Sunday, January 3, 2010

RPK : Sampai Bila Mahu Jadi Pelarian?

Masih ingat pelarian ini?

Beberapa minggu sebelum ini RPK dikatakan berada di London dan menginap disebuah apartment mewah di sini. Tapi setelah berita tentang kehadirannya di sana, mungkin merasakan tidak selamat untuk berada lama di kota glamor London, beliau dikatakan telah melarikan diri ke Poland. Ini berikutan dari beritayang disiarkan oleh Ming
guan Malaysia, 3 Januari 2010. (berita selanjutnya).

Menurut laporan Mingguan Malaysia lagi, beliau sebagai pengendali laman blog Malaysia Today menyindir usaha-usaha polis untuk membawa beliau pulang dengan berkata

“Ketika Ketua Polis Negara dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya. Saya pula menyambut tahun baru bersama wanita-wanita Poland.

“Oops.. lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya. Ah, tak apa Eropah luas.”

Manakala Ketua Polis Negara berkata ketika diminta mengulas mengenai Raja Petra Kamaruddin, Raja Petra boleh berada di mana-mana negara termasuk Poland kerana lelaki itu berstatus pelarian. “Dia membawa status sebagai pelarian, kita akan tetap memburu Raja Petra (walau di mana dia berada),”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

RPK sepatutnya berada di dalam negara untuk menunjukkan segala tomahannya itu benar dan betul, sekaligus akan meyakinkan orang ramai dan bukannya bertindak melarikan diri melalui sempadan secara tidak sah.

Tindakannya itu sudah pasti senang dipatahkan kerana Kerajaan melalui imigresen boleh membatalkan kerakyatan atas alasan mempunyai dua kerakyatan selain menggunakan pasport palsu untuk urusan ke luarnegara. Penangkapannya pasti hanya menunggu masa. Negara luar yang mengawasi perkembangan ini menerusi kedutaan mereka di sini akan memaklumkan kepada pihak polis di negara terbabit untuk tindakan susulan.

Sesetengah negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi tentunya akan mengambil langkah menahan RPK sebaik ditemui manakala negara-negara yang tidak mempunyai perjanjian seumpama itu akan turut menahan pesalah sebaik dimaklumkan oleh pihak polis Interpol. Tidak dapat tidak pesalah imigresen akan pasti dapat ditahan dan dihantar pulang.

Samada ada Raja Petra Kamaruddin (RPK) sedar atau tidak tindakannya itu, penulis tidak pasti tetapi penulis berpendapat RPK cuba menunjukkan keegoan dan kebodohan melampaui batas.

Pertama kerana menyiarkan gambar beliau yang terbaru dengan 2 orang wanita Poland (dikatakan RPK menyambut kedatangan Tahun Baru bersama sama).

Kedua, RPK mendedahkan lokasinya. Samada benar atau tidak penulis tidak dapat sahkan tetapi jika benar RPK berada di Poland, ternyata beliau mempunyai tahap IQ yang lebih sedikit dari Chimpanzee.. sepatah iklan di Astro "Matanya lebih besar daripada otak".

Ini kerana penulis berpendapat, sekiranya lokasi yang RPK umumkan itu benar, ternyata RPK berada ditempat dan masa yang salah. Sekali lagi penulis gagal memastikan apakah Malaysia mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Kerajaan Poland TETAPI negara mempunyai hubungan baik dengan negara Poland berasaskan perdagangan atau pembelian peralatan pertahanan, Kereta Kebal PT-91M.

Pastinya dengan hubungan dua hala begini, kerajaan Poland tidak mahu melepaskan peluang untuk membalas budi atas inisiatif kerajaan Malaysia membantu meningkatkan lagi hubungan antara negara selama ini.

Apa yang pasti RPK sudah hampir pasti masuk ke dalam perangkap kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk apatah lagi dengan perangai pelanduk yang suka memburukkan negara melalui negara lain. Kasihan pelanduk kerana ego tidak bertempat dan pelanduk tidak patut berfikir ianya secerdik si kancil.

No comments: