Monday, December 10, 2007

Demonstrasi Tanpa Kesudahan

Majlis Peguam telah pun menyatakan sebelum ini mereka akan membatalkan perhimpunan yang bakal berlangusng di Kuala Lumpur sempena Hari Hak Asasi Sedunia. Namun begitu masih ada sebilangan yang "besar kepala" dan meneruskan perhimpuan tersebut. Kira kira 50 orang peguam dan aktivis yang menyertai perhimpunan itu dan 8 daripada mereka telah ditahan polis.

Apakah mereka tidak mempunyai cara lain dari berdemonstrasi walau secara aman sekalipun dengan tidak menyusahkan orang ramai dari menikmati masa cuti bersama keluarga dari mengunakan jalan raya untuk memasuki bandaraya?. Apa lagi yang mereka mahukan apatah lagi selepas negara baru menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelampau Hindu (HINDRAF)?. Tidak salah untuk menyambut Hari Hak Asasi Sedunia tetapi banyak cara lain yang boleh digunakan samada menggunakan masa yang terluang dengan mengadakan Hari Keluarga?.

Umum telah mengetahui pihak polis tidak memberi kebenaran untuk Majlis Peguam berhimpun tetapi kenapa segelintir masih sanggup melanggar perintah ini?. Menjerit dan memarahi pihak berkuasa tempatan, DBKL menurunkan poster bukan cara yang baik walaupun mereka telah membayar sewa untuk merentang sepanduk di kawasan yang dikatakan itu dan walaupun berhimpun secara aman ianya tetap menyalahai undang undang kerana pihak polis telah melarang persatuan atau individu dari terus berdmonstrasi. Mungkin sebilangan peguam ini cukup besar kepala kerana memikirkan mereka adalah "peguam", mengetahui selok belok perundangan sehingga berani melangar undang undang apatah lagi dengan kehadiran wartawan yang sentiasa mencari berita sensasi.

Demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan peguam dan aktivis ini atas nama "Demokrasi" dan "Hak Asasi" menjadi tandatanya. Apakah mereka cukup istimewa sehingga sanggup mengenepikan amaran terdahulu oleh pihak polis? Dan apakah rakyat lain tidak mempunyai HAK mereka untuk menikmati suasana dan bergerak secara bebas tanpa perasaan bimbang pada hari minggu semata mata kerana segelintir peguam dan aktivis lebih gila memperjuangkan hak mereka demi agenda peribadi... di mana hak golongan majoriti rakyat untuk hidup aman tanpa gangguan kumpulan minoriti yang tidak pernah berpuashati serta bersyukur dengan keamanan yang dinikmati selama ini.

Polis menahan empat peguam dan empat aktivis mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana berhimpun secara haram dengan berarak bermula di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja di sini pagi ini.

Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan mengesahkan peguam yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan anggota majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya serta N. Surendran dan Amir Hamzah Arshad.

Aktivis yang ditahan pula ialah Eric Paulsen, Arif Johny Andu, Norazana Othman dan Ashraf Ali. Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 8.20 pagi. Edmund Bon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam ditahan pukul 12.20 tengah hari.


"I happened to saw that activist from Singapore, Ashfar Ali Raja as one of those who make the squealing and ranting out in the Bar Council exterior. He was later taken away from the police when I heard him saying out loud from his lungs"

Menjadi persoalan sekarang apakah motif Ashfar Ali Raja turut berdemonstrasi di sini (gambar beliau sujud dikaki lima Masjid Jamek)?. Adakah kerajaan Singapura sudah cukup sempurna dengan menarik balik kebebasan akhbar mereka, rakyat mereka boleh menyuarakan apa sahaja di sana?. Tidak hairan jika ada bukti menunjukkan Singapura juga turut mengotorkan tangan dalam setiap demonstrasi akhir akhir ini kerana sebarang kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku dalam negara akan memberi kelebihan dan limpahan ekonomi kepada mereka. Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen perlu memainkan peranan yang lebih tegas, jika perlu menyenarai hitam individu luar yang turut memainkan peranan kepada ketidakstabilan selain menganggu gugat keharmonian rakyat negara ini. Malahan penglibatan Timbalan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah cukup menggambarkan golongan peguam ini walaupun berpelajaran tinggi tetapi mudah diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan. Setelah Anwar Ibrahim memainkan peranan yang kotor di India kini timbalannya memulakan tugas melalui kumpulan peguam.

Sebilangan besar rakyat sudah muak dengan demonstrasi tak kira ganas atau aman. Adakah kita mahu negara sekali lagi kacau bilau seperti 13 Mei 1969 -?. Atau ketika zaman komunis?.
Kata mat saleh - enough is enough !! Jangan melampau lampau dan terus besar kepala.

No comments: