Isu mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja Roman Katholik menimbulkan banyak rasa tidak puashati kepada penulis.
- Kenapa pihak KDN perlu melayan tuntutan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan nama Allah dalam edaran artikel Herald Weekly yang membawa kes tersebut ke mahkamah sivil.
- Selain KDN, penulis juga hairan dengan Kerajaan tidak mengambil inisiatif yang sewajarnya dengan menyekat hak pihak Gereja untuk membicarakan kes ini di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.
- Penulis juga lebih hairan bila ramai peguam dari pelbagai badan dan persatuan yang mahu bertindak sebagai pihak pencelah tidak membantah kes ini dibicarakan di mahkamah sivil.
- Apa yang penulis faham, perkataan dan nama Allah telah digunakan sejak sekian lama oleh penganut agama Islam tetapi kenapa baru sekarang pihak Gereja Roman Khatolik mahu menggunakan nama Allah dalam artikel edaran mereka.
- Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan oleh itu permintaan untuk menggunakan nama perlu dibuat di mahkamah Syariah bukannya sivil.
- Jika pihak Gereja mahu menggunakan nama Allah ini bermakna mereka bersetuju dengan ajaran agama Islam bahawa Allah itu Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Jaid pihak Gereja perlu mengugurkan takrifan Allah mengikut pemahaman mereka sebaliknya menggunakan takrifan Allah mengikut ajaran Islam.
- Sekiranya pihak Gereja enggan maka Kerajaan perlu menggunakan sekatan kekal penggunaan nama Allah oleh pihak Gereja menerusi persetujuan Raja Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama negara.
- Maljis Raja Raja juga selaku pihak yang mempunyai kuasa khusus perlu mengenakan sekatan kekal oleh mana mana pihak dari menggunakan apa apa yang digunakan oleh ajaran Islam khususnya yang melibatkan ketuhanan, tauhid umat Islam negara ini.
Keputusan ini ternyata memberikan ancaman kepada keselamatan negara, perpaduan kaum dari berbagai etnik dan kepercayaan.
Penulis percaya jika hal ini dibiarkan berlaku sedikit masa lagi pihak Gereja dan pertubuhan agama lain akan turut mempertikaikan hak orang Islam seperti kebebasan beragama, laungan azan, hak untuk mendengar kuliyah atau ceramah agama di surau atau masjid, hak anak anak orang Islam, penyataan agama pada kad pengenalan dan bernagaia lain yang sebenarnya hanya menunggu masa. Malahan penulis percaya bahawa sudah apa perancangan untuk membawa kes kes melibatkan umat Islam ke mahkamah sivil sekiranya isu penggunaan nama Allah ini terus dibicarakan di mahkamah sivil. Mereka akan menggunakan kes ini sebagai case study untuk membawa kes lain yang melibatkan penganut agama Islam ke mahkamah yang serupa.
Pastinya perasaan umat Islam terutamanya orang Melayu akan terhakis. Kesabaran manusia mempunyai batasan. Jika mereka masih mampu menahan perasaan marah kerana kekacauan politik dan ekonomi dalam negara, penulis bimbang mereka akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan ledakan agama. Paling ditakuti bila agama dipermainkan, syahid digunakan untuk menyekat kebiadapan yang dilakukan kepada mereka. Pastinya letusan ini bukan sedikit tapi akan menyaksikan pergolakan yang amat besar impaknya sepertimana yang terjadi di Pakistan, Indonesia dan beberapa negara lain di Timur Tengah.
Hanya kerana sikap biadap pihak Gereja Roman Khatolik yang mengapi apikan perasaan umat Islam tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian, kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi dan negara.
1 comment:
Salam bro, menarik dan bernas artikel tuan...... terima kasih juga sudi menjenggok blog kawan.....
Post a Comment