Thursday, December 31, 2009

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.(berita selanjutnya)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kali ini penulis ingin membuat kelainan. Bukan analisis berkaitan ketenteraan tetapi berita buruk kepada umat Islam khususnya kaum Melayu sempena kedatangan tahun baru 2010. Walaupun ianya tidak berkaitan dengan perihal ketenteraan namun ia mampu mendatangkan bencana pada keselamatan dalam negara.

Tidak hairan mahkamah memutuskan penggunaan perkataan "Allah" kepada Herald Catholic Weekly kerana penulis melihat Hakim yang memutuskan keputusan tersebut tidak mengerti perihal Islam dan amat tidak layak sekali menjatuhkan sebarang keputusan berkaitan Islam. Walaupun Datuk Lau Bee La, seorang hakim, penulis percaya keputusan tersebut dibuat berdasarkan emosi dan sentimen keagamaan bukannya seperti sepatutnya.

Penulis hairan kenapa mahkamah melayan tuntutan sebegitu kerana pihak Gereja tidak pernah membuat tuntutan sejak awal kemerdekaan. Kenapa sekarang?. Adakah kerana mereka mendapat sokongan dari golongan opportunis dari pihak beragama Islam sendiri?

Sesungguhnya keputusan ini merupakan satu kesilapan besar dalam keharmonian perhubungan antara kaum dalam negara. Jika pihak Gereja bersetuju menggunakan perkataan "Allah" ini bermakna mereka bersetuju dengan kandungan Al-Quran dan patut menolak dan membuang kitab Injil (New Testament).

Penulis beranggapan ianya satu keputusan berniat jahat, tidak adil dan berat sebelah selain tidak logik. Satu berita buruk ketika semua rakyat Malaysia khasnya orang Melayu menyambut kedatangan tahun baru

Dari Kami

Tuesday, December 29, 2009

Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah kerajaan yang disifatkannya sebagai tidak bijak apabila memilih untuk menggantikan pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.

Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.

Dr. Mahathir juga mempertikaikan kewajaran kerajaan mengesahkan bahawa pesawat pejuang itu sudah tidak dapat digunakan lagi, walhal usianya belum mencecah 20 tahun.(berita lanjut)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang benar dan ada rasionalnya persoalan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir. Kenapa kita perlu melucutkan pesawat MiG-29N TUDM? Adakah pesawat ini tidak berkemampuan?. Jika tidak berkemampuan apakah penggantinya (khabar angin menghala ke arah JAS-39 Gripen) juga turut berkeupayaan mengisi ruang yang ditinggalkan?

MiG-29N yang dimiliki TUDM sekarang boleh ditingkatupaya dan dinaikkan taraf menjadi MiG-29SMT atau MiG-29OVT. Penulis difahamkan kita mempunyai pilihan untuk mengekalkan skuadron MiG-29N tetapi kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Zahid Hamidi menjurus ke arah pembelian pesawat baru bagi menggantikan barisan MiG-29N.

Dengan keserasian juruterbang bersama pesawat MiG-29N ini, kita dapat menjimatkan peruntukan dalam beberapa aspek. Malahan apa yang paling penting tiadanya kuasa atau campurtangan dari negara pengeluar terhadap apa apa sahaja keputusan atau dasar luar negara yang dibuat oleh negara pengguna seperti Malaysia. Rusia lebih berminat menjual dan mengukuhkan jalinan kerjasama negara lan berbanding mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

Malahan pesawat MiG-29N ini juga setanding dengan (jika tidak lebih) dengan pesawat F-16C/D milik negara jiran. Penulis pernah mendengar beberapa cerita tentang kehebatan pesawat MiG-29N milik TUDM di mana penulis merasakan kita patut mengekalkan skuadron ini dengan meningkatupaya daripada menjualkannya serta mendapatkan pesawat baru yang lain.

Pesawat MiG-29N TUDM ini pernah menunjukkan keupayaannya memintas pesawat F-16 negara jiran dnegan menggunakan teknologi IRST dan hanya disedari setelah dikesan oleh pesawat AWACS yang berlegar diudara. Itupun agak terlewat kerana pesawat MiG-29N milik TUDM sudah pun berada dibelakang mengekori pergerakan pesawat F-16.

Juruterbang MiG-29N juga pernah menembusi jangkauan radar negara jiran dengan menceroboh masuk setelah terbang dibawah kapalterbang komersial (radar hanya mengesan pergerakan sebuah pesawat) dan setelah beberapa ketika barulah pihak keselamatan negara jiran menyedari adanya pesawat lain yan menggunakan flight pattern kapalterbang komersial dan menghantar pesawat untuk memintas tetapi MiG-29N terlebih dahulu bertindak lari dan keluar dari ruang udara negara tersebut.

Dalam satu latihan peperangan udara, (peristiwa ini agak hangat diperkatakan) MiG-29N telah berjaya "menembak jatuh" pesawat milik Australia. Malahan ketika latihan di Malaysia Timur, MiG-29N berjaya menembak jatuh hampir ke semua pesawat pengangkut dan pesawat pengiring dengan kadar 1:4 dalam satu latihan.

Semua ini mencerminkan keupayaan pesawat pemintas/pemusnah MiG-29N cukup berkeupayaan bukan sahaja dari persenjataan tetapi juga mempunyai radar berkuasa tinggi. Malahan penulis juga terkejut dari apa yang penulis pernah lihat, MiG-29N bukanlah calang pesawat kerana ia turut mampu peluru berpandu ------------ (dirahsiakan).

Jelas penulis lebih terkejut bila timbulnya ura ura untuk menghentikan perkhidmatan MiG-29N tidak beberapa lama dahulu. Apakah prestasi MiG-29N begitu tidak memberangsangkan sekarang

Kenapa kita tidak menaikkan sahaja taraf menjadi MiG-29SMT. MiG-29SMT adalah versi yang dipermodenkan menghampiri generasi kelima dari sudut karakteristik. MiG-29SMT mempunyai kapasiti simpanan minyak yang lebih banyak berbanding versi MiG-29N (yang tersimpan didalam tangki berbongol dibelakang kokpit) dan mempunyai jarak maksima jelajah sejauh 2100km selain banyak lagi kelebihan yang ditawarkan. Begitu juga dengan MiG-29OVT yang ditawarkan mempunyai kelebihan daya tujah selain teknologi canggih selari dengan keupayaan pesawat yang jauh lebih berupaya dari MiG-29N.

Apa yang menjadi persoalan kepada penulis, kenapa perlu diganti? Dan diganti dengan Jas-39 Gripen buatan Sweden (andaian penulis berdasarkan khabar angin yang meluas). Penulis pernah mendengar TUDM sebelum ini sebolehnya untuk tidak menggunakan pesawat "single engine" atas alasan dengan satu enjin, kebarangkalian pesawat untuk selamat setelah ditembak agak nipis berbanding dua enjin. Jas-39 Gripen juga satu enjin!. Adakah TUDM merasakan pada keadaan sekarang peluang untuk peperangan udara (dogfight) menggunakan mesingun tidak akan berlaku kerana didominasi oleh teknologi peluru berpandu terutamanya BVR (Beyond Visual Range)?. Jika itu antara alasannya, penulis masih boleh menerima (tapi dengan berat hati).

Adakah TUDM menilai dengan kehadiran pesawat Su-30MKM, mereka memerlukan pesawat Jas-39 Gripen untuk membantu dan saling melengkapi dalam mempertahankan ruang udara dan juga kerana Sukhoi-30MKM boleh bertindak sebagai mini-AWACS dengan menyalurkan kepada Jas-39 Gripen. Maksudnya MiG-29 tidak mempunyai keupayaan untuk diintegrasi "datalink" dengan SU-30MKM? Satu alasan yang agak tidak munasabah.

Ini kerana persoalan integrasi agak sukar untuk diterima setelah penulis melihat TUDM berjaya mengintegrasi pelbagai perisian dan perkakasan dari berbagai pengeluar sehingga menghasilkan pesawat SU-30MKM yang setanding (jika tidak lebih) dengan pesawat SU-30MKI milik Tentera Udara India.

Adalah lebih logik jika TUDM merasakan pesawat MiG-29N mereka uzur, mereka menggantikan dengan menambah bilangan pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft - Pesawat pejuang pelbagai fungsi) SU-30MKM. Dalam soal pertahanan ada baiknya kita mengikut langkah negara lain yang jauh lebih bersistematik walaupun negara musuh sendiri.

Mengambil contoh, penulis difahamkan negara Israel memberi keutamaan untuk melengkapkan skuadron mereka dengan pesawat MRCA dibarisan hadapan. Ini kerana pesawat ini mampu menjalankan perbagai tugas dari pengebom, pemintas dan penggempur. Dengan adanya barisan pesawat SU-30MKM MRCA dalam bilangan yang banyak (standard satu skuadron 24 buah - Malaysia menggunakan 8 pesawat untuk satu skuadron), ianya mampu bertindak untuk mencegah rintang segala anasir.

Sudah tentunya negara yang berhajat untuk menyerang Malaysia akan berfikir berkali kali. Mereka akan mengeruni bukan sahaja aspek kebolehan pergerakan pesawat tapi juga dari aspek peperangan eletronik dan persenjataan (jumlah pylon dan jenis peluru berpandu).

Sekali lagi penulis hairan kenapa Menteri Pertahanan taksub untuk menukar pesawat MiG-29N. Jika TUDM tidak berhajat untuk memperbesarkan skuadron SU-30MKM, penulis boleh menerima alasan tersebut tetapi kenapa perlu memberhentikan MiG?. Kenapa perlu diganti dengan Jas-39 Gripen?.

Jika Menteri Pertahanan bercakap soal jumlah perbelanjaan penyelenggaraan pesawat, beliau perlu sedar jumlah tersebut melambung kerana perolehan barnag ganti adalah melalui pihak ketiga bukannya dibeli terus dari pengeluar. Jadi atas dasar apa khidmat MiG perlu ditamatkan?. Apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir itu ada kebenarannya. Baru baru ini Menteri Pertahanan mengumumkan yang beliau akan mengamalkan dasar pembelian terus barangan atau peralatan ketenteraan tanpa pihak ketiga tapi penulis tidak nampak apa yang beliau ucapkan itu selari dengan dasar yang dikenakan terhadap perkhidmatan skuadron "Ular Tedung".

Dan jika sekiranya pihak terlibat mempertikaikan barisan MiG ini memberi masalah logistik, serta perbelanjaan mereka harus ingat dengan pembelian pesawat lain juga bakal memeningkan kepala kerana masalah logistik kerana TUDM harus mengawal 2 jenis peralatan pesawat yang berlainan iaitu Su-30MKM dan Jas-39 Gripen. Malahan pemilikan Jas-39 Gripen juga akan memberikan tekanan kerana Sweden setakat ini belum menunjukkan mereka bebas dari tidak mencampuri urusan negara lain dan apa yang difahamkan syarikat SAAB ada menggunakan komponen yang dikeluarkan dari kilang pengeluar pesawat milik Amerika. Ianya sekaligus bermakna sedikit sebanyak Amerika mempunyai pengaruh dalam penjualan pesawat Jas-39 Gripen kepada mana mana negara.

Menteri Pertahanan perlu melihat semula bukan pesawat MiG-29N itu yang memberikan masalah perbelanjaan yang besar tapi pihak ketiga yang rata rata dipunyai oleh pihak yang berkepentingan. Penulis faham dasar Kementerian Pertahanan untuk memberikan peluang kepad abekas anggota tentera untuk terlibat dalam perniagaan dan menyokong mereka dengan menganugerahkan tender tender tertentu tapi pada dasarnya golongan bekas pegawai akan terus menikmati hasil kekayaan menerus perniagaan yang mereka ceburi melalui tender Kementah namun nasib anggota bawahan lain lain pangkat tidak banyak berubah. Tapi yang sentiasa memeningkan kepala adalah perniagaan yang dijalankan oleh pihak bekas pegawai, bukan sahaj masalah mutu tapi juga komitmen. Akibatnya peralatan pertahanan dan pengguna yang terdiri dari anggota tentera yang masih berkhidmat menjadi mangsa keadaan.

Monday, December 28, 2009

Syarikat penyelenggara salah guna aset tentera

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat penyelenggara pesawat tentera didakwa mudah menggunakan sesebuah pangkalan tentera atau pangkalan udara, selain tidak perlu mempunyai permit tertentu dan membuat pengisytiharan kastam terhadap sesuatu peralatan ketenteraan yang dibawa keluar atau masuk ke negara ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, setiap komponen dan alat ganti dibawa keluar atau masuk oleh syarikat terbabit biasanya berstatus 'unrestricted clearance' kerana membabitkan peralatan ketenteraan.

"Mengikut prosedur, kelengkapan tentera tidak perlu diisytiharkan dan diklasifikasikan sebagai maklumat sulit. Malah, proses keluar masuk semua peralatan itu tidak akan melalui pemeriksaan ketat kerana kelebihan status 'unrestricted clearance' dimilikinya.

"Lagipun, siapa yang mahu periksa jika syarikat proses keluar masuk barangan itu dibuat melalui pangkalan udara tentera. Dengan semua kemudahan itu, kemungkinan pembabitan syarikat penyelenggara dalam kehilangan enjin jet berkenaan memang ada," katanya.

Berita Harian sebelum ini membongkar kehilangan dua enjin pesawat tempur milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, dipercayai didalangi petugas syarikat penyelenggara dengan bantuan orang dalam TUDM.

Kehilangan enjin GE J85 21-A itu, masing-masing pada 26 Jun dan 1 November 2007, menarik tumpuan umum kerana kes terbongkar selepas dua tahun 'disembunyikan', malah turut dianggap penyelewengan terbesar dalam sejarah ketenteraan, selain mendedahkan pelbagai kelemahan dalam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). (berita lanjut).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kita semua mengalu alukan pembongkaran berita kecurian ini oleh akhbar-akhbar utama tapi sejak semalam semua diminta berhenti mengeluarkan kenyataan dan laporan semasa siasatan masih dijalankan tapi hari ini masih ada akhbar yang membuat laporan secara terperinci mendahului siasatan. Penulis memetik laporan berita dari akhbar Berita Harian di mana pada satu perenggan akhbar tersebut melaporkan berita tersebut datangnya dari sumber dengan tidak menerangkannya secara jelas siapa individu yang dimaksudkan.

Apa motif akhbar Berita Harian?. Adakah laporan ini dibuat secara jujur? Penulis melihat dari persepsi lain. Jujur tapi seolah masih bermotif. Apa yang mahu dilaporkan kepada pembaca oleh akhbar ini? Tentang kepincangan yang berlaku dalam proses kemasukan barangan ketenteraan secara sulit? tanpa siasatan kastam?. Atau siapa yang sebenarnya patut dipertanggungjawabkan dengan prosedur kemasukan peralatan cara begini?. Kambing hitam? Atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib atas kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini?.

Apakah akhbar Berita Harian akan terus mensensasikan berita ini disebalik permintaan untuk semua yang terlibat berhenti bercakap sementara siasatan berlangsung?. Penulis juga ada membaca akhbar lain tapi penulis melihat ada satu kelainan pada akhbar ini dalam menyampaikan insiden tersebut.

Apakah dengan kenyataan "sumber" tersebut kepada akhbar Berita Harian bermakna akhbar ini ingin pembaca mempercayai apa yang sebenarnya berlaku. Ia mungkin benar tapi ia mungkin tidak benar sepenuhnya. Mungkinkah hanya dengan memetik informer sebagai "sumber" ianya sudah cukup kuat untuk dijadikan bahan cerita dan peribadi sumber tidak perlu didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan. Bagaimana pula jika sumber ingin menjadikan insiden ini untuk memburukkan lagi keadaan?

Apakah akhbar masih belum puashati dengan "damage" yang telah berlaku kepada TUDM?. Penulis tidak hairan jika yang menulis berita sensasi dengan cerita cerita murahan sebegini datangnya dari akhbar akhbar tabloid atau pojok. Akhbar yang menjadi lidah rasmi sesuatu pergerakan atau pegangan parti kerana sudah menjadi lumrah kepada akhbar tersebut untuk mempolitikkan semua hal yang difikir akan mendatangkan keuntungan secara mudah kerana rakyat di luarbandar kurang mengerti secara jelas apa yang sebenarnya berlaku.

Saranan penulis, cukup dan hentikanlah buat sementara dari terus menerbitkan teori, andaian atau ramalan yang bermain di benak. Ini kerana setiap berita yang dikeluarkan tidak membantu siasatan tapi mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan dengan timbulnya berbagai kemungkinan yang tidak sepatutnya berlaku. Sekurang kurangnya hentikan laporan tentang perkara ini buat sementara waktu dan akhbar akhbar utama masih boleh terus melapor selepas hasil siasatan didedahkan... tulis lah hingga puashati dan berdarah mata kerana berjaga malam mencurah idea.

Sunday, December 27, 2009

Celaka Pengkianat Bangsa Dan Negara

Sudah keterlaluan, celaka laknat, pembelot bangsa dan negara. Sudah tiba masanya kerajaan lebih bertindak tegas. Lebih tegas dari sebelumnya. Gunakan semua aset yang ada untuk menangkap laknat si celaka ini. Kita mempunyai rangkaian agen risikan tentera terbaik malahan kita mempunyai unit khas di Majlis Keselamatan Negara, kenapa perlu kita simpan unit sebegini. Jika selama ini mereka hanya berlatih dan jarang diturunkan kali ini masa untuk mereka beraksi. Jika pihak risikan polis tidak mampu menangani kerenah anak haram ini, serahkan sahaja tugas ini kepada agen perisikan negara dan unit MKN.

Penulis memang marah dengan tindakan sial Raja Petra Kamaruddin. Jika sebelum ini penulis tidak berminat dengan pergolakan politik dalam negara tapi bila Raja Petra Kamaruddin si anak haram ini menulis dan menyeru supaya kuasa Raja Raja Melayu diganti dengan pemerintahan negara Repbulik, ianya sudah cukup keterlaluan. Menghina kuasa Raja Raja Melayu, bangsa Melayu dan negara.


"It will take at least another generation or two for the Malays to become comfortable with talk of abolishing the Monarchy and turning Malaysia into a Republic. In time that will certainly happen because Monarchies, even Constitutional Monarchies, are relics of the past. So we would probably no longer see Monarchies come the year 2100. I will be very old by then of course considering I will be 60 by 2010. But it will happen and maybe long after I, and the rest of you, are dead and buried."

“Malaysia will have to change, one day. And then the Malays will also have to change. All those relics of the past would soon enough be removed. But we need time for that to happen. And we are talking about the Raja-raja Melayu. So we have to allow time for the Melayu to be ready to remove their Raja-raja.”


Mungkin anak haram Raja Petra Kamaruddin ini bukan berdarah Melayu jika tidak, seburuk mana bangsa Melayu pasti masih menjunjung tinggi kuasa Raja dan Sultan Melayu.
Pengisytiharan anak haram Raja Petra Kamaruddin ini di dalam blognya sekaligus menunjukkan dia turut mengisytiharkan perang terhadap kuasa Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agong. Rakyat Malaysia yang memerangi kuasa DiPertuan Agong hanya hukuman mati atau penjara seumur hidup yang layak untuk mereka.

Dalam hal ini penulis lebih suka melihat jika Raja Petra Kamaruddin ini ditembak mati dari membiarkan si anak haram ini membuat onar dengan memburukkan kuasa Raja Melayu dan DiPertuan Agong.
Jika Raja Petra Kamaruddin tidak boleh menerima Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri atau mana mana menteri dari barisan kerajaan sekarang memerintah, itu urusan dia bersama anggota pembangkang dari Parti Rakyat. Tapi mengeluarkan artikel berbau hasutan terhadap orang lain untuk membenci Raja Raja Melayu dan DiPertuan Agong terlalu melampaui batas. Kami bekas anggota tentera menjunjung tinggi kuasa DiPertuan Agong.

DiPertuan Agong sebagai Payung Negara.

DiPertuan Agong, Panglima kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
DiPertuan Agong, ketua agama dimana Islam adalah agama rasmi negara.


Maka celakalah orang yang memerangi dan menghasut sesiapa sahaja untuk membenci DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu.

Tembak sahaja Raja Petra Kamaruddin - pengkhianat bangsa dan negara.

VOA (Visa On Arrival) : Antara Ekonomi dan Keselamatan, Mana Lebih Penting

Sejak memperkenalkan VOA kepada pelancong luar khususnya dari China, India serta beberapa negara lain, penulis telah melihat banyak penyelewengan telah dilakukan oleh pemegang VOA. Antara yang paling terbaru apabila pemberian VOA kepada warganegara Bangladesh telah ditarik balik.

Secara dasarnya VOA ini diperkenalkan untuk menarik jumlah pelancong luar dan sekaligus merangsangkan pendapatan ekonomi negara tapi penulis melihat sebaliknya. Nilai pendapatan yang dijana dari hasil pelancongan tidak setimpal dengan beban untuk mengekang kebanjiran pendatang warga asing. Jumlah kemasukan pendatang asing cukup merisaukan. Selama ini kita disogokkan dengan paparan serta laporan dari media eletronik tentang warga asing yang bersantai di KL. Tapi realitinya masih ramai warga asing yang berada diceruk bandar, pinggir hutan termasuk dikawasan luarbandar. Kebanyakkan warga asing yang menggunakan waktu cuti umum untuk berpelesean di ibukota adalah warga asing yang mempunyai dokumen sah. Justeru mereka tidak takut untuk keluar dari rumah kongsi dan meraikan hari cuti bersama dengan rakan yang lain. Tapi bagaimana pula dengan warga asing yang masuk secara tidak sah?. Termasuk mereka yang menyalahgunakan VOA.

Rata rata pelancong yang menyalahgunakan VOA adalah warga China. Mereka datang sebagai pelancong dan kemudiannya bekerja sebagai pelacur. Seterusnya mereka ini akan bercampur dengan warga Cina tempatan yang sekaligus memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk menangkap mereka. Mereka ini mempergunakan kelebihan yang ada. Rupa paras mereka sepertimana Cina tempatan sedikit sebanyak akan mengelirukan pihak berkuasa. Malahan mereka juga seperti kaum Cina warga tempatan, dengan berkebolehan bercakap bahasa Melayu secara lebih kurang sudah cukup untuk menutup kesangsian pihak berkuasa dengan status sebenar mereka. Ini kerana masih rata warga Cina Malaysia yang kurang fasih bercakap dalam bahasa Melayu. Ini belum diambil kira dengan penyalahgunaan visa pelajar oleh warga Afrika.

Selalunya pihak berkenaan mendiamkan diri sehinggalah bila isu dibangkitkan dalam akhbar atau tv, barulah mereka akan kelam kabut mengadakan operasi. Seorang pegawai tinggi polis pernah menyuarakan rasa bimbang dengan kehadiran warga asing di ibukota. Itu baru di ibukota !! Belum mengambil statistik keseluruhan warga asing di seluruh Semenanjung.

Apakah kita sanggup menggadai keselamatan negara semata mata
kerana kita memburu hasil yang dijana melalui pelancongan?. YB Datuk Wira Abu Seman Bin Hj Yusop sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak perlu berasa panik dengan kehadiran warga asing yang menggunakan VOA. Penulis tidak pasti samada kenyataan itu bersifat jujur atau hanya untuk menyedapkan hati orang lain. Tapi apa yang penulis pasti, negara kita mempunyai jumlah penguatkuasa yang terbtas jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan warga asing. Apakah kita mampu mengadakan operasi yang berterusan kerana penulis telah melihat trend kita menjalankan penguatkuasaan hanya apabila berlaku sesuatu isu dan keadaan akan kembali normal bila tidak ada siapa yang menyentuh perkara itu lagi.

Sampai bila kita harus memperjudikan keselamatan dan keharmonian warga tempatan dengan pengeluaran VOA?. Apakah kita menunggu sehingga berlaku ledakan populasi? rusuhan secara besar besaran oleh warga asing?

Penulis cukup meluat dengan sikap sesetengah dari kita kerana kita hanya sedar diri bila keadaan sudah terlewat.

Laporan Kehilangan Jet F5-E Ke AS

Malaysia akan menyerahkan laporan kehilangan 2 enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Washington. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan kehilangan 2 tahun lalu itu akan diperincikan secara kronologi dan dihantar melalui Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Bagaimanapun, laporan itu hanya akan diserahkan setelah mendapat nasihat daripada Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail)," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, AS meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM dua tahun lalu.Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana membabitkan isu keselamatan. Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah penulis baca berkali kali, barulah penulis sedar enjin ini "disedar hilang semasa proses penyelenggaraan rutin"...

Adakah ini bermakna proses penyelenggaraan sebelum ini (sepanjang tahun 2008), proses ini tidak dilakukan dengan teliti. Kakitangan yang terlibat hanya mengandaikan enjin tersebut ada dalan simpanan berdasarkan dokumentasi tapi tidak meneliti secara visual?. Hanya setelah menyedari kehilangan enjin barulah laporan tersebut dibuat pada 4 Ogos 2008 di ibu pejabat polis dearah Brickfields.

Samada enjin ini hilang akibat kecurian ataupun adanya pihak lain yang menyeludup keluar secara tidak sah itu sudah menjadi persoalan kedua pada penulis. Namun yang lebih utama, penulis terfikir bagaimana kawalan oleh pihak keselamatan TUDM (provost) dan unit risikan juga gagal mengesan penipuan ini dari peringkat awal. Selain itu penulis juga curiga kehilangan ini disebabkan oleh ketidakjujuran anggota lain lain pangkat kerana modus operandi agak profesional. Bukan memperkecilkan kebolehan anggota lain lain pangkat dalam TUDM tapi mereka ini biasanya tidak berminat dan kurang tertarik dengan imbuhan besar dan pada masa boleh dibongkar pada bila bila masa. Isi kecurian ini sukar untuk bergerak sebagai kes yang kurang publisiti, rasionalnya ia isu sensitif.

Penulis berharap penulis silap dalam hal ini kerana tidak pasti ia memberi impak yang besar dalam hal berkaitan keselamatan negara. Bukan penulis ingin mempertikaikan tugas anggota keselamatan terutamanya dari bidang risikan kerana mereka adalah anggota tentera yang paling cekap dan profesional melebihi unit komando.

Penulis kurang pasti dalam urusan pergerakan keluar aset ATM tidak kira TDM, TLDM ataupun TUDM. Siapa yang ditugaskan mengawasi pergerakan dan destinasi aset begini. Adakah cabang cabang tersebut mempercayai 100% anggota yang terlibat. Penulis juga tidak pasti apakah S.O.P cabang ATM dalam mengawasi pergerakan keluar aset mereka. Namun penulis berharap selepas kejadian ini (sekiranya belum dipraktikkan), setiap dokumentasi aset sensitif yang ingin dibawa ke mana mana perlu diserahkan salinan asal kepada bahagian risikan dan bahagian risikan tentera perlu menempatkan anggota risik secara rahsia bagi mengawasinya.

Kini selepas terjadinya isu begini, penulis bersandar harapan kepada bahagian risikan untuk menyertai dan memantau pergerakan aset milik ATM dan bertindak tegas jika ada unsur unsur yang mencurigakan. Bukannya penulis tidak mempercayai anggota dari unit lain tapi unit risikan lebih sesuai dengan tugas ini kerana mereka - lebih berdisiplin, bertanggungjawab, profesional dan patriotik. Rata rata anggota risik datangnya dari anggota komando.

Mereka sememangnya layak dengan tugas ini cuma ini mungkin akan memberi bebanan tugas baru selain dari tugas risikan yang sedia ada.


Saturday, December 26, 2009

Sempadan : Sampai Bila ?

Sejak timbulnya isu kecurian 2 enjin dan peralatan pesawat F-5E, kini mula kedengaran suara yang mempertikaikan kawalan di sempadan. Malaysia mempunyai sempadan yang luas berjiran dengan Thailand, Singapura dan Sabah serta Serawak bersempadan dengan Indonesia di bahagian Kalimantan. Sememangnya penyeludupan yang berlaku agak sedikit sukar untuk dibanteras secara menyeluruh walaupun bukan mustahil. Tapi dengan kekurangan anggota penguatkuasa, ketidakcekapan selain kurangnya rasa tanggungjawab menyebabkan aktiviti-aktiviti penyeludupan masih belum menunjukkan tanda akan berkurangan. Di Sabah dan Serawak, walaupun berlaku penyeludupan ianya masih diperingkat terkawal kerana kurangnya laluan tikus kerana keadaan hutan tebal dan rondaan berterusan oleh anggota tentera serta unit lain. Negara juga tidak mempunyai masalah penyelupudan yang dikira serius ditambak Johor ekoran pemeriksaan yang ketat yang dilakukan di kedua-dua belah tambak. Namun begitu, perkara sebaliknya berlaku dengan serius mungkin boleh dianggap kritikal di sebelah utara, sempadan Malaysia-Thailand.

Dari Perlis hingga ke Kelantan, difahamkan begitu banyak laluan tikus yang tersedia untuk kegunaan penyeludup. Hampir semua bentuk barangan dibawa masuk melalui sempadan sebelah sini dari haiwan ternakan hinggalah kepada penyeludupan manusia untuk diperdagangkan atau pelarian ekonomi dari pelbagai negara. Tugas pengkuatkuasaan disini menjadi tanda tanya. Penulis juga hairan kenapa penguatkuasaan di sini lemah?

Sebagai nota, sempadan di utara merupakan antara yang mempunyai anggota paling ramai dikerah untuk berkawal, dari unit pencegah penyeludupan (UPP) hingga Brigade Kawalan Sempadan Tentera Darat. Penulis difahamkan aktiviti penyeludupan dikawasan yang dikawal oleh anggota tentera dari Brigade Kawalan Sempadan agak sukar dibolosi. Dengan halangan tembok konkrit, pagar berkawat, seksyen infantri yang kerap mengawal, hanya penyeludup yang terdesak dan tegar sahaja akan menggunakan laluan di sini. Sesetengah penyeludup dikira bernasib baik jika ditangkap dan bukannya ditembak. Penulis pernah mendengar cerita penyeludup ditembak pada waktu malam dan dibiarkan terlekat pada pagar berdawai dan hanya keesokkan harinya barulah anggota tentera mengangkat mayat untuk disiasat. Mungkin kerana ketegasan anggota tentera yang bertugas dengan penuh rasa tanggungjawab inilah menyebabkan aktiviti penyeludupan berkurangan.

Tapi berlainan sekali dengan di pintu masuk sempadan Kelantan-Thailand dan Perlis-Thailand. Bukan satu tapi sudah banyak kali penulis mendengar dan diceritakan sendiri bagaimana mereka ini bebas menggunakan laluan rasmi tanpa ditahan, disoal dan diperiksa. Malahan jika bernasib baik mereka mampu melepasi kawalan di pintu masuk dengan hanya mengangkat tangan. Apa yang sebenarnya berlaku? Penulis pernah tertanya tanya kenapa mudahnya mereka ini keluar masuk tanpa diperiksa?.

Bagaimana jika mereka yang menggunakan laluan itu membawa bahan larangan seperti bom?. Mengambil contoh 3 orang militan Thailand yang menetap di Kelantan dan menyimpan bahan letupan.

Adakah kerana penguatkuasa seperti anggota Kastam, Imigresen dan JPJ sudah terlalu dibiarkan bertugas di pintu masuk tanpa ditukar sehingga menyebabkan mereka ini mudah dikawal, dibayar, dijadikan teman sahabat sehingga mereka ini tidak sanggup untuk menahan kenalan? Atau mereka yang bertugas disini merupakan anak jati dan seterusnya mereka mengganggap tidak menjadi satu kesalahan jika tidak menahan saudara atau rakan taulan yang mereka kenali dari kecil. Ataupun juga mereka ini terlalu takut untuk menahan penduduk setempat atau warga Thai yang lebih bersikap bengkeng, gedebe dan samseng ditempat sendiri serta terus membiarkan perkara sebegini berlaku tanpa kawalan yang kuat.

Sehingga bila kita mahu lihat penyeludupan terus berlaku tanpa sekatan. Mereka ini bebas keluar dan masuk tanpa rasa takut. Malahan jika unit Kastam, UPP dan imigresen melakukan tugas dengan rasa jujur dan tanggungjawab, suda pasti sejak dari dulu lagi mereka dapat mengecam kawasan mana dan waktu yang sering berlaku penyeludupan. Malahan pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan yang effisyien, mungkin dengan mengambil langkah yang drastik untuk merobohkan rumah atau gudang yang dibina berhampiran sungai dan yang telah dikenalpasti sebagai pusat penyeludupan.

Kita pasti tidak mahu melihat sesuatu yang buruk berlaku terlebih dahulu sebelum satu satu tindakan di ambil. Lihat sahaj berapa banyak isu besar berkaitan sempadan telah berlaku tapi kawalan masih ditakuk lama. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kehilangan kontena cip yang bernilai jutaan ringgit, kemudiannya kita telah menyaksikan bagaimana seorang blogger pengkhianat negara berjaya meloloskan diri melalui sempadan disebelah sini termasuklah juga warga asing yang melarikan anaknya, Feris secara tidak sah. Kini kita dikejutkan dengan kehilangan 2 enjin dan peralatan avionik TUDM.

Sampai bila hal ini akan dibiarkan berterusan. Sejak sekian lama penulis telah memerhati di negara kita semacam ada satu trend. Trend hangat hangat tahi ayam. Semua orang akan kelam kabut dan memastikan penguatkkuasaan akan dilakukan dengan berkesan bila terjadi sesuatu isu dan penguatkuasaan akan bertambah serius bila dilakukan bersama kakitangan media eletronik dan media cetak. Tapi selang beberapa lama keadaan akan kembali seperti asal. Tiada siapa yang ambil peduli dan bertanggungjawab. Semuanya dilakukan asal cukup syarat.

Jika motivasi diri pihak anggota kerajaan menjalankan tugas tidak dipertingkatkan nescaya hal ini tidak akan ada kesudahan, bawalah teknologi dari langit hijau sekalipun namun jika pengendali teknologi ini tidak ada rasa semangat sayangkan negara, teknologi tetap tidak akan berguna untk menghalang kes penyeludupan barangan dan manusia.

Kini negara kita sudah kebanjiran warga asing, bukan sikit warga asing yang masuk ke negara ini secara tidak sah melalui lorong tikus. Itu belum dikira warga asing yang masuk dengan menggunakan VOA (Visa On Arrival), satu kaedah bodoh untuk menguntungkan ekonomi negara tapi membahayakan keselamatan dan pertahanan.

Sekarang sudah sampai masanya, kerajaan dan agensi terbabit perlu melakukan sesuatu untuk menghalang kes kes sebegini dan jika perlu menghadkan masa atau waktu khidmat anggota mereka dari terus menggunakan kelebihan pada diri mereka untuk menyeleweng dan bersekongkol dengan penyeludup. Pasti mereka yang berada di kementerian terdiri dari orang yang lebih bijak dan berkelulusan tinggi untuk memikirkan jalan yang lebih baik dalam menangani masalah sebegini.

Friday, December 25, 2009

AS minta laporan terperinci kes dua enjin F-5E hilang

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu. Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.
"Kerajaan AS amat bimbang dengan kehilangan ini. Kita juga akan menemui agensi berkaitan di negara ini untuk membincangkan isu itu," katanya.

AS adalah antara negara pengeluar peralatan ketenteraan, termasuk pesawat tempur di dunia, malah sektor itu antara penyumbang ekonomi terbesar negara itu.(berita selanjutnya)

artikel : akhbar berita harian


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti jangkaan penulis, pihak Amerika pasti akan memandang serius kehilangan enjin dan peralatan avionik pesawat F-5E milik TUDM yang dihasilkan oleh syarikat Northrop. Sejak dari awal pemgumuman kes ini di dalam akhbar, penulis amat tidak bersetuju dengan mulut tempayan Menteri Pertahanan yang lebih suka mensensasikan isu ini setiap kali beliau membuka mulut di hadapan wartawan. Menteri Pertahanan kini perlu memastikan kes ini benar benar merupakan kes kecurian dan bukannya penyaluran keluar aset TUDM bagi "meningkatkan perhubungan dua hala" secara tidak rasmi antara Malaysia dan negara menerima enjin tersebut.

Hakikatnya samada dicuri atau tidak, Malaysia khususnya ATM dan khasnya TUDM akan menerima malu besar.

Jika dicuri ini sekaligus bermakna pelbagai cabang di dalam TUDM dan ATM gagal memastikan tahap keselamatan peralatan penting ketenteraan terjamin. Mudah dibolosi oleh sesiapa yang mempunyai rangkaian kenalan di dalam angkatan tentera. Kegagalan oleh semua pihak yang terlibat. Sekaligus memalukan dan menjatuhkan kredibiliti TUDM dan ATM di mata rakyat negara ini serta menjadi bahan ketawa negara jiran.

Sebaliknya jika enjin tersebut dihantar melalui saluran tidak sah, Malaysia akan berdepan dengan tekanan dan sekatan yang tidak kurang sedikit dari Amerika. Ini kerana setiap pembelian dan penjualan aset ketenteraan yang dihasilkan oleh Amerika perlu mendapat kelulusan serta persetujuan dari Amerika dan ianya terlebih dahulu dibawa kepada pengetahuan kongress Amerika sebelum diberi kata putus.

Suka atau tidak, Kementerian Pertahanan perlu menerima hakikat. Dan lebih menjengkelkan kenyataan Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kepada media langsung tidak membantu meredakan isu ini tapi sebaliknya dengan kenyataan yang tidak konsisten, sering berubah menunjukkan beliau sendiri tidak faham dengan situasi yang berlaku serta tidak layak membuka mulut. Kenyataannya lebih mengeruhkan keadaan dan meresahkan. Penulis berpendapat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi perlu menyerahkan semula beret hijau yang dipakainya kepada Rejimen Komando atas dasar gagal meyimpan rahsia. Pemegang beret hijau mengamal dasar kerahsiaan yang tinggi. Sekiranya Kementerian Pertahanan menjalankan siasatan bersama dengan pihak polis tanpa membuat ulasan kepada media, setidak tidaknya ATM tidak menghadapi terlalu banyak tekanan. Tapi perlu diingatkan tekanan tersebut bukan hanya dirasai oleh ATM tapi juga pada Perdana Menteri selaku bekas Menteri Pertahanan yang berwibawa.

Perbezaan Datuk Seri Najib dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Menteri terbabit jelas ketara. Bekas Menteri Pertahanan amat jarang sekali membuat kenyataan yang tidak membina dalam satu satu kontroversi, tidak seperti polisi yang digunakan oleh Menteri Pertahanan sekarang.

Kini dengan penglibatan dan permintaan dari pihakAmerika, keadaan kelihatan semakin rumit. Banyak perkara yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah ini. Sekiranya enjin tersebut benar benar tiba di Argentina dan digunakan sebagai alat ganti, kita masih boleh menarik nafas lega tapi jika Argentina hanyalah sebagai pusat transit sebelum enjin tersebut dihantar ke Venezuela atau Iran, ini bermakna kita menempah jalan yang salah dan risiko bakal menanti.

Sebaiknya semua pihak perlu berhenti membuat kenyataan yang tidak menguntungkan. Biarkan pihak polis, provost, risikan dan kementerian luar serta pihak lain yang terbabit jalankan siasatan bagi menghurai kekusutan kemelut luar biasa ini.

Percayakan Anda

Penulis enggan mengesah atau menafikan peristiwa di bawah samada ianya benar benar terjadi namun begitu selain dari cerita yang dibaca, sesetengah daripadanya diceritakan sendiri oleh pihak kedua kepada penulis. Terpulang kepada pembaca untuk menilai.


  • Menurut mendiang M.G Pillai, komando Malaysia pernah menceroboh pangkalan peluru berpandu permukaan ke udara milik Singapura dan meletakkan lambang bendera Malaysia pada sistem pelancar serta di pejabat pegawai memerintah.
  • Sekitar 80'an, sekumpulan tentera Singapura yang cuba memasang radar telah ditangkap oleh anggota tentera pasukan Wataniah yang sedang meronda di sebuah bukit di Johor.
  • Sekitar tahun 80'an juga, banyak berlaku letupan di limbungan kering dan basah di Singapura. Ianya dikatakan berlaku sebagai sabotaj ekonomi. Siapa yang melakukannya? Penulis biarkan kepada pembaca untuk menilai sendiri.
  • Menurut apa yang diceritakan kepada penulis melalui pihak kedua, "black out" yang berlaku di seluruh Semenanjung pada satu masa dahulu dilakukan oleh agen negara jiran sebagai satu langkah sabotaj ekonomi Malaysia. Bagaimanapun pihak berkuasa menafikannya dan memberi alasan salah satu suis besar di janakuasa eletrik di Paka, Terengganu telah terpelatik (menendang).
  • Intrusion oleh negara jiran sentiasa berlaku walaupun mereka dilarang terbang dalam ruang udara negara sebagai langkah keselamatan terhadap orang awam dan pertahanan. Bagaimanapun mereka tetap melakukan pencerobohan dari masa ke semasa. Dalam satu insiden, 2 buah pesawat mereka terbang laju menghala ke Melaka dan sebagai langkah pencegahan 2 buah pesawat MiG-29N telah "scramble" dari Kuantan. Dengan mode "radar off", silent mode dan hanya berpandukan teknologi IRST, 2 buah MiG telah terbang rendah dan menyelinap dari belakang pesawat negar jiran. Kehadiran pesawat MiG ini telah dikesan oleh pesawat AWAC negara jiran yang kemudiannya cuba memaklumkan kepada 2 buah pesawat mereka tapi terlambat kerana pesawat MiG telah pun berada di belakang mengekori pergerakan mereka. Jika dalam situasi sebenar peperangan, pesawat negara jiran sudah dianggap tewas menjadi mamahan peluru berpandu MiG. Pesawat MiG TUDM kemudiannya mengiringi pesawat negara jiran untuk keluar dari ruang udara negara.
  • Selain pencerobohan udara dari selatan tanah air, negara sebelumnya juga pernah diceroboh oleh pesawat negara jiran dari utara. Pesawat F-5E telah dihantar untuk memintas pesawat tersebut tetapi pesawat TUDM bukanlah lawan sebenar kepada pesawat MiG negara jiran. Mereka sering mampu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pesawat F-5E.
  • Sonic boom yang mengegarkan lembah klang satu masa dulu berlaku akibat pergerakan pesawat juang F-18 Australia pada kelajuan tinggi tapi di aras yang rendah. Gegaran ini bukan hanya mengemparkan penduduk Lembah Klang tetapi juga mendedahkan kelemahan rangkaian radar pertahanan. MINDEF hanya membuat ulasan tentang gegaran itu 2 hari selepas pihak Singapura mendedahkannya kepada media mereka. Peristiwa ini juga telah membuka mata pihak TUDM tentang kelebihan serta keupayaan pesawat ini dan akhirnya pesawat juang F-18 turut dibeli bagi menggantikan pesawat F-5E.
  • Walaupun Filipina tidak mempunyai pesawat juang setanding milik TUDM tapi mereka juga ada melakukan pencerobohan ruang udara dengan menggunakan pesawat Bronco. Juruterbang Hawk TUDM telah ditugaskan memintas dan mengiring pesawat Bronco keluar dari ruang udara Malaysia. Walaupun pada awalnya juruterbang Bronco berkeras tapi setelah beberapa tembakan dilepaskan oleh pesawat Hawk yang mengiringi dari belakang, barulah juruterbang Bronco mengalah dan keluar dari ruang udara Sabah.
  • Percaya atau tidak, TUDM adalah pakar integrasi. System integration. Penulis pernah melihat bagaimana satu peluru berpandu dipasang pada pesawat MiG-29N TUDM sekaligus memeranjatkan penulis betapa kreatifnya TUDM. Jika berlaku pertembungan dengan pesawat musuh, mereka juga pasti akan terkejut dengan kebolehan pesawat MiG membawa peluru tersebut. Jadi tidak hairanlah pada pesawat SU-30MKM pelbagai sistem berjaya diintegrasi untuk menghasilkan pesawat MRCA terbaik mungkin mengalahkan SU-30MKI milik India dalam beberapa aspek.
  • Komando dari Malaysia adalah satu satunya komando dari negara Islam serta bukan dari negara pakatan NATO yang ditugaskan untuk bertindak sebagai QRF (Quick Reaction Force) ketika perang Balkan untuk menyelamatkan mana mana juruterbang yang ditembak jatuh oleh Yugoslavia (pihak Serb).
  • Displin dan kualiti serta pengalaman perang yang dimiliki oleh anggota tentera Malaysia menyebabkan pasukan MALBATT menjadi rebutan antara British dan Amerika. Bagaimana pun Malaysia memilih untuk bertugas bersama British berdasarkan sentimen keserasian hubungan ketenteraan kedua dua buah negara selama ini.
  • Pengalaman dalam Jungle Warfare (Peperangan Hutan dan gerila) yang dimiliki oleh pasukan MALBATT juga menyebabkan pihak Serb bimbang dengan kehadiran MALBATT di Bosnia. Ini menyebabkan seorang pegawai tertinggi Serb telah bertemu komander MALBATT untuk mendapatkan kepastian samada MALBATT akan menyebelahi pasukan BiH (Bosnia). Bagaimanapun komander MALBATT telah menyangkal kebimbangan pegawai Serb dan sebaliknya menyatakan MALBATT hadir atas kapasiti sebagai pengaman. Penulis sendiri tidak percaya pada pengakuan komander MALBATT ekoran pendedahan gambar perbarisan pertama pasukan BiH yang lengkap dengan "Automatic Grenade Launcher" buatan Afrika Selatan kerana beberapa bulan sebelum itu penulis telah melihat sendiri tender perolehan senjata tersebut untuk kegunaan ATM dalam akhbar utama. Tahniah ATM.
  • Pasukan tentera Malaysia sememangnya diakui pakar dalam peperangan hutan sehinggakan diminta oleh pihak Amerika supaya membina satu pusat latihan peperangan hutan di Amerika. Keupayaan ini juga telah mengejutkan pihak tentera di Kemboja bila tentera pengaman Malaysia mampu menembusi kubu kuat pihak bertelagah yang dipasang dengan periuk api tanpa disedari - hanya untuk bertemu pemimpin mereka untuk berunding.
  • Jika berlaku peperangan, kita mampu membedil lebih jauh dari jangkauan Astros. Sejak awal pembelian Astros, penulis telah melihat gambar peluru SS-80 milik RAD walaupun dinafikan oleh seseorang.
  • Sekiranya berlaku serangan Pre-Emptive Strike, dipercayai ianya boleh dilakukan pada kadar 1/2 dari kekuatan sebenar kerana sebahagian telah dimusnahkan terlebih dahulu oleh ATM.
  • Latihan DARSASA (Darat Raksasa) antara pasukan TNI-AD dan ATM ketika Hari Kebangsaan negara jiran telah menyebabkan hampir berlaku ketegangan ke arah berlaku perang.
  • Peristiwa serangan Istana President di Filipina oleh pihak pejuang Moro dikatakan dibantu oleh pasukan Malaysia. Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan. Diceritakan Malaysia telah berjaya mendapatkan sesuatu yang berharga ekoran peristiwa serangan tersebut.
  • Malaysia mempunyai rangkaian risikan yang terbaik yang mampu mengetahui sebarang ketegangan atau pergolakan di sesebuah negara. Jika pergolakan lebih hampir di sempadan, ATM akan menterjemahkanya dalam bentuk latihan ketenteraan sebagai persediaan.

Thursday, December 24, 2009

Misteri Kehilangan Enjin dan Peralatan Avionik F-5E












Foto :
Pesawat pemintas F-5E yang diubahsuai kepada versi peninjau lengkap dengan kamera berkuasa tinggi



Syarikat beli enjin pesawat F-5E dikenal pasti

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Sebuah syarikat di negara ini dikenal pasti terlibat dalam urusan pembelian dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pada 2007.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat berkenaan bagaimanapun tidak pernah mendapat projek ataupun menyertai tender yang ditawarkan oleh kementeriannya.(berita selanjutnya)



F-5E: Peguam Negara jamin siasatan penuh

NEW DELHI 23 Dis. - Sambil menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai 'perkara serius', Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.(berita selanjutnya)



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ajaib, Mustahil dan penuh dengan misteri. Itu yang dapat disimpulkan tentang apa yang berlaku kepada 2 enjin dan peralatan avionik pesawat pemintas TUDM, F-5E keluaran Northrop.

Yang menjadi ajaib ialah bagaimana enjin itu mampu melepasi kawalan keselamatan ketat pihak TUDM, segala dokumen yang berkaitan juga turut hilang tanpa disedari oleh mana mana pihak termasuk pihak risikan ATM.

Apa yang mustahil ialah kecurian (mengikut laporan akhbar) dilakukan oleh anggota berpangkat rendah. Tanpa penglibatan oleh mana mana pegawai. Satu yang agak mustahil kerana enjin tersebut telah pun dihantar keluar negara, sukar untuk mempercayai anggota berpangkat rendah mempunyai rangkaian kenalan sebegitu luas.

Lebih menjadi misteri, perkara ni berlaku selepas beberapa insiden lain dan mampu melepasi tahap keselamatan ketat. Hanya seminggu selepas pihak Amerika memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia kerana membiarkan sebuah syarikat tempatan menjualkan senjata api (small firearms) kepada Sierra Lione, negara yang dikenakan sekatan oleh pihak Amerika, tanpa sebarang petunjuk - pihak akhbar mula mendedahkan isu TUDM kecurian enjin dengan disokong oleh kenyataan Menteri Pertahanan.

Rata-rata akhbar melaporkan kehilangan ini akibat dicuri oleh pihak anggota bawahan tapi perkara ini dilihat sebaliknya oleh ramai pemerhati. Ramai mengandaikan kehilangan ini seolah dirancang secara rapi dengan motif tertentu dan kecurian hanyalah sebagai satu helah menutup cerita sebenar. Ini dikuatkan lagi destinasi enjin tersebut "dijual". Laluan ke Amerika Latin atau Asia Tengah ini sebenarnya telah menyakinkan ramai pemerhati termasuk dari negara jiran bahawa insiden kecurian adalah satu cerita rekaan. Malahan mereka juga agak sukar mempercayai pihak ATM gagal mengawasi aset penting... sesuatu diluar kebiasaan.

Menteri Pertahanan bermulut tempayan ??

Panas isu kali ini. Cukup panas. Lebih panas dari dua isu minggu lepas...
  • Duta Malaysia dipanggil pulang kerana bantah sekatan terhadap Iran.
  • Terbongkar rahsia penjualan senjata api kepada negara Sierra Lione.
Isu kehilangan enjin pesawat pejuang dan pemintas F-5E ni makin menjadi makin panas bila ditambahkan lagi dengan kenyataan dari Menteri Pertahanan yang bermulut tempayan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Memang benar rakyat perlu tahu sesuatu perkara sebagaimana kenyataan Ghani Patail tapi tidakkah Ghani Patail dan Zahid Hamidi ni faham yang isu ini melibatkan soal keselamatan, aspek pertahanan, moral anggota ATM selain aspek lain?.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang memegang jawatan Menteri Pertahanan mungkin ingin menunjukkan sikap telus, keterbukaannya pada rakyat tapi sebaliknya sikap beliau inilah makin mengeruhkan keadaan. Semakin besar mulutnya terbuka makin dibenci oleh ramai pemerhati ketenteraan. Ini belum dikira kenyataannya yang tidak konsisten. Kini ATM bukan sahaja perlu memberi kerjasama dan menyelesaikan kekusutan kerana kecurian aset tetapi terpaksa menerima ejekan sesetengah rakyat yang sememangnya tidak pernah mengambil endah soal pertahanan negara selain sentiasa menjadikan sesuatu isu sebagai bahan untuk dipolitikkan.

Samada kehilangan ini sememangnya hilang kerana dicuri atau pun ianya sebagai satu cerita untuk menutup lubang yang sudah dihidu oleh pihak luar terutamanya Amerika kerana melakukan penjualan melampaui sekatan kepada negara luar (ramai mencurigai Venezuela atau Iran terlibat dalan isu ini).

Tidak kira samada ianya benar-benar kecurian atau hanya cerita semata mata bagi menutup motif lain, kenyataan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi langsung tidak membantu. Kini hampir saban hari, pihak tentera menjadi ejekan dan momokan oleh rakyat yang tidak tahu bersyukur dan pantas meletakkan kelemahan ini atas bahu semua anggota ATM sedangkan ianya hanya dilakukan oleh beberapa individu sahaja. TAHNIAH Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Malahan penulis juga tidak terlepas menerima kecaman yang kurang menyenangkan seolah olah perkara ini sudah menjadi lumrah dalam tentera walaupun ianya hanya baru pertama kali berlaku.

Sebagai Menteri Pertahanan, beliau sepatutnya meletakkan perkara atau isu ini sebagai kepentingan negara diperingkat paling atas dan meminta pihak polis menjalankan siasatan tanpa mengusutkan lagi keadaan dengan kenyataan merepek, tidak konsisten dan sekaligus tidak mencerminkan kesungguhan beliau mempertahankan nilai kerahsiaan terhadap aspek kelemahan keselamatan negara.





Avionik F-5E turut hilang – Zahid

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.

“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.(baca disini)


Sunday, December 6, 2009

Isu Chin Peng Patut Ditutup














Sememangnya isu Chin Peng yang telah berlarutan selama beberapa bulan patut dikuburkan seperti mana saranan bekas Panglima Pemerintahan Medan Tentera Darat LT.JEN (B) DATUK SERI ZAINI MOHD SAID dalam akhbar Utusan Malaysia (gambar).

Tiada apa yang patut dibanggakan dan kasihankan dengan rayuan Chin Peng yang ingin balik ke Malaysia dan dikebumikan di sini apabila meninggal nanti. Kerajaan Malaysia pernah menawarkan pengampunan kepada Chin Peng sewaktu Perjanjian Baling satu masa dahulu tapi Chin Peng dengan angkuh menolak pelawaan Tunku Abdul Rahman sebaliknya menyifatkan pertemuan di Baling adalah gagal dan dengan angkuh mendakwa akan meneruskan penentangan bersenjata sehingga berjaya menubuhkan Kerajaan Komunis di Malaya.

Sikap sesetengah ahli politik yang cuba menjadi juara dan mencari publisiti murahan dengan menjaja rayuan Chin Peng boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada negara. Ketika negara menghadapi keganasan komunis bukan sedikit rakyat yang merasai kezaliman mereka. Bukan hanya bangsa Cina dan India tetapi bangsa yang paling teruk menerima layanan jahat komunis adalah bangsa Melayu. Bangsa Melayu bukan sahaja yang tinggal di kampung tetapi juga di bandar menerima tekanan hidup dan kebiadapan komunis.

Pada peringkat awal pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kaum Melayu menerima kehadiran mereka kerana beranggapan Jepun akan membebaskan Tanah Melayu lantaran slogan "Asia untuk Asia".

Parti komunis (PKM) merasa curiga dengan bantuan dan layanan yang diberikan kepada kaum Melayu oleh askar Jepun sedangkan PKM melihat Jepun sebagai penyembelih kepada kaum Cina di negara China dan di Tanah Melayu.

Tapi setelah tentera Jepun mulai melakukan terhadap kaum Melayu, sokongan kaum Melayu mulai beralih kepada pasukan British dan PKM termasuk memberikan sokongan kepada pasukan gerila Force 136.

Setelah penyerahan kuasa pihak Jepun kepada British, PKM dibawah Chin Peng mendesak British menyerahkan kuasa pemerintahan Tanah Melayu kepada mereka bagaimanapun telah ditolak sekaligus menyaksikan PKM berundur ke hutan dan mengisytihar peperangan terhadap British.

Kaum Melayu yang masih berada dalam keadaan lemah melalui Tunku Abdul Rahman berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada British dan ianya menaikkan kemarahan PKM dan bermula dari episod inilah PKM terus melakukan kekejaman terhadap rakyat yang majoritinya adalah kaum Melayu. Malahan kekejaman PKM tidak terhad sebaliknya turut berlaku pada kaum Cina yang cintakan keamanan. Tiada kaum yang tidak terlibat kerana jika di Semenanjung, rakyat dibunuh oleh PKM manakala di Sabah dan Sarawak, mereka dibunuh oleh PKKU (Parti Komunis Kalimantan Utara).

Komunis yang dipimpin oleh Chin Peng telah melakukan banyak kekejaman dan berdosa kepada rakyat negara ini. Bukan hanya kepada keluarga dan anggota pasukan tentera serta polis tetapi juga terhadap orang awam. Kemuncak kezaliman komunis apabila menyerang dan membunuh anggota polis serta anggota keluarga merea dalam peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal Jidin Omar
  4. Konstabel Hassan Osman
  5. Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Konstabel Jaafar Hassan
  7. Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Konstabel Marin Awang Ali
  12. Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng














Sikap sesetengah rakyat dan ahli politik yang cuba menjadikan rayuan "Penyembelih Rakyat" Chin Peng sebagai satu isu tidakan yang amat tidak bermoral. Mereka ini hanya tahu menggunakan perkara sensitif demi kelangsungan nafsu politik dan jauh sekali untuk merasa sedih dan hormat dengan pengorbanan anggota tentera yang terbunuh mahupun cedera. Atas sikap mereka inilah mereka patut digelar sebagai "Celaka Perosak Negara".

Saturday, December 5, 2009

PM enggan jumpa Chin Peng

LANGKAWI 2 Dis. - Bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng boleh melupakan hasratnya untuk berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di selatan Thailand ketika Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke wilayah itu 7 Disember ini.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan antara beliau dengan bekas pemimpin komunis itu yang kini tinggal di Thailand tidak perlu diadakan.

"Tidak perlu berjumpa," katanya ketika ditanya tentang hasrat Chin Peng yang mahu berjumpa dengannya bagi menyampaikan hasrat untuk pulang ke negara ini.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) iaitu tempat berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.(berita lanjut).

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Chin Peng kini boleh melupakan hasratnya untk bertemu dengan PM bagi menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia. Tindakan dan ketegasan PM dalam hal ini amat dialu alukan dan sememangnya merupakan satu tindakan yang wajar. Kita tidak seharusnya tunduk dengan permintaan individu yang telah banyak melakukan kezaliman, keganasan sehingga menyebabkan beribu ribu rakyat Malaysia terbunuh. Malahan kita juga tidak perlu tunduk dengan tekanan dari penyokong "penyembelih rakyat" seperti sesetengah ahli politik.

Chin Peng dan para penyokongnya harus sedar jika beliau benar benar insaf tindakan ganas yang telah dilakukan sewaktu zaman insurgensi, sejak awal Perjanjian Hadyai 1989 beliau telah memohon maaf dan seterusnya memohon balik ke Malaysia, menyatakan rasa taatsetia pada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Tapi sebaliknya Chin Peng tidak pernah merasa kesal dengan kekejaman yang beliau pernah lakukan dengan sepenuh hati dan hasratnya untuk kembali ke negara ini hanya untuk memenuhi 2 permintaan. Sebaliknya ketika ditanya mengenai perasaannya ekoran ramai rakyat negara ini terbunuh, Chin Peng lebih senang mengatakan anggota komunis dibawah pimpinannya juga ramai mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, sekaligus mencerminkan bagaimana mentaliti sebenar Chin Peng sedangkan anggota tentera kita tidak pernah meminta berlaku peperangan tetapi komunis terlebih dahulu memulakannya dan menyebabkan anggota pasukan keselamatan kita tidak mempunyai pilihan lain dari memerangi anggota komunis dari terus mengganas.

Pertama, permintaan peribadi untuk ditanam disebelah kubur bapanya apabila mati kelak. Kedua, memenuhi permintaan sebahagian ahli politik bagi memenuhi agenda tersirat mereka.

Kita semua berharap semasa kunjungan PM ke Selatan Thai nanti, Chin Peng dan orang perantaraanya akan menggunakan peluang ini untuk berjumpa dengan PM secara tidak formal yang sekaligus akan membuka peluang kepada golongan opportunis untuk menggunakan isu ini pada masa akan datang.

Sewajarnya para pegawai Datuk Seri Najib memantau keadaan ini dan mengambil apa juga usaha bagi menghalang Chin Peng atau sesiapa sahaja yang berkepentingan dalam hal ini dari mendekati PM sewaktu berada di sana.

Tuesday, December 1, 2009

LIMA 2009 : Harapan














LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace) edisi 2009 kini telah bermula.

Perasmian pembukaan LIMA 2009 turut disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengasas LIMA pada 1991 (tahun yang sama dengan penubuhan Pasukan Atur Cepat (PAC/PARA). Walaupun seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi dan keadaan pasaran dunia yang tidak menentu termasuk di rantau sebelah sini tapi ianya tidak menyekat kedatangan pempamer ekoran jumlah yang menyertai LIMA kali ini boleh dianggap amat menggalakkan iaitu dengan 325 pempamer daripada 25 buah negara dengan pecahan sebanyak 37% pempamer dari syarikat tempatan manakala bakinya sebanyak 63% adalah dari syarikat antarabangsa.

Walaupun keadaan ekonomi yang sentiasa mengalami pasang surut, ianya kelihatan kurang dipedulikan oleh para pempamer khususnya pempamer dari syarikat antarabangsa di mana situasi ini boleh dirumuskan akibat dari dua (2) perkara iaitu keadaan keselamatan dan kestabilan diseluruh dunia yang kurang memuaskan dan trend pembelian dan kualiti semasa peralatan ketenteraan ATM.

Apa yang dimaksudkan dengan keselamatan dan kestabilan yang kurang memuaskan adalah dengan ancaman dari pihak pengganas (pengganas dari kacamata pihak Barat) dan pelampau agama, isu keselamatan tidak boleh dianggap remeh sebaliknya perlu diperkuat dan dibangunkan setiap masa. Ancaman yang diterima samada langsung ataupun tidak perlu dianalisa dan dianggap sebagai ugutan serius dan dengan itu membawa makna mana mana negara memerlukan peralatan ketenteraan yang lebih canggih dan efisyen untuk menangani sebarang bentuk tindakan keganasan. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar, sesebuah negara pasti tidak akan sama sekali menggadaikan kestabilan yang dikecapi selama ini termasuklah Malaysia.

Selain itu trend pembelian oleh ATM dan kualiti semasa peralatan pertahanan negara juga menjadi paras penanda kepada jumlah kedatangan pempamer pada kali ini. Selain mencari ruang dalam pasaran negara, pembelian peralatan pertahanan oleh ATM juga bakal menjadi trend pembelian kepada negara jiran serantau. Pemilikan 2 buah kapal selam pertama negara (sebuah telah diterima baru baru ini) menyaksikan bagaimana negara serantau akan cuba melonjakkan kuasa ketenteraan bagi mengatasi perolehan aset negara. Tidak dapat tidak negara jiran pasti akan mencari dan menilai aset lain yang dilihat mampu digunakan untuk mencegah rintang melalui pameran kali ini. Begitu juga bila adanya kenyataan dari Menteri Pertahanan beberapa bulan lalu yang memperkatakan tentang nasib MiG-29. Kualiti peralatan pertahanan negara sebegini lah yang akan menjadi penanda aras kedatangan pempamer dan pelobi bagi mencari, menjual dan membekal sesuatu peralatan. Tambah merancakkan pameran bila Menteri Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci bila menyebut "ATM berminat mendapatkan pesawat pejuang MRCA baru dari beberapa negara tertentu".

Di samping itu, keadaan dan kualiti semasa juga menjadi sandaran kepada pempamer mengambil contoh insiden kebakaran Inderaputra yang mana sekaligus mencacatkan tahap mobilisasi TLDM secara khusus dan TDM secara amnya. Laporan akhbar yang menyebut keinginan ATM untuk mendapatkan sebanyak 3 buah MSS (Multipurpose Support Ship) juga turut telah menyaksikan kedatangan kapal pengangkut pelbagai guna milik Korea Selatan, DOKDO selain menarik minat beberapa negara pengeluar yang lain seperti Perancis dan lain lain.

Namun apa yang penting, walau sebesar mana sekalipun penyertaaan kali ini, perolehan tetap dilakukan demi kelangsungan dan kestabilan serta keselamatan negara dengan mendapatkan aset terbaik disamping corak pembelian yang telus sekaligus melenyapkan tomahan beberapa pihak yang senantiasa mencari kesalahan pihak lain bagi dijadikan modal politik jahat.

Chin Peng Mahu Bertemu PM ?

Chin Peng dikatakan ingin bertemu sendiri dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Selatan Thai dua minggu lagi. (berita lanjut). Chin Peng dilihat ingin menyuarakan keinginannya untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa hidup dan dikebumikan disebelah kubur bapanya apabila meninggal nanti.

Namun apa yang menghairankan kenapa baru sekarang Chin Peng, bekas Setiausaha Agung PKM menyuarakan untuk kembali bukannya sebaik menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia pada 1989. Ini kerana secara terang terangan Kerajaan Malaysia pada ketika itu (dengan syarat warganegara) akan diterima kembali ke Malaysia sebagai habuan meletakkan penentangan bersenjata terhadap Kerajaan Malaysia. Tapi Chin Peng tidak berbuat demikian sebaliknya memilih untuk terus menjalankan kehidupan di sebuah perkanpungan di sempadan Malaysia-Thailand.

Dan lebih mengejutkan bila hasratnya untuk pulang ke Malaysia disambut baik oleh ahli politik dari parti DAP dan sebahagian ahli politik dari parti Gerakan sekaligus menafikan jasa dan bakti yang ditaburkan oleh anggota pihak keselamatan selama ini. Seolah olah seperti DAP ada agenda yang tersirat di sebalik isu Chin Peng ini. Mungkinkah dengan kepulangan Chin Peng, DAP akan dapat satu lagi political milage setelah beberapa lama memerintah negeri Pulau Pinang?. Nampaknya terdapat pihak dari ahli politik dan badan-badan NGO yang cuba mengenepikan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh pihak keselamatan dan cuba bermain isu sensitif yang mana sekaligus melukakan hati bekas anggota polis dan tentera serta ahli keluarga mereka yang pernah mendapat kecederaan termasuk yang kematian anggota keluarga ekoran keganasan yang dilakukan oleh pihak komunis.