Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.
Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.
"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MiG-29N yang dimiliki TUDM sekarang boleh ditingkatupaya dan dinaikkan taraf menjadi MiG-29SMT atau MiG-29OVT. Penulis difahamkan kita mempunyai pilihan untuk mengekalkan skuadron MiG-29N tetapi kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Zahid Hamidi menjurus ke arah pembelian pesawat baru bagi menggantikan barisan MiG-29N.
Dengan keserasian juruterbang bersama pesawat MiG-29N ini, kita dapat menjimatkan peruntukan dalam beberapa aspek. Malahan apa yang paling penting tiadanya kuasa atau campurtangan dari negara pengeluar terhadap apa apa sahaja keputusan atau dasar luar negara yang dibuat oleh negara pengguna seperti Malaysia. Rusia lebih berminat menjual dan mengukuhkan jalinan kerjasama negara lan berbanding mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.
Malahan pesawat MiG-29N ini juga setanding dengan (jika tidak lebih) dengan pesawat F-16C/D milik negara jiran. Penulis pernah mendengar beberapa cerita tentang kehebatan pesawat MiG-29N milik TUDM di mana penulis merasakan kita patut mengekalkan skuadron ini dengan meningkatupaya daripada menjualkannya serta mendapatkan pesawat baru yang lain.
Pesawat MiG-29N TUDM ini pernah menunjukkan keupayaannya memintas pesawat F-16 negara jiran dnegan menggunakan teknologi IRST dan hanya disedari setelah dikesan oleh pesawat AWACS yang berlegar diudara. Itupun agak terlewat kerana pesawat MiG-29N milik TUDM sudah pun berada dibelakang mengekori pergerakan pesawat F-16.
Juruterbang MiG-29N juga pernah menembusi jangkauan radar negara jiran dengan menceroboh masuk setelah terbang dibawah kapalterbang komersial (radar hanya mengesan pergerakan sebuah pesawat) dan setelah beberapa ketika barulah pihak keselamatan negara jiran menyedari adanya pesawat lain yan menggunakan flight pattern kapalterbang komersial dan menghantar pesawat untuk memintas tetapi MiG-29N terlebih dahulu bertindak lari dan keluar dari ruang udara negara tersebut.
Dalam satu latihan peperangan udara, (peristiwa ini agak hangat diperkatakan) MiG-29N telah berjaya "menembak jatuh" pesawat milik Australia. Malahan ketika latihan di Malaysia Timur, MiG-29N berjaya menembak jatuh hampir ke semua pesawat pengangkut dan pesawat pengiring dengan kadar 1:4 dalam satu latihan.
Semua ini mencerminkan keupayaan pesawat pemintas/pemusnah MiG-29N cukup berkeupayaan bukan sahaja dari persenjataan tetapi juga mempunyai radar berkuasa tinggi. Malahan penulis juga terkejut dari apa yang penulis pernah lihat, MiG-29N bukanlah calang pesawat kerana ia turut mampu peluru berpandu ------------ (dirahsiakan).
Jelas penulis lebih terkejut bila timbulnya ura ura untuk menghentikan perkhidmatan MiG-29N tidak beberapa lama dahulu. Apakah prestasi MiG-29N begitu tidak memberangsangkan sekarang
Kenapa kita tidak menaikkan sahaja taraf menjadi MiG-29SMT. MiG-29SMT adalah versi yang dipermodenkan menghampiri generasi kelima dari sudut karakteristik. MiG-29SMT mempunyai kapasiti simpanan minyak yang lebih banyak berbanding versi MiG-29N (yang tersimpan didalam tangki berbongol dibelakang kokpit) dan mempunyai jarak maksima jelajah sejauh 2100km selain banyak lagi kelebihan yang ditawarkan. Begitu juga dengan MiG-29OVT yang ditawarkan mempunyai kelebihan daya tujah selain teknologi canggih selari dengan keupayaan pesawat yang jauh lebih berupaya dari MiG-29N.
Apa yang menjadi persoalan kepada penulis, kenapa perlu diganti? Dan diganti dengan Jas-39 Gripen buatan Sweden (andaian penulis berdasarkan khabar angin yang meluas). Penulis pernah mendengar TUDM sebelum ini sebolehnya untuk tidak menggunakan pesawat "single engine" atas alasan dengan satu enjin, kebarangkalian pesawat untuk selamat setelah ditembak agak nipis berbanding dua enjin. Jas-39 Gripen juga satu enjin!. Adakah TUDM merasakan pada keadaan sekarang peluang untuk peperangan udara (dogfight) menggunakan mesingun tidak akan berlaku kerana didominasi oleh teknologi peluru berpandu terutamanya BVR (Beyond Visual Range)?. Jika itu antara alasannya, penulis masih boleh menerima (tapi dengan berat hati).
Adakah TUDM menilai dengan kehadiran pesawat Su-30MKM, mereka memerlukan pesawat Jas-39 Gripen untuk membantu dan saling melengkapi dalam mempertahankan ruang udara dan juga kerana Sukhoi-30MKM boleh bertindak sebagai mini-AWACS dengan menyalurkan kepada Jas-39 Gripen. Maksudnya MiG-29 tidak mempunyai keupayaan untuk diintegrasi "datalink" dengan SU-30MKM? Satu alasan yang agak tidak munasabah.
Ini kerana persoalan integrasi agak sukar untuk diterima setelah penulis melihat TUDM berjaya mengintegrasi pelbagai perisian dan perkakasan dari berbagai pengeluar sehingga menghasilkan pesawat SU-30MKM yang setanding (jika tidak lebih) dengan pesawat SU-30MKI milik Tentera Udara India.
Adalah lebih logik jika TUDM merasakan pesawat MiG-29N mereka uzur, mereka menggantikan dengan menambah bilangan pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft - Pesawat pejuang pelbagai fungsi) SU-30MKM. Dalam soal pertahanan ada baiknya kita mengikut langkah negara lain yang jauh lebih bersistematik walaupun negara musuh sendiri.
Mengambil contoh, penulis difahamkan negara Israel memberi keutamaan untuk melengkapkan skuadron mereka dengan pesawat MRCA dibarisan hadapan. Ini kerana pesawat ini mampu menjalankan perbagai tugas dari pengebom, pemintas dan penggempur. Dengan adanya barisan pesawat SU-30MKM MRCA dalam bilangan yang banyak (standard satu skuadron 24 buah - Malaysia menggunakan 8 pesawat untuk satu skuadron), ianya mampu bertindak untuk mencegah rintang segala anasir.
Sudah tentunya negara yang berhajat untuk menyerang Malaysia akan berfikir berkali kali. Mereka akan mengeruni bukan sahaja aspek kebolehan pergerakan pesawat tapi juga dari aspek peperangan eletronik dan persenjataan (jumlah pylon dan jenis peluru berpandu).
Sekali lagi penulis hairan kenapa Menteri Pertahanan taksub untuk menukar pesawat MiG-29N. Jika TUDM tidak berhajat untuk memperbesarkan skuadron SU-30MKM, penulis boleh menerima alasan tersebut tetapi kenapa perlu memberhentikan MiG?. Kenapa perlu diganti dengan Jas-39 Gripen?.
Jika Menteri Pertahanan bercakap soal jumlah perbelanjaan penyelenggaraan pesawat, beliau perlu sedar jumlah tersebut melambung kerana perolehan barnag ganti adalah melalui pihak ketiga bukannya dibeli terus dari pengeluar. Jadi atas dasar apa khidmat MiG perlu ditamatkan?. Apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir itu ada kebenarannya. Baru baru ini Menteri Pertahanan mengumumkan yang beliau akan mengamalkan dasar pembelian terus barangan atau peralatan ketenteraan tanpa pihak ketiga tapi penulis tidak nampak apa yang beliau ucapkan itu selari dengan dasar yang dikenakan terhadap perkhidmatan skuadron "Ular Tedung".
Dan jika sekiranya pihak terlibat mempertikaikan barisan MiG ini memberi masalah logistik, serta perbelanjaan mereka harus ingat dengan pembelian pesawat lain juga bakal memeningkan kepala kerana masalah logistik kerana TUDM harus mengawal 2 jenis peralatan pesawat yang berlainan iaitu Su-30MKM dan Jas-39 Gripen. Malahan pemilikan Jas-39 Gripen juga akan memberikan tekanan kerana Sweden setakat ini belum menunjukkan mereka bebas dari tidak mencampuri urusan negara lain dan apa yang difahamkan syarikat SAAB ada menggunakan komponen yang dikeluarkan dari kilang pengeluar pesawat milik Amerika. Ianya sekaligus bermakna sedikit sebanyak Amerika mempunyai pengaruh dalam penjualan pesawat Jas-39 Gripen kepada mana mana negara.
Menteri Pertahanan perlu melihat semula bukan pesawat MiG-29N itu yang memberikan masalah perbelanjaan yang besar tapi pihak ketiga yang rata rata dipunyai oleh pihak yang berkepentingan. Penulis faham dasar Kementerian Pertahanan untuk memberikan peluang kepad abekas anggota tentera untuk terlibat dalam perniagaan dan menyokong mereka dengan menganugerahkan tender tender tertentu tapi pada dasarnya golongan bekas pegawai akan terus menikmati hasil kekayaan menerus perniagaan yang mereka ceburi melalui tender Kementah namun nasib anggota bawahan lain lain pangkat tidak banyak berubah. Tapi yang sentiasa memeningkan kepala adalah perniagaan yang dijalankan oleh pihak bekas pegawai, bukan sahaj masalah mutu tapi juga komitmen. Akibatnya peralatan pertahanan dan pengguna yang terdiri dari anggota tentera yang masih berkhidmat menjadi mangsa keadaan.
5 comments:
Jawapan aku untuk soklan ko kat military of malaysia.
http://irsyaduna.blogspot.com/2009/12/boleh-rasuah-dihapuskan-dengan-menukar.html
LKS pernah diISAkan kerana jual rahsia kerajaan mengenai senjata? HEBAT betul LKS kerana boleh mengakses fail2 sulit ATM. Errr... LKS tu sapa yang boleh akses sampai fail tahap tertinggi dalam kerajaan. Cuba ko cerita sedikit camner LKS boleh akses fail sulit tu?
Kadang2 apa yang kita baca tak semestinya TAK BETUL kalo datang bukan dari sefikrah dengan kita dan tak semestinya BETUL walopun dia datang dengan sefikrah dengan kita.
Sebelum ini pada satu peringkat pembelian peralatan ketenteraan dihebahkan kepada ahli parlimen tapi selepas berlaku kebocoran maklumat, ATM tidak lagi dedahkan aset mereka pada parlimen kecuali untuk budget kecemasan seperti pembelian 111 KIFV utk kegunaan di Bosnia (utk kegunaan luar negara).
Dari mana berita dapat berita ni?
Hal LKS ni pernah didedahkan dalam akhbar dan kebanyakkan cerita yang diperolehi dikategori A1 dari mereka yang rapat dengan pihak tertentu.
Boleh aku tahu... tahun bila LKS diISAkan? Pada tahun 1987 ke atau ada tarikh lain?
Kalo jawapan ko LKS ditahan pada tahun 1987 maka berita yang ko bawa tu tidak benar sebab pada tahun 1987 LKS ditahan di dalam OPERASI LALANG.
OPERASI LALANG Mat Sabu pun kena tahan takkan Mat Sabu juai rahsia tentera skali. Ust Nakahei pun nak kena tangkap tapi cepat2 dia masuk UMNO pehtu nama dia digugurkan dalam senarai Operasi Lalang.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang
Sila bagi tarikh atau setidak2 nyer tahun LKS diISAkan selain dari tahun 1987 untuk menyakinkan aku bahawa LKS benar2 diISA kerana jual rahsia negara.
Penulis harap Wassini bersabar sementara waktu. Penulis akan usaha mencari bahan berita yang penulis katakan dan penulis pernah terbaca berkenaan LKS membocorkan rahsia kerajaan cuma lupa dimana kerana penulis tidak berminat mereka reka cerita kecuali disalah lapor atau penulis memetik laporan yang salah
Penulis ada membuat sedikit kesilapan. Pembocoran rahsia oleh Lim Kit Siang bukan berkenaan Peluru Sidewinder tapi pendedahan 4 buah kapal peronda laju SPICA-M (missile) buatan Sweden. LKS dikenakan OSA dan bukannya ISA pada 1978.
Maaf kerana kekeliruan.
Post a Comment