Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri





Blog Airmata-Darah-Keringat


Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca. Kepada warga angkatan bersenjata - Angkatan Tentera dan Polis DiRaja Malaysia, terima kash di atas pengorbanan anda. Kerana andalah rakyat Malaysia mampu mengerjakan ibadah dengan selamat dan selesa sepanjang bulan Ramadhan dan mampu menyambut Hari Raya dalam keadaan ceria serta harmoni. Sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan yang anda semua telah lakukan kepada rakyat Malaysia tanpa meminta balasan dari mereka.

Kepada rakyat negara ini, sama samalah kita pupuk, jaga dan hargai keamanan yang kita kecapi selama ini. Jangan hanya kerana perbezaan idea politik dan pegangan agama - kita menidakkan hak orang lain seperti yang telah termaktub dan dipersetujui berdasarkan Perlembagaan Negara. Jangan jadikan keamanan negara pada tahun ini sebagai yang terakhir kerana kita semua perlu menjaganya demi kerukunan generasi akan datang.

Kepada pemimpin, lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira idealogi - sekiranya anda tidak mampu melakukan tugas yang baik dari sekadar hanya berkata kata dan menabur janji kosong adalah lebih baik anda berundur dari terus menipu rakyat jelata.

Jadikan keberkatan bulan Ramadhan dan sinar kebahagiaan Syawal sebagai masa untuk bermaaf maafaan kerana kesilapan lalu serta hindari dari melakukan kesilapan yang sama di lain masa.

Blog airmata-darah-keringat akan bercuti untuk beberapa hari dan akan kembali membongkar kepincangan isu keselamatan negara pada minggu hadapan.


Salam Aidil Fitri buat semua.

No comments: