KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said ketika memaklumkan perkara itu kepada mahkamah selepas Hakim Datuk Lau Bee Lan menyampaikan penghakiman lisannya, berkata pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum mengambil langkah selanjutnya.(berita selanjutnya)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan Peguam Kanan Persekutuan sedikit sebanyak melegakan penulis pada pagi hari pertama tahun baru. Pihak Gereja nampaknya cuba bermain api dalam isu penggunaan nama Allah dalam edaran akhbar Herald milik mereka. Apa yang penulis nampak ada satu bentuk cara untuk mengikis hak orang Melayu yang beragama Islam. Secara perlahan lahan mereka cuba menafikan hak orang Melayu dan penganut Islam lain untuk menganut ajaran agama dengan aman.
Pihak Gereja juga seolah olah ada konspirasi dengan membawa masuk isu nama Allah dalam mahkamah sivil sedangkan
Pihak Gereja juga seolah olah ada konspirasi dengan membawa masuk isu nama Allah dalam mahkamah sivil sedangkan
- Islam adalah agama rasmi negara.
- Apa apa yang berkaitan Islam dibawa ke mahkamah Syariah.
- Perkataan atau nama Allah hanya digunakan oleh umat Islam dinegara ini sejak berkurun lama manakala pihak Gereja hanya menggunakannya kebelakangan ini.
- Bila nama Allah tidak lagi menjadi hak umat Islam dan orang Melayu serta boleh dibicara dalam mahkamah civil. Sekaligus ini memberi isyarat pihak Gereja serta penganut agama lain akan turut mempertikaikan hak umat Islam dan kaum Melayu selain minta dibicarakan dimahkamah sivil dengan mengambil kes penggunaan nama Allah sebagai kes rujukan.
Penulis berharap kerajaan dan Majlis Raja Raja mengambil pendirian tegas. Hak umat Islam dan kaum Melayu bukan bahan untuk diperjudikan.
Penulis bimbang jika perkara ini dibiarkan secara berterusan, ianya akan menjadi barah dalam keharmoian masyarakat majmuk kerana umat Islam dan kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan hak kaum atau penganut agama lain.
Penulis melihat bakal akan terjadi satu lain rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 jika tiada tindakan susulan yang lebih tegas terhadap pihak Gereja. Jika dulu ianya rusuhan bermotifkan ekonomi, kali ini ia mampu tercetus ke arah rusuhan agama yang pasti jauh lebih buruk implikasi terhadap rakyat dan negara untuk tempoh yang cukup panjang.

No comments:
Post a Comment