KDN nafi campur tangan urusan PDRM
2010/09/08
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, mengenai wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.
"Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali," katanya di sini hari ini.(Berita Harian - baca di sini untuk berita lanjut).
Sungguh ajaib dan pelik bila isu yang dibangkitkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan di salah tasir oleh wakil KDN - Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam. Apakah Datuk Seri Mahmood Adam ini cuba untuk menyelamatkan KDN dengan menggunakan "kepandaian" sendiri atau mendapat wahyu dari peringkat tertinggi supaya melakukan "taichi" dalam isu ini.
Jika di baca kenyataan Datuk Seri Mahmood Adam dalam akhbar tersebut, dua kesimpulan boleh dibuat samada Datuk Seri Mahmood Adam ni betul betul bodoh atau buat buat bodoh untuk melepaskan ketua, diri sendiri dan juga KDN?. Dan yang nyata Datuk Seri Mahmood Adam menjadi kambing hitam bagi pihak KDN setelah Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab hanya lebih suka menjadi biawak hidup dalam KDN dan liabiliti kepada kerajaan - lebih banyak membisu dalam banyak perkara terutama isu sensitif yang mungkin akan memberi pukulan "smash" kepada maruah beliau jika bersuara dan sekali sekala memberikan amaran demi amaran tanpa tindakan susulan.
Apakah Datuk Seri Mahmood Adam tidak faham apa yang disuarakan oleh KPN?
KPN sahkan berusaha isi kekosongan pegawai
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap beliau tidak dipersalahkan oleh pelbagai pihak, termasuk dikatakan ‘tidak membuat kerja’ ketika menjawat jawatan itu kerana membiarkan berlaku kekosongan pelbagai jawatan penting dalam pasukan.
Katanya, beliau sudah menghantar senarai nama pegawai kanan polis kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak November tahun lalu untuk dipertimbangkan bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan dalam jabatan polis di seluruh negara.
“Saya pun tidak tahu kenapa kekosongan dalam pasukan polis tidak diisi walaupun kita sudah hantar senarai nama dan saya tidak mahu nanti ada yang salahkan saya dalam hal ini.
“Senarai nama dicadangkan itu dipersetujui bersama jawatankuasa pemilihan sebelum dihantar kepada KDN dan saya pun tidak tahu kenapa nama dicadang itu tidak dilantik,” katanya.(Berita Harian - baca di sini untuk berita lanjut)
Pertama Tan Sri Musa sebagai KPN, beliau lebih layak, berhak dan mengetahui apa yang terbaik untuk PDRM. Bukan mendapat jawatan melalui "kabel" yang banyak digunakan oleh sesetengah pihak tetapi lantikannya berdasarkan keupayaan dan pengalamannya di dalam pasukan PDRM sendiri. Adakah pihak KDN merasakan sebagai sebuah pihak tertinggi yang mengawal selia hal berkaitan keselamatan dalam negeri lebih berhak dan mengetahui apa yang terbaik dari KPN sendiri sementelah KPN sendiri seorang yang terkenal dengan sikap warak dan menolak kebendaan demi menjaga integriti pasukan PDRM agar kekal menjadi sebuah badan yang berhemah serta saksama kepada semua pihak?.
Sikap yang ditonjol dan diamalkan ini bukan sahaja mendapat penghormatan dari anggota polis tetapi juga dikagumi oleh para wartawan akhbar tempatan sendiri.
Malangnya KDN dibawah Menteri yang suka bercakap tentang NKRA pihak KDN dan gemar amaran tanpa tindakan gagal melihat kebolehan dan kehebatan yang jarang dimiliki oleh pihak PDRM. Di bawah pimpinan KPN, PDRM mengorak langkah mendahului pembaharuan baik dari segi perolehan teknologi dan kebajikan anggota tapi dipandang sepi oleh KDN yang mungkin beranggapan mereka mempunyai kuasa mutlak dalam setiap cadangan yang dibuat oleh PDRM.
Tapi apa yang penting, titik permulaan bagi menyuarakan rasa tidak senang dan puashati KPN adalah mengenai - langkah campurtangan KDN dalam setiap keputusan yang dibuat oleh PDRM.
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN. "Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.(Utusan Malaysia - baca di sini untuk berita lanjut)
Jika kita lihat pada kenyataan KPN, campurtangan itu melibatkan mengeluarkan arahan tanpa pengetahuannya bukannya kerana KDN tidak mempertimbangkan cadangan dari pihak PDRM. Ini sekaligus menolak kenyataan Datuk Seri Mahmood Adam.
"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang,". Musa memberitahu
sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri. Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan. "Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,"
Adakah ini juga dianggap oleh Datuk Seri Mahmood Adam sebagai "syor dan perakuan (permintaan dan cadangan) oleh PDRM?".
Mungkin Datuk Seri Mahmood Adam anggap kenyataan Tan Sri Musa ini juga tidak relevan kerana KDN lebih berhak dan mempunyai kuasa veto dalam setiap langkah yang di atur oleh PDRM.
Bila Musa Hassan mengatakan - "orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri", adakah KDN anggap tindakan begini tidak mencampuri urusan PDRM?. Apa lagi yang Mahmood Adam mahu kelentongkan pada orang ramai?.
Oh..Mahmood Adam mungkin bukan individu yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini kerana kemungkinan Mahmood Adam hanya bercakap bagi pihak lain yang lebih tinggi dari jawatannya.
Bagaimana dengan Hishamuddin?... kenapa tiba tiba Hishamuddin menjadi bisu mengalahkan OKU?. Takut untuk berkata kata dan hanya membiarkan orang bawahan bercakap panjang lebar dan memberikan bola tanggung serta membuka pekung KDN yang sudah berulat.
Semasa Mahmood Adam menjawab soalan wartawan, dia banyak mengulas tentang soal pengurusan PDRM..bukannya campurtangan pihak lain dalam KDN yang mempunyai kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri?
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata
- syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.
- urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali
- mesyuarat Pengurusan Logistik PDRM telah diadakan pada setiap hari Rabu bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan sumber manusia, pengurusan dan pembekalan PDRM.
- bagi memastikan segala keperluan PDRM diberikan perhatian sewajarnya sejajar dengan penambahbaikan perkhidmatan PDRM. "Sekiranya sesuatu permintaan itu tidak dapat dipenuhi, ianya kelihatan seperti KDN campur tangan dalam pengurusan PDRM".
- Walaubagaimanapun setiap permintaan dan perancangan PDRM seperti mana-mana jabatan kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada dasar kerajaan, prosedur kewangan serta lain-lain peraturan yang berkaitan.
Jika kita lihat semula kenyataan Tan Sri Musa Hassan
"campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.
Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.
"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis".
Apakah Musa Hassan bercakap tentang pengurusan PDRM sehingga beliau mengatakan orang ramai akan menuduh polis rasuah?. Sudah tentu tidak tapi KPN sebaliknya bercakap tentang campurtangan KDN yang bertindak campurtangan dalam kes siasatan PDRM sekaligus mengganggu siasatan dan menjatuhkan maruah pihak PDRM di mata orang awam sedangkan apa yang berlaku bukan dibuat atas keputusan siasatan PDRM.
Apa lagi yang mahu dibelitkan oleh KDN?. Walaupun mungkin sebenarnya bukan niat keseluruhan warga KDN mengganggu urusan PDRM tapi hanya tindakan segelintir pihak yang tamak hasilnya hari ini semua anggota KDN menerima tempias. Perkara sebegini adalah mustahil jika tidak diketahui oleh ketua KDN - Hishamuddin.
Sesungguhnya cara terbaik untuk memperbaiki maruah KDN dan PDRM adalah dengan melantik Tan Sri Musa Hassan sebagai seorang ketua baru KDN bagi menggantikan Hishamuddin.
Hishamuddin bukanlah seorang yang tegas dan konsisten dalam percakapan mahupun perbuatan. Hanya cakap berdegar degar semasa menghunus keris tapi realitinya Hishamuddin jauh lebih lemah... hanya bercakap tanpa matlamat dan tindakan. Ternyata Hishamuddin gagal mengawal arah pergerakan KDN sebagai sebuah organisasi yang disegani.
Perlantikan Hishamuddin sebagai Menteri KDN merupakan satu kesilapan besar bagi Perdana Menteri.
Kerana kelemahan sikap Hishamuddin ketegangan kaum semakin marak..
KDN di bawah pimpinan Hishamuddin tidak ubah seperti samseng kampung Dusun yang hanya gagah "membelasah" kaum sendiri yang melakukan kesalahan dan membiarkan pihak lain berkeliaran....satu sikap double standard yang amat ketara sehingga menimbulkan keresahan orang ramai bila KDN hanya membiarkan pihak pihak lain melakukan perkauman, menghina bukan sahaja terhadap kaum lain tapi juga sehingga mencemar kedaulatan Raja-Raja Melayu serta kesucian agama Islam secara terang terangan.
No comments:
Post a Comment