Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Tunku Sultan Johor Diratapi


Berita kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,mengejutkan. Ini kerana setelah beberapa lama rakyat tidak mendengar keadaan baginda, hari ini rakyat di seluruh negara menerima berita sedih khususnya rakyat negeri Johor dan khasnya bagi warga Rejimen Gerup Gerak Khas (Komando).

Baginda terkenal dengan sikap patriotik dan sentiasa menunjukkan tahap disiplin yang tinggi selain sentiasa berbangga dengan pemakaian uniform angkatan tentera lengkap dengan beret Gerup Gerak Khas (Komando) yang mana baginda juga merupakan seorang Kolonel (Kehormat) bagi Rejimen Gerup Gerak Khas.
Baginda merupakan seorang Sultan dan tokoh yang amat meminati bidang ketenteraan. Minat yang mendalam itulah kemudiannya membawa kepada penawaran oleh Kerajaan Negeri Johor untuk menyediakan tapak bagi markas baru dan bersepadu Rejimen Gerup Gerak Khas (Komando) yang sekaligus menyaksikan Kem Sri Iskandar menjadi rumah baru bagi menggantikan Kem Sungai Udang, Melaka selain turut menempatkan pusat latihan bagi anggota komando dari pasukan PASKAU dan PASKAL disamping menjadi tempat latihan dan pusat sasaran bagi Combined Armed Forces.








No comments: