Friday, December 7, 2007

EC 725 Cougar bakal pengganti Nuri?

LIMA kini menjadi medan "pertempuran" antara pengeluar helikopter militari bagi memenangi kontrak membekalkan sejumlah besar helikopter pengangkut kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi kegunaan Tentera Udara Malaysia (TUDM). Nuri yang merupakan helikopter yang paling banyak berjasa dalam sejarah ATM kerana ianya mula digunakan semenjak zaman insurgensi sehingga kini.

Negara telah menyaksikan banyak kemalangan yang membabitkan helikopter Nuri dan mengorbankan bukan sedikit anggota tentera termasuk pegawai tinggi ketika kejadian Nuri terhempas dihutan Lundu, Sarawak.

Kini Nuri telah digantungkan tugas kecuali bagi tugas tugas operasi kritikal sementara menunggu keputusan ATM mengenai calon yang sesuai untuk menggantikannya. Terdapat sumber sumber mengatakan ATM kini menyenarai pendek calon yang sesuai dan EC 725 Cougar adalah yang termasuk dalam senarai tersebut.

Cougar helikopter 2 enjin kategori sederhana merupakan versi terbaru keluaran Eurocopter. Bagi kegunaan ketenteraan ianya dikenali sebagai EC 725 manakala EC 225 bagi kegunaan awam. Penerbangan pertama telah dilakukan pada November 2000 dan kini tentera udara Perancis telah memesan dan menggunakan 6 helikopter versi tentera sementara itu Markas Operasi Khas Perancis telah memesan 8 helikopter EC 725 Cougar.

EC 725 telah menggunakan tangki minyak dan struktur rekabentuk yang dipertingkatkan berserta 5 bilah kipas termasuk gearbox utama yang ditingkatupaya. Helikopter ini juga mampu membawa lebih banyak muatan pada kelajuan tinggi selain jarak yang lebih jauh.

Helikopter Cougar tidak dapat dinafikan mampu menjalankan pelbagai tugas seperti misi taktikal mengangkut anggota tentera, operasi khas, carilamat, carilamat kombat, pengawasan maritim, tugas sokongan bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Dengan kelebihan dari sudut mengangkut, Cougar mampu membawa 19 orang anggota tentera sehingga jarak misi sejauh 250 batu nautika radius. Namun untuk tugas carilamat juruterbang ianya mampu terbang radius 280 batu nautika.

EC 725 yang dilengkapi dengan cokckpit kaca serta sistem avionuk terbaru selain sistem paparan yang diintegrasi dengan peta digital. Banyak kelebihan lain yang terdapat pada helikopter EC 725 yang mampu memberikan kelebihan berbanding helikopter jenis lain yang sekelas dengannya. Walaupun begitu EC 725 ini tidak kurang kemampuannya dari sudut persenjataan yang mana ianya menggunakan 7.62mm mesingun pelbagai guna pada sisi badan helikopter dan meriam 20mm disamping itu ia boleh dimuatkan dengan 68mm pelancar roket atau 2 meriam 20mm.

Walaupun begitu ramai pemerhati yang lebih menyukai helikopter AW-101 (versi EH-101) kerana kemampuan taktikalnya yang jauh lebih hebat dari pesaing terdekat. AW-101 yang juga merupakan helikopter taktikal kategori sederhana (medium weight) yang dilengkapi dengan 3 enjin selain turut mempunyai "ramp" atau pintu dibahagian belakang yang memudahkan pergerakan keluar masuk anggota tentera atau bahan logistik. EH-101 kini turut diguna oelh Amerika Syarikat bagi menggantikan helikopter untuk kegunaan presiden mereka yang bakal dikenali sebagai "Airforce One".

Bagaimanapun kos untuk seunit AW-101 adalah jauh lebih tinggi berbanding helikopter lain yang kini berada dalam senarai pendek ATM. ATM tidak mungkin mampu membeli sejumlah besar helikopter AW-101 sekiranya mereka ingin menggantikan keseluruhan jumlah asal 30 buah helikopter Nuri. Sebagai alternatif, ATM mempunyai pilihan lain seperti EC 725 Cougar dan Mi-17-1V buatan Kazan, Rusia.

Mi-17-1V merupakan sebuah helikopter yang lebih murah dan praktikal jika dibuat perbandingan dengan helikopter buatan barat. Tapi apa yang pasti TUDM tidak mungkin akan menggunakan helikopter buatan Rusia ini kerana ianya dikatakan tidak menepati standard TUDM ekoran pembelian helikopter Mi terdahulu (yang kini diserahkan kepada pihak Bomba).

No comments: