambar surat yang dihantar kepada pejabat sebuah parti politik tersebut.
Untuk catatan, sewaktu sebelum kemerdekaan pihak British enggan menghantar pulang pendatang Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu sewaktu pemerintahan British bagi menjalankan kerja buruh di estate dan lombong lombong perak. Dan sebagai salah satu tawaran kepada kemerdekaan negara, Raja-Raja dan kaum Melayu telah diminta untuk menerima kaum Cina dan India yang berada dan bekerja di Tanah Melayu sebagai warganegara dan kaum Melayu tidak mempunyai pilihan lain kerana merasakan betapa penting perlunya kemerdekaan setelah sekian lama dijajah British. Walaupun kaum pendatang Cina dan India tersebut diterima sebagai warganegara Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia), hak dan keistimewaan peribumi diwartakan sebagai hak kekal. Ini kemudiannya telah menimbulkan rasa kurang puashati dikalangan sebahagian penduduk Cina. Pada waktu yang sama juga pihak komunis enggan menerima keputusan kemerdekaan Tanah Melayu dan sebaliknya mahu perjuangan mereka menentang penjajahan pihak Jepun diiktiraf dan kuasa pemerintahan British diserahkan kepada mereka sebagai balasan. Bagaimanapun permintaan komunis telah ditolak dan sekaligus menyebabkan mereka menentang pemerintahan baru. Lantaran itu, pihak komunis mulai giat menjalankan kegiatan menyebarkan idealogi komunis melalui kesatuan sekerja dan dikalangan kaum Cina.
Melalui penyusupan masuk anggota dan idealogi PKM ke dalam kesatuan sekerja dan parti politik, kaum Cina mulai bangkit menentang secara terang terangan dan keadaan dalam negara mulai terasa tegang tetapi kaum Melayu masih boleh bersabar walaupun hampir setiap masa ada sahaja isu sensitif cuba dimainkan. Ini termasuklah perarakan kaum Cina dengan membawa penyapu dan sepanduk berbau cercaan seperti "Halau Melayu ke Hutan". Setelah beberapa lama ketegangan berlaku, kemuncak yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969 apabila rasa tidak puashati kaum Cina ini diterjemahkan kepada insiden seorang anak muda Cina telah bertindak mencangkul kepala seorang tua Melayu di pasar Chow Kit. Ianya kemudiannya telah bertukar kepada rusuhan kaum terburuk dalam sejarah negara yang menyaksikan ramai kaum Melayu telah dibunuh dan disembelih setelah keluar dari sebuah panggung wayang di Kuala Lumpur dan ini telah membawa kepada tindakan balas oleh orang Melayu sebagai membalas dendam. Hasil dari peristiwa 13 Mei 1969, negara telah menyaksikan ramai kaum Cina dan Melayu telah terbunuh akibat dari rusuhan kaum yang dimainkan oleh pihak komunis bagi melumpuhkan Kerajaan Persekutuan selain menimbulkan rasa curiga dikalangan penduduk tempatan serta mencari sokongan dari kaum Cina.
Hakikatnya kini, komunis sekali lagi ingin menimbulkan huru hara dalam negara. Benar seperti ramalan pihak perisikan negara, komunis dibawah pimpinan Chin Peng tidak akan berhenti dari terus menimbulkan kekacauan meskipun tidak melalui penentangan bersenjata kerana mereka akan melakukannya melalui parti politik, kesatuan sekerja dan badan NGO. Dan kali ini, jika benar berita yang tersebar melalui laman blog bermakna mereka (komunis) telah berjaya meletakkan anggota mereka dalam parti politik dan cuba menimbulkan kekacauan dan pastinya agen mereka akan sedaya upaya menafikan tuduhna yang dilemparkan dengan pelbagai alasan bagi menyelamatkan diri dan menghalalkan justifikasi kedudukan mereka dalam parti politik.
Info :
Kanang Anak Langkau (gambar) antara anggota tentera yang pernah berjuang menentang kezaliman komunis. Dalam perkhidmatan bersama rejimen Renjer (RRD - Rejimen Renjer DiRaja), beliau pernah cedera parah sewaktu peperangan di mana 5 butir peluru telah terbenam di dalam badannya sewaktu beliau bergerak mara ke garisan pertahanan musuh bagi menyelamatkan pasukannya. Akibatnya beliau terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan selama setahun. Kanang Anak Langkau, satu satunya perwira negara yang menerima 2 Pingat tertinggi Angkatan Tentera yang masih hidup- (SP) Seri Pahlawan dan (PGB) Pingat Gagah Berani
No comments:
Post a Comment