Friday, September 3, 2010

BENDERA : Musuh Dalam Selimut

Demonstrasi dan provokasi yang berlaku terus menerus di hadapan kedutaan Malaysia sememangnya telah diduga oleh penulis bahawa terdapat tangan pihak ketiga yang mengapi apikannya supaya lebih marak.

Cuma tangan ghaib itu memang kepunyaan rakyat Malaysia atau dari negara jiran. Semasa protes dan demonstrasi berkaitan perairan Ambalat berlaku di Indonesia, penulis percaya terdapat tangan monyet dari negara jiran yang mau melihat hubungan diplomatik antara Malaysia - Indonesia merosot ke tahap terburuk.

Tapi kali ini, seperti dijangka oleh orang ramai bahawa tidak mungkin tangan ghaib itu datangnya dari Indonesia sekali pun mereka amat sensitif dengan isu yang melibatkan wilayah dan kedaulatan jika tidak ada orang yang sanggup membiayai demonstrasi secara berterusan termasuk pada hari negara kita menyambut Kemerdekaan.

Hari ini penulis terbaca artikel di akhbar Utusan di sini tentang dakwaan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap CEO Malaysian Insider, Jahabar Sadiq yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) Mustar Bona Ventura (Koordinasi BENDERA), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

Samada dakwaan Datuk Seri Zahrain ini benar atau tidak, KDN perlu menyiasat dakwaan ini dan penulis beranggapan jika tidak ada asas sudah tentu tidak akan ada sesiapa yang berani membuat dakwaan melulu kerana risiko yang perlu dihadapi amat besar selain dari terpaksa menanggung saman malu di mahkamah kelak.

Ada pihak dari laman sesawang pro-pembangkang mendakwa hubungan Jahabar Sadiq dengan 3 pemimpin BENDERA adalah kebetulan kerana Jahabar dikatakan ada salur galur dari Indonesia tapi penulis berpendapat kebetulan tersebut amat meragukan...terlalu meragukan jika ianya benar benar berlaku.

Cuma apa yang penulis bimbangkan bukan hubungan antara Jahabar Sadiq dengan pemimpin BENDERA tapi fungsi dan keupayaan KDN setelah sekian lama berada di bawah seorang Menteri yang terlalu gemalai tingkahlaku dan terlalu diplomasi serta hanya suka memberikan amaran yang tak berkesudahan.

1 comment:

Nasionalis1982 said...

Salam perjuangan,

Blog anda juga telah dilinkkan.
Tq.