Monday, September 13, 2010

Terima Kasih : Blog Mesin Taip Buruk







Terima kasih kepada blog Mesin Taip Buruk kerana mengingatkan kepada semua rakan blogger supaya tidak mengikut rentak rasis dan chauvanist serta tidak menjadikan kes kematian Datuk Sosilawati sebagai bahan politik.

Rata rata blog yang dilawati sejak semalam memapar kes pembunuhan kejam tersebut dan cerita hanya berkisar tentang nasib 4 mangsa pembunuhan...manakala suspek kejadian masih lagi menjadi tanda tanya.

Namun setelah terbongkar nama dan gambar suspek tersebut rata rata blog meluahkan rasa geram kerana suspek langsung tidak berperikemanusiaan...sikap binatang itu bukan dilakukan oleh penagih dadah tapi diketuai oleh 2 orang profesional - seorang peguam berpangkat Datuk dan adiknya seorang Doktor. Berkebetulan peguam ini bekas ahli Majlis Peguam yang sejak dulu dipandang sebagai Pro Pembangkang yang selama ini banyak melemparkan kata dusta, fitnah dan nista kepada kerajaan terutamanya kepada pihak polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan negara tanpa mendapat sokongan padu dari pihak KDN.

Sejak kematian A. Kugan kemudian Beng Hock, pihak kerajaan khususnya PDRM dan SPRM telah dihina, fitnah secara membabi buta, membuta tuli tanpa usul periksa dan mereka yang membuat tuduhan ini samada berkepentingan politik atau ikut ikutan lebih awal menjatuhkan hukuman kepada pihak PDRM dan SPRM, selain menuduh pihak UMNO secara total terlibat dalam kes tersebut...

Jadi apakah salah bila kita menuduh kematian mangsa ini akibat buatan rakus, zalim dan kejam oleh bekas ahli Bar(ua) Council?.. bukan mempolitikkan kes tragis ni tapi sekadar menunjukkan kepada umum sikap segelintir ahli mereka yang berlindung dibawah Akta dan Hak Asasi Manusia..

Sejak bila pula Bar(ua) Council menjadi begitu naive dan seolah olah tidak pernah menuduh kerajaan berat sebelah dan perkauman dalam kes kes tertentu.

Jadi kepada ahli politik pembangkang dan khususnya yang berada dalam Bar(ua) Council, mereka perlu terima hakikat sekali sekala apa fitnah yang pernah mereka lakukan akan kena atas kepala mereka sendiri. Memang bukan keseluruhan ahli Majlis Peguam terlibat tapi setidak tidaknya bekas ahli mereka yang terlibat.. baru mereka tahu pahit maung bila terkena tempias perangai buruk rakan sendiri.

Kepada blog Mesin Taip Buruk, terima kasih atas peringatan tapi rasanya rakan blogger yang lain sudah sedia maklum tentang risiko yang ada. Mereka bukan mempolitikkan isu ini tapi sekadar meluahkan rasa geram dan marah.

Jika dahulu mereka kurang hajar dengan menuduh kerajaan dengan pelbagai fitnah dan panggilan...apa salahnya kita bertindak lebih kurang hajar biar mereka tahu langit tinggi rendah..cuma sekadar berpada pada.

No comments: