KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta.Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas.
“Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara.
“Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.(Utusan Malaysia - baca selanjutnya di sini).
Jika tidak masakan anak anjing yang dulu kurang hajar menghina lagu kebangsaan masih boleh lepas berkeliaran dan menyalak tuannya yang menjaganya selama ini... dan kini anak anjing masih lagi bebas walaupun selepas menghina penganut agama Islam, menghina amalan berpuasa atas dasar kononnya dia anti rasis dan penyokong amalan 1Malaysia.
Apakah Anuar Shaari masih belum sedar, SKMM hari ini seolah tidak ada peranan sekadar wujud atas kertas dan dalam sesawang. Berapa banyak dan pantas tindakan yang SKMM telah ambil bagi mencegah dan mematahkan anasir jahat yang cuna memainkan isu perkauman dan agama selama ini..rasanya blogger jalanan yang cintaikan suasana damai dan keharmonian Malaysia lebih mudah mengenal mana satu ancaman berbanding SKMM.
Blogger tidak bergaji lebih cepat melenting menyuarakan ketidakpuasan hati bila isu sensitif dipermainkan tapi SKMM gah pada nama....satu spesis dengan KDN.
No comments:
Post a Comment