PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Serentak itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.(berita lanjut)
----------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis amat bersetuju dengan langkah yang bakal diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan bagi menjelaskan penggunaan nama Allah oleh Herald Weekly keluaran pihak Gereja Roman Khatolik.
Sehubungan itu juga penulis amat berharap Seri Paduka Baginda akan menggunakan kata putus baginda sebagai Ketua Agama untuk mengeluarkan arahan pengharaman kekal penggunaan kalimah atau nama Allah atau apa apa sahaja yang berkaitan dengan anutan, kepercayaan dan amalan penganut agama Islam.
Sesungguhnya umat Islam negara ini terlalu banyak bersabar dan bertoleransi tetapi sikap baik umat Islam tidak pernah dibalas dengan rasa bertimbang rasa tapi sentiasa ditekan, dicabar dan diperlekehkan dari masa ke semasa.
Penulis melihat sekiranya pihak Istana gagal mengeluarkan arahan pengharaman secara kekal atau mutlak, musibah yang cukup besar bakal menunggu kepada keselamatan dan keharmonian antara masyarakat dari berbagai anutan agama.
Kesabaran umat Islam ada batasnya dan pihak yang menempah masalah jangan menyalahkan orang lain jika keselamatan penganut agama tersebut tidak dapat dilindungi oleh perasan toleransi umat Islam di masa depan.
No comments:
Post a Comment