Sunday, January 3, 2010

Tujuan Tersirat Pihak Gereja Roman Khatolik

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.(berita lanjut)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis percaya pihak gereja Roman Khatolik dibawah pimpinan Tan Sri Murphy Pakiam, selaku penerbit majalah Herald-The Catholic Weekly ada motif tersirat. Apa yang penulis bayangkan pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan keputusan mahkamah untuk meneruskan penggunaan nama Allah dalam majalah edaran mereka kerana beberapa sebab

  • Dengan menggunakan keputusan mahkamah Sivil, ini bermakna seolah olah umat Islam negara ini bersetuju bahawa hal berkaitan umat Islam baik samada akidah, kekeluargaan, harta pusaka serta beberapa hal lain yang melibatkan pertelagahan atau pertikaian antara keluarga Islam dengan bukan Islam akan dibicarakan di mahkamah Sivil dengan menjadikan kes penggunaan nama Allah sebagai kes rujukan.
  • Mahkamah Syariah akan diasingkan atau dipulaukan dari umat Islam secara halus di mana apa sahaja hal yang melibatkan umat Islam akan dibicara dan diputuskan di mahkamah Sivil.
  • Pihak gereja Roman Khatolik secara halus akan mengedar majalah kepada penganut agama Kristian secara khusus kepada rakyat Sabah dan Sarawak tetapi dengan edaran majalah ini penulis percaya pihak gereja Roman Khatolik juga akan menggunakannya untuk edaran remaja Melayu Islam dalam dakyah secara halus. Ini kerana penganut agama Kristian yang menggunakan bahasa Melayu hanyalah beberapa ribu berbanding puluhan ribu penganut agama Kristian yang menggunakan bahasa Inggeris.

Motif pihak gereja Roman Khatolik dalam hal ini ternyata mempunyai muslihat tertentu.

  • Ini kerana kenapa baru sekarang pihak gereja Roman Khatolik baru memfailkan tuntutan mereka di mahkamah untuk menggunakan nama Allah. Kenapa tidak seawal penubuhan dan kemerdekaan Malaysia?.
  • Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam GWkolonel, satu artikel yang baik untuk semua umat Islam menatapinya...... InsyaAllah dengan paparan artikel seperti ini akan menyedarkan semua pihak supaya mempertahankan Islam agar tidak mudah dipermainkan di negara ini....

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Tuan hanya membentangkan masalahnya sahaja.. mengapi-apikan masalah yang timbul.. tetapi Tuan tidak menyatakan penyelesaiannya...

APA PENYELESAIANNYA??

gwkolonel said...

Kepada Anonymous.

Penulis akui membentangkan masalah dalam tajuk ini tapi bukan sesekali untuk mengapi apikan masalah yang sedia ada.

Tidakkah pihak anonymous terfikir bahawa apa yang dibentangkan itu benar?.

Apakah anonymous tidak sedar bahawa banyak pihak menuntut pihka Gereja mengugurkan tuntutan tersebut dari terus menggunapakai perkataan Allah?.

Penulis sejak dari awal tidak bersetuju dengan penggunaan tersebut dan sekaligus (jika dilihat dengan kiasan dalam blog ini) untuk meminta pihak Gereja mengugurkan sebarang bentuk perkataan yang menjadi hak mutlak orang Islam.

Jika pihak Gereja tidak menuntut menggunakan perkataan tersebut atas dasar untuk menimbulkan provokasi terhadap penganut islam dan sekaligus menggugat keharmonian kaum dan kebebasan beragama atas dasr agama Islam sebagai agama rasmi, pasti mereka faham implikasi dan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan berkuasa agama Islam dan membuat tuntutan di mahkamah Syariah dan bukannya mahkamah Sivil.

Penulis ingin bertanya perkataan Allah digunakan diseluruh negara Islam dan Allah itu dari perkataan Arab.

Jika pihak Gereja Khatolik berpendapat mereka layak menggunakan perkataan Allah kenapa baru sekarang mereka buat tuntutan tersebut?.

Apakah Kristian dinegara lain juga menggunakan perkataan Allah?.

Adakah pihak Vatican juga menggunakan nama Allah?

Nama Allah hanya digunakan oleh pihak Gereja di beberapa negara termasuk Indonesia selain Lebanon dan Palestin. Perlu difahamkan Kristian di Palestin dan lebanon sebahagiannya merupakan menganut agama Samawi (menganut berdasarkan pegangan Al-Kitab).. bukannya bertuhankan konsep Trinity yang berpegang kepada New Testament yang sudah dipinda dan sama sekali menyalahi ajaran Al-Kitab kerana pengikut Al-Kitab tidak dilarang oleh Allah dan dibenarkan berkahwin dengan orang Islam tanpa perlu menukar agama.

Kenapa hanya pihak Gereja Khatolik yang membuat tuntutan dan kenapa pihak gereja Protestan tidak membuat tuntutan yang sama?.

Apa yang penulis bentangkan adalah untuk mengajak pembaca berfikir dengan matang dan jauh sekali untuk penulis mengapi apikan apa yang sudha berlaku. Tetapi penulis membongkar sikap dan motif pihak Gereja Khatolik yang mempunyai agenda tersirat dan tersurat selain seolah olah sengaja menimbulkan provokasi terhadap penganut agam Islam yang lain sekaligus mengancam keselamatan dalam negara.