Akhbar Utusan hari ini (Jumaat 10 September) memetik kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata Khairy "mungkin" pandai tapi tidak bijak. Kenyataan Anifah dibuat selepas Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO mendesak kerajaan memanggil balik duta Malaysia ke Indonesia ekoran pencerobohan kali ke dua oleh penunjuk perasaan yang majoritinya di dalangi oleh kumpulan BENDERA.
Sememangnya Khairy seorang yang pandai bercakap tapi masih bodoh berfikir secara rasional. Khariy bijak dan berpendidikan tinggi tapi kerana emosi dan mungkin inginkan publisiti kerana namanya semakin tenggelam dalam banyak kes kes sensitif yang melanda negara telah mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berpelajaran.
Apakah Khairy benar benar lulus dari Oxford sehingga gagal berfikir secara rasional implikasi dari kenyataannya sebagai ketua pemuda UMNO?. Apakah Khairy sudah ketandusan idea dan terasa hilang kasih sayang dari perhatian media sehingakan sanggup mengeluarkan kenyataan begitu?.
Khairy perlu sedar bahawa kerajaan sentiasa menjaga dan cuba memperbaiki hubungan dua hala antara Malaysia - Indonesia. Wakil kerajaan dari kedua dua belah negara baru sahaja selesai bertemu untuk membincangkan isu bertindih yang boleh membawa kepada kekeruhan hubungan dua hala.
Kenyataan Khairy sebenarnya langsung tidak membantu kerajaan menangani masalah yang telah sedia ada. Khairy sepatutnya dan lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan "menunjuk" bijak dan mengajar pihak lain supaya terus mengikut telunjuknya.
Khairy perlu sedar Malaysia seboleh bolehnya membaiki hubungan dua hala dan negara di bawah pimpinan Najib sentiasa mengingatkan kerajaan Indonesia supaya menjaga kepentingan Malaysia di negara itu baik keselamatan rakyat Malaysia mahupun aset negara.
Khairy perlu sedar Malaysia seboleh bolehnya membaiki hubungan dua hala dan negara di bawah pimpinan Najib sentiasa mengingatkan kerajaan Indonesia supaya menjaga kepentingan Malaysia di negara itu baik keselamatan rakyat Malaysia mahupun aset negara.
Najib juga walaupun mengamalkan diplomasi tapi masih dalam nada tegas terhadap Indonesia jauh lebih baik berbanding cara diplomasi bapa mertua Khairy sendiri.
Jadi Khairy perlu berdiam diri dan jangan mempergunakan jawatannya untuk mengajar pihak lain untuk mengeruhkan keadaan.
Anifah Aman selaku Menteri Luar telah banyak berusaha untuk membawa hubungan antara dua negara ke arah yang lebih baik setidak tidaknya setanding seperti Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir.
Ketika pemerintahan Tun Mahathir, seorang Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Indonesia mengesahkan bahawa tidak ada satu perkara pun yang akan memisahkan hubungan baik dua hala negara... baik angkara negara jiran mahupun angkara tidak puashati rakyat Indonesia mahupun Malaysia. Sebaliknya Malaysia dn Indonesia akan terus bergantungan menolong antara satu sama lain sekiranya ada antara mereka yang ditimpa musibah.
Tapi malangnya semasa pemerintahan Tun Dol, hubungan ini mulai retak akibat cara diplomasi sengal yang di amalkan. Banyak fitnah dan cercaan terhadap negara dilemparkan oleh ahli politik negara ini yang berkepentingan melalui Indonesia. Dan Tun Dol sebagai PM tidak melakukan apa apa tapi lebih ke arah mendiamkan diri. Penyakit diplomasi berlebihan menular ke dalam KDN sehingga kini sekaligus menyaksikan lebih banyak fitnah, cercaan, provokasi terhadap kaum lain, agama dan Raja-Raja Melayu di biarkan tanpa apa apa tindakan oleh KDN sehingga menimbulkan rasa marah rakyat Malaysia terhadap media dan segelintir pihak di Indonesia.
Dan kini menantu Tun Dol pula mengambil alih peranan memburukkan lagi keadaan. Khairy walaupun lulusan Oxford tapi tidak bererti dia seorang yang bijak.
Seperti kata-kata mutiara "lebih baik berdiam diri dari bercakap sesuatu yang sia-sia".
Dan Khairy perlu merenung sejenak apakah dirinya sudah terlalu bagus untuk mengajar orang lain sedangkan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO pun sudah banyak melakukan kerosakkan dalam masyarakat.
Kepada Khairy, sebelum mengeluarkan kenyataan - kencinglah dulu dalam tempurung dalam dan cermin diri sendiri.
Selamat Hari Raya Khairy.
No comments:
Post a Comment