Tuesday, September 14, 2010

Rais Yatim : Melawak atau Merepek?
























Sebelum ini kita ada terbaca kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa SKMM (kerajaan) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah dan hasutan melalui mediacetak dan media eletronik termasuk laman sosial seperti Facebook.

Namun setelah beberapa kecaman dan desakan dibuat oleh orang ramai termasuk blogger yang bencikan perkauman, SKMM masih gagal menjalankan tugas mereka.

Mengambil contoh penyebaran video klip yang menghina lagu Negaraku oleh anak haram Namewee beberapa tahun lalu. Kerajaan akhirnya berlembut memaafkan anak haram kurang hajar ini yang pada masa itu masih belajar di Taiwan.

Tapi malangnya sikap lembut kerajaan masih tidak dihargai oleh anak haram ini yang kemudiannya "menyerang" TNB gara-gara berlaku blackout di kawasan perumahannya sekaligus menunjukkan anak haram ini masih tidak serik dan tidak teragak agak melakukan sikap kurang hajar pada masa akan datang.

Dan buat kali ke tiga, anak haram kemudiannya "menyerang" peribadi Pengetua sebuah sekolah hanya berfaktakan kata kata sebelah pihak (pelajar bermasalah). Lebih biadap bila bukan sahaja pengetua sekolah yang dimaki tetapi juga umat Islam bila video klipnya juga menyentuh soal ibadah berpuasa umat Islam.

SKMM sekali lagi gagal menjalankan tugas.

Anak haram kemudiannya dipanggil untuk memberi keterangan dan hari ini kes kurang hajar dan biadap oleh anak haram tertutup senyap sunyi. Tanpa sebarang tindakan dikenakan. Tidak seperti tindakan terhadap pelajar kesenian yang membuat posting di dalam facebook. Jauh sekali untuk mengenakan tindakan seperti remaja yang membakar gereja.

Kenapa SKMM, KDN dan kerajaan bertindak berat sebelah?.

Adakah kerana SKMM dan pihak berwajib menerima tekanan dari parti komponen sehinggakan tidak berani mengambil keputusan serta mengenakan tindakan terhadap pesalah / penghasut?.

Atau SKMM mudah menjadi pemaaf bila anak haram itu mengatakan dia seorang yang cintakan keamanan, anti perkauman dan menyokong konsep 1Malaysia?

Dan inilah jawapan Datuk Seri Dr. Rais Yatim kenapa sebenarnya SKMM sukar mengambil tindakan

Kurang bukti punca SKMM gagal dakwa kes hasutan - Rais

14/09/2010 5:38pm

JELEBU 14 Sept — Kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, soal pokok untuk pendakwaan ialah bukti yang kukuh dan mencukupi.

Apabila disiasat, kebanyakan bukti telah dipadamkan dan gagal dikesan, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Oleh yang demikian, katanya langkah SMKM menubuhkan pasukan khas, antara lain adalah untuk mendalami ilmu forensik komputer yang mampu mendapatkan semula maklumat walaupun maklumat pada cakera keras komputer sudah dipadam.

"Dengan pengetahuan forensik komputer, maka kita lebih mudah untuk berhadapan dengan Facebook, Twitter dan cara mereka menggunakan sesuatu alamat di bawah laman web yang biasa,” katanya.(Utusan Malaysia - berita selanjutnya di sini)


Apa yang sebenarnya Datuk Seri Dr. Rais Yatim fikirkan selama ini?. Isu penghinaan dan perkauman dalam internet bukan perkara baru. Bukan sejak isu lagu "Negarakuku".

Tapi kata Datuk Seri Dr. Rais Yatim lagi

Semalam, Rais berkata SKMM telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aduan mengenai hasutan berbau perkauman yang banyak terdapat dalam internet serta laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Nampaknya SKMM dan KDN sama lemah... gagal menangani masalah ini dari peringkat awal.

Adakah kerajaan hanya bergantung kepada SKMM.

Jika tidak silap rasanya sebelum ini kerajaan mempunyai satu badan yang dahulunya dikenali sebagai "NICER" yang mampu bertindak terhadap penyalahgunaan Internet.

Setidak tidaknya SKMM boleh mendapatkan pertolongan dari MyCERT.

MyCERT acts as an independent focal point for Malaysian hosts, which allows both local and international experts, incident response teams, vendors, clients and law enforcement agencies, to cooperate and conduct vital technical and remedial action at sites affected by computer security incidents. MyCERT's rapid response in analyzing problems and providing solutions can help the nation, organizations or companies to minimize damage from attacks and to prevent further unauthorized activity. New trends of security incidents may call for MyCERT to publish new advisories to further assist other organizations in mitigating and reducing damages. MyCERT has the capacity to advise and provide assistance to law enforcement agencies but the team do not undertake any policing role or regulatory position.
MyCERT services has been used by various agencies as a trusted intermediary in coordinating response with various parties, including Internet Service Provider, law enforcement agencies and international incident response teams.

Malahan MyCERT juga mempunyai perkhidmatan Cyber999 seperti yang paparkan dalam laman sesawang

Apakah SKMM langsung tidak bersedia atau terfikir langkah menangani masalah ini dari terus merebak menjadi barah di dalam masyarakat.

Adakah kerajaan langsung tidak mempunyai pakar komputer yang mampu menolong membanteras isu fitnah termasuk perkauman yang begitu bermahrajalela yang sering di mainkan oleh pihak politik pembangkang?.

Atau SKMM menganggap isu ini hanya bersifat sementara kemudiannya akan lenyap dan dilupakan seperti isu Namewee yang terus tenggelam dengan kes pembunuhan tragis Jutawan Kosmetik.

Jika beginilah caranya lebih baik Datuk Seri Dr. Rais Yatim meletak jawatan..bersama sama dengan Menteri KDN dan pastinya rakan-rakan blogger akan cuba untuk hadir di majlis perpisahan Datuk Seri untuk memeriahkan acara.

5 comments:

Anonymous said...

satu lagi menteri amaran dalam negeri

Apai Ngelai said...

salam,

ada juga logiknya. Tindakan teragak2 KDN dan SKMM nampak macam berlembut agar tak sentuh isu perkauman yang banyak diracuni oleh PR kononnya BN ni dipimpin parti komponen yang rasis seperti UMNO..

Maka selagi itulah KDN sinonim dengan Kementerian Amaran...

Lost Warning!

Tunggulah selepas pilihanraya nanti, kita akan tengok KDN mengganas dengan taringnya yang sebenar. Ketika itu agaknya rakyat akan lebih takut KDN daripada ISA. MARK MY WORDS...! Kalau tak percaya lihatlah nanti..

1Najib said...

Melawak atau Merepek? kedua-dua bukan Rais Yatim hanya tahu membodek. Kepakaran semulajadi Rais Yatim.

gwkolonel said...

Sedara Apai

Saya tak nampak KDN akan bertindak keras dan mengganas selepas pilihanraya... jika KDN benar benar ini bertindak mereka boleh lakukan sebaik pilihanraya yang lalu kerana sejaka pilihanraya lepas isu perkauman, sensitiviti agama sudah banyak dimainkan oelh pihak tertentu tapi kenapa ye KDN berdiam diri dan agak pelik hanya ingin menunjukkan taring selepas PRU ke 13.

gwkolonel said...

1Najib

Rasanya Rais Yatim lebih sibuk menanda bangunan dan kawasan warisan bersejarah dari beri perhatian menangani masalah.