Monday, December 3, 2007

Sammy Vellu juga perlu bertanggungjawab


Bila memperkatakan tentang isu demonstrasi HINDRAF, pemimpin parti India seperti MIC dan PPP juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Namun begitu, faktor pembabitan pemimpin MIC Datuk Seri Sammy Vellu adalah lebih menyerlah umpama "menyimbah petrol ke dalam api".

Tindakannya yang memberi komen untuk tidak mengadakan rumah terbuka kerana membantah tindakan perobohan kuil di Selangor adalah satu tindakan kurang cerdik bagi seorang pemimpin yang setua beliau serta beremosi ekoran menjangkau tempoh menopaus.

Apakah seorang menteri sepertinya tidak boleh menjangkakan tindakan yang bakal diambil oleh pengikut HINDRAF?. Beliau juga sebagai "Jantan" tidak perlu menidakkan komennya yang terdahulu dan sebaliknya memberikan alasan terbaru sebagai menghormati ahli keluarga yang meninggal untuk tidak membuat jamuan rumah terbuka.

Alasan yang diberikannya sudah terlewat kerana hampir seluruh negara mengetahui alasan asalnya. Dan beliau tidak perlulah menjadi "talam dua muka" memberikan komen mengkritik tindakan penyokong HINDRAF sedangkan tindakan beliau sebelum ini sudahpun memberi lampu hijau dan menghalalkan tindakan berdemonstrasi. Sammy tidak perlulah melatah dan memberikan alasan yang berbelit belit semata mata untuk menyelamatkan diri sendiri sedangkan implikasi yang dilakukan oleh puak HINDRAF amat besar. Nama negara diburukkan begitu teruk sekali. Natijahnya, walaupun negara luar mengetahui tidak mungkin sama sekali Malaysia melakukan "ethic cleansing", isi kandungan memorandum HINDRAF tetap boleh digunapakai untuk memburukkan negara bagi agenda tertentu.

Blog air-mata-darah-keringat tidak berminat sama sekali memperkatakan isu politik tanahair tetapi pembabitan ahli politik dan pemimpin MIC amat dikesali kerana mereka hanya menyatakan perasaan tidak senang tentang isu perobohan kuil tapi dalam masa yang sama mereka tidak menyatakan samada kuil tersebut mendapat kelulusan untuk dibina ditempat lain yang disediakan oleh kerajaan negeri. Malahan mereka seolah olah membutakan mata terhadap isu kuil hindu yang sebenarnya banyak lagi dibina secara "haram" di atas tanah milik orang persendirian mahupun kerajaan tanpa sebarang permit atau kebenaran..

No comments: