Thursday, December 31, 2009

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.(berita selanjutnya)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kali ini penulis ingin membuat kelainan. Bukan analisis berkaitan ketenteraan tetapi berita buruk kepada umat Islam khususnya kaum Melayu sempena kedatangan tahun baru 2010. Walaupun ianya tidak berkaitan dengan perihal ketenteraan namun ia mampu mendatangkan bencana pada keselamatan dalam negara.

Tidak hairan mahkamah memutuskan penggunaan perkataan "Allah" kepada Herald Catholic Weekly kerana penulis melihat Hakim yang memutuskan keputusan tersebut tidak mengerti perihal Islam dan amat tidak layak sekali menjatuhkan sebarang keputusan berkaitan Islam. Walaupun Datuk Lau Bee La, seorang hakim, penulis percaya keputusan tersebut dibuat berdasarkan emosi dan sentimen keagamaan bukannya seperti sepatutnya.

Penulis hairan kenapa mahkamah melayan tuntutan sebegitu kerana pihak Gereja tidak pernah membuat tuntutan sejak awal kemerdekaan. Kenapa sekarang?. Adakah kerana mereka mendapat sokongan dari golongan opportunis dari pihak beragama Islam sendiri?

Sesungguhnya keputusan ini merupakan satu kesilapan besar dalam keharmonian perhubungan antara kaum dalam negara. Jika pihak Gereja bersetuju menggunakan perkataan "Allah" ini bermakna mereka bersetuju dengan kandungan Al-Quran dan patut menolak dan membuang kitab Injil (New Testament).

Penulis beranggapan ianya satu keputusan berniat jahat, tidak adil dan berat sebelah selain tidak logik. Satu berita buruk ketika semua rakyat Malaysia khasnya orang Melayu menyambut kedatangan tahun baru

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum.pada sudut pandangan saya pula,memang adalah tidak wajar mereka menuntut untuk pengunaan kalimah Allah itu sendiri. sebab kalo kita lihat balik,bible mereka yang ada diseluruh dunia itu tidak seragam.kita ambil contoh, dinegara amerika aja..apa kalimah Allah diguna pakai.tidak sama sekali.mereka gunakan kata god. manakala kalimah Allah pula baru boleh didapati di dalam bible arab dan indon. beza dengan kita, didalam kitab al-quran walau berada di mana jua,tetap akan mengunakan kalimah Allah.