Friday, December 14, 2007

ISA Jalan Terbaik

Keputusan kerajaan menangkap barisan pemimpin HINDRAF dibawah akta ISA adalah sesuatu yang dialu alukan. Jalan penyelesaian terbaik yang sedikit terlewat tapi masih belum terlambat.(Berita lanjut)

Dengan tertangkapnya 5 orang pemimpin tertinggi kumpulan itu, diharapkan sedikit sebanyak ianya akan memberi tekanan kepada saki baki pemimpin dan penyokong kumpulan tersebut untuk terus tidak membuat tindakan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada isu keselamatan negara yang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

Mereka yang ditahan terdiri daripada P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadran, V. Ganabatirau dan T. Vasantha Kumar, yang mengetuai satu kumpulan tidak didaftar, Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Penahanan itu dilakukan mengikut Seksyen 8 (1) akta tersebut yang membolehkan mereka ditahan sehingga dua tahun.
Menurutnya, Kengadharan ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di Jalan SS2/55 Petaling Jaya, diikuti Manoharan (1.55 petang di Jalan Pantai Baru di sini), Vasanthakumar (2 petang di sebuah restoran di Brickfields), Ganabatirau (2.10 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Seremban) manakala Uthayakumar (2.30 petang di firma guamannya di Menara Mutiara, Bangsar).(Berita lanjut)
Tindakan mengemis sokongan dari negara luar terutamanya dari negara India ternyata tidak membuahkan hasil kepada kumpulan ekstremis ini kerana kerajaan India dan negara lain tidak pernah bertindak menyokong mana mana kumpulan yang bersekongkol dengan kumpulan gerila Tamil Ealam, LTTE (Berita lanjut)

Kita mengharapkan kerajaan akan lebih bertindak tegas dan pantas di masa akan datang untuk menghalang mana mana individu atau kumpulan dari terus mengambil kesempatan dari keharmonian dan perpaduan yang dikecapi selama ini dipergunakan untuk kepentingan dan agenda peribadi.

No comments: